Khamis, 16 Disember 2021

APA KATA MEREKA MENGENAI KASUT TAWAF SPORTY KAMI?

Kami nak share feed back pelanggan kami yang baru sahaja kembali ke tanah air dari mengerjakan umrah ya,  Puan Faridah dan anaknya sangat selesa dengan kasut tawaf sporty dan rasa bersyukur berpeluang berjumpa dengan kami di Designmusleema yang menawarkan produk kasut tawaf sporty ini.

Puan Fatimah memilih saiz 42 @ saiz 7 untuk dia dan anaknya.



Puan Aloyah pula membeli kasut tawaf untuk ibunya yang dah tak boleh berjalan lagi hanya menggunakan wheel chair. Ibunya suka dengan rekaan kasut yang cantik dan tidak menyakitkan kaki beliau. Ibu Puan Aloyah pilih saiz 44.




BOLEH KLIK DISINI YA 




UMRAH MUSIM SEJUK - JUBAH SELUAR SEMUA MUSIM



JUBAH SELUAR SEMUA MUSIM

Terima kasih  REKOMEN JUBAH SELUAR HAJi BERDESUP DESAP AKAK GI TAWAF DAN SAiE

Jubah seluar selesa sangat untuk bergerak ke sana kemari sepanjang umrah akk.

Kainnya Serap peluh akak, Saya pernah cuba Material lain peluh menitik sampai ke kaki - puan aida puchong.

Musim sejuk ni terbaiklah sangat lah pakai Jubah Seluar kalis dinginNie
Saiz s - 3xl. 

Nak tempah ikut cutting sendiri Boleh je
#kaincotton yang sejuk dan selesa
#seluarmuslimah pinggang bergetah
#bajuputih yang labuh dan berpoket
#lenganpanjang hujung lengan ada getah senang nak ambik wudhuk

Ramai yang dah cuba terus jatuh cinta, kalau Anda Bakal tetamu Allah pasti kan ada dalam luggage anda.

Wassap kami nak Order Jubahseluarhaji
Klik link kami www.wasap.my/601127902884/bajuhajiumrah
#telekungmusleema
#jubahseluarmuslimah
#jubahseluar
#kainsejuk
#takjarang







Jumaat, 19 November 2021

KASUT TAWAF SPORTY UNTUK UMRAH MUSIM SEJUK

 Syukur pada Allah, baru jer kerajann Malaysia umumkan boleh terbang ramai dan berduyun-duyun nak pergi ke tanah suci Makkah dan Madinah untuk menunaikan haji dan umrah ya.

Ada yang dah booking sebelum covid tapi tertangguh hajatnya, Kali ini ramai yang ambil kesempatan ini untuk buat umrah.

Sahabat saya baru pertama kali nak pergi Umrah dengan anak perempuannya, hasrat beliau untuk mengerjakan umrah juga tertunda hampir dua tahun. Kali ini tak sabar-sabar nak pergi ke Tanah Suci.

Siang tadi Puan Bibi dan anak perempuannya datang ke kedai kami untuk lihat kelengkapan umrah. Anaknya pun dah ambik booster sebagai syarat untuk pergi umrah.

Sebagai first timer, Kak Hajah rekomen kan senarai barang umrah seperti berikut :-

1.  3 helai telekung (bawa 1 jer kain sarung in case nak pakai solat dalam bilik)

2.  2 helai baju poket @ camisole 2 helai 

3.   1 pasang kasut tawaf tapak getah untuk umrah dan saie

4.   1 pasang kasut tawaf lembut untuk pakai solat

5.   4 pasang stokin tebal 

6.    3 pasang hand sock

7.    3 helai anak tudung

8.    3 helai seluar panjang hitam dan putih

9.    4 pasang pakaian (minijubah @ jubah seluar)

10.  2 helai baju kaftan untuk pakai tidur dalam bilik

11.  3 helai tudung labuh saiz 2xl or xl (tudung ikut saiz pemakainya)

12.  Sejadah putih (sejadah muka)

13.   Ubatan-ubatan sendiri seperti ointment, paracetemol, ubat batuk dan selsema

13.  spray wuduk dan uncang kasut.

14.  ksl therapy cream pakai malam masa nak tidur

BOLEH KLIK KAT PAGE HEADER DI ATAS SENARAI LENGKAP KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH YA.

COPYWRITING INI MILIK TELEKUNGMUSLEEMA TIDAK BOLEH DISIAR KEMBALI







   

Rabu, 17 November 2021

NAK PERGI UMRAH MUSIM SEJUK KER? JANGAN LUPA BAWA KASUT TAWAF



Restok restok kasut tawaf velvet nie. Selesa di kaki ceria dihati.

Kongsi pahala hadiah kan sedara Mara yang nak gi haji dan umrah Tu.

Kalau sakit kaki highly rekomen pakai Dalam rumah tau.

Bawa tawaf dan saie selesa sangat Jalan ulang alik Tu.
Tapak Ada anti slip anti licin
Bahagian Dalam Ada spandex yang beri selesa kat Kaki.
stretchable dipakai

Sepasang dari rm10.00 - rm15.00

Postage dari rm8 sahaja

Warna skin colur, hitam, coklat, biru, dan kelabu.

sila wassap kak hajjah - 0192883235 untuk order ya.






Jumaat, 12 November 2021

LETS GO UMRAH - UMRAH NORMA BAHARU



KERAJAAN telah mengumumkan kebenaran pergerakan merentas negeri termasuk ke luar negara setelah Malaysia mencapai kadar vaksinasi 90 peratus daripada populasi dewasa.

Ini merupakan berita gembira buat jemaah umrah dari Malaysia yang sudah hampir dua tahun perjalanan mereka tertangguh disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Bagaimanapun, pelbagai langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan proses jemaah menunaikan umrah berjalan dengan lancar dan keselamatan mereka juga terjamin.



Buat masa ini, hanya pakej umrah sahaja yang ditawarkan dengan penerima vaksin Pfizer serta Astra Zeneca diberi kebenaran untuk mengerjakan ibadah di tanah suci, manakala bagi penerima vaksin Sinovac, jemaah perlu mendapatkan dos penggalak bagi menepati prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

ARTIKEL BERKAITAN: Umrah dan mungkin haji antara faedah gagal diperoleh golongan anti vaksin - PM

Peningkatan harga pakej umrah terkini adalah disebabkan SOP yang telah ditetapkan iaitu hanya dua jemaah yang dibenarkan untuk berada di dalam satu bilik dan kos tersebut perlu dikongsi berdua berbanding dengan enam jemaah pada zaman sebelum pandemik.

Selain itu, beberapa lagi kos yang perlu diambil kira termasuklah Cukai Nilai Tambah (VAT) hotel di Arab Saudi dan ujian saringan Covid-19 bagi para jemaah sebelum berangkat ke tanah suci, semasa berada di sana serta sebelum pulang ke tanah air.

Tetapi jumlah jemaah yang ditetapkan dalam satu perjalanan masih sama seperti dahulu iaitu 30 hingga 40 jemaah yang berusia 18 tahun ke atas dan sudah lengkap dos vaksinasi.

Banyak perkara yang perlu diambil berat semasa menunaikan umrah ketika fasa endemik ini memandangkan virus Covid-19 masih lagi wujud dalam kalangan manusia.

Jemaah perlu memuat turun aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna kerana kedua-dua aplikasi ini menjadi mekanisma kepada Arab Saudi untuk memantau banyak perkara, khususnya jadual yang ditetapkan bagi melakukan umrah dan ziarah serta untuk keluar masuk ke mana-mana premis di sana.

Untuk memastikan kebersihan makanan para jemaah terjamin, agensi akan menghidangkannya di dalam bekas bagi mengelakkan mereka terdedah dengan virus dan jangkitan.

PERLUKAN PERSIAPAN UNTUK HAJI UMRAH JANGAN LUPA WASAP YA

www.wasap.my/601127902884/hajjumrah
sumber Mstar 8/11/2021






KENANGAN UMRAH DULU-DULU





UMRAH NORMA BAHARU

Selasa, 9 November 2021

WELCOME NOVEMBER - WE BACK ON TRACK KEDAI TELEKUNGMUSLEEMA

 



Travels agent dah mula iklankan package umrah musim sejuk. Ada ker yang dah booking? Nak bagitau kedai kami masih beroperasi. Kita masih ada menjual stok kelengkapan haji dan umrah ya. Cuma hampir dua tahun senyap sunyi. Sementara waktu kita beralih ke bidang makanan.

Okay kawan-kawan, boleh klik kat header page kat atas ya..kalau nak tengok barang-baramg haji dan umrah tu ya.

Hari ini kita nak stok terkini yang kami ada yang telekung cotton sulam yang sangat ohsem harganya tak mahal macam harga siakap ya. Ada yang plain dan ada yang warna boleh pilih nak buat hadiah pun boleh.

  • design sulam tak sepadan dengan harga kain pun cantik tak panas. 
  • Kemasan muka yang cantik ada getah jadi lebih fleksibile untuk semua saiz muka ya.
  • labuh tu standard 46 depan, 54 inci di belakang ya. 
  • Labuh dan lebar kain yang besar orang badan besar pun boleh pakai tak membazirlah ya 
  • Kain jenis cotton campur, kain sejuk

Memang best tau, sebenarnya masa pkp ni akak banyak jual telekung nie ya memang harga bajet tapi kualiti kain bagus.

sila choose your colour sepasang cuma rm88.00 ya sahabat semua.










berminat anda boleh klik kat sini ya designmusleemashoppe untuk buat tempahan.
atau boleh pm/wassap kami untuk info lanjut ya www.wasap.my/601127902884/telekungasheera

Jumaat, 22 Oktober 2021

DENGAR KABARNYA DAH BOLEH PERGI UMRAH YER?

 Alhamdulillah syukur andainya semua berjalan dengan lancar, meriah lah kembali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Kabarnya disana saf sudah boleh rapat-rapat. Penghadang dekat dengan Kaabah sudah pun dialihkan. Syukur sangat.

Ramai yang berhajat nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekkah, ada yang dah booking dengan travel agent tapi hasrat tak kesampaian. Atau ada yang dah tidak sempat lagi untuk menjejaki untuk ke sana akibat tewas dengan covid19.

Bagaimana dengan anda sudah merancang untuk kembali ke Tanah Suci semoga hajat anda dimakbulkan oleh Allah ya.



 

Isnin, 26 Julai 2021

AKU POSITIF COVID 19 - 2021 - MACAMANA SAYA DIJANGKITI?

Assalamualaikum, hari-hari sejak setahun lepas baca kisah orang yang positif covid19. Tengok angka-angka yang terus naik tak tau bila nak turun. 

Macam-macam  kisah suka-duka manusia lalui.  Semalam angka dah 17k dengan angka kematian 92 orang.

Tahun lepas kita tengok 3 angka kita dah panik. Bila kos kita terus turun kita rasa, kita semua dah menang tapi belum lagi rupanya.

Hari ini kita dengar ramai orang yang rapat dan dekat dengan kita dijangkiti, tewas, sembuh dan berbagai peringkat usia. Covid tak kenal usia muda, tua dan kanak-kanak.

Dalam membilang angka setiap hari tanpa sedar rupanya yang sendiri tidak lepas dari virus yang bahaya ini. Saya sudah dapat 1st dose suntikan vaksin alhamdulillah. Kesan suntikan itu, saya bersyukur tiada kesan alahan, rasa badan tidak selesa sikit tapi i'm ok. 

Saya teruskan kehidupan seperti biasa, keluar rumah urusan kerja pergi pos barang dan buat delivery barang.  Saya mula rasa badan sakit-sakit dan allergy gatal hidung dan bersin.

Saya fikir sebab saya angkat berat dan cuaca di luar yang panas. Hanya ambil paracetemol sahaja sehinggal 2-3 hari sebelum raya tu. Demam makin panas, suhu tak menentu ada panas, kadang-kadang sejuk.  Tapi tiada simpton yang mengaitkan dengan covid.

Saya pergi ke klinik biasa dapatkan rawatan untuk demam dan selsema sahaja. 

Saya asingkan diri tidak bercampur dengan jiran-jiran tidak benarkan dia datang ke rumah. 

Sehinggalah pada 1 hari raya Aidil Adha, saya perasan saya tiada deria bau. Saya sembur minyak wangi, Sembur clorox dalam bilik air dan menggoreng kuih pun tiada bau.

Next day saya terus ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan. Malangnya sebab lain poskos saya tidak dapat buat swab test di klinik kesihatan saya terpaksa booking ke klinik swasata.

 Saya tidak pasti secara tepat bagaimana di jangkiti saya tiada kontek rapat dengan siapa-siapa.

Esok kita sambung keputusan swab test dan dimana saya berkuarantin.


#covidisreal






Khamis, 8 Julai 2021

BENDERA PUTIH - BILA SUDAH TIDAK LAGI PUNYA PILIHAN

Nampaknya sebulan sekali jer masuk blog nie. Banyak bertumpu pada facebook #ttccantiksihat dan ig #ksl_baeryah.

Sana sini cerita bendera putih. Memang sedih sangat bila dapat tahu ada yang bunuh diri sebab tekanan kewangan, perniagaan yang musnah dan keluarga yang kelaparan,

Sedih sangat bila PKP dah masuk tahun kedua jadi sangat speechless. /Alhamdulillah sangat ada keluarga dan sahabat yang menyokong kami.

Setiap hari ada orang yang keputusan bekalan makanan, tiada rumah, habis sumber kewangan. Sedih sangat-sangat 

Tak payah fikir malu jika perlu bantuan ramai orang yang sudi menghulurkan bantuan.





Sabtu, 12 Jun 2021

SELAMAT PKP 3.0 LANJUTAN - ADA YANG DAH DAPAT TAWARAN PERGI HAJI KER

Salam semua, selamat hari minggu PKP bersambung lagi dari 15/6/2021 hingga 28hb June 2021, kes covid masih lagi tinggi masih paras 6000++.

Anda dah dapat vaksin ke? Kak Hajah masih menunggu giliran nie. Sekarang ni ramai yang rasa terdesak nak ambil vaksin. Sebelum tak bersungguh-sungguh sebab tengok angka covid tu tak lah naik begitu mendadak. Semoga dipermudahkan.

Ada ke sahabat Kak Hajjah yang dapat panggilah haji tahun ini, ada kawan-kawan yang sharing dengan kita mereka dah dipanggil untuk vaksin dan akan dipanggil pada bila-bila masa jika pihak kerajaan membenarkan untuk menghantar jemaah pergi menunaikan haji pada tahun ini.

Ada sahabat dan pelanggan kita yang wasap balik bertanyakan produk sebab dah dua tahun ni aktiviti jualan dan promosi memang sangat kurang. 

Untuk pengetahuan semua kita masih lagi menjual produk haji dan umrah, masih ada stok walaupun beroperasi dari rumah. InsyaAllah anda masih boleh wasap kami untuk pertanyaan produk-produk ya. 

InsyaAllah kami sedia membantu anda. Jangan malu-malu wasap kami jika nak dibantu melengkapkan barangan peribadi yang nak dibawa untuk haji dan umrah anda ya.







Selasa, 23 Mac 2021

SETAHUN SELEPAS COVID 19

 Mari kita share apa yang kita alami sepanjang setahun selepas covid 19.  

Banyak air mata yang tumpah, nak memulakan hidup baru sepanjang setahun berlalu, bermacam PKP dah dilalui.  Syukur alhamdulillah masih lagi bernafas hingga ke hari ini. Masih lagi boleh sujud di sejadah setiap hari. Masih lagi boleh bercakap dengan bonda di kampung walaupun rentas negeri dah berapa kali kita tak boleh lepas.

March 2020 kita terima dengan redha semua aktivit umrah dan haji terkandas sehingga ke hari ini. Kita mencari titik mula bagaimana nak meneruskan kehidupan. Syukur kita memang bermula dengan apa yang ada ditangan kecil-kecilan jadi kita tidak terikat dengan hutang yang besar. Walaupun masih ada credit dengan pembekal.

Kita terpaksa mencari bisnes baru simpan semua stok-stok, ada yang dah terjual walaupun dengan untung kecil itu lebih baik daripada simpan stok berlambak-lambak.

Syukur masih ada sahabat yang bagi kita peluang untuk join bisnes dia orang walaupun jual barang orang lain itu lebih baik dari minta duit kat orang. Orang akan bantu kita dengan jumpa yang dia nak bantu. Tapi kalau kita meminta-minta orang tidak suka dan mula mengelak dari kita.

Sama juga dengan ahli keluarga sendiri 2 - 3 kali masih lagi dilayan, tak mungkin mampu nak hulur setiap bulan.

April 2020 dah dekat Ramadhan mula promosikan biskut raya dengan kenalan-kenalan alhamdulillah ada yang sudi membeli. Dengan modal yang sedikit berniaga mask dan buah kurma. Halangan besar disini adalah masalah stok yang tersangkut dengan syarikat logistik seperti pos laju dan jnt. Jadi masa ini cari alternatif dapatkan khidmat line clear. Alhamdulillah lancar.

Bila berlaku suasana begini syukur keluarga sangat mengambil berat, dalam keadaan hilang punca pendapatan dan terpisah oleh jarak Allah yang tahu sukarnya melalui saat begini. Hanya kepada Allah tempat mengadu. Alhamdulillah kenalan yang sangat prihatin dan menyokong semua usaha kita. Allah yang balas jasa kalian.

Selepas Aidilfitri tahun lepas nampak tiada perubahan covid kes menurun tapi industri umrah haji masih kelabu. Ambil keputusan fokus pada produk telekung travel dan healthcare produk sahaja.

Bukan mudah nak mula balik tapi dengan database pelanggan yang ada gagah kan diri teruskan jua demi sesuap nasi.

Kita ambil kesempatan kelas percuma dengan RICHWORKS join circle. Untuk dapatkan semangat baru supaya tidak karam dalam tangisan.  Apa sahaja kursus media sosial percuma kita akan sertai. 

Belajar bersyukur dengan ketentuan Illahi. Syukur dalam serba kekurangan masih bertahan lagi.

Hari ini teruji lagi bila kereta antik ku sudah masuk workshop dengan sakitnya yang makin parah. Sedangkan kita sangat memerlukan kenderaan untuk uruskan perniagaan ini. Aduhh yang Allah tolong beri hamba mu kekuatan untuk mengharungi.

Di saat aku sedang menyusun langkah untuk terus berjuang membaikki diri dan untuk bantu sahabat-sahabatku bangkit kembali.

Setiap hari dalam hidup ini aku melihat anak bangsaku sedang bangkit berjuang di tepi-tepi jalan, kadang-kadang air mata gugur tengok mereka dalam kelelahan berpanas mencari rezeki.

Semoga kami tabah hadapi dunia yang sudah tidak mampu memberi kami ruang untuk bermimpi indah.  Melainkan kami semua bangun dan bangkit untuk masa depan kami dan anak cucu kami. 

Kami tidak peduli bapak-bapak menteri sibuk bergendang di Parlimen sebab kami sudah muak dengan nyanyian dan rentak tari mereka. 

Setiap hari kami membaca ramainya manusia yang jadi buta sebab duit, gadaikan amanah yang dijunjung untuk besarkan tembolok mereka. Sedangkan kami bermatian mencari sekupang rezeki halal. Percaya kami hanya pada Allah swt. 





ANDA NAK BERI PELUANG PADA DIRI ANDA 

JOM SERTAI KAMI 

DENGAN MODAL YANG KECIL RM120 - RM200 SAHAJA UNTUK ANDA BERMULA

ATAU PUN TANPA MODAL

KAMI SEDIAKAN BAHAN PROMOSI UNTUK ANDA

Boleh wasak Kak hajjah www.wasap.my/601127902884/TTCagent







Sabtu, 20 Mac 2021

KENALI OAT BIJIRIN BERKHASIAT UNTUK JANTUNG DAN PENCERNAAN ANDA

 MARI BERKENALAN DENGAN OAT KEGEMARAN ANDA


Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. 

Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda. 

Jerami oat digunakan sebagai tempat tidur haiwan dan kadang-kala juga sebagai makanan haiwan.

Oats seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan daripada oats yang dilenyek atau oatmeal, dan juga dibakar menjadi biskut (cookies).

 Dalam bentuk tepung oat atau oatmeal, ia juga digunakan dalam pelbagai biskut (baked goods) dan cereal sejuk, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola. 

Oats juga boleh dimakan mentah, dan biskut dengan oats mentah menjadi semakin popular.

Jerami Oat juga digunakan dalam penghasilan corn dolly, dan merupakan pengisian kegemaran bagi bantal home made lace.

Pati oat boleh digunakan sebagai perawat masalah kulit, contoh. dalam mandian, produk kulit dll.

Nama lama Inggeris Pertengahan bagi tumbuhan ini ialah haver, yang kekal dalam nama beg makanan ternakan haversack.
sumber wikipedia








NAK RASA OAT YANGSEDAP BUAT ANDA NAK MAKAN BERKALI-KALI 

Jumaat, 19 Mac 2021

TELEKUNG ASHEERA UNTUK BONDA YANG JAUH

khas buat bondaku,

Rindunya kat Mak ku, wajah keriput tu sering bermain di mindaku. Kelmarin aku telepun lama berdering telepun tak berjawab. Tak puas hati telepun rumah kakak ku jiran sebelah.
 
"mak ade dia tengok ayam kot" mak memang ada bela ayam 1 reban. Hobi orang tua tu mana boleh duduk diam.

Cuba lagi 1 jam kemudian, baru dengar suara tua tu termengah-mengah. Mak pergi mana, "aku basuh kain tak da orang nak basuh baju aku" Zassss rasa kena toreh hati aku tu.. 

Telekung aku tu, dah nampak kuning sikit nak cuci lah kasi putih balik..aduss lagi satu tusukan dalam hati kecik aku nie.
 
Mak kalau suka satu barang pakai sampai lunyai..dia suka benor pakai telekung yang satu tu..dah beli 2 tahun sudah tapi itu jugaklah yang dipakainya..

Mak nanti orang pos mak telekung yer dah nak Ramadhan nie nanti mak boleh bawak solat tarawih..Mak nak warna ker putih?

"bila nak balik? "

"mana boleh balik mak, tak boleh rentas negeri"

Tunggu ya nanti akak pos kat mak ya,

Kalau rindu kat bonda hadiahkan sepasang telekung comel asheera.

 Saya pos untuk anda picit link ya. Kembalikan senyuman diwajah ibu.

Ada Banyok pilihan untuk anda pilih TELEKUNG ASHEERA










NAK TENGOK ASHEERA KLIK KAT PAGE YA.


untuk order boleh wassap kak hajjah di no www.wasap.my/601127902884/ASHEERA

+2

Rabu, 10 Mac 2021

Sabtu, 20 Februari 2021

7 Panduan Pilih Telekung Yang Baik Supaya Solat Anda Allah Terima

7 Panduan Memilih Telekung Solat
  • Pastikan saiz betul dengan si pemakai, agar nanti bila pakai tidaklah terdedah aurat ketika menunaikan solat.
  • Bukan hiasan kerawang atau butiran corak yang perlu dipentingkan, tetapi adalah jahitan kemas dan fungsi telekung itu, agar ia tidak terjejas.
  • Pilih telekung dari jenis kain kapas. Ia lebih selesa dan menyerap peluh. Ini akan menjadikan telekung tidak berbau busuk.
  • Pastikan telekung itu tidak terlalu menonjol dengan hiasan kerawang atau corak. Pastikan ia kurang kira-kira 20 peratus dari keseluruhan telekung.
  • Pilihlah telekung yang punyai beg khas. Mudah untuk dilipat dan disimpan. Telekung yang banyak sangat kerawang kadangkala sukar nak lipat dengan baik.
  • Elakkan memilih telekung yang ada hiasan sekitar wajah, ia boleh ganggu kusyuk solat. Jika pilih kerawang, ia akan buat si pemakai rasa kurang selesa.
  • Kainnya mestilah jangan terlalu nipis hingga menampakkan bentuk tubuh. Telekung bertujuan untuk sorokkan bukan untuk serlahkan bentuk badan ketika solat.

Saya harap dengan sedikit perkongsian ini akan dapat bantu para isteri mahupun suami memilih telekung solat yang terbaik dan sempurna. Jangan tersilap niat antara mahu beribadah dengan sempurna dengan tampil sedap mata memandang di bulan Ramadhan .. hoho ...

Ok, harap perkongsian ini membawa manfaat kepada yang mencari. In Sha Allah.



kredit Hasrulhassan.com

pale green



NAK KENAL ASHEERA KLIK

PAGE TELEKUNG EIDUL FITRI 2021

BOLEH WASSAP KAK HAJJAH 

www.wasap.my/601127902884




Ahad, 14 Februari 2021

RANCANG BELANJA DUIT I - SINAR


Asas utama dalam keadaan krisis ini utamakan keperluan bukan kehendak.


Bijak berbelanja itu akan memastikan kewangan kita bertahan lama. Masa ini kereta murah, rumah murah, loan pun murah memang sangat teruja.

Bagi orang yang ada cash masa ini memang peluang keemasan. Tapi bagi yang dalam fasa bertahan bertabah dan bersabarlah dengan apa yang masih ada dalam tangan.

Buat research sebelum buat satu keputusan kewangan yang melibatkan jumlah yang besar. 

Masa ini scammer pun banyak berhati-hati gaiss.

I share sebab I care.

pesanan ini dari #telekungmusleema dan #designmusleema

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786051/rancang-hati-hati-belanja-duit-i-sinar#.YCjhe302kBQ.gmail

Sabtu, 13 Februari 2021

BULAN REJAB DICEMARI KEPALSUAN

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. 

Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. 

Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan.

 Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. 

Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. 

Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU
Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.
Wallahu a'lam.

SUMBER JAKI M





Rabu, 10 Februari 2021

SALES PKP2021 - TELEKUNG ASHEERA ADA SALE TAU









Dah nak masuk bulan Rejab kita masih pkp

Mudahan smpai Ramadhan surau Masjid kita dibuka ya.
 
Semoga tahun ini dapatberjamaah dan buka puasa Ramadhan berjamaah. 

Dapat makan dengan ayah bonda buka puasa.

Dapat pakai Baju raya sedondon. 

Mak dikampung Pun rindu dengan Anak cucu.

Sebagai pengubat rindu kirim Sepasang telekung Tak renyuk dan tak kusut. Dan Kurma Ajwa MAdinah untuk buka puasa sunat.  Wasap kami untuk pilihan warna yang menarik ya.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA