Khamis, 3 Ogos 2017

SAYA NAK BELI TELEKUNG ZIARAH

Hari ini aktiviti biasa pagi-pagi dah keluar berkuliah di kejiranan kita kat Taman Melawati. Nothin special pun duduk mengasah telinga dan mendidik hati biar jadi hamba Allah swt yang sentiasa bersyukur tu.

Balik nak pos barang tapi terlupa terus balik ambik early lunch, sedang sedap menjamu selera tu dapat satu call dari nombor yang tak dikenali pun.  Nak beli telekung ziarah, pemanggil bertanyakan lokasi.
So kak hajjah kasi alamat dan location.

Rupanya bakal pembeli datang dari kawasan setempat kat Desa Tun Hussein Onn nak cari telekung ziarah untuk ibunya. Ingatkan lambat lagi mak nya nak pergi rupanya flight malam ini pukul 9.00. Sebab tu mereka terus datang kebetulan ada stok di rumah.

Customer ni datang try telekung ziarah putih smocking berpuashati dengan jahitan muka telekung  yang kemas. Kak Hajjah bagi dua tiga pilihan material cotton polos, cotton bunga dan koshiboo. Dia orang pilih yang putih sebab ibunya tak pernah pakai warna lain selain putih dan koshiboo ni agak tebal sikit dan lapik labuh. Selesa untuk orang yang tak prefer telekung yang nipis dan jarang.

Apa relevannya telekung ziarah nie? 

Telekung ziarah lepih pendek dari telekung biasa.  Setengah jemaah wanita mereka memang selesa bertelekung sahaja semasa musim haji atau umrah. Jadi telekung ziarah tidak meleret-leret dipakai senang nak duduk.

Labuh telekung ziarah hanya 28 inci - 30 inci berbanding telekung biasa labuh dalam 42 inci ker 45 inci.

Kami menyediakan telekung ziarah putih dan hitam untuk ziarah dan solat jugak. Ada customer yang tidak berapa tinggi jadi telekung ziarah ini adalah pilihan yang tepat.

Lagipun telekung ziarah ni kalau nak sujud senang tak perlu di tarik baju telekung tu dan tidak menutup tempat sujud.

Masa haji atau umrah kebanyakan jemaah tidak memakai kain telekung kerana mereka memakai jubah untuk menggantikan kain sarung.

Telekung ziarah kami ada warna hitam dan putih
Material ada cotton tetron, koshiboo dan cotton lembut.
Labuh cuma 28 inci ker 30 inci
Jahitan muka kami ada jenis smocking dan getah sahaja

muka telekung hitam getah

muka smocking

Labuh Telekung ziarah
Telekung Hitam Lace
Muka Renda Lace

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA