Jumaat, 19 November 2021

KASUT TAWAF SPORTY UNTUK UMRAH MUSIM SEJUK

 Syukur pada Allah, baru jer kerajann Malaysia umumkan boleh terbang ramai dan berduyun-duyun nak pergi ke tanah suci Makkah dan Madinah untuk menunaikan haji dan umrah ya.

Ada yang dah booking sebelum covid tapi tertangguh hajatnya, Kali ini ramai yang ambil kesempatan ini untuk buat umrah.

Sahabat saya baru pertama kali nak pergi Umrah dengan anak perempuannya, hasrat beliau untuk mengerjakan umrah juga tertunda hampir dua tahun. Kali ini tak sabar-sabar nak pergi ke Tanah Suci.

Siang tadi Puan Bibi dan anak perempuannya datang ke kedai kami untuk lihat kelengkapan umrah. Anaknya pun dah ambik booster sebagai syarat untuk pergi umrah.

Sebagai first timer, Kak Hajah rekomen kan senarai barang umrah seperti berikut :-

1.  3 helai telekung (bawa 1 jer kain sarung in case nak pakai solat dalam bilik)

2.  2 helai baju poket @ camisole 2 helai 

3.   1 pasang kasut tawaf tapak getah untuk umrah dan saie

4.   1 pasang kasut tawaf lembut untuk pakai solat

5.   4 pasang stokin tebal 

6.    3 pasang hand sock

7.    3 helai anak tudung

8.    3 helai seluar panjang hitam dan putih

9.    4 pasang pakaian (minijubah @ jubah seluar)

10.  2 helai baju kaftan untuk pakai tidur dalam bilik

11.  3 helai tudung labuh saiz 2xl or xl (tudung ikut saiz pemakainya)

12.  Sejadah putih (sejadah muka)

13.   Ubatan-ubatan sendiri seperti ointment, paracetemol, ubat batuk dan selsema

13.  spray wuduk dan uncang kasut.

14.  ksl therapy cream pakai malam masa nak tidur

BOLEH KLIK KAT PAGE HEADER DI ATAS SENARAI LENGKAP KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH YA.

COPYWRITING INI MILIK TELEKUNGMUSLEEMA TIDAK BOLEH DISIAR KEMBALI







   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA