Rabu, 10 Februari 2021

ALHAMDULILLAH BARANG DAH SAMPAI

 SETELAH 7 HARI AKHIRNYA SAMPAI JUGA STOK TTC KE PANGKUAN AKAK.

TERIMAKASIH JNT WARRIOR. SEMOGA SELEPAS INI KEBAJIKAN STAFF TERJAGA DAN

 STAFF DAPAT BERI PERKHIDMATAN TERBAIK.

Selasa, 9 Februari 2021

JNT OH JNT - BILA LAH NAK KELUAR BARANG KAMI

 Semua orang tahu JNT syarikat penghantaran kedua besar selepas pos laju (pendapat saya sendiri). Motto dia orang 24/7 tu buat ramai peniaga online termasuk saya sangat gembira dengan servis mereka.

Tetapi baru-baru ini semua orang dikejutkan dengan video tular pekerja JNT naik berang dengan pengurusan. JNT dah keluar kenyataan rasmi dan minta maaf pada rakyat Malaysia.  Saya tak pasti perkara ini ya.  Tetapi yang saya tahu sekarang bungkusan saya juga tak sampai

Syarikat dah poskan pada 4hb Februari 2021 sampai hari ini pun saya tidak terima. Sudah 5 hari.

Saya cuba telefon pejabat cawangan JNT, telefon tak berjawab. FACEBOOK dia orang pun dah mute tak boleh nak komen apa-apa. Cuma chat message dan saya fikir membazir sahaja nak chat dengan robot.

PKP tahun lepas saya juga mengalami masalah yang sama bila berlaku lambakan barangan di JNT dan Pos Laju. Saya memilih mencari syarikat kurier lain yang kecil tetapi boleh bagi servis yang lebih cepat.

Masalah sekarang bila barang datang daripada pemborong atau syarikat yang dah ada contract dengan JNT suka atau tidak terpaksalah menunggu walaupun rasa berkilo-kilo dah kemarahan yang keluar.

Syukur saya tak ambil deposit daripada kastemer jadi saya terpaksa menunggu dan menunggu tanpa rela.

#JNT tanpa kakitangan yang sanggup berhujan dan berpanas.  Syarikat ini tidak akan mampu jadi gah.

#JNT pekerja adalah asset yang paling mahal. Tidak kita syarikat dah berjuta-juta pun






 

4 TIPS MUDAH NAK TELEKUNG SENTIASA PUTIH BERSIH

Kepakaran saya menyediakant telekung yang tak renyuk dan tak kusut buat anda tidak sabar untuk solat dan buat anda jatuh cinta 17x sehari dalam solat anda,

Ramai orang yang anda masalah dengan telekung putih jadi kuning bila dah lama dipakai kadang-kadang kita sental pun masih tidak hilang lagi. betul tak.

Dibawah ini saya kongsikan tips untuk jaga telekung supaya sentiasa jadi putih bersih dan tidak kekuningan dimukanya.

Nak tau boleh baca tips dibawah dan jangan lupa like fb page TELEKUNGMUSLEEMA untuk anda tips-tips menarik dari kami.

Ada 4 tips untuk memudahkan kerja mencuci muka telekung anda yang mudah jadi kuning

1. Cuci dengan air rebusan lemon.  Rendam dengan air rebusan lemon selama 1 jam sebelum mencuci dengan serbuk pencuci biasa.

2. Cuci dengan baking soda. Gunakan 250 gram baking soda dicampurkan kepada 4 liter air dan rendam selama 5 minit sahaja. Lebih lama anda rendam akan merosakkan telekung anda.

3. Cuci dengan cuka.  Tambahkan 250ml cuka kedalam air yang telah dicampur dengan serbuk pencuci dan rendam selama 10 minit.

4. Cuci muka bersih-bersih dan keringkan sebelum memakai telekung. Sila gantung telekung selepas digunakan.

Akhir sekali sekiranya ada rasa kesemua diatas tidak sesuai boleh order telekung baru dari koleksi  #telekungtakrenyutdantakkusut telekungmusleema


KREDIT PAGE KARTELDAKWAH.COM







KLIK SINI NAK TENGOK TELEKUNG ASHEERA


Isnin, 8 Februari 2021

AMALAN UNTUK TERLEPAS SEKSA KUBUR - JENTIK HATI

Amalan untuk terlepas seksa kubur !

.Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur.
.
Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca.
.
Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur.
.
Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.

Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur.
.
Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh... aku dah mati
Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di dalam dada kita.
InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.
.
Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
.
Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga. Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat yang akan menyoal.

KREDIT FB JENTIK HATI









Komen


Ahad, 7 Februari 2021

JAWAPAN BEKAS MUFTI SINGAPURA ISU KUARANTIN

BAGUS JUGAK JAWAPAN BEKAS MUFTI SINGAPURA INI...*
Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang ajukan pertanyaan;
Takut Allah atau takut virus?


Dia menjawab;
Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.

Di antara perintahNya adalah;
1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;

Maka, jika benar takut Allah semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Dia turut memberi nasihat;
Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.
Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”

Beginilah :-

Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;

Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;

Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;

Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.

Firman Allah (bermaksud):
”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Firman-Nya juga (bermaksud):
”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam.

Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):

"Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar.


 Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.
Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn
(Via fb : Dr Isahak Ghani)




Kom.











Sabtu, 23 Januari 2021

PKP 2021 datang lagi - What next?

 Sudah hampir 2 minggu PKP 2021 rasa semua harapan masuk tahun hancur leburkan?? Percayalah semuanya ada hikmah kan. 

Kita tidak boleh menunggu, masa ini untuk jadi lebih pro-aktif.  Mulakan dengan apa yang ada ditangan. Jangan menunggu terlalu sempurna untuk bermula.



jom kita ambik cerita abang pilot jadi inspirasi untuk kita bertindak. Semua orang terjejas.


Kami terjejas jugak, beberapa tahun berniaga PAKAIAN UMRAH DAN HAJI kami ambik keputusan mengalihkan fokus kami kepada telekung dan cereal TASTIC CEREALS.  Dari March 2020 hingga sekarang tiada bayang bila UMRAH DAN HAJI akan kembali pulih.

Ramai sahabat kami dalam travelling dan kelengkapan haji dan umrah beralih kepada produk lain untuk kita menyara hidup dan meningkatkan ekonomi rumahtangga sendiri.

Sudah hampir setahun tiada bayang pun bila akan pulih, jangkaan 2023 baru akan pulih. so kita tak boleh duduk menunggu sahaja.

Jangan tengok stok kita yang masih menimbun kerana demand yang kurang. Mana yang boleh kita jual kita jual sahaja. Mana yang boleh dipakai harian kita promosikan secara offline dekat kawan-kawan dan jiran,

InsyaAllah rezeki kita ada cuma kita kena explore. Burung yang terbang dari sarang pun tak tahu di mana rezekinya. Sudah tentu kita makhluk Allah yang cantik kejadiannya punya rezeki dalam timbunan dugaan ini.



tccantiksihat KLIK SINI NAK TAU

TASTE TASTIC CEREALS


Selasa, 5 Januari 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 Agak terlewat sikit update kat blog ni tapi better late then never.  

kita dah masuk tahun 2021, what's next ya? Semua orang bimbangkan. Sabar dan tenang kita hanyalah manusia kerdil yang tak boleh nak menolat Qadha dan Qadhar Allah.

Siapa 2020, satu dunia ditutup asbab covid19. Rasa macam kita dah balik ke zaman tiada kapal terbang. Bila airport semua negara ditutup. Kapalterbang tersadai tak boleh nak terbang.

Beribu orang hilang pekerjaan, sektor pelancongan sangat terjejas. Kami yang berurusan dengan Haji dan Umrah rasa dah terduduk.

Perlahan-lahan bangun balik bertenang dan merancang what's next, kita tak tahu bila sektor pelancongan akan dibuka maksud saya luar negara.

Stok barang tersadai tapi apa nak buat cuba clearkan sikit-sikit boleh lah buat modal baru ataupun buat duit belanja dapur harian.

Sekarang kecilkan scope pegang untuk produk telekung sahaja. Disamping venture dalam makanan ringan dan frozen. 

Mudahan boleh berkembang dan mampu menjana pendapatan untuk kami sekeluarga.

Saya berterimakasih kepada regular kastemer saya yang banyak membantu during hard time ini.

Semoga anda semua murah rezeki, dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Kita sama-sama berdoa supaya banjir yang melanda negara di Pahang, Johor dan Kelantan akan segera pulih.













PRODUK BARU KITA 
TENGAH SET UP PAGE YANG BARU UNTUK PRODUK KESIHATAN
NANTI KITA SHARE LINK YA




RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA