Rabu, 30 Oktober 2019

RENUNGAN PAGI CUCI HATI

*RENUNGAN PAGI* 📜

Musibah secara ringkasnya ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak suka kematian tetapi siapa yang boleh mengelak daripada kematian ? Kita benci kesakitan tetapi itu adalah lumrah hidup.
Musibah ditakdirkan 
UNTUK menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai ( walaupun hakikatnya Allah Maha Mengentahui ) sejauh mana keimanan hati kita. 

Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita.Musibah ada sekurang kurangnya tiga jenis ( walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja ) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi musibah tersebut. Tiga jenis musibah itu adalah :-

1. *Kafarah*- *Berlaku ke atas orang yang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.* Maka musibah itu diturunkan sebagai *tebusan* untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya didunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Ringkasnya, *kafarah* ialah ujian untuk *orang baik yang berbuat jahat*. Dengan ujian itu *orang baik* tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

2. *Bala* - *Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas "orang jahat" yang melakukan kejahatan.* Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum di hukum dengan lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaanNYA Allah turunkan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama didunia dan kedua di akhirat.

3. *Ibtila'* - *Musibah yang dikenakan keatas orang baik ketika dia melakukan kebaikan*.
Ringkasnya, *ibtila'* iaitu ujian ke atas *orang baik yang buat baik*. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk *ibtila'* ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran, supaya kita mengambil ibrah dan hikmah daripadanya.
🕋 *Waallahu'aklam* 🕋

Selasa, 29 Oktober 2019

UMRAH OKTOBER - KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT


JAWAPAN KEPADA TUKANG GUNTING RAMBUT*

Seorang Ustaz ke kedai gunting rambut untuk gunting rambugtnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepada si Ustaz.

Tukang Gunting: Saya nak tanya satu soalan.


Ustaz: Ya, silakan.

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud?

Ustaz : Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Ustaz : "Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala".

Tukang Gunting: Kenapa Ustaz diam??

Ustaz : Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu, dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

Tukang Gunting: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

Ustaz: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari Ustaz)

Ustaz : "Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata".

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba-tiba Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Ustaz : Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni??

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

Ustaz : Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Ustaz : Jadi, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: "Terdiam seketika".

Ustaz : Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga.

Tukang Gunting: "Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata".

📎Pengajaran kisah: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.
😊😊

#telekungmusleema


#INNER POKET KUALITI KAIN TERBAIK
SAIZ S - 3XL - wassap kami 011-27902884

Image may contain: text

Selasa, 22 Oktober 2019

JOM UMRAH DENGAN TELEKUNGMUSLEEMA

Sekarang jemaah umrah mula membanjiri klia untuk ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Memang bestlah bila gi umrah BUKAN Musim Cuti. Suasana masih lagi lengang tak sesak dan sangat selesa nak beribadah.


Lebih selesa Kalau hangpa pakai koleksi pakaian haji da umrah #telekungmusleema.

Kami tak janji bulan dan bintang tapi kami bantu anda jimat kan poket Tu!!! No worry jimat dan berkualiti tau.

Dari hujung ke hujung Kaki ya. Nak
🌹telekungpoket ado
🌹Telekung biasa ado
🌹Telekung ziarah ado

Hari ini kami pos oder batch ke 3 cik puan dari Bukit Beruntung. Terimakasih banyak mudahnya berurusan dengan beliau.

Semoga urusan beliau sekeluarga di permudahkan Allah swt hendaknya.

Beliau dah beli kebanyakan produk kami ya. Tudung, telekung, baju inner dan pagoda, tudung dan kain ihram termasuk akssesori seperti kasut dan handsock. 

Sepertimana yang tidak dihebohkan kami menyelitkan hadiah percuma bersama-sama barang yang dipesan.

- Spray Wuduk
- Sejadah Muka
- Tasbih
- Handsock

No photo description available.

Anda belum dapat barang Kelengkapan Umrah boleh klik kat page diatas atau
wassap kami di 011-27902884

Isnin, 7 Oktober 2019

AQIDAH - BERSYUKURLAH KETIKA DAPAT SEHARI LAGI DALAM HIDUP



Nota Ustaz Dr Azmil*
Bahagian 1. AQIDAH...

Assalamu’alaikum .. Bukalah hari ini dengan senyuman dan keceriaan.


Jadikan satu kebiasaan, berdoa sebaik sahaja bangun daripada tidur walau nak cepat mana sekalipun. Semua muslim tahu doa bila bangkit dari tidur ( yang dianjurkan ada disebutkan di dalam hadis riwayat al Bukhari: "Segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada Nya (kami) akan dibangkitkan kembali."

‘setelah mematikan kami' ertinya tidur spt 'saudara kandung' kematian.

"Dan Dialah yg menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangun kan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada ALLAHlah kamu kembali, iaitu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan." (Surah al An'am, ayat 60)

Nampak kecil tetapi inilah antara cara mudah untuk meraih pahala, sehingga membawa pada keceriaan pagi sebuah kehidupan..

Mulai hari ini, apa kata kita jangan abaikan sunah Nabi Saw yang satu ini ya....

*Ustaz Dr Azmil*
*Aqidah*

Subuh berbahagia masih menghirup bekalan oksigen diberi peluang Allah tanda belaian kasih sayangnya, moga kita teruskan kehidupan dengan mentaatkan diri kepada Allah..

Hijrah dan merdeka. Dua peristiwa ini penting untuk di imbau, terutama peristiwa hijrah. Kita selepas dijajah menggunakan kelendar masihi. Utk makluman nama2 bulan masihi ada lah nama dewa ketika orang orang barat sembah dewa. Ini semua dah pun tiada roh islam. Kita harap sgt masyarakat semakin sedar, untuk guna kalendar hijrah supaya kita dpt rasa jati diri islam. Selamat p bulan dlm hijrah itu kita ada amalan dan ibadah untuk kita ingatkan diri kita dengan amalan2 itu. Bila sampai bulan tertentu, kita akan ingat seerah nabi, dan imbau kisah nabi saw. Ini menambahkan dekatnya dgn islam. Itulah sebahagian kepentingan menggunakan taqwim hijri.

sayyidina omar lah yang pertama mengguna kan taqwim hijri. Lebih bersih nama nama bulan2 dalam hijri( walaupun ianya diwarisi dr zaman jahiliyyah) kerana ertinya setiap bulan itu ada makna makna tersendiri yang lebih baik dari nama bulan masihi yang berteraskan pd nama dewa. Zaman nabi saw tiada tahun hijrah yang ada hanya nama nama bulan. Tahun hijrah di dasar kan pada tahun nabi mula hijrah yang jadi turning point pada kejayaan islam. Hijrah nabi saw ada lah perintah Allah.

*Akhirul kalam*

“WAHAI anak Adam! Kamu hanyalah hari hari dalam kehidupan! Apabila berlalu sehari maka hilanglah sebahagian daripada hidupmu.” imam Hassan Al Basri..

Pakailah teropong mana sekali pun, kita tetap akan lihat ada kematian di hujung terowong kehidupan. Inilah
kehidupan manusia.

Sama sama bermuhasabah melihat betapa peluang hidup yang sekali di dunia ini sangat berharga dan tidak patut dibazirkan dengan hanya aktiviti yang hanya berteraskan nafsu. Kena sulami dengan aktiviti ilmu juga..

Wallahu’alam

Wassalam
Catatan: *NCS*



STOKIN NYLON IS BACK
WASSAP KAK HAJJAH 011-27902884

Ahad, 6 Oktober 2019

UMRAH OKTOBER - SEDEKAH JALAN KELUAR DARI KESULITAN


Kesempitan dan kesusahan menjadi lapang serta diberikan jalan keluar daripada masalah asbab melazimi bersedekah (bersedekah di jalan Allah). Inilah antara hikmah janji Allah SWT selain nikmat yg lebih besar bakal menanti.

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Maha Mengetahui."
[Surah Al-Baqarah | ayat 261]


#MotivasiPagi127




KASUT TAWAF VELVET


wassap 011-27902884 KAK HAJJAH

Khamis, 3 Oktober 2019

OCTOBER MUSIM KAHWIN - TELEKUNG HANTARAN COMING


dah HUJUNG TAHUN ni berbondong-bondonglah orang nak jadi pengantin baru kan. Expedisi mencari barang hantaran pun bermula untuk memudahkan kerja anda kami re-stok balik telekung hantaran kami yang sangat laris ketika Ramadhan baru-baru ini. Ramai yang guna untuk pakai raya.

Warna hitam dan putih baru jer mendarat ni. Fabrik kain rosellah yang cantik dengan bidang telekung dan kain yang labuh sesuai sangat untuk orang Malaysia yang gebu gebas tu.

  • Muka tiada getah ikat sahaja - boleh sesuai untuk semua jenis muka.
  • Kain yang labuh - tak senteng untuk solat tak nampak kaki.
  • Fabrik yang lembut tidak panas ya.
  • Sulam bunga tu jahit atas kain bukan bersambung ya.


Ukuran Telekung

Labuh kain - 46 inci 
Ukur Lilit KAin - 46 - 48 inci 
Labuh telkung 
Muka - hujung- 46 inci 
Belakang - 54 inci 


HITAM - RM230 



PUTIH - RM230.00 


hijau teal - RM230 



PEACH - RM230 


KELABU - RM230 

WASSAP KAK HAJAH - 011-27902884

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA