Diam tak diam dah dua tahun berlalu tapi semuanya tetap segar di ingatan setiap orang yang pernah melalui pengalaman berada di Arafah
Berwukuf di Arafah dan mabit di Mina satu pengalaman yang sangat menguji setiap jemaah. Semua orang yang hadir sebagai duyufur Rahman akan menanggalkan pangkat dan gelaran untuk menyempurnakan rukun Haji ini.
Bergerak dari Makkah, bersabar tunggu bas datang yang schedulenya confirmed lah kelaut dalam. Janji lepas zohor sampai Isyak baru sampai. Tak kesah janji selamat anda sampai ke destinasi.
Perjalanan 6km lebih kurang dari Makkah ke Arafah jadi sampai 2 jam - 3 jam sebab kesesakan manusia dan kenderaan yang membawa jemaah ke Arafah.
8hb Zulhijjah sudah bergerak ke Arafah untuk wukuf pada 9hb Zulhijjah. Melihat lautan manusia yang berjalan kaki tu rasanya macam kita pun nak masuk dalam konvoi yang berjalan kaki. Walau bagaimanapun kita jemaah Malaysia tertakluk kepada arahan yang ditetapkan oleh LUTH.
Sampai ke Arafah hampir pukul 12 malam disambut oleh kakitangan LUTH yang berwajah manis dan dihadiahkan dengan pek minuman dan biskut untuk membasahkan tekak.
Walaupun dalam kursus dah ditunjukkan khemah-khemah dalam video dan slide, tetapi berbaur perasaan bila menjejakkan kaki. Disitulah dugaan dan cabaran menguji setiap penghuni Arafah.
Bear in mind you are in the dessert! Panas dan kemungkinan ribut pasir memang ada. Khemah yang sesak di Arafah memutih macam cendawan lepas hujan. Mana yang tak tahan ada yang pengsan, Kak Hajjah cuma demam tapi cukuplah berat rasanya dalam keadaan kita nak beribadah dan berdoa di masa dan tempat yang mustajab doa.
Mengigil rasa badan tegak solat berjamaah, air yang masuk ke badan berbotol-botol. Habis jer air mintak kawan-kawan tolong carikan. Camane lajunya air masuk macam tu jugak lajunya air keluar, mencari toilet lagi berbaris panjang.
Walaupun begitu itulah nikmat. Ya Rabb, betapa manisnya dapat menjejakan kaki ke bumi Arafah, tempat khutbah terakhir Baginda Rasulullah s.a.w.
Berjalan kaki ker Arafah. |
Sebelum berangkat ke Arafah, pengurusan Tabung Haji dah beri briefing tentang bas dan map kawasan khemah sebagai panduan Jemaah Haji semua.
Kak Hajjah, janganlah excited sangat nak bawak barang banyak-banyak nanti sengsara nak bawak. Bas tu cuma ada tempat duduk tak der compartment untuk barang. Kalau bawak 2 - 3 beg ko pikul sendiri dalam bas tu.
Mungkin sekarang tak macam tu lagi, tapi kalau buleh bawak sahaja hand luggage yang LUTH beri tu. Muat-muat satu beg tu lebih baik untuk Kak Hajjah dan Abang Haji semua. Makanan mungkin setakat snack dan satu botol air sahaja dah memadai. Jangan risau makanan banyak disediakan.
Air sila minum sebanyak yang boleh, supaya anda kekal segar sepanjang hari. Bawa Quran dan buku-buku doa, susun doa yang nak dibaca untuk diri sendiri dan kiriman doa kawan-kawan.
Elakkan dari berbual banyak-banyak. Banyakkan berzikir dan baca AlQuran.
Mabit di Muzdalifah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan