Sabtu, 20 Februari 2021

7 Panduan Pilih Telekung Yang Baik Supaya Solat Anda Allah Terima

7 Panduan Memilih Telekung Solat
  • Pastikan saiz betul dengan si pemakai, agar nanti bila pakai tidaklah terdedah aurat ketika menunaikan solat.
  • Bukan hiasan kerawang atau butiran corak yang perlu dipentingkan, tetapi adalah jahitan kemas dan fungsi telekung itu, agar ia tidak terjejas.
  • Pilih telekung dari jenis kain kapas. Ia lebih selesa dan menyerap peluh. Ini akan menjadikan telekung tidak berbau busuk.
  • Pastikan telekung itu tidak terlalu menonjol dengan hiasan kerawang atau corak. Pastikan ia kurang kira-kira 20 peratus dari keseluruhan telekung.
  • Pilihlah telekung yang punyai beg khas. Mudah untuk dilipat dan disimpan. Telekung yang banyak sangat kerawang kadangkala sukar nak lipat dengan baik.
  • Elakkan memilih telekung yang ada hiasan sekitar wajah, ia boleh ganggu kusyuk solat. Jika pilih kerawang, ia akan buat si pemakai rasa kurang selesa.
  • Kainnya mestilah jangan terlalu nipis hingga menampakkan bentuk tubuh. Telekung bertujuan untuk sorokkan bukan untuk serlahkan bentuk badan ketika solat.

Saya harap dengan sedikit perkongsian ini akan dapat bantu para isteri mahupun suami memilih telekung solat yang terbaik dan sempurna. Jangan tersilap niat antara mahu beribadah dengan sempurna dengan tampil sedap mata memandang di bulan Ramadhan .. hoho ...

Ok, harap perkongsian ini membawa manfaat kepada yang mencari. In Sha Allah.



kredit Hasrulhassan.com

pale green



NAK KENAL ASHEERA KLIK

PAGE TELEKUNG EIDUL FITRI 2021

BOLEH WASSAP KAK HAJJAH 

www.wasap.my/601127902884




Ahad, 14 Februari 2021

RANCANG BELANJA DUIT I - SINAR


Asas utama dalam keadaan krisis ini utamakan keperluan bukan kehendak.


Bijak berbelanja itu akan memastikan kewangan kita bertahan lama. Masa ini kereta murah, rumah murah, loan pun murah memang sangat teruja.

Bagi orang yang ada cash masa ini memang peluang keemasan. Tapi bagi yang dalam fasa bertahan bertabah dan bersabarlah dengan apa yang masih ada dalam tangan.

Buat research sebelum buat satu keputusan kewangan yang melibatkan jumlah yang besar. 

Masa ini scammer pun banyak berhati-hati gaiss.

I share sebab I care.

pesanan ini dari #telekungmusleema dan #designmusleema

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786051/rancang-hati-hati-belanja-duit-i-sinar#.YCjhe302kBQ.gmail

Sabtu, 13 Februari 2021

BULAN REJAB DICEMARI KEPALSUAN

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. 

Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. 

Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan.

 Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. 

Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. 

Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU
Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.
Wallahu a'lam.

SUMBER JAKI M





Rabu, 10 Februari 2021

SALES PKP2021 - TELEKUNG ASHEERA ADA SALE TAU









Dah nak masuk bulan Rejab kita masih pkp

Mudahan smpai Ramadhan surau Masjid kita dibuka ya.
 
Semoga tahun ini dapatberjamaah dan buka puasa Ramadhan berjamaah. 

Dapat makan dengan ayah bonda buka puasa.

Dapat pakai Baju raya sedondon. 

Mak dikampung Pun rindu dengan Anak cucu.

Sebagai pengubat rindu kirim Sepasang telekung Tak renyuk dan tak kusut. Dan Kurma Ajwa MAdinah untuk buka puasa sunat.  Wasap kami untuk pilihan warna yang menarik ya.

ALHAMDULILLAH BARANG DAH SAMPAI

 SETELAH 7 HARI AKHIRNYA SAMPAI JUGA STOK TTC KE PANGKUAN AKAK.

TERIMAKASIH JNT WARRIOR. SEMOGA SELEPAS INI KEBAJIKAN STAFF TERJAGA DAN

 STAFF DAPAT BERI PERKHIDMATAN TERBAIK.

Selasa, 9 Februari 2021

JNT OH JNT - BILA LAH NAK KELUAR BARANG KAMI

 Semua orang tahu JNT syarikat penghantaran kedua besar selepas pos laju (pendapat saya sendiri). Motto dia orang 24/7 tu buat ramai peniaga online termasuk saya sangat gembira dengan servis mereka.

Tetapi baru-baru ini semua orang dikejutkan dengan video tular pekerja JNT naik berang dengan pengurusan. JNT dah keluar kenyataan rasmi dan minta maaf pada rakyat Malaysia.  Saya tak pasti perkara ini ya.  Tetapi yang saya tahu sekarang bungkusan saya juga tak sampai

Syarikat dah poskan pada 4hb Februari 2021 sampai hari ini pun saya tidak terima. Sudah 5 hari.

Saya cuba telefon pejabat cawangan JNT, telefon tak berjawab. FACEBOOK dia orang pun dah mute tak boleh nak komen apa-apa. Cuma chat message dan saya fikir membazir sahaja nak chat dengan robot.

PKP tahun lepas saya juga mengalami masalah yang sama bila berlaku lambakan barangan di JNT dan Pos Laju. Saya memilih mencari syarikat kurier lain yang kecil tetapi boleh bagi servis yang lebih cepat.

Masalah sekarang bila barang datang daripada pemborong atau syarikat yang dah ada contract dengan JNT suka atau tidak terpaksalah menunggu walaupun rasa berkilo-kilo dah kemarahan yang keluar.

Syukur saya tak ambil deposit daripada kastemer jadi saya terpaksa menunggu dan menunggu tanpa rela.

#JNT tanpa kakitangan yang sanggup berhujan dan berpanas.  Syarikat ini tidak akan mampu jadi gah.

#JNT pekerja adalah asset yang paling mahal. Tidak kita syarikat dah berjuta-juta pun






 

4 TIPS MUDAH NAK TELEKUNG SENTIASA PUTIH BERSIH

Kepakaran saya menyediakant telekung yang tak renyuk dan tak kusut buat anda tidak sabar untuk solat dan buat anda jatuh cinta 17x sehari dalam solat anda,

Ramai orang yang anda masalah dengan telekung putih jadi kuning bila dah lama dipakai kadang-kadang kita sental pun masih tidak hilang lagi. betul tak.

Dibawah ini saya kongsikan tips untuk jaga telekung supaya sentiasa jadi putih bersih dan tidak kekuningan dimukanya.

Nak tau boleh baca tips dibawah dan jangan lupa like fb page TELEKUNGMUSLEEMA untuk anda tips-tips menarik dari kami.

Ada 4 tips untuk memudahkan kerja mencuci muka telekung anda yang mudah jadi kuning

1. Cuci dengan air rebusan lemon.  Rendam dengan air rebusan lemon selama 1 jam sebelum mencuci dengan serbuk pencuci biasa.

2. Cuci dengan baking soda. Gunakan 250 gram baking soda dicampurkan kepada 4 liter air dan rendam selama 5 minit sahaja. Lebih lama anda rendam akan merosakkan telekung anda.

3. Cuci dengan cuka.  Tambahkan 250ml cuka kedalam air yang telah dicampur dengan serbuk pencuci dan rendam selama 10 minit.

4. Cuci muka bersih-bersih dan keringkan sebelum memakai telekung. Sila gantung telekung selepas digunakan.

Akhir sekali sekiranya ada rasa kesemua diatas tidak sesuai boleh order telekung baru dari koleksi  #telekungtakrenyutdantakkusut telekungmusleema


KREDIT PAGE KARTELDAKWAH.COM







KLIK SINI NAK TENGOK TELEKUNG ASHEERA


Isnin, 8 Februari 2021

AMALAN UNTUK TERLEPAS SEKSA KUBUR - JENTIK HATI

Amalan untuk terlepas seksa kubur !

.Jangan sesekali tinggalkan Al-Quran. Ni cara mudah untuk lepaskan diri dari seksa kubur.
.
Rumah yang dibacakan Al-Quran pada waktu malam, rumahnya bercahaya sehingga dikenali para Malaikat. Jika mati orang yang suka baca Al-Quran, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit dan para Malaikat akan tahu, ohh... mati sudah si pembaca.
.
Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya. Di dalam kubur, Malaikat akan berlemah-lembut dengan mayat. Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandikan dan dikafankan serta terus menemani kita di dalam kubur.
.
Jangan tinggalkan Al-Quran. Jangan tinggalkan Al-Quran.

Azab kubur mula bila mayat tak dapat menjawab soalan² Malaikat. Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak² yang soleh supaya hari² kita indah di dalam kubur.
.
Masa mayat tu duduk, kita akan sedar, ohh... aku dah mati
Pesanan terakhir dari Ustaz, sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada surah Al-Mulk di dalam dada kita.
InsyaAllah. Amin Allahumma Amin.
.
Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.
.
Dalam kubur, Al-Quran akan berkata kepada mayat, aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang dan mendayu. Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke Syurga. Lepas tu, baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada Malaikat yang akan menyoal.

KREDIT FB JENTIK HATI









Komen


Ahad, 7 Februari 2021

JAWAPAN BEKAS MUFTI SINGAPURA ISU KUARANTIN

BAGUS JUGAK JAWAPAN BEKAS MUFTI SINGAPURA INI...*
Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang ajukan pertanyaan;
Takut Allah atau takut virus?


Dia menjawab;
Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.

Di antara perintahNya adalah;
1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;

Maka, jika benar takut Allah semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Dia turut memberi nasihat;
Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.
Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”

Beginilah :-

Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;

Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;

Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;

Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.

Firman Allah (bermaksud):
”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Firman-Nya juga (bermaksud):
”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam.

Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):

"Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar.


 Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.
Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn
(Via fb : Dr Isahak Ghani)




Kom.











RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA