Ahad, 13 September 2020

KAIN APA YANG PALING SEDAP BUAT TELEKUNG

KAIN APA YANG PALING SESUAI UNTUK BUAT TELEKUNG

Sebenarnya semua kain sesuai ikut keselesaan orang yang nak memakai telekung itu. Yang pasti ada 

bermacam-macam fabric yang sesuai untuk buat telekung sebab itu muncul berjenis jenama telekung

 kat Malaysia ni. Tak campur lagi yang datang dari Indonesia dan Vietnam.

Asal telekung Malaysia seingat saya masa saya budak-budak kain putih macam kain kapas ori tu atau 

pun kain belacu tu.  Jahit tengah-tengah tinggalkan bahagian muka dikedutkan sedikit atau tak da kedut 

langsung dan dibuat kekek kat bahagian dagu.

Sekarang sudah banyak penambahbaikkan selepas telekung dari Indonesia masuk muncul telekung 

sulam yang cantik.

 Ada kain jenis kapas, cotton paris, semisutra, jacquard, satin, cotton rosella, chiffon, lycra, mosscrepe dan jersey.


KITA MULA DENGAN KAIN KAPAS ATAU COTTON

Kain Kapas dari pokok kapas.  Merupakan kain yang paling bagus diantara berjenis-jenis kain yang 

berada dipasaran.  Kain kapas paling sedap pakai adalah kapas India.  Kain cotton terbaika adalah yang

 100% cotton.

Kebaikan kain cotton:-

  • -          Nyaman dan mudah menyerap apabila berpeluh

  • -          Kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku

  • -          Kain mungkin rosak  apabila direndam lebih dari 2 jam

  • -          Kesan noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang apabila dicuci

  • -          Boleh cucian tangan atau dry clean

  • -          Menggosok dengan kepanasan yang sederhana


Kain Cotton Jepun

Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang 

sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus iaitu:

1.    dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain           tersebut

2.    daya menyerap keringat lebih bagus.

3.    harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran

4.    permukaan kain lebih halus

5.    warna lebih awet dan tahan lama 

6.    sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya
       warna yang cantik dan corak yang lembut ,menarik

7.    Warna putih sangat istimewa dicipta khas untuk dibuat telekung





Cotton Paris

1. Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis.

2. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah.

3. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun.

4. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.


Cotton Silk


Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :

1. permukaan kain lebih berkilat.

2. harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun

3. daya serap keringat paling rendah.

4. warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.


Cotton minyak

Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma

1. permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).

2. harga sama dengan cotton biasa.

3. daya serap keringat yang



TELEKUNG AIRA SOFEA - COTTON MINYAK

Cotton biasa

1. motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak

2. harga lebih murah.

3. daya serap keringat sederhana bagus.

4. warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

Sekarang ada banyak cotton sintetik campuran polyester dan viscose dipasaran. Jenis fabrik lain yang 

selalu digunakan seperti kain satin, viscose, polyester, linen, mosscrepe dan lycra.


Kain Satin

Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, fokus

telekung satin lebih kepada telekung hantaran. Dengan hiasan keliling menggunakan lace.

Jenis kain satin yang digunakan untuk telekung yang lebih lembut dan harga agak mahal sebab kualiti kain lebih baik.


Polyester

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.

Antara ciri-ciri lainnya :

⦁ Bahan terasa panas dibadan.

⦁ Tidak menyerap keringat.

⦁ Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure

polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.

⦁ Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian


⦁ Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam



TELEKUNG BONDA FATIMAH

Viscose

Antara ciri – cirinya:


⦁ Terasa lembut dan dingin di kulit


⦁ Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat


⦁ Menyerap keringat


⦁ Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam

⦁ Boleh dicuci atau di dry clean

⦁ Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent


Linen

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress

Antara ciri-ciri lainnya :


⦁ Bahannya kaku dan dingin.

⦁ Permukaan kain agak kasar

⦁ Menyerap keringat.

⦁ 4x lebih lasak dari cotton

⦁ Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).

⦁ Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam


Akhir sekali ada 10 sebab orang akan beli telekung dari anda.

1, Kain telekung sejuk walaupun iklim cuaca panas

2 Walaupun berpeluh kain telekung tidak berbau walaupun dibasahi peluh

3 Fabrik telekung tidak melekap sehingga Nampak bentuk badan

4 Kain telekung tidak jarang yang boleh menampakkan bayangan leher

5 Kain yang tidak berat dan tebal apabila dijemur

6 Labuh telekung tidak terlalu panjanga ataupun pendek

7 Kain telekung yang digunakan tidak berbulu atau tercarik benang walaupun dibasuh banyak kali

8 Tidak cepat pudar warna, fabric telekung sentiasa Nampak baru

9 Tidak perlu digosok atau ironless, senang nak bawa travel kalua fabrik telekung tidak cepat berkedut

10 Telekung ada poket senang nak simpan barang berharga ketika solat


DM - Kak Hajjah nak info lengkap koleksi telekungmusleema

1 ulasan:

  1. Assalamua'laikum, terima kasih artikel berinfomasi. Saya memang nak kenal jenis² kain cotton & material telekung solat / baju kurung yg dipakai @ dirasai, cuma tu lah duduk dlm industri baru boleh tahu kot..
    Nak tanya ada online store ke?
    Doakan sy boleh jumpa telekung sesuai sy nk beli baru, sebab yg sedia ada dh mcm nk buruk sgt pakai sekejap dh rs panas.

    BalasPadam

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA