Jumaat, 25 Ogos 2017

DRONE ASBAB DAPAT JEMPUTAN HAJI



Touching baca kisah lelaki Ghana ini. Unik cara dia dapat menunaikan haji. Rezeki Allah swt tiada batasan baik di langit atau dibumi.  Cuma bila sebut pasal rezeki semua ingat duit. Macam pakcik Ghana ni hanya sekadar bisikan dari rasa ketidakupayaan itu bawak dia ke Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk umrah dan haji.

Siapa sangka ya hanya apabila drone alat yang digunakan pada masa ini untuk buat video atau photography dari jarak jauh menjadi asbab Pakcik dari Ghana ini dapat menunaikan haji. Kesah bermula bila seorang wartawan Turkey sedang membuat video menggunakan drone dan machine ini terjatuh di hadapan rumah beliau.

Apabila wartawan ini datang untuk mendapatkan balik drone, lelaki ini dengan wajah yang ikhlas bertanya bolehkah drone ini membawa beliau untuk menunaikan haji ke Makkah.

Wartawan turkey telah tweet kan gambar beliau sedang memegang drone dengan ceritanya, cerita ini telah menjadi 'viral'.. Kerajaan Turki yang pemurah tu telah menghubungi beliau dan menaja untuk trip beliau ke Arab Saudi.

Ketika ini beliau telah berada disana. Janji Allah swt itu pasti keep on berdoa seandainya visa belum lulus dan flight belum pasti. Ada hikmah untuk segalanya.

Jika tahun ini nak buat umrah musim sejuk lihat page kelengkapan haji dan umrah untuk lihat senarai barang-barang yang kami jual.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA