Rabu, 2 November 2016

KAIN IHRAM

Apa Dia Kain Ihram

Dua helai kain lepas (Tidak bercantum/berjahit) selalunya kain cotton jenis tebal seperti tuala yang serap peluh.  Kain jenis tebal ini lebih sesuai kerana ia tebal tidak jarang atau menampakkan susuk tubuh si pemakainya.  Perlu berat supaya tidak mudah tersingkap, lagipun di tanah suci cuaca kering dan berangin.

Siapa yang memakai kain Ihram

Kain Ihram hanya untuk lelaki sahaja.  Kain Ihram dipakai semasa umrah atau haji perlu memakainya sehingga selesai umrah atau hajinya atau sehingga ia bertahalul dengan mencukur atau menggunting rambutnya.

Tidak boleh memakai sebarang pakaian berjahit walaupun seluar dalam ketika sedang berihram.

Cara memakai Kain Ihram (Lihat video dibawah entry sebelum ini)

Kain Ihram sebanyak dua helai. Satu untuk menutup bahagian pinggang ke bawah dan satu lagi untuk menutup bahagian atas badan atau.

Untuk mengemaskan lagi kain ihram supaya tidak terlondeh di pakai dengan talipinggang.

Oleh kerana masa ihram yang panjang ketika musim haji untuk menjaga kebersihannya dinasihatkan membawa dua helai kain pelikat tidak berjahit untuk dipakai ke tandas ataupun semasa tidur.

Berapa helai Kain Ihram patut dibawa

Untuk musim haji anda perlu bawa 2 set atau 4 helai kain tebal nie.
Untuk umrah memadai 1 set atau 2 helai sahaja. 

Sebab waktu berihram maybe antara 4 jam hingga ke 8 jam sahaja tempoh kita selesaikan satu umrah. 


kain ihram

saiz 45 x 90 inci

RM55.00 1 SET TIDAK TERMASUK POS
whatsapp 0192883235


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA