Assalamualaikum, hari-hari sejak setahun lepas baca kisah orang yang positif covid19. Tengok angka-angka yang terus naik tak tau bila nak turun.
Macam-macam kisah suka-duka manusia lalui. Semalam angka dah 17k dengan angka kematian 92 orang.
Tahun lepas kita tengok 3 angka kita dah panik. Bila kos kita terus turun kita rasa, kita semua dah menang tapi belum lagi rupanya.
Hari ini kita dengar ramai orang yang rapat dan dekat dengan kita dijangkiti, tewas, sembuh dan berbagai peringkat usia. Covid tak kenal usia muda, tua dan kanak-kanak.
Dalam membilang angka setiap hari tanpa sedar rupanya yang sendiri tidak lepas dari virus yang bahaya ini. Saya sudah dapat 1st dose suntikan vaksin alhamdulillah. Kesan suntikan itu, saya bersyukur tiada kesan alahan, rasa badan tidak selesa sikit tapi i'm ok.
Saya teruskan kehidupan seperti biasa, keluar rumah urusan kerja pergi pos barang dan buat delivery barang. Saya mula rasa badan sakit-sakit dan allergy gatal hidung dan bersin.
Saya fikir sebab saya angkat berat dan cuaca di luar yang panas. Hanya ambil paracetemol sahaja sehinggal 2-3 hari sebelum raya tu. Demam makin panas, suhu tak menentu ada panas, kadang-kadang sejuk. Tapi tiada simpton yang mengaitkan dengan covid.
Saya pergi ke klinik biasa dapatkan rawatan untuk demam dan selsema sahaja.
Saya asingkan diri tidak bercampur dengan jiran-jiran tidak benarkan dia datang ke rumah.
Sehinggalah pada 1 hari raya Aidil Adha, saya perasan saya tiada deria bau. Saya sembur minyak wangi, Sembur clorox dalam bilik air dan menggoreng kuih pun tiada bau.
Next day saya terus ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan. Malangnya sebab lain poskos saya tidak dapat buat swab test di klinik kesihatan saya terpaksa booking ke klinik swasata.
Saya tidak pasti secara tepat bagaimana di jangkiti saya tiada kontek rapat dengan siapa-siapa.
Esok kita sambung keputusan swab test dan dimana saya berkuarantin.
#covidisreal