Ahad, 19 Julai 2020

MY BIG WHY - ZERO TO MILLION 2020

Mata dah kocik dah. Pengalaman baru berzoominar selama 3 hari siaran secara langsung. Mak aii lotih minda.

Ingat kan duduk rumah zoominar Nie tak penat. Baru tau macam nak sit final exam. Berasap nak hadam. Baru tau banyak Yang akk tak tau. Baru tau banyaknya buat silap selama ini.

Sebenarnya dah pernah pergi ke sesi briefing RichWorks 5 - 6 tahun Dulu. Tapi tak mau nak proceed sebab rasa fees Tu mahal sangat tak mampu. Sekarang Pun tak mampu jugak.

Tapi akk cari Jalan jugakk untuk sit zoominar walaupun level beginner. Saya perlu paksa diri saya Yang perasan dah pandai. Semua nak buat sendiri untuk jadi pendengar Yang baik. Buka minda saya untuk terima idea orang Yang lebih berilmu.

Rupanya selama inj akk ulang kesilapan Yang sama. Orang yang bodoh adalah orang Yang jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali.

Saya subscribe email ramai sifu marketing banyak dapat email free webinar Tapi tak tergerak hati Pun nak dengar.

Ini kali asbab pkp, cik corona covid19, Akk rasa Memang terduduk. Saya jadi kemurungan sekejap, saya tak taupun apa halatuju. Sekelip mata rasa macam debu-debu berterbangan. Akk rasa I need help tapi how??

Bila dapat email dari RichWorks free zoominar jari-jariku ini ringan untuk register, berlapang dada untuk jadi pendengar Yang baik.

Walaupun 3 hari Tapi rasa singkat sangat. Kesungguhan Team RichWorks . Dr Azizan Memang semua orang tau capabilities beliau melatih ramai anak-anak muda yang tidak ada apa-apa jadi “orang ada-ada”

Doktor Azizan punya keywords numbers, numbers, semua ada proses, sabar. Mintak pada Allah and be good dengan orang sekeliling you.

Rasa terbuka minda, terasa banyak karat-karat tebal kena buang. Rasa padat ilmu Yang diajar.
Gaiss Jangan berhenti belajar baik ilmu akhirat atau dunia. Kita perlu ada orang tegur. Ada mentor, Ada guru.

 Carilah ilmu Yang baik dan guru yang benar. Supaya kita tak sesat dunia dan akhirat.

 APA PUN YANG KITA SEMUA SEDANG HADAPI ADALAH TANDA KASIH SAYANG ALLAH.

Terima kasih Allah, Dr AZIZAN dan team Richworks


Ahad, 5 Julai 2020

HELLO JULAI

Dah julai, Alhamdulillah semakin pulih corona teruskan berPKP.  Suku tahun kita berPKP. Banyak hikmah, jadi kekalkan kebaikan yang kita buat. Jangan balik ke habit asal kita.

Kebanyakan bisnes sudah beroperasi seperti biasa walaupun saiz tu dikecilkan. Insya Allah kita akan pulih sepenuhnya. Mari kita banyak-banyak berdoa supaya wabak corona berlalu pergi.

Masjid dan surau sudah dibuka. Solat Jumaat dan jamaah telah dibenarkan walaupun dalam keadaan jaga jarak. Alhamdulilah bilangan jamaah sudah ditambah kepada 500 orang.

Alhamdulillah ada masjid yang dah mulakan kuliah Subuh dan Isyak. Hari ini kak hajah dan kawan-kawan sama-sama bergotong royong bersihkan Surau kami.  Sebenarnya baru jer buat mimbar baru untuk mencantikkan surau kami.

Untuk pembukaan rasmi nanti kami gotong royong bersihkan seluruh kawasan.







RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA