Khamis, 29 Oktober 2020

MENGENALI RASULULLAH SAW - FAHIMI ZAKARIA

BULAN Rabiulawal sekali lagi bertandang dalam teratak kehidupan kita. Ia datang membawa makna yang besar khususnya dalam kehidupan Muslim yang mencintai manusia agung yang bernama Muhammad Abdullah.

Pada bulan ini lahirnya kekasih ALLAH iaitu Rasulullah SAW yang membawa rahmat kepada makhluk sekalian alam. Ini jelas melalui firman ALLAH SWT: “Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.” (al-Anbiya’, 107).

Sejauh manakah kita mengenali Rasulullah SAW? Bagaimana cara untuk kita menghayati perjuangan baginda? Apakah cukup dengan kita hanya mengingati tarikh 12 Rabiulawal sahaja? Mari kita mengenali siapa nabi kita yang mulia mudah-mudahan generasi kita akan sentiasa meletakkan baginda sebagai contoh ikutan terbaik.

Nama

Menurut al-Buti, nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Farh bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan.

Keturunan baginda daripada susur galur Nabi Ismail Ibrahim AS (Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah). Berbangsa Quraisy daripada bani Hashim seperti sabdaan baginda: “Sesungguhnya ALLAH memuliakan Kinanah daripada anak Ismail, Dia memuliakan bangsa Quraisy daripada keturunan Kinanah, Dia memuliakan bani Hashim daripada bangsa Quraisy, kemudian Dia memuliakanku daripada bani Hashim” (HR Muslim).

Datuknya iaitu Abdul Mutalib yang memberikan nama Muhammad yang bermaksud 'yang terpuji' walaupun nama itu jarang digunakan oleh masyarakat Arab pada waktu itu.

Kelahiran

Kebanyakan sumber sirah menyatakan baginda lahir pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M. Namun al-Mubarakfuri menyatakan baginda lahir pada 9 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M (al-Rahiq al-Makhtum) iaitu pada tahun pertama selepas peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh Gabenor Yemen iaitu Abrahah.

Peristiwa ini dirakamkan oleh ALLAH SWT dengan jelas menerusi al-Quran (al-Fil, 1-5) yang membuktikan kesesatan tentera Abrahah itu sehingga membawa kepada kehancuran mereka. Justeru, pada tahun kelahiran baginda dikenali sebagai ‘am al-fil (tahun gajah) kerana kehancuran pasukan bergajah yang ingin meruntuhkan Kaabah yang mulia.

Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya, Aminah Wahab.

Ketika berusia 6 tahun ibunya membawa baginda menziarahi kubur bapanya, namun ibunya sakit ketika dalam perjalanan pulang lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu tempat yang terletak antara Makkah dengan Madinah.

Baginda menjadi yatim piatu ketika masih kecil, namun ALLAH menghadirkan manusia mulia dalam kehidupan baginda.

Keluarga

Meskipun Rasulullah SAW anak tunggal, namun baginda mempunyai ramai saudara susuan lantaran ramai orang yang menjaga dan mengasuh baginda sejak dari bayi.

Selain Aminah, ibu susuan baginda termasuklah Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah selain pernah dijaga oleh Ummu Aiman dan saudara susuannya iaitu Syaima’.

Saudara susuan baginda pula Abu Salamah Abdullah, Hamzah (yang juga bapa saudaranya), Abdullah dan Syaima’ (anak Halimah) dan Abu Sufian (yang juga sepupu baginda).

Menurut al-Jauzi, Hamzah Abdul Mutalib (bapa saudara baginda) bertemu saudara susuan bersama Rasulullah SAW daripada dua cabang yang sama iaitu Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah (Zad al-Ma‘ad).

Selepas kewafatan ibunya pada usia 6 tahun, tanggungjawab itu diambil alih oleh datuknya, Abdul Mutalib. Namun selepas dua tahun dalam jagaan datuknya, Abdul Mutalib meninggal dunia sehingga baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib.

Gelaran

Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Jubair bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku mempunyai beberapa nama iaitu Muhammad, Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir dan al-‘Aqib” (al-Syama’il al-Muhammadiyyah).

Riwayat lain pula (Huzaifah RA) menyebut baginda juga digelar sebagai nabi al-Taubah, al-Rahmah, al-Muqaffa’ dan al-Malahim.

Selain itu, baginda sangat masyhur dengan gelaran al-Amin iaitu 'seorang yang amanah' kerana baginda sentiasa menjadi rujukan masyarakat Arab apabila mereka ingin keluar dari kota Makkah sama ada untuk pergi berniaga atau bermusafir.

ALLAH membenarkan sifat amanah Rasulullah SAW menerusi firman-Nya: “Sesungguhnya aku seorang Rasul yang amanah” (al-Syu‘ara’, 107).

Pekerjaan

Baginda bekerja sebagai penggembala kambing. Sememangnya menggembala kambing merupakan pekerjaan kebanyakan nabi dan rasul AS.

Ketika berusia 12 tahun, baginda turut serta dalam rombongan bersama bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untuk berdagang. Baginda sentiasa membantu bapa saudaranya dalam urusan kehidupan dan pekerjaan.

Masyarakat Arab sejak zaman dahulu menjadi rutin perjalanan mereka ke Syam pada musim panas manakala ke Yemen pada musim sejuk seperti firman-Nya di dalam al-Quran (al-Quraisy, 1-2).

Perkahwinan

Isteri pertama Rasulullah SAW ialah Khadijah Khuwailid al-‘Asadiyah. Khadijah sebelum itu pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mendapat anak daripada kedua-dua perkahwinan tersebut.

Khadijah mengenali baginda melalui Abu Talib sewaktu menguruskan hal-hal perniagaan, lalu Khadijah memeterai perjanjian perniagaan bersama baginda ke Syam.

Sepanjang perjalanan ke Syam, baginda ditemani oleh pembantu Maisarah iaitu pembantu Khadijah. Kejujuran yang ada dalam diri baginda menyebabkan Khadijah jatuh hati kepadanya sehingga membawa kepada perkahwinan. Ketika itu baginda berusia 25 tahun manakala Khadijah pula 40 tahun.

Melalui perkahwinan bersama Khadijah, mereka dikurniakan beberapa orang anak iaitu al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah.

Baginda mempunyai tujuh orang anak iaitu enam daripada Khadijah manakala seorang lagi iaitu Ibrahim daripada Mariah al-Qibtiyah yang merupakan hamba yang dinikahi baginda.

Baginda tidak pernah berkahwin dengan sesiapapun sehingga Khadijah meninggal dunia sebelum peristiwa Isra’ Mikraj pada tahun ke-10 kenabian (Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah).

Isteri-isteri

Selepas kewafatan Khadijah, baginda berkahwin dengan beberapa orang iaitu (1) Saudah Zum‘ah, (2) Aishah Abu Bakar, (3) Hafsah Umar, (4) Zainab Khuzaimah, (5) Ummu Salamah Abu Umayyah, (6) Zainab Jahsy, (7) Juwairiyah Harith, (8) Ummu Habibah Abu Sufyan, (9) Safiyyah Huyai dan (10) Maimunah al-Harith (al-Misri, Sahabiyyat hawla al-Rasul).

Rasulullah SAW juga mempunyai isteri daripada kalangan hamba iaitu (1) Mariah al-Qibtiyah dan (2) Raihanah Sam‘un.

Kerasulan

Rasulullah SAW menyaksikan kehidupan masyarakat Jahiliah yang sesat dan syirik kepada ALLAH SWT. Mereka menyembah berhala, menenung nasib dan tiada pedoman agama.

Melihat keadaan ini, baginda selalu bersendirian di Gua Hira’. Setiap kali ke sana, baginda akan membawa bekalan makanan untuk tempoh beberapa hari. Berbanding dengan kota Makkah, baginda merasakan ketenangan bersama ALLAH SWT ketika beribadah di Gua Hira’.

Ia berterusan sehinggalah suatu hari ketika berada di gua tersebut, baginda terdengar suara yang menyeru untuk membaca (al-‘Alaq, 1-5). Itulah wahyu pertama yang diterima oleh baginda ketika berusia 40 tahun yang mengangkat kedudukan baginda kepada manusia yang mulia di sisi ALLAH SWT.

Bermula daripada itu, baginda mula berdakwah secara sembunyi kepada isteri dan ahli keluarga terdekat. Pada peringkat awal, dakwah baginda hanya diterima oleh golongan kanak-kanak, hamba dan orang fakir miskin.

Sahabat pertama yang memeluk Islam ialah Ali Abu Talib yang ketika itu berusia 10 tahun. Kemudian diikuti dengan sahabat yang lain seperti Zaid Harisah, Abu Bakar, Uthman Affan, Zubair Awwam dan ramai lagi.

Mereka pada waktu itu mengadakan pertemuan secara rahsia di rumah al-Arqam Abu al-Arqam selama tiga tahun.

Penurunan ayat yang menyuruh Rasulullah SAW berdakwah secara terang-terangan tanpa perlu menghiraukan tindakan golongan Musyrikin Makkah (al-Hijr, 94).

Bermulalah ujian dalam perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Mereka bukan sahaja dihalang, tetapi dipulau, dipukul, dicederakan dan ada yang dibunuh dengan zalim.

Penentangan daripada puak Musyrikin diketuai oleh Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan yang menentang dakwah baginda dengan pelbagai cara termasuklah dengan menawarkan wang, pangkat dan wanita. Namun, semua tawaran itu sedikit pun tidak mengubah pendirian baginda untuk terus berdakwah secara terang-terangan.

Hal ini mengundang kemarahan Musyrikin, lantas mereka menzalimi umat Islam sehingga ada yang dibunuh dengan kejam.

Selama 13 tahun dakwah Rasulullah SAW di Makkah dengan ujian yang berat bersama sahabat sehingga ALLAH SWT merakamkan keperitan mereka di dalam al-Quran (al-Baqarah, 214) sekali gus menjanjikan mereka kemenangan.

Hijrah

Selepas 13 tahun berdakwah di Makkah, kini sudah tiba perintah berhijrah. Rasulullah SAW telah melakukan beberapa kali siri hijrah ke Taif dan Habsyah, namun penerimaan masyarakat di sana sangat mengecewakan baginda.

Ada pun hijrah ke Madinah merupakan hijrah yang agung, bahkan dinanti-nantikan oleh sekalian sahabat RA. Ini adalah kerana menurut riwayat Aishah RA, umat Islam diseksa dengan berat sehingga mereka mengadu kepada Rasulullah SAW dan meminta izin untuk berhijrah.

Rasulullah SAW keluar bersama Abu Bakar waktu malam pada 26 Safar menuju ke Gua Thur dan tinggal di sana selama tiga hari. Selepas keadaan reda, mereka memulakan perjalanan menuju ke Yathrib sehingga tiba di Quba’ dan mereka tinggal di sana selama empat hari. Pada 12 Rabiulawal, baginda tiba di Yathrib.

Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setibanya di Yathrib ialah membina masjid, persaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar dan menukarkan nama Yathrib kepada al-Madinah al-Munawwarah.

Namun begitu, di Madinah baginda berhadapan pula dengan golongan Yahudi dan Nasrani yang enggan beriman dengan Rasulullah SAW.

Tidak berhenti di situ sahaja, bahkan orang golongan Munafiqin yang berwajah Islam di hadapan baginda dan mengaku beriman kepadanya (al-Baqarah, 8)

Peperangan

Rasulullah SAW menyertai banyak peperangan khususnya selepas hijrah, namun antara peperangan yang masyhur disertai baginda ialah perang Badar, perang Uhud, perang Ahzab, perang Khaibar, perang Hunain dan perang Tabuk.

Antara peristiwa penting dalam tempoh ini ialah pembukaan kota Makkah dan Haji al-Wada‘ yang berlaku dalam satu masa. Peristiwa ini berlaku kerana pengkhianatan kafir Quraisy terhadap perjanjian yang dimeterai bersama umat Islam iaitu umat Islam boleh menunaikan umrah pada tahun ke-7 hijrah. Lantaran serangan hendap yang dilakukan oleh puak kafir Quraisy, ia sekali gus membatalkan perjanjian tersebut.

Pada Ramadan tahun ke-8 hijrah, Rasulullah SAW mempersiapkan 10,000 tentera menuju ke kota Makkah dengan niat untuk menyerang. Jumlah tersebut membuatkan kafir Quraisy berasa takut lalu menyerah diri dan memeluk Islam.

Mereka termasuklah ahli keluarga baginda seperti Abu Sufyan, ‘Abbas Abdul Mutalib.

Rasulullah SAW dan tentera Islam akhirnya memasuki Masjid al-Haram dengan selamat tanpa pertumpahan darah. Baginda membacakan firman ALLAH SWT: “Wahai manusia! Kami ciptakan kamu dengan pelbagai bangsa dan puak supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang paling mulia dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Luas Pengetahuan” (al-Hujurat, 13).

Kewafatan

Sekembali baginda daripada mengerjakan haji al-Wada‘ pada akhir bulan Safar tahun ke-11 hijrah, baginda mengadu sakit kepala. Walaupun begitu, baginda masih sempat mengimamkan solat berjemaah di masjid.

Kesakitan yang ditanggung oleh baginda membawa kepada demam yang berpanjangan. Pada Subuh Isnin bersamaan 12 Rabiulawal tahun ke-11H, baginda tidak lagi mampu berjemaah di masjid dan baginda meminta Abu Bakar untuk mengimamkan solat.


Rasulullah SAW meninggalkan kita semua buat selama-lamanya selepas 10 tahun tinggal di Madinah. Menurut Ibnu Abbas RA: “Rasulullah SAW tinggal di Makkah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun, kemudian wafat ketika berumur 63 tahun” (HR Tirmizi, al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Kesimpulan

Rasulullah SAW sangat mencintai umatnya. Baginda tidak sanggup umatnya di azab, justeru baginda sentiasa memohon kepada ALLAH SWT agar dirahmati umat baginda.

Sebagai umat baginda, bagaimana perasaan kita terhadap baginda? Bukankah baginda sangat mencintai kita walaupun baginda tidak pernah melihat kita?

Marilah kita mengambil pengajaran dari bulan ini untuk kita benar-benar mengenali insan paling mulia ini. Jika kita boleh mengenali artis, atlet sukan dan tokoh selebriti tertentu tanpa apa-apa jaminan mereka untuk kita di akhirat nanti, maka ketahuilah bahawa Rasulullah SAW pemberi syafaat buat kita semua sebagai umatnya.

Mari kita banyakkan mengucapkan salam dan selawat ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW, manusia agong, kekasih Ilahi, pemberi syafaat. Rasulullah SAW Rahmatan lil ‘alamin.


Sumber :--

* Fahimi Zakaria ialah Pensyarah di Management and Science University

Rasulullah SAWNabi Muhammad SAWFahimi Zakaria

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/57331/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Mari-mengenali-Rasulullah-SAW

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf😊😊




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN INI SEPI TIADA PERARAKAN TIADA PERHIMPUNAN MAWLID - OH CORONA SEMUANYA BERUBAH


Menurut USTAZ WAN AKASHAH,

Ujar agamawan itu, Maulidur Rasul sebenarnya begitu istimewa kerana tidak pernah lagi kita menyambut kelahiran seseorang yang sudah tiada lagi di dunia.

"Sedangkan Nabi Muhammad SAW, kita sambut (hari keputeraan baginda), seolah-olah masih hidup. Ini bermakna, ajaran nabi itu berjalan hingga hari kiamat. Itulah keistimewaannya.

"Lazimnya, apabila kita menyambut Maulidur Rasul, ia sebenarnya menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Ya, apabila kita cintakan seseorang, pasti kita akan ingat hari kelahiran dia.

"Apabila kita sayang dan cintakan seseorang, biasanya kita akan suka dengan apa sahaja yang dia lakukan, cara dia makan dan minum, cara berpakaian dan gaya rambut dia. Begitulah juga apabila kita sayang dan cintakan baginda SAW yang mana apa yang nabi lakukan, pasti kita akan turutkan," katanya kepada Sinar Islam ketika dihubungi baru-baru ini.

Kenapa sambutan itu begitu signifikan kepada umat Islam? Kata Ustaz Wan Akashah: "Biasanya, kalau kita sayang kepada seseorang, kita akan jaga pusaka yang ditinggalkannya. Sama juga seperti apabila kita buat (sambut) Maulidur Rasul, kita hendak jaga pusaka baginda SAW iaitu al-Quran dan hadis."

Muliakan kekasih ALLAH

Ustaz Wan Akashah meneruskan perkongsian ilmunya. Beliau membangkitkan soal hukum mengingati Maulidur Rasul.

Meskipun hukumnya bukanlah wajib, tetapi beliau berkata, umat Islam digalakkan berbuat demikian kerana sambutan itu sebenarnya membangkitkan 'roh' atau semangat keislaman kembali memutik dalam sanubari hati orang Islam.

"Ya, dengan sambutan Maulidur Rasul yang biasanya diadakan ceramah, qiamullail, perarakan dan sebagainya, ia akan membibitkan semua perasaan tersebut.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan mendapat pahala apabila mengadakannya kerana memuliakan kekasih ALLAH SWT. Bahkan, apabila kita lakukan perkara itu, ia seolah-olah berjihad pada jalan ALLAH. Jadi, dapatlah pahala dan termasuk dalam amal soleh," ujar beliau.

Ujar agamawan itu, Maulidur Rasul sebenarnya begitu istimewa kerana tidak pernah lagi kita menyambut kelahiran seseorang yang sudah tiada lagi di dunia.

"Sedangkan Nabi Muhammad SAW, kita sambut (hari keputeraan baginda), seolah-olah masih hidup. Ini bermakna, ajaran nabi itu berjalan hingga hari kiamat. Itulah keistimewaannya.

"Lazimnya, apabila kita menyambut Maulidur Rasul, ia sebenarnya menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Ya, apabila kita cintakan seseorang, pasti kita akan ingat hari kelahiran dia.

"Apabila kita sayang dan cintakan seseorang, biasanya kita akan suka dengan apa sahaja yang dia lakukan, cara dia makan dan minum, cara berpakaian dan gaya rambut dia. Begitulah juga apabila kita sayang dan cintakan baginda SAW yang mana apa yang nabi lakukan, pasti kita akan turutkan," katanya kepada Sinar Islam ketika dihubungi baru-baru ini.

Kenapa sambutan itu begitu signifikan kepada umat Islam? Kata Ustaz Wan Akashah: "Biasanya, kalau kita sayang kepada seseorang, kita akan jaga pusaka yang ditinggalkannya. Sama juga seperti apabila kita buat (sambut) Maulidur Rasul, kita hendak jaga pusaka baginda SAW iaitu al-Quran dan hadis."

Muliakan kekasih ALLAH

Ustaz Wan Akashah meneruskan perkongsian ilmunya. Beliau membangkitkan soal hukum mengingati Maulidur Rasul.

Meskipun hukumnya bukanlah wajib, tetapi beliau berkata, umat Islam digalakkan berbuat demikian kerana sambutan itu sebenarnya membangkitkan 'roh' atau semangat keislaman kembali memutik dalam sanubari hati orang Islam.

"Ya, dengan sambutan Maulidur Rasul yang biasanya diadakan ceramah, qiamullail, perarakan dan sebagainya, ia akan membibitkan semua perasaan tersebut.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan mendapat pahala apabila mengadakannya kerana memuliakan kekasih ALLAH SWT. Bahkan, apabila kita lakukan perkara itu, ia seolah-olah berjihad pada jalan ALLAH. Jadi, dapatlah pahala dan termasuk dalam amal soleh," ujar beliau.


Ujar agamawan itu, Maulidur Rasul sebenarnya begitu istimewa kerana tidak pernah lagi kita menyambut kelahiran seseorang yang sudah tiada lagi di dunia.

"Sedangkan Nabi Muhammad SAW, kita sambut (hari keputeraan baginda), seolah-olah masih hidup. Ini bermakna, ajaran nabi itu berjalan hingga hari kiamat. Itulah keistimewaannya.

"Lazimnya, apabila kita menyambut Maulidur Rasul, ia sebenarnya menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Ya, apabila kita cintakan seseorang, pasti kita akan ingat hari kelahiran dia.

"Apabila kita sayang dan cintakan seseorang, biasanya kita akan suka dengan apa sahaja yang dia lakukan, cara dia makan dan minum, cara berpakaian dan gaya rambut dia. Begitulah juga apabila kita sayang dan cintakan baginda SAW yang mana apa yang nabi lakukan, pasti kita akan turutkan," katanya kepada Sinar Islam ketika dihubungi baru-baru ini.

Kenapa sambutan itu begitu signifikan kepada umat Islam? Kata Ustaz Wan Akashah: "Biasanya, kalau kita sayang kepada seseorang, kita akan jaga pusaka yang ditinggalkannya. Sama juga seperti apabila kita buat (sambut) Maulidur Rasul, kita hendak jaga pusaka baginda SAW iaitu al-Quran dan hadis."

Muliakan kekasih ALLAH

Ustaz Wan Akashah meneruskan perkongsian ilmunya. Beliau membangkitkan soal hukum mengingati Maulidur Rasul.

Meskipun hukumnya bukanlah wajib, tetapi beliau berkata, umat Islam digalakkan berbuat demikian kerana sambutan itu sebenarnya membangkitkan 'roh' atau semangat keislaman kembali memutik dalam sanubari hati orang Islam.

"Ya, dengan sambutan Maulidur Rasul yang biasanya diadakan ceramah, qiamullail, perarakan dan sebagainya, ia akan membibitkan semua perasaan tersebut.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan mendapat pahala apabila mengadakannya kerana memuliakan kekasih ALLAH SWT. Bahkan, apabila kita lakukan perkara itu, ia seolah-olah berjihad pada jalan ALLAH. Jadi, dapatlah pahala dan termasuk dalam amal soleh," ujar beliau.


"Kalau boleh, biarlah sambutan Maulidur Rasul itu berpanjangan, bukan hanya pada hari kelahiran itu sahaja. Namun, jika mampu, boleh sahaja kita lakukan sambutan berkenaan secara mingguan atau bulanan. Paling tidak pun, sepanjang bulan Rabiulawal bagi kita menyemarakkan sambutan mengingati Rasulullah SAW.

"(Dengan melakukan demikian) Kita seolah-olah menimbulkan suasana kesedaran kepada umat Islam bahawa betapa pentingnya kita kembali kepada penghayatan Islam untuk menangani masalah-masalah sosial yang berlaku pada generasi sekarang.

"Selain itu, sambutan itu akan membantu anak-anak muda zaman sekarang supaya mengenali siapa Nabi Muhammad SAW, kelebihan dan kekuatan baginda," katanya.

ALLAH SWT berfirman: “Nabi itu hendaklah lebih utama bagi orang beriman melebihi diri mereka sendiri...” (Surah al-Ahzab, ayat 6)

Tuntutan Islam Sementara itu, pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa berkata, mencintai Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan dalam Islam.

TAHUN ini kita meraikan Maulidur Rasul tanpa perhimpunan majlis mawlid dan perarakan mawlid. Semuanya sunyi sepi.

Mari kita hidupkan dengan banyakkan bersalawat dan berzikir. Setiap hari Rasullullah sentiasa dihati kita.

SUMBER SIAR https://www.sinarharian.com.my/article/56200/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Maulidur-Rasul-tanda-cinta-kepada-Nabi-Muhammad-SAW





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program Semarak Cinta Rasul yang akan disiarkan melalui stesen televisyen TV1, bermula jam 9 malam ini hingga 3 November depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata inisiatif norma baharu itu diambil berikutan pembatalan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M

SUMBER : BERITA HARIAN




Ahad, 11 Oktober 2020

10 Cara Untuk Elak Overthinking

Ada orang suka overthinking sesuatu melampaui batas, bimbang akan kehidupan, bimbang akan anak-anak, bimbangkan pekerjaan dan sekarang pula bimbang akan wabak covid19 yang melanda seluruh dunia.

Gelombang kedua covid19 di negara kita sukar dibendung sebab tiada lagi perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh di seluruh negara.  Kita semua maklum jika pkp sekali lagi ekonomi kita akan berada ditahap yang sangat kritikal.

Ramai orang jadi stress dan kemurungan. Ramai yang hilang pekerjaan, perniagaan jatuh ataupun rugi. Ramai orang terus jadi instant businessman sebab sumber pekerjaan sudah tiada.

Tekanan hidup ini akan menyebabkan tekanan mental apabila tidak dapat ditangani dengan baik. Jadi bagaimana untuk elakkan berfikir berlebihan ataupun ‘overthinking’ sesuatu isu terutama yang tidak mampu kita kawal.

Berikut beberapa cara yang boleh diterapkan untuk mengatasi overthinking


1.  Tawakal

Apa pun yang anda sedang alami lakukan sebaik mungkin hingga tahap maksima dan yakinlah apa juga hasilnya itu adalah yang terbaik untuk anda sesuai dengan kemampuan anda. Tawakal sahaja pada Allah selepas usaha sudah dilakukan.

 

2.   2.    Selesaikan urusan yang mudah terlebih dahulu

Susun atur tugas dari yang paling ringan hingga ke paling berat. Kalau anda suri rumahtangga susun jadual apa yang perlu didahulukan dan dikemudiankan. Supaya beban anda jadi ringan dan cepat selesai.

Anda seorang pekerja di pejabat anda boleh susun kerja anda ikut dateline serahan tugas kepada ketua anda.

Anda seorang peniaga susun tugas anda dari mula nak beli barang asas hinggalah siap sedia untuk menjual


 3.   Target

Anda boleh saja overthinking dengan syarat untuk hal-hal yang memang boleh anda selesaikan.

Sekiranya diluar kawalan atau jangkaan anda. Pasrah sahaja kerana itu sudah ditaqdirkan mungkin bukan masa ini anda dapat tetapi Allah tangguhkan di masa hadapan.

Mungkin apa yang kita mahu itu bukanlah baik untuk kita.


4.    Alihkan Perhatian

Sibukkan diri dengan perkara yang buat anda lebih gembira seperti hobi anda, bersukan, bercuti dan mengeteh dengan kawan-kawan.  Sertai kelas memasak, menjahit, menari yang tertutup.

Jangan focus kepada hajat yang tak kesampaian itu sahaja.


5.     Meditasi

Yoga untuk orang yang bukan Islam. Untuk orang Islam rapatkan diri dengan Allah swt, baca quran, solat sunat dan berzikir.  Pergi bersuluk ataupun sertai pondok pengajian,


6.      Akui Kejayaan Anda

Lihat balik kejayaan yang telah anda capai. Catat lima kejayaan yang telah anda capat dalam minggu tersebut.  Walaupun pencapaian itu sangat kecil.

Anda akan lebih teruja melihat kejayaan yang telah anda capai dalam minggu tersebut.  Simpan catatan ini dan tengok balik bila anda tengah down giler


7.    Ambil tindakan 

Fokus fikiran penyelesaian dan tindakan yang harus anda ambil.  Lakukan dengan bersungguh sekiranya gagal ubah cara tindakan anda sampai jadi.  Yang penting usaha yang anda lakukan itu. Tawakal hasilnya Allah yang akan beri.


8.    Kawal Rasa Takut atau Bimbang Yang Berlebihan

Lakukan secara perlahan tidak perlu tergesa-gesa tetapi cuba lawan sedikit demi sedikit. Sebab perkara yang kita tidak mampu nak kawal pasrah pada takdir dan balik pada Allah swt


9.    Minta Bantuan Orang Lain

Dapatkan sokongan dari ahli keluarga, adik-beradik dan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Tempat anda boleh bercerita.  Anda mungkin dapat anda orang yang boleh memberi anda motivasi untuk terus bersemangat dan kuat emosi dan fizikal.


10.     Lakukan Sesuatu Kebaikan Untuk Orang Lain

Anda mungkin ada satu kelebihan jadi gunakan kelebihan untuk bantu orang lain dan membuat hidup orang lain lebih bahagia.  Fikirkan apakah saya seorang bermanafaat pada orang lain. Adakah saya dah buat kebaikan untuk orang lain.Semua kebaikan yang anda buat akan jadi saham akhirat anda.

 

Akhir kata kita hanya boleh berdoa dan meminta setiap hari yang kita lalui itu baik.  Kita orang Islam percaya kepada Qadha dan Qadhar. Ada perkara yang telah ditetapkan dari dalam Rahim ibu kita lagi. Mungkin tidak dapat diubah, tetapi kita tidak tahu apakah Takdir baik dan buruk kita. Kita teruskan berdoa minta perlindungan dari Allah swt.

 

kredit : klikdokter.com

#telekungmusleematelekungtakrenyukdankusut
#jatuhcinta17xsehari.

Sabtu, 10 Oktober 2020

10.10.2020 - TELEKUNG FATEEMAH FREE POST DAN FREE GIFT


TELEKUNG FATEEMAH
Warna golden brown
RM128.00 SEPASANG

TELEKUNG FATEEMAH
WARNA ROSE PINK
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA DUSTY PINK
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA PURPLE
RM128.00 SEPASANG


TELEKUNG FATEEMAH
WARNA HITAM
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA MAROON
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA FUSHIA
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA EMERALD GREEN
RM120.00 SEPASANG

TELEKUNG FATEEMAH
WARNA NAVY BLUE
RM128.00 SEPASANG


TELEKUNG FATEEMAH
WARNA PUTIH
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA BABY BLUE
RM128.00 SEPASANG



TELEKUNG FATEEMAH
WARNA COFFEE BROWN
RM128.00 sepasang


HARI INI 10.10.2020 

HANYA RM120.00 SAHAJA

ADA FREE POST UNTUK TELEKUNG FATEEMAH DAN BONDA BEE
PROMOSI SEHINGGA ESOK 11.10.2020 
HANYA DENGAN BAYARAN SAHAJA

KITA POS SATU MALAYSIA

ADA FREE GIFT LAGI SNOW CAP WARDAH DAN SEPASANG STOKIN 


PERTANYAAN DAN BELIAN
wassap kak hajjah kat www.wasap.my/60192883235/telekung

meh cepat bertindak

TELEKUNG BONDA BEE CUM WITH BEG SEJADAH YA


TELEKUNG BONDA BEE
PURPLE
RM138.00

TELEKUNG BONDA BEE
DUSTY PURPLE
RM138.00

TELEKUN BONDA BEE
BABY BLUE - SOLD OUT
RM138.00

TELEKUNG BONDA BEE
MINT GREEN - SOLD OUT
RM138.00

TELEKUNG BONDA BEE
DUSTY PINK
RM138.00

TELEKUNG BONDA BEE 
PINK
RM138.00


HARI INI. 10.10.2020

HANYA RM120.00 SAHAJA

ADA FREE POST UNTUK TELEKUNG FATEEMAH DAN BONDA BEE
PROMOSI SEHINGGA ESOK 11.10.2020 
HANYA DENGAN BAYARAN SAHAJA

KITA POS SATU MALAYSIA

ADA FREE GIFT LAGI SNOW CAP WARDAH DAN SEPASANG STOKIN 


PERTANYAAN DAN BELIAN
wassap kak hajjah kat www.wasap.my/60192883235/telekung

meh cepat bertindak







 

Selasa, 6 Oktober 2020

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

NASIHAT : 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita ;
.
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Allah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
.
2. Kaki dan semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur pada zaman jahiliyah.
.
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
.
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
.
5. Gigi – Allah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
.
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
.
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin.
.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Husain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921).
.
Dizinkan SHARE untuk pesan kepada yang lain.
.
Tegur/pesanlah jika sayangkan ibu, isteri, adik, kakak, kaum wanita keluarga anda & sahabat2 perempuan.

PESAN SAIDINA ALI R.A

AKAN DATANG SUATU MASA AKU KHUATIR DENGAN MASA ITU


Di mana keyakinan hanya tinggal di dalam pemikiran.
Di mana keimanan tak berbekas dalam perbuatan.
Banyak orang baik tapi tak berakal.
Ada pula yang berakal tapi tak beriman.
Ada yang lidahnya fasih tapi hatinya lalai
Ada pula yang khusyu’ tapi sibuk menyendiri
Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis
Ada yang ahli maksiat tapi rendah hati
Ada yang bahagia tertawa tapi hatinya berkarat
Ada pula yang sedih menangis tapi kufur nikmat
Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat
Ada pula yang berhati tulus tapi wajahnya berkerut (masam muka)
Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan
Ada pula pezina yang menjadi ikutan
Ada yang memiliki ilmu tapi tidak faham
Ada pula yang faham tapi tidak mengamalkan
Ada yang pintar tapi membodohi (membodoh bodohkan orang)
Ada pula yang bodoh tapi tidak sedar diri
Ada yang beragama tapi tidak berakhlak
Ada pula yang berakhlak tapi tidak Bertuhan.
Lalu diantara semua ini dimanakah aku
berada ?
Sayyidina Ali Bin Abi Thalib* رَضِيَ اللهُ تَعَالىٰ عَن

Jumaat, 2 Oktober 2020

TINGGALKAN ANAK SEBAB SUKA MENCURI?

TINGGALKAN ANAK SEBAB SUKA MENCURI?

Ada ker orang yang hobinya mencuri? Saya tertarik mengulas isu ini sebab saya terbaca dalam news online hari ini. Di Riau seorang budak lelaki berusia 8 tahun ditinggalkan di stesen minyak oleh orang tuanya kerana tabiat suka mencuri.

Mencuri barang – barang jiran tetangga menyebabkan keluarga menjadi malu walaupun dipukul dan ditegur masih buat kelakuan yang sama.

Kenapa ORANG  suka mencuri?

1.       Sebab desakan ekonomi tak ada kerja atau punca pendapatan nak meneruskan hidup kerana mencuri.

2.       Kerjaya mencuri – dapat pulangan yang besar dari hasil curian

3.       Masalah penyakit atau disebut sebagai KLEPTOMANIA

 KLEPTOMANIA mencuri kerana penyakit mental. Ransangan spontan

Rupa fizika Nampak normal dalam diam ada ketagihan untuk mencuri.  Kesalahan mencuri itu salah dan wajar dihukum. Namun mencuri itu disebabkan ada gangguan kawalan impuls.

 Pengidapnya mempunyai keinginan mencuri yang membuak-buak apabila melihat sesuatu barang meskipun ia sebenarnya mampu membeli. Apabila dia Berjaya mencuri ia akan rasa lega  dan tidak puas, tetapi kemudian akan rasa bersalah dan tidak selesa dan rasa berdosa

KLEPTOMANIA bermula dari zaman kana-kanak lagi dan orang perempuan lebin cenderung dengan gangguan psikologi ini.

 


Pesakit ini perlukan PERTOLONGAN dan sokongan untuk buang tabiat ini bukan terus menghukum apabila mereka mengakui perbuatan ini dan perlu dapatkan rawatan pakar psikological klinikal.

 


Kredit - Hellodoktor.com

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA