Semoga dlm Rahmat Allah dipermudahkan segala urusan hari ini, dibukakan pintu2 rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah Swt.. Insyaallah. Doa terindah dan terbaik dr saya buat semua sahabat sahabiah semua...
Pagi mulia sebegini, saya nak share satu kisah tentang Nabi Ibrahim as dan isterinya Siti Hajar ketika bertemu dengan raja mesir yang sukakan isteri orang. Ianya adalah ter”inspired” dari satu kuliah maghrib oleh ustaz Dr Mahyudin.
Kisah ini ada disebut dalam hadis Imam alBukhari (2217).
Rasulullah saw bersabda, ‘Ibrahim tidak pernah berkata dusta, kecuali tiga kali, semuanya terkait Dzat Allah; kata kata Ibrahim tika diajak menyembah berhala berhala kaumnya, katanya: ‘Sesungguhnya, aku sakit,’
(Ash-Shaffat: 89), dan kata kata Ibrahim, ‘Sebenarnya (patung) besar itu yang melakukannya.’ (Al-Anbiya: 63). Dan kata katanya tentang Sarah, ‘Dia adalah saudariku.’ Ketika di tanya Raja yang zalim.
*SITI SARAH CUBA DIPERKOSA OLEH RAJA MESIR*
Raja Mesir diketahui sbg seorang yang kejam suka aniaya rakyat, rampas harta rakyat, rampas isteri orang dan bunuh suaminya. Ketika nabi Ibrahim dan siti sarah memasuki Mesit, disebab kan Siti Sarah seorang yang sangat jelita, maka Nabi Ibrahim bimbang Raja Mesir akan mengapa apakan isteri nya apabila terserempak nanti. Dengan itu Nabi Ibrahim menyembunyikan Siti Sarah di dalam sebuah peti kayu yang diletakkan di belakang badan unta baginda.
Kehadiran Nabi Ibrahim menarik perhatian orang ramai termasuk para pengawal sempadan kerajaan Mesir. Para pengawal telah menahan Nabi Ibrahim dan dibawa menghadap Raja Mesir.
Bertanya sang raja, “Wahai orang muda! Apakah barang yang terdapat di dalam peti itu?”. “Seorang perempuan,” jawab Nabi Ibrahim dengan jujur. Ini disebabkan Nabi Ibrahim yakin kalau baginda berbohong sekalipun, Raja Mesir itu tetap membuka peti itu. Maka tiada gunanya baginda menipu.Dan juga, Nabi Ibrahim yakin ALLAH akan melindungi baginda dan isteri baginda dari segala kecelakaan.
Raja Mesir yang gatal itu pula berasa gembira apabila mendengar jawapan Nabi Ibrahim. Setelah peti dibuka, bertambahntambah lagilah kegembiraan sang raja apabila melihat Siti Sarah yang tidak terperi cantiknya itu. Bertanya dia kepada Nabi Ibrahim. “Hai orang musafir! Apakah ini isterimu?” “Dia adalah saudaraku,” Nabi Ibrahim berbohong atas dasar bermualat, tapi sebenarnya baginda tidak berdusta dari segi hakikat kerana baginda maksudkan saudara dalam agama, bukan saudara kandung. Walau bagaimana pun Raja Mesir tetap juga merampas Siti Sarah, tetapi tidak membunuh Nabi Ibrahim kerana baginda ‘bukan’ suami Siti Sarah. Siti Sarah dibawa ke bilik khas dalam istana, Nabi Ibrahim dihumbankan ke dalam penjara.
Nabi Ibrahim berasa sangat dukacita mengenangkan isterinya yang bakal diapa apakan oleh Raja Mesir. Tiba tiba datang Malaikat Jibril menenangkan Nabi Ibrahim. Kata Jibril, ALLAH tidak akan membenarkan Siti Sarah dari disentuh, apalagi diapa apakan oleh Raja Mesir, hatta menyentuh kulit sekalipun tidak akan dibenarkan oleh Nya. Selepas itu Jibril dan Nabi Ibrahim pun dipertontonkan (seperti tv) kejadian yang berlaku di bilik Raja Mesir.
Raja Mesir yang sudah sangat berahi itu mula mendekati Siti Sarah dan memujuk isteri Nabi itu agar bercumbu dengannya. Setelah Raja Mesir benar benar hampir dengan Siti Sarah, secara tiba tiba sahaja kaki Raja Mesir melekat di lantai, seolah olah digam dengan pelekat yang amat kuat. Setelah tidak dapat menggerakkan kakinya, Raja Mesir yang tidak berputus asa itu mencuba pula untuk memegang bahu Siti Sarah. Namun secara tiba tiba tangan Raja Mesir hilang sehingga ke paras bahu!
Raja Mesir terus panik. (Yalah, tangan hilang sampai ke bahu tu!) Dengan rasa menyesal dia meminta agar Siti Sarah berdoa agar memulihkankan anggota badannya. Selepas Siti Sarah berdoa, tubuh Raja Mesir pun kembali kepada keadaan asal.
Sayangnya Raja Mesir hanya insaf sekejap dan kembali bernafsu untuk mendapatkan Siti Sarah. Namun sebelum sempat dia berbuat apa apa, dengan sepantas kilat pula ALLAH melekatkan kaki kudungkan tangan Raja Mesir. Peristiwa ini berulang sebanyak tiga kali. Pada kali ketiga, Raja Mesir benar benar insaf dan mengembalikan Siti Sarah ke pangkuan Nabi Ibrahim.
“Siapakah lelaki kacak yang bersamamu tadi? Apakah benar dia saudaramu?” tanya Raja Mesir.
“Tidak, dia adalah suamiku,” jawab Siti Sarah.
Atas rasa bersalah dan ingin memohon kemaafan, Raja Mesir telah menghadiahkan pasangan yang mulia itu seorang hamba bernama Siti Hajar. Selain itu, mereka juga dikurniakan dengan pakaian yang cantik dan mahal. Nabi Ibrahim diberi kebebasan untuk tinggal di mana sahaja, dan dengan itu baginda memutuskan untuk tinggal di negeri Khamsas ini bersama keluarga baginda: isteri baginda Siti Sarah, Siti Hajar dan anak saudara baginda, Nabi Lut as.
Sebuah kisah untuk ilmu dan pengetahuan.
*akhirul kalam*
Dan inilah doa Siti Sarah ketika di hampiri raja mesir yang gatal itu.
: اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتُ آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ، وَأَحْصَنْتُ فَرْجِي، إِلَّا عَلَى زَوْجِي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيَّ الكَافِرَ،
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa aku beriman kepadaMu dan kepada RasulMu dan aku memelihara kemaluanku kecuali untuk suamiku maka janganlah Engkau satukan aku dengan orang kafir ini".
Untuk para2 wanita dan isteri muslim, bolehlah ubah suai sikit doa tu dan amal kan setiap kali keluar rumah ketika berurusan diluar sana.
Semoga kita semua dilindungi Allah setiap masa..
Wallahu’alam
Wassalam.
Suntingan oleh: *NCS* -
TELEKUNG TRAVEL MUDAH DIBAWA KEMANA JUA, menelusuri jejak sirah
MATERIAL COTTON - RM139.00 SEPASANG
POS MALAYSIA
BUY TWO - RM250.00
POS - RM10.00 (1 MALAYSIA)
WASSAP 011-27902884