Dalam kesibukan anda dengan urusan rumahtangga ni, ramai kakak dan adik suri rumah yang bantu suami cari pendapatan tambahan.
Dari zaman nenek saya lagi wanita terkenal dengan superwomen dan multitasking tau. Ada yang berani nak bantah ker mari kita senaraikan apakah yang mereka buat sejak bangun awal pagi ya. Kita tengok version dulu dan sekarang.
Zaman Dulu.
3.00 am Dah bangun pergi menyuluh @ menoreh getah. Orang tengah tahajud dia orang dah pakai lampu pelita minyak tanah gi ke pokok getah menoreh.
5.30 am Balik rumah untuk solat subuh dan masak sarapan untuk family. Kemas rumah dan basuh kain baju ke sungai.
9.30 am - 12.00 noon
Pergi ke kebun balik dan mengutip susu getah dan bekukan. Mesin manual tau.
12.00 Noon- balik rumah mandi dan masak makan tengah hari.
1.30 pm - solat zohor
2.30 pm - petang - turun kebun tanam pokok-pokok buah atau sayuran
5.30 pm - balik rumah - solat asar
6.00 pm - petang masak untuk malam
9.00 pm - lepas makan kemas rumah dan basuh pula pinggan mangkuk
begitulah seterusnya rutin seorang wanita zaman opah-opah kita.
ZAMAN SEKARANG
Wanita dan berkerjaya tapi masih lagi menjadi suri rumah sepenuh masa apabila balik ke rumah. Ada yang menjadi suri rumah disamping membuat bisnes sampingan seperti menjahit, buat kek dan biskut, buat makanan ringan dan berniaga online untuk bantu keluarga. Semuanya atas nama kasih sayang kat keluarga.
Jom tengok apa yang anda boleh buat sekiranya anda seorang surirumah dan memerlukan duit tambahan.
1. Mulakan dengan buat blog sendiri. Anda boleh tengok kat youtube atau google cara nak buat blog sendiri. Anda boleh pergi ker www.blogger.com dan ikut sahaja cara yang ditunjukkan disitu atau anda boleh belajar di youtube cara nak buat blog.
Ada ibu-ibu bermula dengan blog parenting, ada bermula dengan minat mereka sendiri seperti menjahit, melukis dan memasak.
2. Tambah pendapatan dengan youtube. Anda jadi youtuber.
Pernah baca kisah sugupavithra pasangan youtuber yang berjaya dengan video masakan India. Mereka punya follower yang ramai dari semua bangsa. Step by step video masakan telah banyak beri ilmu masakan kepada ramai orang. Dari pekerja estet mereka menjadi youtuber yang berjaya.
Anda juga boleh mengajar di youtube buat video jahitan, buat kelas tuisyen. Banyak ruang yang anda boleh terokai.
3. Shoppee - Tambah Income secara online
Anda boleh mula menjual di shoppee mungkin boleh mulakan dengan barang-barang yang kecil. Anda boleh mula dengan beli barangan secara borong dan jual di Shoppee.
Untuk prelove item anda boleh cuba menjual di carousel ramai orang jual pakaian-pakaian mereka disana seperti baju baby, barang baby dan pakaian musim sejuk.
Lazada juga satu platform yang baik untuk berniaga.
Kalau sebelum ini anda pembeli tegar sekarang anda jadilah penjual yang berjaya di Shoppee
4. Anda boleh jadi Dropship
Mulakan berniaga tanpa modal dan tak perlu simpan stok. Anda cuma register dengan mereka mungkin dengan minimum bayaran ataupun dengan membeli sample produk sebagai bahan untuk promosi atau cuba pakai sendiri.
Bahan kempen seperti gambar, poster, flyer dan video. Juga testimoni akan disediakan oleh syarikat. Ada banyak syarikat hari ini yang offer dropship seperti pakaian, makanan, produk kecantikan dan juga buku-buku.
Anda cuma perlu pilih produk apa nak diniagakan dan fokus untuk promosi sahaja.
5. Bisnes tudung
Kalau anda boleh menjahit anda boleh jual tudung sendiri, sekarang trend tudung bawal dan shawl. Paling mudah bagi orang yang pandai menjahit cuma perlu cari kain design yang menarik untuk dibuat tudung. Mulakan promosi dengan orang-orang terdekat anda.
Anda boleh jadi dropship tudung orang lain jugak atau anda beli borong tudung dan jual secara retail. Anda cuma perlu ada modal permulaan kurang RM1,000 sahaja dan anda boleh gunakan medium facebook dan instragram untuk promosi.
Paling bagus kalau anda boleh buat tutorial tudung sekali tau. Hingga hari ini pkp atau tidak orang tetap beli tudung.
6. Jadi agen hartanah dan jadi agen insuran
Kalau seorang yang berani berjumpa orang dan anda suka jumpa orang dan suka bercakap. Ini peluang anda untuk tambah pendapatan ya. Anda boleh atur masa anda sendiri untuk keluar rumah. Gaji based on komisyen.
Off course anda perlu hadiri kursus terlebih dahulu dan dapatkan lesen sebagai agen ya.
Tapi pulangannya kasar ya puan-puan.
7. Isi data dalam website
Melakukan dari survey di rumah secara online.
8. Bisnes bakeri dari rumah
Alhamdulillah sejak PKP ramai ibu-ibu dah jadi usahawan bakeri. Yang tak pandai masak dah pergi belajar kelas-kelas online.
Ada yang buat kek kahwin, kek harijadi, buat roti dan biskut anda yang memang dah berjaya seperti MamaSab. Sehingga mempunyai beribu agen-agen memberi peluang orang lain berkongsi pendapatan.
Ada juga menjadi menjadi guru ajar orang buat kek sampai jadi.
9.Buat bisnes kuih-kuih frozen
Ini boleh dikatakan bisnes legend tapi apa salahnya kalau karipap anda memang diakui oleh kawan-kawan sedap cubalah pasarkan pula secara meluas. Anda boleh tambah dengan kuih-kuih tradisi yang boleh disejuk bekukan. Termasuk juga keropok lekor frozen
10. Offer servis memasak
Anda tiada modal nak berniaga tetapi anda ada kelebihan memasak maka anda boleh offer servis memasak ataupun servis mangkuk tingkat kepada ibu-ibu yang bekerja atau pejabat-pejabat sebab sejak COVID orang kurang nak keluar makan diluar.
kredit - smartinvest101.com