Sabtu, 23 Januari 2021

PKP 2021 datang lagi - What next?

 Sudah hampir 2 minggu PKP 2021 rasa semua harapan masuk tahun hancur leburkan?? Percayalah semuanya ada hikmah kan. 

Kita tidak boleh menunggu, masa ini untuk jadi lebih pro-aktif.  Mulakan dengan apa yang ada ditangan. Jangan menunggu terlalu sempurna untuk bermula.



jom kita ambik cerita abang pilot jadi inspirasi untuk kita bertindak. Semua orang terjejas.


Kami terjejas jugak, beberapa tahun berniaga PAKAIAN UMRAH DAN HAJI kami ambik keputusan mengalihkan fokus kami kepada telekung dan cereal TASTIC CEREALS.  Dari March 2020 hingga sekarang tiada bayang bila UMRAH DAN HAJI akan kembali pulih.

Ramai sahabat kami dalam travelling dan kelengkapan haji dan umrah beralih kepada produk lain untuk kita menyara hidup dan meningkatkan ekonomi rumahtangga sendiri.

Sudah hampir setahun tiada bayang pun bila akan pulih, jangkaan 2023 baru akan pulih. so kita tak boleh duduk menunggu sahaja.

Jangan tengok stok kita yang masih menimbun kerana demand yang kurang. Mana yang boleh kita jual kita jual sahaja. Mana yang boleh dipakai harian kita promosikan secara offline dekat kawan-kawan dan jiran,

InsyaAllah rezeki kita ada cuma kita kena explore. Burung yang terbang dari sarang pun tak tahu di mana rezekinya. Sudah tentu kita makhluk Allah yang cantik kejadiannya punya rezeki dalam timbunan dugaan ini.



tccantiksihat KLIK SINI NAK TAU

TASTE TASTIC CEREALS


Selasa, 5 Januari 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

 Agak terlewat sikit update kat blog ni tapi better late then never.  

kita dah masuk tahun 2021, what's next ya? Semua orang bimbangkan. Sabar dan tenang kita hanyalah manusia kerdil yang tak boleh nak menolat Qadha dan Qadhar Allah.

Siapa 2020, satu dunia ditutup asbab covid19. Rasa macam kita dah balik ke zaman tiada kapal terbang. Bila airport semua negara ditutup. Kapalterbang tersadai tak boleh nak terbang.

Beribu orang hilang pekerjaan, sektor pelancongan sangat terjejas. Kami yang berurusan dengan Haji dan Umrah rasa dah terduduk.

Perlahan-lahan bangun balik bertenang dan merancang what's next, kita tak tahu bila sektor pelancongan akan dibuka maksud saya luar negara.

Stok barang tersadai tapi apa nak buat cuba clearkan sikit-sikit boleh lah buat modal baru ataupun buat duit belanja dapur harian.

Sekarang kecilkan scope pegang untuk produk telekung sahaja. Disamping venture dalam makanan ringan dan frozen. 

Mudahan boleh berkembang dan mampu menjana pendapatan untuk kami sekeluarga.

Saya berterimakasih kepada regular kastemer saya yang banyak membantu during hard time ini.

Semoga anda semua murah rezeki, dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Kita sama-sama berdoa supaya banjir yang melanda negara di Pahang, Johor dan Kelantan akan segera pulih.













PRODUK BARU KITA 
TENGAH SET UP PAGE YANG BARU UNTUK PRODUK KESIHATAN
NANTI KITA SHARE LINK YA




RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA