Sabtu, 25 Ogos 2018

JEMAAH HAJI MALAYSIA KEMALANGAN DI MINA

MAKKAH: Sembilan jemaah Malaysia cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina.  Mereka yang cedera terdiri daripada tiga jemaah lelaki dan enam jemaah wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas melakukan nafar awwal.

"Kira-kira jam 8.40 pagi, bilik gerakan Tabung Haji (TH) telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pasukan kecemasan yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan, bersama-sama pihak muassasah Asia Tenggara meninjau dan memberi pertolongan.

"Keadaan jalan ketika itu sangat sesak kerana kebanyakkan jemaah haji dari seluruh dunia melakukan nafar awwal dan pulang ke Makkah pada hari yang sama," katanya kepada media selepas melawat jemaah haji yang cedera di sini pada Khamis.

Sebahagian jemaah Malaysia yang terlibat nahas.
Sembilan yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka.

Sejurus memberikan bantuan kepada jemaah haji tersebut, Mujahid berkata pihak muassasah menghantar dua buah bas gantian untuk jemaah haji Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.



Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/24/jemaah-malaysia-kemalangan/#BBqvWZqASvz2it4T.99



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA