Jumaat, 28 Oktober 2016

LUPA PASSWORD MODEM

Peningnya kepala hilang password modem kak hajjah nie. Kak Hajjah gi hantar laptop jumpa doktor IT dah tak tahan dengan speed nya yang makin perlahan nie. Banyak pulak gangguan hard disk.  Suruh sahabat IT reformat balik. Lepas tu service pulak hardware katanya cepat panas dan hang pulak. Find buatlah apa janji boleh beroperasi balik laptop otai akak nie.

Pagi gi sahabat ambik, malam siap dia datang hantar kat rumah. Bersemangatlah kak Hajjah nak buat entry baru. Tup Tup lupa password deh, alah tak ingat huru hara jadinya nie. Camane cara nie kerja tertunggak carilah segala buku kot kita lupa ada catat password kat mana-mana. Haram satu pun tak ade di catat.

Hanya ada satu jalan jer sekarang pakai hotspot handphone, alah datang masalah lain pulak nie. Connection out password ada, sangat-sangat troublesome. Dah ada line, bila  nak masuk internet "no connection" mencabar sungguh lah..

Teringat anak jiran belajar IT tengah cuti pulak sekarang, minta lah jasa baik "adik" ni, kalau akak godek jadi  macam tikus membaikki labu.  Alhamdulillah syukur hampir 1jam lebih barulah akak boleh bersiaran dengan akak punya blog kesayangan ni.

Moral of the story tolonglah catat kat mana-mana password yang kita setup nie. Buat baiklah dengan jiran tetangga bila sesak boleh minta tolong. FREE OF CHARGE jer..tak pa nanti kita kasi gift or special discount kat "adik".

Khamis, 27 Oktober 2016

TAKZIAH KEPADA MANGSA KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH

Kebakaran Hospital Sultanah Aminah semalam sangat mengejutkan satu Malaysia, masa kejadian tu akak tengah attend kuliah tetiba masuk whatsapp kat gambar-gambar kebakaran ingatkan kawan-kawan forward gambar-gambar lama. Biasalah kan dunia viral asyik copy paste ajer kan.

Tak leh nak fikir macamana kebakaran tu boleh berlaku, takziah kepada semua keluarga mangsa semoga semua orang boleh redha dengan ketentuan Allah swt.  Seramai 6 orang mangsa yang terlibat :-

1.C. Neeramala Devi
2. Choo Lin Fung
3. K. Logeswaran
4. M. Kaliamma
5. Tow Ah Wah
6.  Yusuf Hassan

Kebakaran bermula di wad ICU Hospital Sultanah Aminah seramai tujuh orang pesakit berada di wad berkenaan.  6 orang pesakit terbunuh dalam kebakaran tersebut dan pesakit yang ke tujuh dapat diselamatkan.

Ada 10 orang staff terlibat ketika kejadian, mereka berkerja keras untuk menyelamatkan keadaan tetapi asap terlalu tebal, 3 daripadanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail, 7 lagi hanya cedera ringan.

Rabu, 26 Oktober 2016

BARANGAN HAJI DAN UMRAH - APA KATA CUSTOMER

MOOD belum panas nak menulis lagi, akak nak kongsi apa kata customer mengenai barangan haji dan umrah kami. Walaupun sekarang mood orang ramai untuk menunaikan umrah agak suram sebab bayaran visa yang naik mendadak tu.

Akak dikunjungi oleh ukhti dari negeri di Bawah Bayu alhamdulillah orang-orang di Malaysia Timur diantara ramai pengunjung-pengunjung akak. Terimakasih ya sister. Kakak ni nak pergi umrah bersama suaminya tak lama lagi, dia mencari barang-barang keperluan sebab ini pertama kali beliau dan suami nak pergi umrah.

Alhamdulillah setelah akak kongsikan link blog minta dia tengok secara teliti dulu semua barang dan saiz, she placed her order.

Order pertama kali :-

1. Seluar haji putih
2. Seluar cotton Poly
3. Inner Perempuan
4. Baju Pagoda Lelaki
5. Kasut Tawaf

sebagai complimentary akak hadiahkan sepasang sarung tangan gediks kelabu yang agak panjang sikit.
Alhamdulilah beliau suka sangat.


Next Day akak dapat lagi tempahan kedua dari beliau sebab barang yang dikirim sebelum ni sudah ngam untuk dia dan husband. Syukur pada Allah swt. Kali ini untuk





1. Mini Jubah hitam - 2xl
2. Seluar putih haji
3. Seluar Polyester
4. Kasut Tawaf velvet
5. Mini Telekung Hitam

Terimakasih Pos Laju efficient service..


Isnin, 24 Oktober 2016

ANDA NAK PERGI UMRAH? MARI KITA TENGOK PAKEJ MANA YANG BERKENAN

Alhamdulillah sahabat whatsapp beritahu dia nak pergi UMRAH bulan November, akak tumpang seronok jugak dari kejauhan. Beliau nak order kasut tawaf velvet untuk dibawa dan dihadiahkan pada kawan-kawan. Ameen ya Rabb. Semoga umrah mu mabrur dan dipermudahkan oleh Allah swt.

Akak pun teringin jugak cuma belum ada kepastian. By the way mari kita lihat pakej yang ditawarkan oleh travel UMRAH. Kali ini lihat RAYHAR Travel, apa yang ditawarkan, macam best ajer. Nak ambik aura nie teringin gak tengok orang lain dah sampai seru.

Umrah dengan Rayhar menaikki charter flight dengan MAS, schedule flight dengan SAUDI AIRLINE dan dengan AIR ASIA juga ada. Akak dah pernah pergi dengan SAUDI comfortable jugak, maybe next time try MAS pula, InsyaAllah ya.

Jadual Penerbangan

MAS - Dari 12hb Nov, 15hb Nov, 19hb Nov, 22hb Nov dan 29hb Nov 2016.
SAUDI - Dari 15hb Nov 2016, 16hb Nov, 17hb Nov, 21hb Nov, 22hb Nov dan 23hb Nov
AIR ASIA - Dari 21hb Nov 2016, 23 Nov 2016, 24 Nov 2016 dan 26hb Nov 2016

Rayhar juga sudah memulakan kursus ibadah umrah di Kemaman, Dungun dan Kuala Berang. Kuala Lumpur bertempat di Masjid KLCC

Bolehlah contact Rayhar Travel kalau masih ada kekosongan, manatau masih sempat lagi nak pergi.

Harga Pakej dari RM5,550 DAN RM5,650 lebih baik check dengan travel agent sebab isu kenaikan bayaran visa baru-baru ni.

ANDALUSIA - Nampaknya sudah sold out cuma available 25hb Dec 2016. Anda boleh hubungi pejabat mereka untuk dapatkan tarikh yang sesuai.

Nanti kita survey pulak Tabung Haji Travel, Zahafiz

Perlu di ingatkan jika perempuan yang dibawah umur 45tahun mesti diiringi oleh mahramnya samada ayah kandung, saudara lelaki (adik atau abang) atau suami. Above 45tahun tu dah kira dapat lesen besar dah tu ya.



Jumaat, 21 Oktober 2016

MINI JUBAH HAJI LATEST EDITION

MINI JUBAH HITAM
pre-ORDER
SAIZ S, M, L, XL, 2XL
RM55 
FABRIK COTTON TSHIRT
WITH POCKET ON CHEST
BLACK COLOUR

TANGAN GETAH

MINI JUBAH PUTIH
pre-ORDER
SAIZ S,M, L, XL DAN 2XL
RM55.00

FABRIK COTTON TSHIRT
WITH POCKET ON CHEST
WHITE COLOUR

TANGAN GETAH

POSTAGE RM8.00 -  SEMENANJUNG MALAYSIA
POSTAGE RM10 - SABAH AND SARAWAK

Rabu, 19 Oktober 2016

KOTA TAIF - BUKTI CINTA RASUL S.A.W PADA UMMATNYA

Kali ini kita ambil tahu sedikit mengenai Sejarah Kota Taif, ianya sudah bermula ratusan tahun dahulu lagi. Relevannya Kota Taif ini dengan perjuangan dakwah Rasululullah s.a.w kerana disini ada kisah sedih yang di alami oleh Baginda s.a.w.

Tekanan demi tekanan yang diberikan oleh penduduk Kota Makkah telah membuatkan Baginda s.a.w membuka cabang dakwahnya keluar Kota Makkah. Berlaku berkisar tahun ke 10 kenabian Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda s.a.w ditemani oleh Saidina Zaid bin Harithah menemui para pembesar dari bani Tsaqif. Beliau mengajak mereka memeluk Islam beriman kepada Allah.  Beliau menghadapi tentangan yang keras dari penduduk Thaif, mereka mencerca dan melempari batu kepada Rasulullah s.a.w, menghalang perjalanan baginda. Hinggalah Rasulullah s.a.w dan sahabat sampai ke sebuah ladang kurma kepunyaan Utbah dan Syuaibah, Nabi Muhammad s.a.w telah berdoa kepada Allah swt, melihat mereka berdua yang keletihan. Addas hamba kepada Utbah dan Syuhaibah telah menghantar anggur untuk santapan Baginda berdua.

Mendengar doa dan rintihan Baginda s.a.w, Allah swt telah mengutus malaikat jibril dan malaikat penjaga gunung untuk berjumpa dengan Baginda Rasulullah s.a.w dan meminta izin untuk membalikkan gunung ke atas penduduk Taif.  Tetapi Baginda Rasulullah s.a.w telah menegah dan berdoa supaya akan lahir dari keturunan mereka orang yang menyembah Allah swt. 

Jika kita fikirkan kalau manusia biasa macam kita yang tengah disakiti bila dapat offer begitu dari Allah swt sudah tentu kita meminta dibalas kezaliman dengan kezaliman tapi tidak dengan Baginda Rasulullah s.a.w. Addas budak kepada Utbah telah memeluk Islam setelah melihat akhlak Rasulullah s.a.w


This time we took out a little about the history of the city of Taif, it's already started hundreds of years ago. The relevance of  Kota Taif with Prophet da'wah  because here there is a sad story experienced by Rasulullah  s.a.w.

Pressure by the pressure exerted by the inhabitants of Mecca has made his mission s.a.w  look out of Mecca for his Da'wah. This is happened about 10 years to prophethood Muhammad

Prophet Muhammad s.a.w accompanied by Imam Zaid bin Haritha came to meet Taif ruler. He invited them to embrace Islam believe in God. He faces strong opposition from the people of Ta'if, they insult and throw stones to the Prophet s.a.w, preventing his journeys. Until the Prophet s.a.w and friends came to a farm belonging to Utbah and Syuaibah, the Prophet Muhammad s.a.w prayed to Allah Almighty, to see them both exhausted, Addas slave to Utbah and Syuhaibah have sent grapes for them to eat.

Allah Almighty hears the prayers and moans s.a.w, God sent the angel Gabriel and the angel guardian of the mountain to meet with the Prophet and requested permission to turn around the mountain to the people of Taif. But the Prophet had desisted and pray that their children will be born from those who worship Allah.

If ordinary people like us who were hurt, offered the same by Allah swt  I'm sure we will asked to reply to injustice with injustice, but not with the Prophet s.a.w. He still pray for the good of Taif people. Impressed by the kindness of Prophet Muhammad s.aw. Addas slave to Utbah embraced Islam.

Credit : http://nurul-asri-cimahi.blogspot.my/2015/01/thaif.html

Selasa, 18 Oktober 2016

TAIF - CAMERON HIGHLAND ARAB SAUDI

Ia dipanggil City of Roses, seperti yang anda boleh bau aroma bunga ros dari kebun jiran. Terkenal dengan iklimnya yg menyegarkan, keindahan pemandangan dan pelbagai buah-buahan yang menarik pelancong dari seluruh Semenanjung Arab, Taif juga mempunyai sejarah yang sangat lama.



Untuk menikmati percutian pendek yang indah, atau untuk menghabiskan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan, melawat runtuhan tembok bersejarah Taif di mana anda akan menghargai seni bina purba Al Hijaz. 

Untuk perjalanan melalui masa, jangan lupa untuk melawat Muzium Okaz, Muzium Negara dan Muzium Shubra itu. Tetapi, untuk pengembaraan yang paling indah, terbang dengan kereta kabel di atas gunung yang menjulang tinggi ke pesta mata anda pada kehijauan indah di sekitar dan di bawah anda.

Untuk bercuti lebih lama, anda boleh memandu dengan kereta untuk ke Makkah melalui jalan Hada dan menikmati pemandangan indah pernah berlaku sebelum ini dalam perjalanan anda di sana. Dalam masa satu jam, anda boleh sampai ke Jeddah untuk menikmati malam ajaib di tepi laut atau bersiar-siar melalui bandar pada waktu malam.


Jika anda ingin mengalami perjalanan gunung, mengambil memandu ke Baha, yang hanya 250 km dari bandar.




It is called the City of Roses, as you can smell the fragrance of roses from neighboring orchards. Famous for its salubrious climate, scenic beauty and variety of fruits that attract tourists from the rest of the Arabian Peninsula, Taif also has a very old history.

To enjoy a beautiful short holiday, or to spend an unforgettable weekend, visit the ruins of the Taif historical wall where you will appreciate the ancient architecture of Al Hijaz. To travel through time, don’t forget to visit the Okaz Museum, the National Museum, and the Shubra Museum. But, for the most beautiful adventure, fly by cable car above towering mountains to feast your eyes on beautiful greenery around and below you.

For a longer vacation, you can drive by car to Makkah through Hada road and enjoy the unprecedented magnificent views on your way there. Within one hour, you can reach Jeddah to enjoy the magical nights by the sea or wander through the town in the evenings. If you would like to experience a mountain trip, take a drive to Baha, which is only 250 km from the city.






Kredit : saudi tourism


TAIF - CAMERON HIGHLAND ARAB SAUDI

Ia dipanggil City of Roses, seperti yang anda boleh bau aroma bunga ros dari kebun jiran. Terkenal dengan iklimnya yg menyegarkan, keindahan pemandangan dan pelbagai buah-buahan yang menarik pelancong dari seluruh Semenanjung Arab, Taif juga mempunyai sejarah yang sangat lama.



Untuk menikmati percutian pendek yang indah, atau untuk menghabiskan hujung minggu yang tidak dapat dilupakan, melawat runtuhan tembok bersejarah Taif di mana anda akan menghargai seni bina purba Al Hijaz. 

Untuk perjalanan melalui masa, jangan lupa untuk melawat Muzium Okaz, Muzium Negara dan Muzium Shubra itu. Tetapi, untuk pengembaraan yang paling indah, terbang dengan kereta kabel di atas gunung yang menjulang tinggi ke pesta mata anda pada kehijauan indah di sekitar dan di bawah anda.

Untuk bercuti lebih lama, anda boleh memandu dengan kereta untuk ke Makkah melalui jalan Hada dan menikmati pemandangan indah pernah berlaku sebelum ini dalam perjalanan anda di sana. Dalam masa satu jam, anda boleh sampai ke Jeddah untuk menikmati malam ajaib di tepi laut atau bersiar-siar melalui bandar pada waktu malam.


Jika anda ingin mengalami perjalanan gunung, mengambil memandu ke Baha, yang hanya 250 km dari bandar.




It is called the City of Roses, as you can smell the fragrance of roses from neighboring orchards. Famous for its salubrious climate, scenic beauty and variety of fruits that attract tourists from the rest of the Arabian Peninsula, Taif also has a very old history.

To enjoy a beautiful short holiday, or to spend an unforgettable weekend, visit the ruins of the Taif historical wall where you will appreciate the ancient architecture of Al Hijaz. To travel through time, don’t forget to visit the Okaz Museum, the National Museum, and the Shubra Museum. But, for the most beautiful adventure, fly by cable car above towering mountains to feast your eyes on beautiful greenery around and below you.

For a longer vacation, you can drive by car to Makkah through Hada road and enjoy the unprecedented magnificent views on your way there. Within one hour, you can reach Jeddah to enjoy the magical nights by the sea or wander through the town in the evenings. If you would like to experience a mountain trip, take a drive to Baha, which is only 250 km from the city.






Kredit : saudi tourism


Khamis, 13 Oktober 2016

PALESTIN OH PALESTIN - SEJARAH DAN FAKTA


Mari kita dengar dari orang expert mengenai sejarah Palestin.  Palestin dah macam rumah kedua beliau. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan beliau akan berkunjung ke sana.

Bagaimana munculnya Negara Palestin.




UMRAH DAN ZIARAH TREND TERKINI

Assalamualaikum, pepagi gi dapat whatssap dari kawan sebelah invitation untuk umrah musim sejuk ni. Berdesup desap rasa hati bila baca, akak memang ler nak pergi umrah juga cuma masanya tertakluk kepada budget ya.

Kali ini hajat hati akak nak pergi umrah dan ziarah sekali first priority akak nak pergi umrah dan ziarah Taif sekaili.

Kawan-kawan akak jemaah Surau Nurul Iman, depa buat program nak gi umrah bersama anak Syarikat Andalusia. Umrah dan Ziarah ke Amman/Baitul Maqdis budget rm8,000++. 

Kalau lah ada budget lebih nak ajer ikut, akak pun ala-ala dah free lance cuti no problem sepanjang tahun akak cuti. Agaknya lah..mudahan Allah swt bagi akak kecukupan rezeki dan akak sayonara terus pada office hour.

CREDIT GAMBAR - TRAVELANNUR.BLOGSPOT. 


Akak selalu follow program Ustaz Muhammad Abdullah Amin kat IKIM, beliau memang specialist dalam membawa jemaah melawat Palestin. Setiap bulan ada sahaja rombongan ke Palestin dan ada juga rombongan yang terus ke Arab Saudi untuk umrah dan ziarah terus.



Setiap hari Rabu on the way balik dari office dulu selalulah dengar sembang-sembang beliau. Cara penceritaan beliau tu buat kira mengedik-gedik rasa hati nak mengikut rombongan umrah dan ziarah ke Palestin kalau Allah swt bagi rezeki dan izin Nya.

Meh kita share kat bawh ini company yang ada buat trip umrah dan ziarah ke Istanbul kalau adik kakak berminat boleh contact depa no. jangan contact hajjah baery akak bukan travel agent tapi kalau depa ni nak kasi akak komisen promote syukur Alhamdulillah.





ANDALUSIA PACKAGE START FROM rm7000++
details boleh check kat website Andalusia

Kalau ler duit akak ader berkepok-kepok bawah bantal tu seronoknya tiap tahun boleh gi umrah dan ziarah ke negara-negara Islam nie. Sebelum hancur macam berlaku kat Syiria, moga Allah swt lindungi negara-negara orang-orang Islam tiadalah lagi kehancuran berlaku.

Budget untuk umrah dan ziarah nie anggaran RM8,000 +++ dan memerlukan cuti lebih kurang 2 minggu untuk pergi ke semua tempat yang dirancang. Kepada yang dah berusia bawahlah bekalan ubat-ubat yang cukup dengan minum air bersih yang banyak. Untuk duit saku anggaran rm2,000 - rm3000 ++ juga lah ya.

#keperluan haji dan umrah pakej jimat
#stokinsolat#kasut tawaf plus size#telekungcotton

Jumaat, 7 Oktober 2016

DR FAUZIAH SELAMAT PULANG

Alhamdulillah Dr Fauziah Hassan, wakil tunggal dalam women boat to Gaza telah selamat kembali ke tanahair dari Bangkok. Beliau menyertai 12 wanita dari negara lain dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza.

Dr Fauziah Hassan telah selamat tiba ke tanah air dari Bangkok, Thailand hari ini selepas dibebaskan oleh rejim Israel.  Beliau tiba bersama suaminya Prof. Alauddin Mohd Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.47 malam tadi dengan menaiki pesawat Thai Air TG417.

Rabu lalu, kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva bersama 13 ahli misi WBG Zaytouna-Oliva yang terdiri daripada tiga kru dan 10 penumpang termasuk seorang wakil tunggal Malaysia dan Asia, Dr Fauziah telah ditahan oleh rejim Israel, ketika tiba di Pelabuhan Ashdod, kira-kira pukul 6 pagi tadi (waktu tempatan).

Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu.

Mengikut laporan, kapal tersebut terputus hubungan pada pukul 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza - Utusan Online


Tahniah Dr Fauziah, puan telah menunaikan tanggungjawab sebagai ikhwan sejati terhadap Muslimin Palestin.  Berjaya atau tidak adalah ketentuan Allah swt yang penting anda dan 12 srikandi lain telah berusaha.

Khamis, 6 Oktober 2016

TUDUNG LABUH UMRAH - SAIZ 2XL

TUDUNG PUTIH LYCA XL

TUDUNG LABUH 2XL

TUDUNG LABUH 2XL

MODEL PAKAI 2XL - AKAK LAH TU
Assalamualaikum sayang semua, how's your day. Semoga anda semua dilimpahi rahmat Allah swt hari ini dah anda adalah insan yang paling bahagia disamping keluarga.

Kita masih bercerita mengenai persediaan umrah, kalau der akak-akak yang tak cukup barang lagi boleh tengok kat directory kat sebelah kanan page nie ya. Kalau anda masih confuse nak bawak tudung labuh atau telekung ziarah jangan pening-pening sangat yang penting tutup aurat dengan sempurna.

Ada orang suka telekung ziarah sebab dia nak ikut sunnah warna putih dan dia nak nampak seragam.  Tapi jika kakak dan adik tak suka bertelekung ziarah why not check on tudung labuh 2x atau 3xl. Yang penting your tudung labuh mesti cover sampai punggong dan tidak nampak nipis.

Material anda boleh pilih apa sahaja as long tidak melekap ke tubuh anda ya, ada banyak material tudung labuh dipasaran denim, moss crepe, chiffon, kushboo dan heavy lycara. Lycra kalau orang tubuh kecil tak der masalah tapi kalau body sado macam akak nie baik lupakanlah. Unless you buat tudung labuh yang ada kedut kat bahu tu boleh jer.

Lagi satu tudung labuh tu kena ada lapik dagu you baru lengkap kecomelannnya.

MATERIAL LYCRA  - LABUH 2XL
BLACK
MATERIAL LYCRA - LABUH 2XL
BLACK

CHECK KAT LINK BAWAH NIE UNTUK TENGOK APA SAHAJA YANG MASIH AVAILABL
ADA BEST PRICE UNTUK ANDA


Rabu, 5 Oktober 2016

TELEKUNG ZIARAH UNTUK UMRAH


Assalamualaikum hari nie Rabu 4 hijrah 1438, wordless Wednesday. Kita nak share cerita telekung ziarah umrah.  Sekarang sudah mula ramai bakal tetamu Allah swt yang sedang get ready untuk umrah musim sejuk kan.  Alhamdulilah semoga diberi kemudahan untuk beribadah dan mendapat umrah yang mabrur.

Why telekung ziarah umrah?

Ramai yang suka memakai telekung semasa di tanah suci Makkah dan Madinah. Akak pun cuma pakai tudung masa nak sopping dan pergi makan sahaja. Sebenarnya cantik bila pakai serba putih sunnah lagi tu. Telekung ziarah umrah disukai kerana ramai yang selesa bertelekung untuk solat. Dengan memakai telekung ni bila singgah ziarah boleh terus solat jer, tak perlu lagi nak bawa telekung dalam satu beg lain pula. Cuma pastikan pergelangan tangan tu betul-betul cover samada lengan jubah anda jenis cuff atau grip ataupun anda pakai sarung lengan.


Telekung ziarah umrah cotton sulam colour
bunga warna hijau, maroon dan coklat. Saiz muka L sahaja
RM120 DENGAN POS

Apa beza telekung ziarah umrah dengan telekung solat?

Tiada banyak beza cuma dari segi labuh sahaja.  Telekung ziarah lebih singkat berbanding telekung solat. Telekung ziarah labuhnya 36 inci dari dagu, telekung solat labuhnya 45inci hingga 50inci. Telekung ziarah lycra cotton labuhnya depan 23 inci dari dagu, kain ni jenis berat dan tebal.

Telekung cotton jepun
RM180 SEPASANG DENGAN KAIN
MUKA SAIZ M


Material fabrik telekung.

Kami menyediakan tiga jenis fabrik, lycra cotton, jersi dan cotton. Telekung cotton tu ada yang bersulam ada yang plain sahaja.


MINI TELEKUNG COTTON LYCRA
LABUH SEPERTI GAMBAR
23 INCI DARI DAGU
WARNA OFFWHITE DAN HITAM AVAILABLE


Muka telekung sangat kemas

PERTANYAAN DAN PESANAN WHATSAPP KER 019-2883235

Isnin, 3 Oktober 2016

KISAH MAAL HIJRAH - IBRAH HIJRAH NABI S.A.W

Dalam dunia ada dua sistem kiraan tahun berdasarkan matahari dan berdasarkan bulan. Orang-orang barat mengira berdasarkan matahari. Orang timur mengirakan berdasarkan kiraan bulan. Berdasarkan kiraan bulan lebih cepat 11 hari. Hijrah Nabi saw bermula dalam bulan Safar dan sampai pada bulan Rabiul Awal bukan pada bulan Muharram.

Pada zaman Saidina Umar bermulanya kiraan tahun Hijrah.pada 1 Muharram (bulan Muharram adalah perintah untuk berhijrah).

PADANG PASIR

HIJRAH DIRI


Beberapa pengajaran dari Hijrah -

Kisah Pertama

1. Sebelum berhijrah ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun perjalanannya dengan teliti. Bermula dari rumahnya sendiri beliau meminta Saidina Ali untuk menggantikannya ditempat tidur.

2. Mengupah Abdullah Abu Uraiqit untuk menunjukkan jalan lain ke Madinah, mencari jalan yang baru yang tidak diketahui oleh orang-orang Quraish.

3. Amir bin Fughairah - diupah untuk membawa kambing-kambingnya di tengah perjalanan Nabi Muhammad saw.  Supaya setelah Nabi saw lalu kambing itu dihalau ke Makkah untuk menutup jejak mereka.

Pengajarannya disini apabila diberi ujian jangan berputus harap dan menyerah sahaja pada nasib. Allah swt turunkan ujian maka Allah swt suruh kita berusaha untuk mengatasi ujian pun datang.

Usaha yang berterusan perlu diiringi dengan doa kepada Allah swt digabungkan dengan solat hajat dan solat istikharah.

Kisah kedua

Ketika Nabi saw dikejar oleh Suraqah Bin Malik - kuda yang ditunggang oleh Suraqah terjatuh sebanyak 3 kali tidak berjaya menghampiri rombongan Nabi Muhammad s.a.w. Di sinilah pertolongan Allah telah datang kepada mereka. Pengajaran di sini adalah pertolongan Allah swt sentiasa dekat dengan orang mukmin. Nabi Muhammad saw telah masuk Islam dan dijanjikan kepadanya gelang maharaja Parsi.

HIJRAH adalah perpindahan, perubahan, meninggalkan suatu tempat. Berpindah dari sifat yang buruk kepada sifat-sifat yang terpuji. Ibrah dari peristiwa Hijrah ini:-

5 perkara yang perlu diubah adalah :-

1. Kepercayaan hanya kepada Allah swt.
2. Cara melihat hidup kita - Hidup hanya mencari keredhaan Allah swt
3. Cara melihat diri kita - Orang mukmin perlu berusaha jangan berputus asa
4. Cara melihat dunia - Kehidupan dunia ini hanya sementara, jangan simpan dunia dalam hati. Dunia ini yang kekal hanyalah Akhirat
5. Cara kita melihat manusia - Setiap manusia punya kekurangan belajar menerima kekurangan orang orang lain.

Kelima-lima perubahan diatas ini dikaitkan dengan rukun Islam yang lima.
No. 1 - dikaitkan dengan Syahadah
No.2 - dikaitan dengan solat
No. 3 - dikaitkan dengan perintah berpuasa. Sabar dengan dugaan dan cabaran.
No. 4 - dikaitkan dengan zakat, perintah mengeluarkan zakat dan infaq
No. 5 - dikaitkan dengan haji dimana berjuta-juta orang berkumpul dengan bermacam-macam karenahnya.Perlu bertolak ansur dan bersabar tidak boleh mementigkan diri sendiri.

Ayat 11 surah Ar-Raadu - Allah swt menyatakan dalam quran sesungguhnya Allah swt tidak merubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang dalam diri mereka. Selepas perisitwa Hijrah umat Islam lebih cemerlang dan terbilang. Sejarah telah menyaksikan meluasnya kekuasaan Islam.

Tahun 14 Hijrah - jatuhnya Parsi - Saidina Umar tela menyerahkan gelang Kisra kepada Suraqah.
Tahun 17 Hijrah - jatuhnya Rome
Tahun ke 20 Hijrah Islam telah sampai ke Nusantara dan China

NABI SAW berkata pada setiap awal kurun akan ada gelombang yang mengembalikan kegemilangan ag
ama. Sekarang kita berada di tahun Hijrah 1438 bermakna sehingga tahun 1450H. Selepas itu apakah yang akan berlaku maka kita lihat kembali peristiwa-peristiwa lampau kerana sejarah adalah satu pengulangan peristiwa di suatu tempat yang berbeza dan masa yang berbeza.

#check out Keperluan Umrah dan Haji di page ini juga.
#kredit kuliah Ustaz Amin

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA