Assalamualaikum semua, terlewat nak masuk blog dah 10 hari berlalu tahun baru baru berkesempatan nak menaip.
Selamat tahun baru 2022. Kak Hajjah balik kampung cuti tahun baru ziarah mak saya di Perak. Kebiasaan bila balik kampung saya akan duduk 2 - 3 hari di sana. Cukuplah untuk tolong-tolong cuci rumah kampung. Saya tak ikut orang cuci kawasan banjir, minta maaf saya tak kuat untuk buat kerja-kerja pembersihan.
Rumah sendiri pun tak boleh nak buat sekaligus, bersihkan ikut ruang dulu. Bila umur kita meningkat kita tak berkemampuan nak buat semua sekaligus lagi.
Akhir 2021 kita rasa teruja pintu dah dibuka boleh terbang ke luar negara bagi yang dah ambil booster. Sesiapa yang dah lengkap 2 vaksin cukuplah berpusing-pusing dalam negara dulu.
Kita juga dikejutkan dengan banjir besar yang menenggelamkan banyak tempat seperti Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat di Selangor dan Mentakab, Karak, Bentong di Pahang. Mengorbankan 54 orang dan kerugian harta benda mencecah RM20 billion.
google photo
Ramai sahabat handai kita mula pek beg dan terbang ke luarnegara bercuti dan ramai juga yang ambil kesempatan menunaikan umrah. Seronok tengok dia orang update dalam facebook dan ig masing-masing.
Banyak travel agent yang mula menarik nafas lega dan menyusun strategi. Walaupun kos meningkat tetapi tidak mengurangkan semangat jemaah yang dah rindu nak ziarah makam Nabi saw dan umrah di Makkah,
Bagi kami mula rasa dapat semangat baru, mula rasa seronok bila wasap banyak yang masuk bertanyakan produk kelengkapan haji dan umrah semula.
Kes covid masih ada masih lagi 4 angka belum menunjukkan tanda akan turun ke paras bawah 1k. Ramai yang mula menerima vaksin booster. Walaupun tidak di
.
google photo
Suka atau tidak terimalah hakikat kita terpaksa ikut perubahan, Kita dah hilang nikmat nak ada majlis kenduri kendara yang penuh dewan. Bilangan jemputan pun terpaks dikurangkan ke separuh dewan kahwin.
Aktiviti masjid masih ketat masih patuhi SOP walaupun ada yang langgar. Tiada lagi kenduri kendara kat masjid setakat boleh ada kuliah dan bawa balik berkat atau makanan yang dah siap bungkus. Masih lagi solat jarang-jarang.
NAMPAK macam berat sebelah sebab majlis sukan dan hiburan sudah diberi kelonggaran, Semoga Masjid dan Surau boleh berperanan sebelum pandemik.
Semoga situasi ini tidak menjauhkan kita dari Rumah Allah.