Isnin, 30 Disember 2019

JUBAH SELUAR PILIHAN KAMI

“Tq rekomen kat Akak Jubah seluar Designmusleema. Memang selesa dan puashati tak sabar nak ke Baitullah. Mak saya pun dah #tersuka. Kami siap posing-posing Anak beranak sambil gelak-gelak” - Anim.

Menyesal tak beli lebih senang sangat pakai Jubah Seluar ni untuk buat ibadah - puan Nina

Tksh kak selesa sangat, Anak2 Pun kata best - Nani


Nani Walk in sahaja sebab kami duduk satu kawasan, nak gi umrah sekeluarga dengan ibunya sekali.

Set Jubah Seluar untuk family members dengan Tudung sekali.

Sebagai tanda Terima kasih kami hadiah kan 2 helai Seluar pnjang dan potongan harga Terbaek untuk family Wani.



jubah seluar hitam

saiz m - 3xl





saiz m - 3xl

seluar putih dan kelabu


Jubah Seluar dari fabrik cotton jepun


cutting yang loose tak nampak bentuk badan

Baju yang labuh paras lutut ready untuk solat


wassap 01127902884 untuk pesanan

#telekungmusleema

Sabtu, 21 Disember 2019

UMRAH MUSIM SEJUK - WAJIB KE BAWAK KASUT TAWAF

  • Wajib ker bawak kasut tawaf bukan dalam syarat wajib umrah pun. 
  • Kasut tawaf melindungi kaki dari pecah atau merekah, ramai pelanggan kami membeli kasut tawaf ini untuk kegunaan dirumah juga.
  • Memberi support kepada hajjah yang sakit tapak kaki dan sakit lutut. Dalaman berspan memberi rasa selesa untuk berjalan dan berdiri lama dan kurang tekanan kepada lutut jugak.
  • Kasut tawaf tinggi had buku lali tidak mudah tercabut ketika membuat aktiviti tawaf, saie dan bersolat juga.
  • Kasut tawaf ini khas untuk kegunaan indoor sahaja tak sesuai untuk outdoor kecuali dipakai dengan kasut biasa diluarnya.
  • Saiz kasut tawaf ini free size, tetapi setelah membuat beberapa penelitian kami dapati
  • kasut tawaf corak sesuai untuk muslimah hingga saiz kasut 7,
  • kasut tawaf velvet plain sesuai sehingga saiz kasut 10
  • Kasut tawaf polyester sesuai sehingga saiz kasut 10
  • Kasut tawaf ini dari material velvet DAN polyester alas dalam pula adalah span, bila dipakai sangat selesa sebab membantu mengurangkan sedikit tekanan kepada kaki anda.
  • Tapak pula ada anti licin, sesuai untuk tawaf dah saie kerana kasut ini mengelakkan anda dari tergelincir.
  • Menjadi pilihan ramai jemaah wanita kerana kelebihan yang saya terangkan diatas. Berbanding dengan kasut tawaf biasa yang low cut mudah terlucut.
  • Testimony "kak hajjah sendiri bawak masa gi haji, kawan-kawan kak hajjah jugak mengakuinya"

Kasut TAwaf polyester
RM12.00

Kasut Tawaf Velvet
RM15.00

Kasut Tawaf Sporty
RM48.00

Kasut Tawaf Boot Cut
RM18.00



WASSAP 011-27902884 
KAK HAJJAH UNTUK PESANAN DAN BELIAN

Khamis, 19 Disember 2019

TELEKUNG KAIN SEJUK


Dah lama tak update Telekung raya ni tetiba ada regular kastemer Yang mintak stok baru. Suka sangat katanya dah ada dua kaler nak Yang baru pulak.

Alhamdulillah, compliment tu sangat berharga.


Telekung cotton viscose kainnya Memang Sedap sangat. Walaupun kena belai manja lepas basuh Tu.

Mostly Yang beli sangat puas hati. Nak meminang Wassap jer ya 011-27902884



Labuh Telekung 46 inci dari muka - ke hujung
Labuh belakang 54 inci dari kepala
Labuh kain - 46 inci
Lebar Kain - 23 inci - 25 inci

#telekungkainsejuk
#telekungcottonviscose


MAROON DAN PINK

RM190.00 SEPASANG COTTON VISCOSE

SAIZ LABUH TELEKUNG DAN KAIN BESAR



Image may contain: text


RM190.00 SEPASANG COTTON VISCOSE

SAIZ LABUH TELEKUNG DAN KAIN BESAR

Image may contain: text

RM190.00 SEPASANG COTTON VISCOSE

SAIZ LABUH TELEKUNG DAN KAIN BESAR


No photo description available.


RM190.00 SEPASANG COTTON VISCOSE
SAIZ LABUH TELEKUNG DAN KAIN BESAR


TETAPI MENJELANG TAHUN BARU 2020
KAMI NAK ANDA MERAIKANNYA DENGAN TELEKUNG BARU. UNTUK ANDA YANG KAMI SAYANG SANGAT NIE KAMI POTONG HARGA RM20.00 KASI DISKAUN UNTUK ANDA.


SEKARANG HANYA RM160.00 SAHAJA SEPASANG + 
pos rm10.00 - rm15.00 (Sabah dan Sarawak)

boleh ler wassap 
011-2792884

kalau nak call pun wassap dulu kenalkan diri ya unknown number tak jawab tau

Khamis, 12 Disember 2019

UMRAH MUSIM SEJUK - SALE 12.12.2019

SEKARANG NI TREND DEMAM SALES SETIAP BULAN terutama december ni orang nak gi umrah anak beranak pulak kan..

Kita nak meriahkan suasana jugak ler hari ini kita nak bori harga diskaung tahap letops tak pernah buat sebelum ni deh..

SETIAP ORDER UNTUK ITEM DI BAWAH 12.12.2019 - 13.12.2019 dengan bayaran kita bori spesel price ya.

meh cepat tak kisahlah nak gi umrah january ker february boleh ambik kesempatan dengan harga diskaun yang tidak pernah pun kami buat. Stok limited jer ni kalau dah abis sebelum esok. Tunggu lain tahun ya.


1.  KASUT TAWAF SPORTY



WARNA HITAM
RM48.00

RM40.00 
(12.12.2019 - 14.12.2019)

FREE STOKIN TEBAL

FREE STOKIN TEBAL 2 PASANG
BOLEH PILIH STOKIN JARI ATAU YANG BIASA



2. TELEKUNG MINI ZIARAH



TELEKUNG MINI POKET PREMIUM
NORMAL PRICE RM120.00

SALES 12.12.2019 - 14.12.2019
ONLY RM108.00 SHJ - DISKAUN 10%



MINI ZIARAH COTTON

MUKA SMOCKING
RM60.00 SAHAJA TIADA POKET


BOLEH WASSAP KAK HAJJAH 
0112790-2884


TELEKUNG MINI ZIARAH POKET STANDARD
WARNA HITAM DAN PUTIH DALAM STOK

HARGA BIASA RM80.00

NOW RM70.00 (12.12.2019 - 13.12.2019)

FREE STOKIN TEBAL 


3. TELEKUNG COTTON SULAM SMOCKING


HARGA TAK MASUK AKAL CLEARANCE STOCK SIAP ADA LINING



SET DISPLAY ADA SEDIKIT KECACATAN PADA TELEKUNG DARI SEGI WARNA SAHAJA
HARGA BIASA RM250.00 SEPASANG. SAIZ MALAYSIA LABUH KAIN DAN BIDANG TELEKUNG YANG BESAR DAN LABUH.

OFFER PRICE 12.12.2019 - RM150.00 SAHAJA


4.  TELEKUNG SMOCKING KAIN SK ORI BUKAN VIETNAM YA

TELEKUNG SAHAJA
SAIZ MALAYSIA UNTUK ORANG TINGGI DAN BESAR SESUAI

RM120.00 SAHAJA BEST BUY


SEPASANG DENGAN KAIN
SAIZ MALAYSIA UNTUK ORANG GEMUK PUN OK

RM150.00 BEST BUY


BOLEH WASSAP SAYA UNTUK ORDER
KAK HAJJAH 01127902884




Rabu, 11 Disember 2019

UMRAH MUSIM SEJUK - KENAPA PILIH MINI JUBAH

Kenapa Pilih Mini Jubah bukan JUBAH?


  • Mini Jubah kami memberi kemudahan kepada pemakainya untuk beribadah. Semasa melakukan ibadah umrah dan haji orang sangat ramai dan bersesak oleh itu lebih mudah memakai mini jubah kerana ia sangat ringkas dibandingkan dengan jubah labuh yang berjela-jela.
  • Pergerakan lebih selesa dengan memakai mini jubah terutama untuk bertawaf dan bersaie dan berjalan dan melontar di Jamrah.
  • Jemaah yang memakai mini jubah ini mengambil ruang yang sedikit ketika bersolat dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dalam keadaan sesak anda tidak menganggu orang lain dan pakaian anda selamat dari dipijak oleh orang yang lalu lalang.
  • Kami menyediakan saiz untuk semua dari saiz S hingga Saiz 3XL.  Kebanyakan pelanggan yang berbadan besar menempah mini jubah ikut saiz mereka sendiri termasuk juga yang agak rendah. Tempahan mengambil masa 7 hari bekerja.
  • Fabrik dari jenis cotton comb yang sangat serap peluh selesa sangat-sangat dipakai.
  • Mementingkan ciri-ciri keselamatan dengan menyediakan baju yang berpoket di dada untuk simpan barang penting. Mudah-mudahan terselamat dari pick pocket.


Mini Jubah Dengan Seluar Putih Cotton





Mini Jubah Putih



TGN CUFF - UPON REQUEST*
WASSAP KAK HAJJAH 01127902884
 UNTUK TEMPAHAN/BELIAN

UMRAH CUTI SEKOLAH - MENCARI CINTA ALLAH


*Bicara Tentang CINTA..*

Assalamu’alaikum
Salam pagi salam sejahtera..

Tiba tiba pagi ini syahdu dengan cintaNya. Kalau dulu sakan “mat romeo”’ suka kan cintan cintun sesama insan bergelar wanita. Alhamdulillah, kini Allah merubah cinta itu menjadi cinta illah.

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yg banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dgn keihklasan dan kesucian agar liku liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna & mengikuti arus perubahan kedewasaan"

*Demi Cinta Ku pada mu Ya Allah....*

Cinta mengubah yang pahit menjadi manis, keruh jadi bening, yang sakit boleh sembuh, derita pula jadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Begitu hebatnya kuasa cinta…sungguh dahsyat!

Cinta adalah satu kata yang tidak asing lagi di telinga kita. Kalau saya nak undur putaran dunia, lihat semula zaman zaman remaja, tak ingin lagi saya ulangi kerana semua cinta yang tiada erti hakikatnya. Yang hanya pd waktu itu hanya dihiasi dengan rasa sepasang sejoli yang dimabukkan asmara.

Ada yang kata cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan keindahannya tak dapat diungkapkan dengan kata kata, hanya mampu dirasai.

Hinggakan. ada juga yang menggambarkan keindahan cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari.

Yang jelas kerana cinta yang tidak berhakikat banyak juga memberi bahagia tapi ramai juga yang tersiksa dan merana. Hingga ada yg jadi sangat mulia, dan ada pula yang menjadi tercela.

Kerna itu, sahabat sahabiah ku yang di kashi Allah. Juga buat anak anak mudaremaja semua, sama2 kita hayatil pandangan islam tentang CINTA! Semoga selepas kita tinggalkan remaja kita, kita toleh ke belakang melihat seerah kita.. kita tersenyum bahagia.

Islam adalah agama fitrah, cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh subur di hati manusia. Islam tidak melarang seseorang untuk dicintai mencintai. Bahkan, Nabi saw anjurkan cinta itu diutarakan.

“Bila seseorang imencintai saudaranya maka hendak lah ia memberitahu bahwa ia mencintainya.” (Abu Daud dan At Tirmidzi).

Muslim dan muslimah tidak dilarang untuk bercinta, bahkan dianjurkan tapi ikut syariat. Islam tidak pernah membelenggu cinta..

“Dan di antara tanda tanda kekuasaan Nya, Dia telah menciptakan untukmu pasangan pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya dan dijadikan Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang,…”(Ar Ruum: 21)

Saya fikir inilah jaminan yg cinta dan kasih sayang akan Allah hadirkan dalam hati pasangan yang bersatu kerna Allah.

TETAPI menjadi kelaziman muda mudi sekarang dan berbeza dari fitrah yang Allah jadikan! Bertentangan dengan kehendak syarak. Islam telah hadir untuk mengangkat taraf manusia dari yang hina di zaman jahiliah kepada peringkat kemuliaan yang melebihi para makhlukNYA yang lain.

Tapi,…masih lagi hendak meletakkan diri ke arah kehinaan.

Bercinta, berpegangan tangan, berpeluk pelukan, bermanja manjaan, berdua duan dan apa apa ber lah…

Di manakah kewarasan hati dan timbangan iman? Lupa kah kamu tentang azab Allah? Atau pun dah cukup kebal untuk berada di neraka Allah?

Dari satu nota pernah terbaca, dari Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke 7, katanya ada enam peringkat cinta):

Peringkat ke-1, ini yang paling tinggi/paling agung: tatayyum, yang merupakan hak Allah semata mata.

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”

“Dan orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah”

Jadi ungkapan-ungkapan seperti: “Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam qalbu” atau “Kusebutkan namamu di setiap dengupan jantungku,” “Cintaku hanya untukmu,” adalah selayak layaknnya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat/kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu… Jangan terbalik, baru dikasih secuil cinta dan kenikmatan sama si ‘dia’, kita menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat,

“Maka nikmat apa saja yang ada pada kalian, maka itu semua dari Allah“

Hence, jom saling mencintai kerana Allah moga mampu mendapatkan kecintaan Allah.

Dari Hadis Qudsi :
“Cinta Ku harus Kubberikan kepada orang orang yang saling mencintai kerna Ku, Cinta Ku harus Kubberikan kepada orang orang yang saling berkorban kerna Ku, dan Cinta Ku harus Ku beri pada orang orang yang menyambung hubungan kerna Ku.”


*Akhirulkalam*

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintai lah kerana keagungan Nya. In shaa Allah kita akan dapat naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan Nya.

Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:

“Pada hari kiamat Allah berfirman: ‘Dimana orang yang saling mencintai kerna keagungan Ku? Pada hari yang tiada naungan selain naungan Ku ini, Aku menaungi mereka dengan naungan Ku.” (Muslim).

Jadilah kita pasangan yang telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya.

Pada anak anak muda, nasihat saya: janganlah mencintai ‘si dia’ lebih dari pada cinta kepada Allah dan Rasul Nya.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadap Mu dan Cinta kpd mereka yang mencintai Mu, dan apa saja yg mendekatkan kami pd Cinta Mu, dan jadikanlah Cinta Mu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga.”

“salam ukhuwwah, sekencang dakwah”

Dariku…*Ir Haji NCS*




TELEKUNG HANTARAN UNTUK BAKAL PENGANTIN 


BOLEH WASSAP KAK HAJJAH
01129702884



Isnin, 9 Disember 2019

UMRAH MUSIM SEJUK - UJIAN HIDUP

SENI UJIAN


Kita akan DIUJI dengan apa yang kita SAYANG sehingga terduduk tak berdaya. Lalu kita SEDAR bahawa tiada kebahagiaan melainkan melalui jalan SABAR dan REDHA menerima ketetapan dan keputusan Allah swt.

Selagi TIDAK REDHA nescaya kita akan LELAH berpindah dari satu usaha ke satu usaha. Dari zikir ke zikir. Dari doa ke doa. Dari air penawar ke air penawar. Dari umrah ke umrah. Dari solat ke solat. Dari sedekah ke sedekah.


REDHA adalah langkah pertama menuju jalan penyelesaian. Anak kunci kepada pintu KETENANGAN.

Buatlah pengakuan yang tulus dihadapan Allah. Ikhlas daripada hati yang dalam,

"Ya Allah... AKU REDHA bahawa isteri/suami/anak/pekerjaan/bos/perniagaan dll.. Sebagai satu UJIAN dan RAHMAT daripadaMu untuk aku mendapat REDHAMU dan SYURGAMU, Aku Redha ya ALLAH. Aku Redha ya Allah. Aku hambaMu yang sangat lemah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu. Bantulah aku untuk melalui dan menghadapi Ujian ini. Tunjukilah aku jalan-jalan kebenaranMu, bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa yakin dan bersangka baik denganMU".

Bila Allah memberi kita ujian, Allah juga sedang memerhatikan tindakbalas kita. Berhentilah memaksa Allah untuk mengikuti kehendak dan impian kita, kita akan terus kecewa.

Hayati Hadis Nabi dibawah :


"Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka akan DIUJI. Barang sesiapa REDHA menerima UJIAN itu, Allah REDHA pula kepadanya. Dan barang siapa yang MARAH, maka Allah murka (MARAH) kepadanya.” (Hadith riwayat at Tarmizi)

Apakah tanda kita dah REDHA dengan ujian tersebut?

Apabila kita mula berhenti mengeluh, menangis, membentak, menyendiri dan kemurungan dengan ujian tersebut.

Lalu kita bangkit kerana Allah, dan menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah, mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya. Kita berusaha menunaikan solat dengan sempurna, menyarungkan pakaian yang menutup aurat dan menukarkan majlis maksiat kepada majlis ibadat.

Selepas itu, yakinlah satu persatu UJIAN akan diberi JALAN KELUAR, dan mendapati bahawa RAHMAT ALLAH lebih luas daripada besarnya UJIAN tersebut.

UJIAN yang mendekatkan kita dengan Allah adalah satu RAHMAT.

UJIAN yang menjauhkan kita dengan Allah adalah MUSIBAH.


***nak pergi umrah musim sejuk, tak tau apa nak bawa check kelengkapan haji dan umrah kami***

...............................................
#telekungmusleema
#
Pakaian Umrah Musim Sejuk

UMRAH MUSIM SEJUK - SARUNG LENGAN PLUS SAIZ

Hadapilah masalah semampu mungkin kerana keluh kesah hanya akan menambahkan beban. Yang penting adalah bagaimana kita hadapinya dan terus maju menuju masa depan yang lebih baik.

"Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut. Kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu."
[Kata Nasihat Buya Hamka]

Susah nak dapatkan handsock untuk lengan yang gemoks..Kami ada solusinya. Handsock mosscrepe lebih stretchable.

ONLY RM10.00 SEPASANG TIDAK TERMASUK POS

wassap 011-2790 2884 Kak Hajjah



HANDSOCK PLUS SAIZ

Khamis, 5 Disember 2019

UMRAH MUSIM SEJUK 2019 - HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG


UMRAH MUSIM SEJUK 2019 - HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG

Assalamualaikum dah lama tak share pasal offer dan promosi.


Malam ni nak kasi sikit kejutan kat semua bakal jemaah umrah musim sejuk 2019. Disamping itu nak perkenalkan produk baru kami tudung lengan atau dipanggil juga Tudung Tawaf.


Kenapa dipanggil Tudung Tawaf, tudung ni labuh sampai bawah punggung her, ada lengan bergetah jadi bila nak tawaf lebih mudah sebab tidak mengerbang.


Jika telekung biasa agak lebar dan ada risiko tertarik bila berhimpit-himpit dengan jemaah umrah yang ramai.


Tudung yang ready stok dari material MOSSCREPE yang berkualiti agak berat dan tidak nipis dan tidak panas InsyaAllah.


Boleh terus solat sebab soft awning dan berdagu disitu, potongan badan macam abaya agak melebar.


Free size boleh muat sampai  untuk yang bersaiz 3xl  ya.


Khamis, 14 November 2019

UMRAH NOVEMBER - SOAL HATI ELAKKAN BURUK SANGKA

Jika ingin #hati yang tenang, fikiran yang lapang dan kehidupan yang baik, lazimilah bersangka baik.


"Ketahuilah bahawa sangka buruk adalah sifat dalaman yg buruk dan keburukan itu akan mengalir keluar bila mana dia melihat orang lain di mana sahaja dia berada. Sesungguhnya orang Mukmin itu sifatnya mencari keuzuran sedangkan orang munafik mencari aib."

[Imam Al-Ghazali @ Ihya' Ulumuddin]







NORMAL PRICE RM230.00


LESS 5%???? FREE POST TU


FABRIK ROSELLAH (SAIZ MALAYSIAN)


WASSAP 011-27902884

Rabu, 13 November 2019

UMRAH NOVEMBER - KENALI BISIKAN HATI ANDA

Hati sentiasa dibayangi oleh dua bisikan. Pertama, bisikan yang mengajak kepada kebaikan dan kedua bisikan ke arah kejahatan. Bisikan yang dimaksudkan itu telah dijelaskan oleh Allah swt, marhumnya :" Demi jiwa serta penyempurnaannya ( ciptaannya ). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketakwaannya." ( Surah Asy-Syamsi 91:7-8 ).

Dua bisikan hati inilah yang sentiasa bertarung menjadikan " hati sebagai satu medan pertempuran yang dahsyat".
 Inilah sebab utama hati sentiasa bergolak dan berbolak balik seperti kuah yang sedang mendidih. Iman sentiasa bertambah dan berkurang, disinilah juga punca lahirnya kebaikan atau keburukan yang dicetuskan oleh setiap manusia.

Terdapat dua bisikan hati manusia. Bisikan yang mengajak kepada kebaikan berpunca daripada malaikat Mulhim, dan ajakan kepada kejahatan berasal daripada syaitan*. Ajakan kepada kebaikan di namakan ilham. Manakala ajakan kepada kejahatan di namakan waswas ( waswasah ). *Bisikan inilah yang mempengaruhi hati.*

Bisikan syaitan amat licik. Adakalanya mengajak kepada kebaikan tetapi ajakan tersebut umpama umpan untuk "memancing" kepada kejahatan. Misalnya syaitan mengajak seseorang melakukan banyak amalan sunat dengan meremehkan amalan yang wajib. Ada orang yang berqiamullail dengan menunaikan solat sunat tetapi lewat untuk bangun menunaikan solat subuh. Ada orang yang beristiqamah berpuasa sunat tetapi lidahnya masih suka mengumpat.

Boleh jadi semua ibadah sunat diperalatkan oleh syaitan untuk menyeret manusia ke lembah mazmumah seperti riyak, ujub dan sum'ah, padahal menghindari sifat mazmumah lebih utama daripada melakukan ibadah sunat. Ibadah mesti dilakukan dengan penuh rasa kehambaan. Sekiranya ibadah menghilangkan rasa kehambaan, itu petanda seseorang telah terkena tipu daya syaitan.

Begitu juga sekiranya seseorang tergopoh gapah dalam melakukan kebaikan, ia petanda datangnya daripada bisikan syaitan. Islam melarang sikap tergesa gesa walaupun ketika hendak melakukan kebaikan.

Penting untuk kita mengenali jenis jenis bisikan hati. Apabila telah mengenali dan membezakannya, barulah kita mampu menerima bisikan yang baik dan menolak bisikan yang jahat.
🕋 *Waallahu'aklam* 🕋


COPY PASTE JER 

ANDA MENCARI KELENGKAPAN UMRAH MUSIM SEJUK SILA JENGUK PAGE KAMI. KAMI ADA KUALITI FABRIK KALIS CUACA



No photo description available.
TERBARU KUALITI LEBIH GEBU DAN LEMBUT
RM85.00 1 SET 
SAIZ 45 X 90

Rabu, 30 Oktober 2019

RENUNGAN PAGI CUCI HATI

*RENUNGAN PAGI* 📜

Musibah secara ringkasnya ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak suka kematian tetapi siapa yang boleh mengelak daripada kematian ? Kita benci kesakitan tetapi itu adalah lumrah hidup.
Musibah ditakdirkan 
UNTUK menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai ( walaupun hakikatnya Allah Maha Mengentahui ) sejauh mana keimanan hati kita. 

Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita.Musibah ada sekurang kurangnya tiga jenis ( walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja ) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi musibah tersebut. Tiga jenis musibah itu adalah :-

1. *Kafarah*- *Berlaku ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.* Maka musibah itu diturunkan sebagai *tebusan* untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Ringkasnya, *kafarah* ialah ujian untuk *orang baik yang berbuat jahat*. Dengan ujian itu *orang baik* tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

2. *Bala* - *Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas "orang jahat" yang melakukan kejahatan.* Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum di hukum dengan lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaanNYA Allah turunkan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama didunia dan kedua di akhirat.

3. *Ibtila'* - *Musibah yang dikenakan keatas orang baik ketika dia melakukan kebaikan*.
Ringkasnya, *ibtila'* iaitu ujian ke atas *orang baik yang buat baik*. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk *ibtila'* ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil ibrah dan hikmah daripadanya.
🕋 *Waallahu'aklam* 🕋

Selasa, 29 Oktober 2019

UMRAH OKTOBER - KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT


JAWAPAN KEPADA TUKANG GUNTING RAMBUT*

Seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambugtnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.

Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan.


Ustaz: Ya, silakan.

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?

Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Ustaz : "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam??

Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)

Ustaz : "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: "Terdiam seketika".

Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.

Tukang Gunting: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata".

📎Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.
😊😊

#telekungmusleema


#INNER POKET KUALITI KAIN TERBAIK
SAIZ S - 3XL - wassap kami 011-27902884

Image may contain: text

Selasa, 22 Oktober 2019

JOM UMRAH DENGAN TELEKUNGMUSLEEMA

Sekarang jemaah umrah mula membanjiri klia untuk ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Memang bestlah bila gi umrah BUKAN Musim Cuti. Suasana masih lagi lengang tak sesak dan sangat selesa nak beribadah.


Lebih selesa Kalau hangpa pakai koleksi pakaian haji da umrah #telekungmusleema.

Kami tak janji bulan dan bintang tapi kami bantu anda jimat kan poket Tu!!! No worry jimat dan berkualiti tau.

Dari hujung ke hujung Kaki ya. Nak
🌹telekungpoket ado
🌹Telekung biasa ado
🌹Telekung ziarah ado

Hari ini kami pos oder batch ke 3 cik puan dari Bukit Beruntung. Terimakasih banyak mudahnya berurusan dengan beliau.

Semoga urusan beliau sekeluarga di permudahkan Allah swt hendaknya.

Beliau dah beli kebanyakan produk kami ya. Tudung, telekung, baju inner dan pagoda, tudung dan kain ihram termasuk akssesori seperti kasut dan handsock. 

Sepertimana yang tidak dihebohkan kami menyelitkan hadiah percuma bersama-sama barang yang dipesan.

- Spray Wuduk
- Sejadah Muka
- Tasbih
- Handsock

No photo description available.

Anda belum dapat barang Kelengkapan Umrah boleh klik kat page diatas atau
wassap kami di 011-27902884

Isnin, 7 Oktober 2019

AQIDAH - BERSYUKURLAH KETIKA DAPAT SEHARI LAGI DALAM HIDUP



Nota Ustaz Dr Azmil*
Bahagian 1. AQIDAH...

Assalamu’alaikum .. Bukalah hari ini dengan senyuman dan keceriaan.


Jadikan satu kebiasaan, berdoa sebaik sahaja bangun daripada tidur walau nak cepat mana sekalipun. Semua muslim tahu doa bila bangkit dari tidur ( yang dianjurkan ada disebutkan di dalam hadis riwayat al Bukhari: "Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada Nya (kami) akan dibangkitkan kembali."

‘setelah mematikan kami' ertinya tidur spt 'saudara kandung' kematian.

"Dan Dialah yg menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangun kan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada ALLAHlah kamu kembali, iaitu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan." (Surah al An'am, ayat 60)

Nampak kecil tetapi inilah antara cara mudah untuk meraih pahala, sehingga membawa pada keceriaan pagi sebuah kehidupan..

Mulai hari ini, apa kata kita jangan abaikan sunah Nabi Saw yang satu ini ya....

*Ustaz Dr Azmil*
*Aqidah*

Subuh berbahagia masih menghirup bekalan oksigen diberi peluang Allah tanda belaian kasih sayangnya, moga kita teruskan kehidupan dengan mentaatkan diri kepada Allah..

Hijrah dan merdeka. Dua peristiwa ini penting untuk di imbau, terutama peristiwa hijrah. Kita selepas dijajah menggunakan kelendar masihi. Utk makluman nama2 bulan masihi ada lah nama dewa ketika orang orang barat sembah dewa. Ini semua dah pun tiada roh islam. Kita harap sgt masyarakat semakin sedar, untuk guna kalendar hijrah supaya kita dpt rasa jati diri islam. Selamat p bulan dlm hijrah itu kita ada amalan dan ibadah untuk kita ingatkan diri kita dengan amalan2 itu. Bila sampai bulan tertentu, kita akan ingat seerah nabi, dan imbau kisah nabi saw. Ini menambahkan dekatnya dgn islam. Itulah sebahagian kepentingan menggunakan taqwim hijri.

sayyidina omar lah yang pertama mengguna kan taqwim hijri. Lebih bersih nama nama bulan2 dalam hijri( walaupun ianya diwarisi dr zaman jahiliyyah) kerana ertinya setiap bulan itu ada makna makna tersendiri yang lebih baik dari nama bulan masihi yang berteraskan pd nama dewa. Zaman nabi saw tiada tahun hijrah yang ada hanya nama nama bulan. Tahun hijrah di dasar kan pada tahun nabi mula hijrah yang jadi turning point pada kejayaan islam. Hijrah nabi saw ada lah perintah Allah.

*Akhirul kalam*

“WAHAI anak Adam! Kamu hanyalah hari hari dalam kehidupan! Apabila berlalu sehari maka hilanglah sebahagian daripada hidupmu.” imam Hassan Al Basri..

Pakailah teropong mana sekali pun, kita tetap akan lihat ada kematian di hujung terowong kehidupan. Inilah
kehidupan manusia.

Sama sama bermuhasabah melihat betapa peluang hidup yang sekali di dunia ini sangat berharga dan tidak patut dibazirkan dengan hanya aktiviti yang hanya berteraskan nafsu. Kena sulami dengan aktiviti ilmu juga..

Wallahu’alam

Wassalam
Catatan: *NCS*



STOKIN NYLON IS BACK
WASSAP KAK HAJJAH 011-27902884

Ahad, 6 Oktober 2019

UMRAH OKTOBER - SEDEKAH JALAN KELUAR DARI KESULITAN


Kesempitan dan kesusahan menjadi lapang serta diberikan jalan keluar daripada masalah asbab melazimi bersedekah (bersedekah di jalan Allah). Inilah antara hikmah janji Allah SWT selain nikmat yg lebih besar bakal menanti.

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Maha Mengetahui."
[Surah Al-Baqarah | ayat 261]


#MotivasiPagi127




KASUT TAWAF VELVET


wassap 011-27902884 KAK HAJJAH

Khamis, 3 Oktober 2019

OCTOBER MUSIM KAHWIN - TELEKUNG HANTARAN COMING


dah HUJUNG TAHUN ni berbondong-bondonglah orang nak jadi pengantin baru kan. Expedisi mencari barang hantaran pun bermula untuk memudahkan kerja anda kami re-stok balik telekung hantaran kami yang sangat laris ketika Ramadhan baru-baru ini. Ramai yang guna untuk pakai raya.

Warna hitam dan putih baru jer mendarat ni. Fabrik kain rosellah yang cantik dengan bidang telekung dan kain yang labuh sesuai sangat untuk orang Malaysia yang gebu gebas tu.

  • Muka tiada getah ikat sahaja - boleh sesuai untuk semua jenis muka.
  • Kain yang labuh - tak senteng untuk solat tak nampak kaki.
  • Fabrik yang lembut tidak panas ya.
  • Sulam bunga tu jahit atas kain bukan bersambung ya.


Ukuran Telekung

Labuh kain - 46 inci 
Ukur Lilit KAin - 46 - 48 inci 
Labuh telkung 
Muka - hujung- 46 inci 
Belakang - 54 inci 


HITAM - RM230 



PUTIH - RM230.00 


hijau teal - RM230 



PEACH - RM230 


KELABU - RM230 

WASSAP KAK HAJAH - 011-27902884

Selasa, 24 September 2019

UMRAH SEPTEMBER - BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG LAIN


Banyak permusuhan berlaku berpunca daripada fitnah dan bersangka buruk,
Bersangka buruk merupakan lawan kepada minda yang positif,
Berhati-hati itu perlu namun berusahalah untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

"Berhati-hatilah kalian dengan sangka buruk kerana ianya sedusta-dusta khabar berita."
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]




NAK PERGI UMRAH BULAN SEPTEMBER JANGAN LUPA KLIK
KAT LINK PAGE ATAS TU YA

wassap Kak Hajjah - 011-27902884


Isnin, 23 September 2019

UMRAH SEPTEMBER - BEG TELEKUNG CANTIK


I suka pakai as tote bag jer sebab kerja saya lasak rimas nak pakai beg yang formal tu. Ada juga sahabat yang nak untuk buat beg telekung dan beg mengaji nak letak Quran.

Kain memang tahan dengan lining dalam (saya beli tengok bahagian ini) ada zip  dan poket di dalam beg tau.

Harga pun mampu milik jugak ya - RM50 JER tau.

Postage RM10.00 - RM13.00 (SABAH & SARAWAK)

PRE-ORDER 7 HARI BEKERJA

Nak order wassap me ya - 011 - 27902884


Saiz 17 (L)  x 11 inci (T)

Saiz 17 (L)  x 11 inci (T)





Ahad, 22 September 2019

UMRAH SEPTEMBER - INGAT DIRI AKAN MATI



*1 0* *Y A N G* A K U T A K U T*

1. Yang aku takut:
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.


2. Yang aku takut:
Aku merasa aku paling benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. Yang aku takut:*
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut*:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. *Yang aku takut:*
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. *Yang aku takut:*
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. *Yang aku takut*:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. *Yang aku takut:*
Aku hanya pintar dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaatinya.

9. *Yang aku takut:*
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. *Yang aku takut:*
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

Renung-renungkan bersama



No photo description available.

NAK PERGI UMRAH BULAN SEPTEMBER JANGAN LUPA KLIK
KAT LINK PAGE ATAS TU YA


wassap Kak Hajjah - 011-27902884

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA