Last year before saya berangkat ke tanah suci saya memang tak terfikir nak stock makanan kering sebab setahu saya makanan untuk bakal-bakal haji sudah di tender oleh caterer. Tak payah fikir banyak bakal haji cuma tumpu untuk ibadah sahaja.
Kakak I dah sampai disana sebulan lebih awal bila dia tahu adindanya juga akan datang bertalu-talu lah whatsap masuk minta maggi, kicap, cili sos dan asam jawa ADABI. Katanya tak lalu nak makan makanan yang disediakan untuk bakal haji tu tak lalu nak ditelan dik tekak. So saya pun tambahlah pulak serunding daging dan sambal hitam pahang. Saya bawak juga biskut julie tu kak long oii.
Boleh kata suku dari beg I tu barang untuk kakak dan abang ipar. Berat makanan nasib baik tak minta ikan kering sekali.
Memanglah ada caterer tapi cuba bakal haji bayangkan lalu ker tak makan ayam, daging, sotong kembang. Duduk kat sana 30 - 50 hari macam tu. Jangan mimpi nak rasa masak lomak ker, rendang daging ker, tumis sotong cara kita ker. Tukang masaknya samada orang indonesia dan patani ya. Jadi memang boleh kuruslah tak makan santan sebulan, masakan ala-ala rasa-rasa arab dan india yer.
Sayur pulak tak der sayur hijau atau taugeh. Sayuran jenis yang tahan lama macam carrot, kobis, bunga kobis dan yang seangkatan dengannya.
Jadi saya kongsi dengan bakal haji sikit tip-tips makanan kering mana yang sesuai boleh ambil:-
Tips 1 - bawak maggi kalau anda memang suka. Sebab satu bungkus kat sini rm1 ++ kat sana RM3.00. Mee cawan maggi RM5.00 nak try ker?
GAMBAR HIASAN SAHAJA SAYA MEMANG TAK SUKA MAKAN MEE KERING KECUALI YEE MEE |
Tips 2 - bawak serunding i.e. daging, ayam, ikan bilis apa sahaja yang sewaktu dengannnya. Pek-pek kecil-kecik, bila nak makan ambik satu pek sahaja.
Tips 3 - bawak sambal. Sambal tempe, acar ikan masin, sambal bilis apa sahaja.
Tips 4 - bawak lada @ cili goreng - yang ini room mate dari kedah bawah camane nak buat cari orang Kedah sebab akak orang perak.
Tips 5 - bawaklah instant coffee, 3 in 1 ker apa-apa jenama kalau anda suka coffee. Sebab 1 cup kertas kecik nescafe tu RIYAL 3.00 YER TERCOKIK nak bayar. Kalau suka sangat bawak 2 pek besar. apa-apa 3 in1 ker, 2 in 1 ker .
Nak order boleh whatsapp 019-2883235 |
Paling penting minum banyak air ya..Air mahal sikit, dekat pipe tu air yang diproses dari laut. Bakal haji elakkan dari minum air tu kalau boleh. Memang terasa sebab kita kat sini air murah. Kita orang balun jugak, dah terlambat baru tau redha ajerlah.
Air mineral beli dikedai-kedai berhampiran hotel kita tinggal tu.
SERONOK MAKAN BERAMAI-RAMAI DUDUK BERSILA DALAM BILIK BERLAPIK KERTAS SAMBIL MENIKMATI BEKALAN YANG DIBAWA DARI MALAYSIA. KALAU ROOM MATE ANDA DARI 5 NEGERI MACAM-MACAM MAKANAN YANG KITA RASA.
ALLOCATE LEBIH SIKIT DUIT UNTUK MAKAN SEBAB kalau di cafe tabung haji makanan yang dimasak start dari harga RIYAL 6.00. BILA ANDA TAK LALU MAKAN, MAKANAN YANG DISEDIAKAN BOLEH CARI CAFE UNTUK RASA ALA MALAYSIA.
Lepas asar ajer Cik Nab room mate kami akan bukak kedai kopinya. Buat teh O makan dengan biskut kering. Try biskut kering kat sana roti macam kat sini disapu planta dan gula yang kat Makkah tu rotinya macam ada herbs dan dikeringkan. Cicah dengan teh O sedap sekali.
Paling penting Redha dan bersyukur dengan apa sahaja yang dihidangkan kepada bakal haji jangan banyak komplen nanti sampai balik Malaysia tak lalu makan. Bila orang hidang sebut sahaja sedap. InsyaAllah segalanya akan sedap. Sebab bakal haji perlukan energy. Kita nak buat ibadah sebanyak yang mungkin.
INI ADALAH CATATAN PENGALAMAN SAYA MUNGKIN TIDAK SERUPA DENGAN PENGALAMAN ORANG LAIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan