Ahad, 8 Mac 2020

AKTIVITI KAMI SEPANJANG KURSUS ASAS HAJI

Jarang sangat saya share kat blog nie aktiviti kami semasa Kursus Asas Haji.  Sebenarnya setiap tahun kami terlibat membuka booth semasa kursus berlangsung aktiviti kami di sekitar Taman Setiawangsa, Setapak dan Taman Melawati.

Sepanjang 16 minggu Kursus Asas Haji kami akan bertemu secara langsung dengan pelanggan di tiga lokasi tersebut.  Selepas Kursus selesai jemaah boleh walk in ke premis kami ataupun kami akan pos setiap pesanan pelanggan kami.

Selama 7 tahun terlibat alhamdulillah ramai jugak yang kami santuni walaupun tak banyak kami berkongsi testimoni pelanggan di Media Sosial.

Produk kami yang mendapat sambutan adalah jubah seluar, jubah dan telekung ziarah.  Tidak ketinggalan juga seluar haji, baju pagoda dan inner haji poket muslimat.

Aksesori muslimat seperti stongan dan stokin jugak mendapat sambutan yang hangat. Alhamdulilah syukur dapat membantu.

Disamping menjual kita berkongsi dengan jemaah persediaan kelengkapan haji yang patut mereka bawa bersama nanti.

Walaupun sekarang masih dalam larangan lagi untuk mengerjakan Umrah ke sana sama-sama kita berdoa supaya Larangan Ini Hanya Bersifat Sementara sahaja. Virus Covid - 19 dapat di atasi dengan penemuan vaksin yang dapat melawan penyebaran dan penyembuhan kepada pesakit semua.



SETAPAK


SETAPAK


TAMAN MELAWATI


TAMAN MELAWATI



COVID 19 - JEMAAH UMRAH MALAYSIA HARUS BERSABAR

ALLAH sahaja betapa terujanya nak mengerjakan Umrah berbulan-bulan persiapan dibuat, tapi Allah lebih mengetahui Kerajaan Arab Saudi melarang kemasukan jemaah umrah dari Malaysia bagi membendung virus corona di negara tersebut.

Ramai jemaah yang terkandas samada di KLIA sendiri atau di Jeddah. Mudahan larangan ini hanya bersifat sementara.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA