Isnin, 28 Januari 2019

TIPS BERSEDEKAH SEMASA UMRAH DI TANAH SUCI MAKKAH DAN MADINAH

Tips sedekah kat Tanah Suci

1. Sediakan duit tukar. Sekarang macam susah jer nak dapat duit kecik ni. Peniaga ni sebolehnya suruh kita habiskan duit Yang kita hulur Tu. Pandai-pandailah minta balik.

2. Asingkan duit nak sedekah ni siap-siap. Keluarkan dari brg duit.


3. Jangan sekali buka wallet kat depan Yang minta sedekah terutama Yang di luar masjid. Yang bawa Anak-Anak kecil Tu. Jemaah kami ada Yang kena ambil semua duit dalam wallet.

4. Bagi sedekah pada pekerja cuci kat dalam atau kat luar masjid Tu. Boleh juga bagi sedekah pada musafir dari negara lain. Ada yang datang Tu cuma tidur kat Masjid ja.

5. Orang Melayu suka kasi duit, Boleh juga beli makanan macam orang Arab, India dan Pakistan beli buah Kurma, Roti, dll abih-agihkan.

6. Wakaf quran - paling popular pasti kan cetakan Madinah sahaja Dan ada cop. Kami minta ustaz mutawif kami bantu.

7. Untuk lebih Selamat simpan wang kat dalam baju inner poket lelaki dan perempuan. Yang nak guna jer letak dalam wallet. InsyaAllah Selamat.

Semoga bermanafaat.


SUASANA SELEPAS SOLAT DI MASJID NABAWI


KLIK SINI

WASSAP KAK HAJJAH -       0192883235

Selasa, 22 Januari 2019

MANA LAGI BEST PAKAI MINI TELEKUNG ATAU TUDUNG LABUH GI UMRAH


NAK TANYA ADIK KAKAK KALAU GI UMRAH SUKA PAKAI TUDUNG LABUH KER MINI TELEKUNG?

Ada orang memang prefer pakai telekung kemana-mana pun mudah katanya untuk solat masa ziarah, tawaf atau gi masjid. Ada pulak lebih selesa dengan tudung labuh, yang pastinya rekomen yang saiz 2xl dan 3xl tu.

Telekung tu pulak ada yang suka pendek sikit kita panggil mini dan ada yang suka saiz telekung biasa. Perbezaan labuh antara mini dan telekung biasa lebih kurang 6 inci sahaja.

Ada akak-akak yang pilih tudung labuh, katanya mudah tak payah nak gendong beg telekung terus jer pakai siap. Nanti tiba masa solat kita solat jer lah terus. Ikut pilihan masing-masing yang penting selesa dan tutup aurat sepenuhnya. Dalam Quran menyuruh kita tutup aurat tak la pulak sebut jenis-jenis tudung yang nak dipakai.

Untuk umrah saya baru-baru ini saya bawak 2 helai mini telekung dan 4 helai tudung labuh jenis denim dan chiffon.

Bagi saya 2 helai telekung memadai 1 hitam dan 1 lagi putih. Khusus untuk solat sahaja. Manakala tudung labuh khusus untuk ziarah dan urusan seharian cam nak gi sopping ker kan.

Tudung labuh saya labuh 3xl dan 2xl ready solat so kalau saya gi ziarah saya boleh solat terus tapi ragu-ragu sebab kelabuhan sudah mencukupi.


Mini Telekung Poket Putih

Mini Telekung Hitam


Tudung Chiffon Buble
2xl

Tudung DeniM 3XL
&
Tudung Lycra Lace Hitam

berhajat nak dapatkan tudung dan mini telekung kami sila klik pada pautan di atas ya.
wasap Kak Hajjah  - 60192883235

Rabu, 16 Januari 2019

TIPS PILIH PAKEJ TRAVEL UMRAH

TIPS PILIH PAKEJ TRAVE UMRAH.

Bila Kak Hajjah upload gambar-gambar masa umrah baru-baru ini, ramai kawan-kawan yang bertanya pergi dengan pakej mana.

Pendapat sayalah sama ada travel yang dah lama ataupun travel agent yang baru. Dua-dua ada juga kekurangannya. Cuma bagaimana mereka response kepada masalah yang timbul itu. Cekap atau tidak?

Lagi satu ini penting sangat komunikasi dua hala sangatlah penting, sekiranya ada masalah cepat-cepatlah minta maaf pada tetamu anda. Mungkin ada boleh gantikan kekurangan itu dengan memberi token kepada tetamu anda itu.

Apa yang anda perlu buat terutamanya jika anda adalah kali pertama menjadi tetamu Allah swt.

1. Pilih travel tengok pengalaman nya. Sebab Agent Yang otai pun Boleh buat Silap. Anda cari 3 - 4 quotation buat perbandingan ya. Jaraknya, harga biliknya dan servis mereka. Ini anda rajin-rajin tanya dengan kawan-kawan yang pernah follow dia orang.

2. Register tak dengan Kementerian Pelancongan

3. Kalau anda bukan lah sweet 17, jarak Hotel ke Masjid kena ambik kira. Jarak lebih 300mtr tu kira jauh gak. Terutama kalau Ada yang naik wheel chair. Saya dan jemaah tinggal di Hotel Jawad Al Taf kira-kira 300 meteri di sebelah Ajyad.  Agak berbukit menurun dan mendakilah setiap kali nak pergi Masjid.

Di Ajyad ada jemaah dari Juara Travel, Andalusia dan Tabung Haji so sepanjang tu boleh tengoklah ramai jemaah Malaysia kita kenal dari bag sandang yand dipakai. Kat sini yang ambil package ekonomi. Pakej mahal mereka tinggal dalam jarak 50mtr - 100 mtr dari Masjidil  Haram.

4. Hotel tu pun kena tengok jugak Hotel kecik lif dia pun kecik. Orang ramai ambik masa nak Turun naik. Nak pergi makan pun jenuh tunggu. Hotel yang dekat seperti Hilton, Safwah tower tu hanya 50 meter sahaja dari Masjidil Haram, bayarannya juga lebih. Tetapi jika anda pergi masa bukan peak musim anda mungkin dapat tinggal disana dengan bajet yang lebih rendah.



5. Makan termasuk atau tidak dalam pakej tersebut. Ada travel yang tidak masukkan makan pagi. Jadi anda kena cari sendiri. Atau tiada makanan disediakan maka pandai-pandailah cari makanan sendiri. Banyak dijual mungkin selera tak kena itu sahaja.

6. Pilih direct flight Makkah and Madinah. Pakej Transit selalu Murah sikit tapi penat sebab smpai lebih 10 jam penerbangan.

7. Berhati-hati dengan 'sponsor' ramai jemaah yang terkandas tu sebab mereka diberitahu bahawa ada individu tertentu yang menaja sebahagian daripada perbelanjaan mereka. Lalu mereka tak sampai ke tanah suci ataupun terkandas di sana. Sedihkan. 

Sudahlah komunikasi itu satu masalah utama.

8. Di Madinah bentuk mukabumi tu landai so kalau jauh pun mungkin dalam 200 - 300 mtr dua blok di belakang Masjid agak mudah untuk anda bergerak kemana-mana pun. Kalau anda ambil pakej premium memang anda duduk berhadapan dengan Masjid seperti Concorde Hotel, Taibah Hotel, Hilton Madinah, Movenpick dan lain-lain lagi.

Hotel-Hotel di Madinah

#umrahsyukur2018

UMRAH SYUKUR - KOTA MADINAH RINDU PADAMU YA RASULULLAH

Umrah kali ini destinasi kami ke Madinah, kalau dulu masa haji kami terus ke Jeddah. Madinah not much different cuma ada extension yang masih lagi belum siap. 

Kota Madinah bersemadinya kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w, di sini ada Raudhah, Perkuburan Baqi', Pasar Kurma, Bukit Uhud, Masjid Quba', Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain dan juga Mada'in Saleh.

Kami sampai kat airport Madinah dah hampir pukul 10.  Urusan bagasi, imigresen, tunggu bas lagi maka kami sampai di Hotel dah hampir pukul 12.00. Hotel kami Dar Eiman Al Manar Madinah berhadapan dengan Hotel Movenpick. Pintu masuk melalui pintu 15. Sampai kat sini makanan bungkus dah tersedia. Kami duduk tingkat 8 bilik 4 orang. Boleh tahan lah bilik. Don't ever compare dengan Hotel Movenpick tu nanti menangis ko tau.




Day 1

Orang lelaki dah masuk Raudhah sebelum subuh tadi. Kami jemaah perempuan kena tunggulah ustazah datang bawa. Pagi kami ziarah dalam sahaja dalam kul 9.00 gitu bergerak ke Saqifah Bani Saidah dulu. Kat sini taman yang ditanam dengan pokok herba,banyak pokok bidara 
ditanam di sini. Tempat ini adalah tempat dimana Khalifah Abu Bakar di Baiah.





Kami meneruskan ziarah ke dalam Masjid Nabawi jemaah yangboleh solat semua masuk mengerjakan solat sunat dhuha. Yang keuzuran tunggu kat luar jangan lari ya. Kat sini ada satu incident yang terjadi kat akak. Tak citer pun kat geng2 jemaah tu.



Kubah hijau tu dibawahnya makam Rasulullah saw
Masa tengah tunggu gi cari sudut untuk duduk dan tunggu. Masa dalam kepala akak teringat camane lah agaknya Zaman Rasulullah dulu. Tengah kepala duk merayau datang sorang lelaki tua bangsa Arab speaking Arab tapi sumpah ana tidak fahamlah. Tiba-tiba burung merpati terbang kat tempat tu buat lintas hormat sambil bagi sedas tahi dia kat tempat akak duduk  terkena tepat kat tudung akak. Apa lagi menjerit lah kot.Pakcik Arab berlari-lari datang tolong buang tahi burung tu. Cari air siap tolong jirus lagi.  Dia cakap Arab aku cakap melayu. Habis-habis boleh cakap syukran jer, terus cari toilet gi bukak tudung tu dan cuci lagi sekali. Punyalah kalutnya. Keluar toilet pakcik ARAB tu dah pergi.   

Keluar balik gi jumpa grup jemaah yang telah selesai solat teruskan melawat sekeliling Masjid hingga ke perkuburan Baqi'.  Kat sini ahli grup gi solat zohor saya terus balik hotel sorang-sorang.
Consult dengan mutawif boleh tak balik sorang, asalkan tau jalan balik ok jer.

Bersebelahan Baqi' ada pembinaan lagi kata Pekerja nak luaskan lagi kawasan Masjid

Paling saya suka kat Madinah penuh rasa tenang dan damai, kita boleh tengok seronoknya anak-anak kecil berlari rasa bebas.




Day 2 

Seawal 7.30 pagi kami dah berkumpul untuk naik bas ke Masjid Quba', hari gelap lagi kami dah sampai kat Masjid Quba. Solat Dhuha di Masjid Quba, dah sesak jugak walaupun di awal pagi. Kami solat ditingkat atas masjid agak lapang.


Pahala solat di Masjid Quba' bersamaan 1x Umrah


Dalam Masjid Quba'



Lebih kurang dua puluh minit disini kami meneruskan perjalanan ke Pasar Kurma Madinah. Menjamu mata melihat ladang kurma yang hijau. Tempat parking becak sikit sebab hujan jadi bas kena bergilir-gilir untuk parkir depan pintu masuk pasar kurma. 

Kalau nak beli kurma beli kat sini walaupun agak mahal sedikit harganya tapi murahlah compare dengan musim haji. Kurma kat sini rasa baru dan masih lembab lagi. 

Destinasi seterusnya ke Bukit Uhud tapi hanya dapat lalu jer tak boleh nak turun sebab bas tu tak der permit. Melopeh lah. Begitu juga Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh cuma lalu jer.

Hermm tak apa nanti kita datang back packers pulak kita redah semua selagi lalu dengan berjalan.

Aktiviti wajib di Madinah melontar kedai

Waktu Syuruk akan terbuka bumbung terbuka ini

Payung Gergasi Terbuka di Raudhah 



Dah 3

Dah nak berangkat ke Makkah , lepas solat zohor ziarah Nabi Saw kat sebelah pintu Babus Salam, rasa sayu dan sebak semuanya ada. Bila kah dapat berkunjung lagi. Kali ini  rasa singkat sangat waktu berlalu. Cuaca kat  Madinah pada musim cuti sekolah sangat nyaman tidur tak buka air cond pun.

Kami bergerak lepas zohor menuju Makkah untuk umrah pertama, berhenti Miqat di Bir Ali. Masa gi haji tak berhenti kat Bir Ali kerana kami Miqat kat dalam flight terus ke Makkah.  Amazing sekali Masjid Kat Bir Ali sangat besar siap ada kedai-kedai jual pakaian ihramnya. 

Kat mana saja kita pergi kat Tanah Arab ni memanglah padat dengan manusia di laluan bas-bas pelancong yang bawa jemaah. Kat sini ada yang tersesat cari bas. 

Kak Hajjah memang terpisah dengan kawan-kawan sebab Kak Hajjah cari toilet, bilik air banyak kat sini tapi toilet sikit berebut-rebut lah. Kat sini Kak Hajjah guna PR bahasa isyarat jer. Asset paling utama salam dan senyum, insyaAllah dipermudahakan dan beres semuanya .

Nak masuk ke dalam Masjid dah macam nak masuk Raudhah berhimpit-himpit. Kak Hajjah dah solat kat tepi tempat kasut jer, kering dan tiada najis kira halal sahajalah. Selesai nak keluar pun berhimpit-himpit cari jalan ke bas.


COPYWRIGHT - TELEKUNGMUSLEEMA - to be continued

Selasa, 15 Januari 2019

PROMOSI TAHUN BARU

Assalamualaikum kami nak buat promosi untuk mini telekung dan telekung sulam yang de boom cantik. tunggu ya dua minggu ni line sangat semput sampai naik fed up giler dah. Harap lepas nie sumer ok ya.

Selasa, 1 Januari 2019

Sejarah Lengkap HUDAIBIYAH oleh : AL-KAUTSAR HAJI DAN UMROH

UMRAH SYUKUR - JEJAK SIRAH KE HUDAIBIYAH

Alhamdulillah kita sambung lagi jejak sirah Nabi saw, kembara taubat Baitullah.

Bukan something yang luar biasa pun, tapi empunya diri lebih faham apa yang dirasa bila kita sampai ke Baitullah. Tak tergambar nak dicurahkan ke layar atau nak ditulis atas kertas. Mohon maaf tiada rasa nak bangga pun. Cuma kita nak kongsi jer semoga keterujaan itu dikongsi oleh pembaca yang nak kesana.



Miqat ke 3 - masa ini rasa tak laratnya lah nak buat umrah lagi.  Tak mampu dah nak heret kaki. Cuma berkata dalam hati. Awak bila nak datang lagi. Teruskan janganlah mengalah.

Selalunya saya dah makcik ketinggalan orang lain dah siap kami tinggal kat belakang. Tapi alhamdulilah mampu diselesaikan

copywright - telekungmusleema

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA