Selasa, 13 September 2022

KASUT TAWAF VELVET UNTUK AKAK YANG KAKI BESAR


KASUT TAWAF UMAIRAH


 KASUT TAWAF UMAIMAH


ada sahabat kami sekarang tengah sibuk siapkan barang-barang untuk pergi Umrah ada yang nak pergi hujung tahun ada yang pergi awal tahun.  Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk ke sana.

Sahabat Kak Hajah si Ema pun nak pergi umrah, petang tadi kak hajah pergi hantar set kasut tawaf dan baju singlet poket untuk kegunaan beliau dan keluarga terdekat yang ikut sama.

Kasut Tawaf velvet Umaimah dan Umairah ni cutting besar dari kasut asiyah dan majeeda. Jadi akak-akak yang kaki jenis kembang boleh cuba Kasut Tawaf ini.

Kasut Tawaf Umaimah lebih tinggi sedikit tutup sampai pangkal  kaki seolah-olah pakai stokin. Tetapi lebih selamat kalau pakai stokin yang panjang sampai betis.

 Berminat boleh pm tepi kak hajjah - order sini ya

Ahad, 11 September 2022

PROMOSI KASUT TAWAF LEGEND

 Assalamualaikum sempena menyambut bulan kemerdekaan ini kami pun nak memeriahkan aktiviti kami dengan pakej promosi yang menarik untuk anda ya.

 KAMI ADA PROMOSI KASUT TAWAF LEGEND

1. KASUT TAWAF ASIYAH

2. KASUT TAWAF MAJEEDA

KASUT TAWAF ASIYAH







Kasut tawaf tumit hanya paras tumit sahaja. Sesuai untuk tawaf dan solat di luar rumah atau untuk travel. Bahan spandex di dalam yang lembut memberi rasa lebih selesa kepada kaki anda. Juga melindungi aurat ketika solat terutamanya jika tidak memakai kain sarung solat.Perlu dipakai bersama stokin.

Ciri- ciri kasut tawaf

Bahan spandek polyester

Free saiz muat sampai saiz 10

Tapak Anti Slip


KASUT TAWAF MAJEEDA






Kasut Tawaf Majeeda lebih kurang sama dengan kasut tawaf Asiyah. Perbezaannya kasut tawaf ini full cover tutup semua kaki macam pakai kasut sukan. Lebih kejap dikaki pemakainya dan tidak mudah tertanggal. Masih menggunakan bahan spandek yang lembut. Senang untuk disimpan dalam beg sandang. 

Ciri- ciri kasut tawaf

Bahan spandek polyester

Free saiz muat sampai saiz 10

Tapak Anti Slip

ORDER DI SINI

BOLEH ORDER TERUS DI WEBSTORE KAMI Ya


RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA