Selasa, 21 November 2023

BERSAWANG DAH BLOG AKAK NI

 Dah masuk musim haji umrah baru, tapi blog ku makin sendu tak tau lately pilu jer nak update apa-apa. Bisness on jer macam biasa beb.  Kursus haji dah start tapi sendiri belum start gear lagi lah.

Sekarang ni nak berniaga booth macam dulu dah kena hantar surat mintak kebenaran. Dulu-dulu kita contact jer pak ustaz minta izin masuk.

Apa pun kita follow yang buat lebih sendu udah malas nak foto-foto ambik gambar. sekarang kan zaman tik tok.

Ok bye tunggu kita update balik ya 




Khamis, 24 Ogos 2023

CUTI SEKOLAH DAH MULA ADA YANG NAK PERGI UMRAH CUTI SEKOLAH

 Cuti sekolah datang lagi, ada tak yang nak pergi umrah cuti sekolah nak bawa anak-anak sekali. 

Designmusleema ada stok kain ihram kanak-kanak kalau anda nak pergi dengan anak-anak sekali.

Stok kain ihram untuk saiz 6 tahun hingga 12 tahun in the house,

Kain jenis cotton sahaja dalam stok. 

Pos dan walk in available tapi sila wasap dulu jika nak walk in ya.




Isnin, 24 Julai 2023

KAMI CUTI SAMPAI 30/7/2024

 Assalamualaikum Pengunjung Yang Dihormati,


Kedai kami sedang bercuti sehingga 30/7/2023 atas urusan keluarga. Namun masih boleh wasap untuk order by post ya.


Harap Maaf.

Khamis, 20 Julai 2023

TUTORIAL CARA PAKAI KAIN IHRAM BUDAK



Alhamdulillah ramai yang jumpa kami di google. Kami kongsi cara memakai pakaian Ihram anak-anak comel. Semoga bermanafaat 

Kain Ihram kami ada dua saiz
30 x 70 inci
30 x 60 inci

Rabu, 19 Julai 2023

SALAM MAAL HIJRAH 1445

Admin nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445 kepada kaum muslimin dan muslimat. Ikut kalendar Islam kita dah bertambah umur 1 tahun lagi. 

Syukur Alhamdulillah kat kita semua Allah izin kita sambut tahun baru Islam nie. Semoga ada azam kecil dalam hati kita untuk tambah baik kualiti amalan kita. 

Azam besar tu memang banyak tapi kalau admin setiap kali tahun baru 'carry forward azam.

Tahun baru 1445 Hijrah ni ada bermacam cerita sok sek pasal ekonomi dunia mau atau pun tidak kita terkesan jugak. Nak potong perbelanjaan tak boleh dah, jadi hangpa semua pandai-pandai cari jalan tambah pendapatan dan jangan gatal tambah hutang yang tidak perlu ya.






Rabu, 5 Julai 2023

KAMI ADA JUAL KAIN IHRAM KANAK-KANAK

 Untuk pengetahuan semua kami juga menyediakan kain ihram untuk kanak-kanak lelaki yang berusia 7 - 12 tahun. 

Buat  masa ini kami hanya menyedikan kain ihram standard saiz sahaja ukuran 35 x 70 inci. Ada dua jenis iaitu kain cotton dan fiber. 

Kain cotton jenis benang kapas macam kain tuala mandi, kain fiber agak ringan sedikit.

Harga rm 50.00 satu set - Kain Cotton

Harga rm45.00 satu set untuk jenis Kain Fiber.




ESOK 6/7/2023 PENERBANGAN BALIK PERTAMA JEMAAH HAJI

Esok jemaah haji sudah mulai balik ke Tanah Air. Penerbangan awal malam ini sudah mulai bergerak ke airport sama ada dari Jeddah atau Madinah. Tahniah kepada hajah dan haji pasti banyaknya kenangan manis yang dibawa pulangkan.

Setiap jemaah haji yang balik dibekalkan dengan 5 liter air zam zam dan jemaah dilarang sama sekali untuk menyimpan air zam-zam dalam bagasi pakaian. Untuk kebaikan semua dan mengelakkan kelewatan urusan di lapangan terbang sebaiknya jemaah haji patuh sahaja dengan arahan tersebut.



Gambar File Google

Apabila bertamu ke Tanah Suci Makkah nanti minumlah air zam zam puas-puas ya. 


  

Selasa, 20 Jun 2023

Selasa, 16 Mei 2023

TUDUNG LABUH CUM TELEKUNG UNTUK UMRAH DAN HAJI

  Alhamdulillah tahniah yang dapat jemputan dari Allah swt sebagai duyufur rahman.  Jaga kesihatan anda supayah dapat beribadah dengan sempurna. Doakan supaya haji yang diterima nanti ya sebab peluang kedua untuk orang marhaen macam kita ini berat lah kan nak dapat peluang lagi. Tetapi jika Allah swt mengkehendaki kun fa yakun jadilah kan,

Dah buat keputusan nak beli telekung umrah atau tudung labuh?

Kami ada Khimar Humaira yang cutting seperti telekung ziarah dari material chiffon dua lapis ya InsyaAllah selesa di pakai.







ada 15 warna yang cantik boleh anda pilih ya. 

 Berminat boleh wasap kak hajjah ya. Klik sahaja Khimar Humairah

Saiz boleh refer pada gambar ya. RM58.00 SEHELAI SAHAJA

Isnin, 15 Mei 2023

SENARAI PENGELOLA JEMAAH HAJI

 Rujuk sini senarai pengelola jemaah haji tahun 2023, 

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/senarai-pengelola-jemaah-haji-pjh-perkhidmatan-pakej-haji-musim-haji-1442h2021m

PANGGILAN HAJI TELAH TIBA

Dah hujung syawal barulah masuk balik ke blog telekungmusleema. Bukan lupa daratan tetapi kekangan banyak sangat, Menjelang Ramadhan kami diuji dengan kesihatan ibu kami dan juga diri sendiri. Banyak luangkan masa nak merawat 'wali keramat' yang sudah uzur perlukan jagaan dari semua anak-anak.

Kita terpaksa ketepikan dulu urusan bisnes online duduk kampung line internet tak smooth jugak kan.

Alhamdullah kesihatan ibunda kami sudah lebih baik boleh kita hadap balik online kita ini. Walaupun kecil mesti terus konsisten. Semakin kita berusia tidak boleh hanya duduk diam perlu ada aktiviti untuk buat kita jadi lebih segar dan sihat badan dan minda.

Mari kita tengok berapa kos haji tahun 2023 semua orang dah tahu jugak ya memang tinggi tapi apa daya LUTH, terpaksa juga naikkan sebab faktor inflasi, matawang, cukai, pembangunan infrstruktur penambah baikkan kemudahan.





Photo from google/berita rtm

Anda yang berkemampuan juga boleh pergi dengan pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat travel yang berdaftar dengan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji dan syarikat yang sudah banyak pengalaman ya.  Sebab mereka lebih arif jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga seperti hotel tiba-tiba bertukar. 

Kita kongsi pakej dua Syarikat yang terkenal dibawah:-

Pakej Haji Andalusia bermula dari RM38,490 - RM51,900 (pakej yang terendah)

Pakej Haji MKM bermula dari RM49,760 - RM58,760 (pakej terendah)

Ada banyak lagi Syarikat besar dan berpengalaman anda boleh rujuk di laman sesawang LUTH (penting sangat ya semak dulu syarikat-syarikat travel ini berdaftar atau tidak)

Kos haji jemaah furada juga telah keluar, juga menunjukkan kenaikan dua kali ganda anggaran RM80,000.semoga tiada kes penipuan seperti tahun lepas. Kesian bakal jemaah yang dah keluarkan duit yang banyak tetapi terkandas di KLIA.  

Anda boleh lihat perbezaan harga dengan LUTH, kalau giliran tu menunggu terlampau lama, maka ada yang tak kisah keluar duit lebih asalkan dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Penerbangan haji pertama akan bermula pada 21hb Mei 2023, Hari Wukuf pada 27hb June 2023.


Selasa, 7 Mac 2023

HARI INI MALAM NISFU SYAABAN

 Hai rasa baru jer masuk tahun baru hijrah kan,,,alhamdulillah kita dipanjangkan umur ke bulan Syaaban semoga sampailah ke Ramadhan dan diberi kesempatan untuk beribadah kepada Allah swt.

Ramai ulama yang menyebut tentang kebaikan malam Nisfu Syaaban untuk beribadah. Jangan kita berbalah yang nak beribadah jom teruskan.

Minta ampun dengan Allah swt, buang permusuhan sesama manusia semoga ringan laluan kita mencari Redha Allah.

KAIN IHRAM JUMBO DAH RESTOK YA


Assalamualaikum, kami nak info-info kain ihram jumbo sudah restok ya.

saiz 47inci x 115  inci 

harga rm100.00 tidak termasuk pos.

Untuk abang haji yang bertubuh sasa, sado atau pun perut moncit. Digalakkan menggunakan kain ihram jumbo ya supaya seliseh lipatan tu cukup lebar dan tidak mudah terselak.

Untuk saiz jumbo kami tidak ada talipinggang ihram plus size, jadi boleh guna sahaja talipinggang sendiri ya.

BERMINAT BOLEH KLIK KAT  WASAP SAHAJA



Rabu, 15 Februari 2023

HADIAHKAN TOTE BAG UNTUK BONDA

Lagi sebulan lebih kita akan melangkah ke bulan Ramadhan, semoga kita berkesempatan melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Jom kita banyak berdoa supaya Allah panjangkan umur kita.

Ramai juga sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah di bulan Ramadhan nanti.

Kami nak share dengan anda tote bag comel ni customade by warga emas, cantik hasil kerjanya. Sesuai dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang nak bawak ke Masjid dan Surau untuk solat tarawih nanti ya.

Sejak ada tote bag ni saya dah lupakan beg pvc dan kulit tu. Saya suka tote bag ni untuk santai-santai.

Saiznya 17 x 11 inci, dari fabrik tahan lasak dan boleh dibasuh, beg sahaja RM40.00 tidak termasuk pos.

Kami juga ada buat combo dengan telekung asheera yang cantik jelita tu, RM100 @ 1 set.


tote bag sunny
Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00


tote bag leafyFabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00



tote bag Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00



tote bag flowery
Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00



tote bag autumm
Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00


JANGAN BAYAR RM50.00 TAUU
Kami bagi anda rm40.00 sahaja sehingga 28/2/2022



 



Selasa, 14 Februari 2023

LAMA TAK UPDATE TAPI KAMI ON BUSINESS YA

 Kesibukan banyak sangatlah membelenggu kehidupan seharian. Nak bagi masa buat online dan offline shop sangat mencabar ya. Disulami dengan join kuliah-kuliah dan kursus haji selalu sangat blog saya ini ketinggalan zaman untuk update ya.

Jom kita update banyak stok baru dah masuk pasaran ya. tunggu ya.

Selasa, 10 Januari 2023

PAKEJ HARGA UMRAH NAIK MENDADAK

 Masuk tahun 2023 ni macam-macam hal lah pulak. Sejak habis PKP berduyun-duyun umat Islam ke tanah suci menunaikan umrah. Maklum lah 2 tahun tak dapat menjejak kan kaki ke sana. Termasuk lah family adik kak hajjah baru sahaja berlepas ke sana. Semoga di permudahkan perjalanan mereka.

Semua orang tersedak bila MATTA bagi tau harga hotel di Mekah dan Madinah naik mendadak. Kabar angin ini dah melayang-layang sejak akhir tahun lepas. Cuma tidak ada berita sahih sahaja.

Sebelum ini kami pergi umrah pun berlaku juga last minute hotel bertukar. Alasan ada macam-macamlah. Disana pak Arab tu boleh sesuka hati batalkan tempahan travel ejen ni dan melompatlah travel agency mencari hotel-hotel lain untuk ganti.

Disebabkan kenaikan harga hotel ini maka kos menunaikan umrah dan haji akan naik jugak. Sesiapa yang dah buat tempahan tu syukur sangatlah tapi kalau last minute kena top up berlapang dada sahajalah. Besar perbelanjaan besarlah pahalanya InsyaAllah 

anda mencari kelengkapan haji umrah boleh singgah di IG Pakaianhajiumrah atau webstore kami https://designmusleema.avana.asia





Isnin, 2 Januari 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023 DARI DESIGNMUSLEEMA

Bertemu lagi kita di tahun 2023.  Syukur alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk mentaati perintah Allah dan berusaha mencari rezeki yang berkat InsyaAllah.

Untuk entry yang pertama ini saya suka nak share sebab ramai yang salah faham. Kami di Designmusleema adalah home based dan online bisnes ya. Kami terletak di kawasan perumahan low cost aparment. Kami belum lagi berpindah ke shoplot.

Namun begitu kami berpengalaman dalam menyantuni jemaah haji dan umrah. Sebelum PKP kami membuka booth di kursus-kursus haji.

Pelanggan yang berminat boleh call untuk buat temujanji terlebih dahulu ya. Kami akan share lokasi dengan anda.

Waktu perniagaan kami dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5.30 petang sahaja (Isnin hingga Jumaat)

Pukul 2.00 pm - 6.00 pm (Hari sabtu dan ahad) 

Produk yang kami jual

1. Telekung umrah

2. Jubah seluar dan jubah haji muslimah

3. Kain Ihram

4. Talipinggang Ihram

5. Baju pagoda

6. Baju Inner Perempuan

7. Seluar Haji

8. Stongan @handsock

7. Inner tudung

8. Stokin

9. Kasut Tawaf

10. Stokin 'wuduk

11. Spray Wuduk












RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA