Selasa, 9 Februari 2021

JNT OH JNT - BILA LAH NAK KELUAR BARANG KAMI

 Semua orang tahu JNT syarikat penghantaran kedua besar selepas pos laju (pendapat saya sendiri). Motto dia orang 24/7 tu buat ramai peniaga online termasuk saya sangat gembira dengan servis mereka.

Tetapi baru-baru ini semua orang dikejutkan dengan video tular pekerja JNT naik berang dengan pengurusan. JNT dah keluar kenyataan rasmi dan minta maaf pada rakyat Malaysia.  Saya tak pasti perkara ini ya.  Tetapi yang saya tahu sekarang bungkusan saya juga tak sampai

Syarikat dah poskan pada 4hb Februari 2021 sampai hari ini pun saya tidak terima. Sudah 5 hari.

Saya cuba telefon pejabat cawangan JNT, telefon tak berjawab. FACEBOOK dia orang pun dah mute tak boleh nak komen apa-apa. Cuma chat message dan saya fikir membazir sahaja nak chat dengan robot.

PKP tahun lepas saya juga mengalami masalah yang sama bila berlaku lambakan barangan di JNT dan Pos Laju. Saya memilih mencari syarikat kurier lain yang kecil tetapi boleh bagi servis yang lebih cepat.

Masalah sekarang bila barang datang daripada pemborong atau syarikat yang dah ada contract dengan JNT suka atau tidak terpaksalah menunggu walaupun rasa berkilo-kilo dah kemarahan yang keluar.

Syukur saya tak ambil deposit daripada kastemer jadi saya terpaksa menunggu dan menunggu tanpa rela.

#JNT tanpa kakitangan yang sanggup berhujan dan berpanas.  Syarikat ini tidak akan mampu jadi gah.

#JNT pekerja adalah asset yang paling mahal. Tidak kita syarikat dah berjuta-juta pun






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA