Sabtu, 12 Jun 2021

SELAMAT PKP 3.0 LANJUTAN - ADA YANG DAH DAPAT TAWARAN PERGI HAJI KER

Salam semua, selamat hari minggu PKP bersambung lagi dari 15/6/2021 hingga 28hb June 2021, kes covid masih lagi tinggi masih paras 6000++.

Anda dah dapat vaksin ke? Kak Hajah masih menunggu giliran nie. Sekarang ni ramai yang rasa terdesak nak ambil vaksin. Sebelum tak bersungguh-sungguh sebab tengok angka covid tu tak lah naik begitu mendadak. Semoga dipermudahkan.

Ada ke sahabat Kak Hajjah yang dapat panggilah haji tahun ini, ada kawan-kawan yang sharing dengan kita mereka dah dipanggil untuk vaksin dan akan dipanggil pada bila-bila masa jika pihak kerajaan membenarkan untuk menghantar jemaah pergi menunaikan haji pada tahun ini.

Ada sahabat dan pelanggan kita yang wasap balik bertanyakan produk sebab dah dua tahun ni aktiviti jualan dan promosi memang sangat kurang. 

Untuk pengetahuan semua kita masih lagi menjual produk haji dan umrah, masih ada stok walaupun beroperasi dari rumah. InsyaAllah anda masih boleh wasap kami untuk pertanyaan produk-produk ya. 

InsyaAllah kami sedia membantu anda. Jangan malu-malu wasap kami jika nak dibantu melengkapkan barangan peribadi yang nak dibawa untuk haji dan umrah anda ya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA