Sabtu, 20 Ogos 2016

GELANG BESI JEMAAH HAJI

Setiap jemaah haji yang pergi menunaikan haji di beri seutas gelang besi. Gelang besi ini perlu dipakai sepanjang berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Relevannya gelang besi jemaah haji ini sebagai langkah keselamatan, ketika kecemasan seperti tragedi crane runtuh tahun lepas dan tragedi rempuhan di Mina.

Gelang besi ini membantu pihak keselamatan dan pihak Tabung Haji mengenali jenazah.



Gelang besi ini tidak ada nilai dari segi ringgit, tetapi sangat sentimental kepada semua jemaah haji.  You got to pay 10K untuk pakai gelang besi ini.

Untuk Jemaah batch awal di atas gelang besi ini ada nama mereka, tapi bagi kami batch akhir hanya ada no call centre Tabung Haji.  

Kesimpulannya pastikan gelang besi ini sentiasa di tangan anda setiap waktu.

#KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH  PAKEJ JIMAT - WHATSAPP 019-2883235 UNTUK INFO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA