Rabu, 7 Disember 2016

YURAN VISA UNTUK UMRAH HAJI BATAL

Yuran Visa batal inilah berita yang sangat diharapkan dan didoakan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.  Ramai negara Islam dan rakyat muslim terjejas bila kerajaan Arab Saudi menaikkan visa sehingga RM2300, kalau di Malaysia. Negara lain ikut local currency.

Berikutan kenaikan ini ada geng yang batalkan passport lama buat passport baru nak selamatkan diri dari kenaikan harga tu.

Syukur sesangat terutamanya orang yang tiap-tiap tahun pergi umrah, kadang tu siap bawak satu keluaga lagi. Cuti sekolah gi umrah, bulan Ramadan pergi umrah. Kita sangat berterimakasih kepada Raja Salman untuk issue ini.

Tapi kan Kak Hajjah selalu gak follow pasal King yang baru ni, dia ada sikit lain dari King yang terdahulu, Kalau dulu ikut jer telunjuk negara KFC tu. Raja Salman ada ketikanya lebih berani menegakkan kebenaran.

Menurut seorang sahabat juga agen travel, yang pasti sesiapa yang nak pergi umrah dalam tahun yang sama tu masih dikenakan extra visa tetapi sesiapa yang pergi umrah untuk tahun sebelumnya tidak dikenakan visa. Syukur ya Allah ada harapan kak Hajjah nak gi umrah next year.

Kerajaan Arab Saudi brought issue ni pada bulan September disebabkan masalah ekonomi yang serius dihadapi disebabkan kejatuhan harga minyak dan masalah peperangan yang dihadapi dengan puak Houti Yaman.



Kalau Allah swt izinkan kali ini Kak Hajjah nak cari pakej untuk ke Taif sekali hmmm seronoknya rasa.


PETIKAN DARI AKHBAR SINAR.
RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi umrah dan haji bermula tahun ini.

Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk haji dan umrah, Nasir Toruk, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj baru yang dikenakan itu, Arab Saudi juga kan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja dalam bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.

Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

“Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan. Lihat link 
Visa Naik

Jumaat, 2 Disember 2016

BINGKISAN DARI TANAH SUCI



MAKCIK COMEL

Kak Hajjah terima bingkisan photo dari grup umrah dari Ranau, makcik comel nie customer Kak Hajjah. Masa Kak Hajjah terima tempahan ni Mini Jubah ni by whatsapp anaknya provide ukuran.  Ukuran yang memang lengkap so sangatlah memudahkan kerja kita.  

Anybody nak tailor made mini jubah sila klik kat page Mini Jubah kat sebelah kanan tu ya. 

Khamis, 24 November 2016

DAPAT TAWARAN PERGI HAJI TAPI DUIT TAK CUKUP

Tahniah kepada ikhwan yang dah dapat surat jemputan haji untuk tahun hijrah 1438.

Hari ini Kak Hajjah seperti biasa pergi bukak booth di suatu tempat yang berdekatan dengan kawasan Kak Hajjah tinggal. This is 2nd time hadir ke situ.

Ada dua orang lagi penjaja macam Kak Hajjah buka meja kat situ seorang bawa roti yang seorang lagi berniaga kain tudung. Jemaah pun tak ramai ada 40 orang jer lebih kurang. Zaman gawat nie sales kurang ler mengancam boleh lah dapat duit minyak dan duit lunch. Syukur alhamdulillah.

Sebelum balik adik jual tudung sempat meluahkan perasaannya dengan Kak Hajjah, minta kita doakan dia supaya di beri jalan untuk menunaikan haji next year.  Beliau dah dapat tawaran haji tetapi serba salah sebab keadaan kewangan yang agak ketat. Bisnes asalnya adalah printing sebab merudum sangat dia mula beralih kepada pakaian. 

Sekarang adik jual tudung ni agak buntu, beliau dah mendaftar lama dah untuk pergi haji apabila jemputan sampai duit masih diawang-awangan. Pada 1hb December sesiapa yang menerima tawaran kena cukupkan duit dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM11,000 tu.

Kak Hajjah, boleh rasa kesedihannya apa yang saya bagitau dia tadi jawab surat tawaran tu dan buat solat hajat dan istikharah, sekiranya kewangan belum cukup itu bukanlah lagi kewajipan kepadanya. Berdoa moga Allah swt bagi dia jalan untuk mencukupkan perbelanjaannya untuk pergi Haji nanti.

Rabu, 23 November 2016

POSTO KASUT TAWAF

Hari ini nak posto kasut tawaf mana yang setia menanti tu terimakasih ya banyak-banyak. Stok makin menyusut nie kalau berminat sila confirm payment. Reserve 1 day sahaja, sebab stok terhad nie.

Hanya tinggal 3 warna sahaja dalam stok coklat, kelabu silver dan maroon. Jangan bimbang warna yang tinggal nie tetap comel belako.

Untuk makluman kasut tawaf velvet hanya sampai kaki saiz 7 sahaja maksimum. Hajah-hajah yang saiz kaki plus size boleh tengok stok polyester ya,

KLIK di sini ya kasut tawaf umrah dan haji page.






Isnin, 21 November 2016

BERITA BAIK KASUT TAWAF CORAK VELVET IS BACK

Sejak seminggu ni ramai kengkawan Kak Hajjah di dunia maya request untuk kasut tawaf, tak sangka pulak ter"hot" pulak kasut tawaf velvet minggu ini.  Agak kecewa sebab berlaku kelewatan penerimaan stok. Ramai yang tak dapat.

Alhamdulillah stok kasut tawaf corak dah sampai boleh pm kami laju-laju takut nanti kasut tawaf sold out.  Minggu depan dah nak cuti sekolah, umrah cuti sekolah dah mula.  Ramai yang nak menunaikan umrah bersama keluarga tercinta.

Selain kasut tawaf velvet, kami ada kasut tawaf polyester had tumit dan had buku lali. 
Kalau masih ada yang belum mencuba semua kasut tawaf kami anti slip, InsyaAllah membantu mengelakkan tergelincir.

Kasut tawaf velvet size hanya sehingga kaki saiz 7, mana yang sedikit panjang atau gebu tapak kakinya boleh cuba kasut tawaf polyester sebab boleh kembang hingga saiz 9 - 10.



Bahan kasut tawaf corak ini menggunakan bahan kain baldu di sebelah luar dan berspan di sebelah dalam memberi keselesaan kepada pemakainya.

Untuk belian/pesanan boleh klik kat link ini Kasut Tawaf dan Saie Umrah Haji

Jumaat, 18 November 2016

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR AKAUN HAJI


Adakah anda sudah mendaftar akaun haji?  Kak Hajjah brought out issue ni sebab rasanya masih ramai-ramai yang keliru. Beberapa kali juga kak hajjah sembang dengan kawan-kawan atau kenalan bila diajukan soalan dah buka akaun ke belum? Ramai yang konpius.

Masing-masing ingat bila dah ada tabungan dengan tabung haji maka mereka telah mendaftar haji.

Jawapannya tidak ya sayang? Tabungan tu semata saving anda sahaja, untuk mendaftar sebagai bakal haji anda perlu mendaftar haji.

Bagaimana caranya?

Anda perlu sediakan RM1,300.00 atau boleh gunakan wang tabungan Tabung Haji itu untuk mendaftar. Pada tahun 2007 rasanya Kak Hajjah cuma bayar mendaftar akaun haji dengan hanya RM90.00 sahaja.
Akaun cuma ada RM5,000 jer masa tu. Setia bersama tabung haji Alhamdulillah cukup juga tabungan tu.

Sekarang lebih mudah lagi, sekiranya akaun dua anda di EPF ada RM1,300 anda boleh membuka akaun haji anda dengan syarat umur anda di bawah 55 tahun.

SALURAN PENDAFTARAN HAJI
1. Semua Kaunter TH
2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
3. Mesin ATM Maybank/Bank Islam
4. Laman Web: e-thijari dan maybank2u.Com


Bertindak segera berpuluh ribu yang dalam waiting list. Tak kiralah berapa angka giliran anda yang penting sudah ada ikhtiar.

Sumber : Portal Tabung Haji


Khamis, 17 November 2016

SAYA MINTA MAAF SEMUA - POSTO POSTO

Assalamualaikum kembali bersiaran dari bumi Kuala Lumpur.

Kak Hajah baru jer sampai ker Istana Merak Kayangan nie petang tadi. 3 hari Kak Hajah balik kampung jengok orang tua yang tak berapa sihat. Memandangkan Kak Hajah dah freelancer so tak der masalah nak balik week day.

Kak Hajah minta maaf kat sumer customer hakak. Kak Hajah kena menangguhkan semua urusan posto posto. Mana ada yang dah cukup tu esok Kak Hajah akan terus posto posto. Mana yang terkurang tu Kak Hajah selesaikan petang esok or hari Munday nanti ya.

Alhamdulilah sumer customer Kak Hajah tersangatlah sporting dan memahami situasi hakak sekarang ini. InsyaAllah posto posto akan mula bergerak esok pagi dan petang. Mana yang dapat posto pagi most probably hari Isnin dapat, mana yang posto petang maybe dapat hari selasa ya.

Untuk makluman semua kasut tawaf yang korang suka sangat tu Si Baldu kosong dah abis stok ya. Si Baldu corak masih ada, so mana yang dah order tu Kak Hajah tukar ker Baldu corak dan akan absorb the difference tu. Don't worry kak Hajah sayang anda semua jangan susah hati no.

TEMPORARY OUT OF STOCK YA

DESIGN YANG LAIN MASIH AVAILABLE



RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA