Tips sedekah kat Tanah Suci
1. Sediakan duit tukar. Sekarang macam susah jer nak dapat duit kecik ni. Peniaga ni sebolehnya suruh kita habiskan duit Yang kita hulur Tu. Pandai-pandailah minta balik.
2. Asingkan duit nak sedekah ni siap-siap. Keluarkan dari brg duit.
3. Jangan sekali buka wallet kat depan Yang minta sedekah terutama Yang di luar masjid. Yang bawa Anak-Anak kecil Tu. Jemaah kami ada Yang kena ambil semua duit dalam wallet.
4. Bagi sedekah pada pekerja cuci kat dalam atau kat luar masjid Tu. Boleh juga bagi sedekah pada musafir dari negara lain. Ada yang datang Tu cuma tidur kat Masjid ja.
5. Orang Melayu suka kasi duit, Boleh juga beli makanan macam orang Arab, India dan Pakistan beli buah Kurma, Roti, dll abih-agihkan.
6. Wakaf quran - paling popular pasti kan cetakan Madinah sahaja Dan ada cop. Kami minta ustaz mutawif kami bantu.
7. Untuk lebih Selamat simpan wang kat dalam baju inner poket lelaki dan perempuan. Yang nak guna jer letak dalam wallet. InsyaAllah Selamat.
Semoga bermanafaat.
SUASANA SELEPAS SOLAT DI MASJID NABAWI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan