Khamis, 17 Mei 2018

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Terima kasih cikgu-cikgu yang mendidik saya.

Guru Pertama - Ibu Ayah Saya
Guru Kedua - Cikgu-cikgu sekolah rendah saya. Alfatihah yang telah tiada.
Guru Ketiga - Cikgu sekolah menengah SMHK dan SMBA, Tapah
Guru Keempat - Pensyarah-pensyarah di UITM, diploma dan degree
Guru Kelima - Ustazah dan Ustaz yang mencurah ilmu.

Selaut terima kasih untuk ada semua.

Akhirnya salawat dan salam untuk Baginda Nabi Muhammad saw. Bawa Islam kepada ummatmu.

Terimakasih kepada kehidupan yang menjadi guru sepanjang kehidupan saya.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
SEMOGA BERLUMBA-LUMBA MENGGANDAKAN IBADAHNYA


Ada orang yang Allah swt panggil pulang pada 1 Ramadhan mudahan kita semua diberi peluang untuk dapat sebulan RAMADHAN ini. Mudahan kita isttiqamah untuk beribadah sepanjang hidup kita.

APA NAK BUAT KALAU DUIT TAK CUKUP NAK DAFTAR HAJI

Saya start menabung sejak saya mula kerja, ingat lagi pesan Allahyarham ayah saya suruh buka akaun Tabung Haji simpan RM20.00 sebulan masa tu duit banyak keluar masuk jer. Kita gaji kecil, duduk di Kuala Lumpur nampak banyak jer duit mulalah dikeluarkan.

Mula menabung secara tetap bila bekerja dengan Syarikat yang ada kemudahan potongan TABUNG HAJI. Barulah nampak sikit hasil tabungan tu, dapat pergi umrah pada tahun 2007. Balik dari sana terus daftar haji masa tu cuma RM90.00 sahaja. Alhamdulillah pada tahun 2015 dapat seruan untuk menunaikan Haji pula.

Kesilapan yang selalu dibuat oleh pendeposit Tabung Haji bila menyangka bila buka akaun Tabung Haji automatik dah daftar haji. Akhirnya simpanan dah banyak umur meningkat belum dapat pergi haji bila mendaftar waiting list dah 20 - 30 tahun entah rasa sampai nyawa lagi ker tak.

Untuk yang masih muda tu bila anda ada caruman KWSP, semak akaun kedua tu cukup RM1,300 dah
boleh mendaftar haji.  Untuk gi haji langkah pertama kena daftar terlebih dahulu.

Ibu dan ayah juga boleh buat pendaftaran untuk anak semasa mereka masih kecil lagi. InsyaAllah menjelang dewasa tabungannya sudah cukup untuk pergi haji. Duit raya yang berlebihan tu boleh didepositkan ke akaun LUTH.

Untuk pendaftaran terkini giliran dah ambil 30 tahun akan mendatang. So kalau umur dah 50 tahun  dalam umur 80 tahun lah, tapi jangan bimbang giliran tu semua dalam sistem sahaja. Sekiranya umur anda sudah 60 tahun dan tabungan sudah cukup buatlah rayuan pada setiap tahun. 

Begitu juga sekiranya sudah ada penyakit tetapi bukan sakit buah pinggang buatlah rayuan juga. Pesakit buah pinggang masalah utama adalah nak cuci darah yang kerap jadi mungkin akan ada masalah  untuk ke hospital dan klinik untuk cuci darah sepanjang musim haji. 

Menunaikan haji adalah rezeki dari Allah swt ada banyak sebab yang memungkinkan anda pergi haji lebih awal atau secara percuma dengan cara:-

1. Bekerja di Arab Saudi

Tenaga kerja professional seperti jurutera dan perubatan mempunyai peluang yang besar ini.  Sahabat dan kenalan saya yang berkerja di Arab Saudi berpeluang mengerjakan umrah dan haji ketika bertugas. Betapa beruntungnya tidak perlu keluar belanja yang besar untuk pergi haji malah tidak perlu tunggu giliran yang lama.

Boleh juga ambil peluang dengan menjadi pekerja sementara ketika musim haji sebagai tukang masak. Semasa wukuf semua akan bergerak Arafah dan Mina bersama-sama jemaah. Kakitangan ini berpeluang untuk buat haji yang wajib dan umrah yang wajib. Itu sudah sangat memadai sekali.

Beruntunglah kakitangan Tabung Haji, Paramedik dan Kaki Tangan Kerajaan yang dapat bertugas disana.

2. Menjadi pengiring orang tua

Sekiranya ayahanda dan bonda anda sudah uzur dan berusia merayulah dengan LUTH untuk menajdi pengiring kepada mereka. Lebih baik anak yang mengiring dari hanya berharap kepada orang lain.

3. Menuntut Ilmu

Ramai para pelajar kita yang menuntut di Arab Saudi dan Timur Tengah mengambil peluang mengerjakan haji dan umrah ketika masih menuntut di sana kerana perbelanjaannya lebih murah.

4. Tumpang suami atau iseri

Semasa saya dapat tawaran pergi haji dulu kami ditanya kalau suami nak ikut atau tidak. InsyaAllah suami boleh apply untuk jadi mahram isterinya pergi haji. Bila suami dapat pergi haji, isteri boleh merayu nak ikut suami pergi haji pada tahun yang sama.

Pastinya anda kena daftar terlebih dahulu selepas tu cukupkan tabungan anda sebanyak RM10,000 lebih kurang bersama wang saku lebih kurang minima rm2,000. Wang saku tu kadang-kadang hadiah dan sedekah dari sahabat dan keluarga juga sudah memadai.

PENAMBAH BAIKAN TELAGA ZAM ZAM

WUKUF DI ARAFAH

COPY WRITING BY TELEKUNGMUSLEEMA

Sabtu, 12 Mei 2018

JEMAAH HAJI DAH AMBIL IMMUNISASI KER?

Dah tinggal lebih kurang 100 hari nak wukufkan cepatnya masa berlalukan?  Kursus asas haji dah selesai. Kursus Intenstif Haji pun dah selesai. Tunggu Kursus Haji Perdana pulak dalam lepas Ramadhan nanti.

Jemaah yang merayu pun ada yang dah dapat panggilan, masing-masing senyum lebar sampai telinga. Terbayang-bayang dah tengah tunggu flight kat KLIA tu kan.  Ada yang dah kumpul barang siap masuk dalam beg terus tau.

Nak tanya ni dah ambik imunisasi ker belum.  Imunisasi kalau ada masih ada masa boleh pergi kat hospital kerajaan. Tapi kalau anda waiting list dapat tau sangat akhir gi jer lah kat Klinik. Agak mahal jugak kosnya. Anda memang tak boleh nak mengelak sebab suntikan tu wajib.

Saya petik jenis-jenis Imunisasi dari laman web Tabung Haji sebagai panduan anda ya.

Imuninsasi Wajib: 

Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine

  • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab.
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.
  • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran).

Imunisasi Pilihan (dibiayai sendiri oleh Bakal Haji)

Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 

Influenza Vaccine

  • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
  • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
  • Bakal Haji berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.

Pneumokokus Vaccine

  • Bakal Haji berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
  • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.


Pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin ini hendaklah diperolehi dari pegawai perubatan yang dibenarkan. Pegawai perubatan tersebut hendaklah membuat pengesahan butir-butir pemeriksaan/ suntikan serta menurunkan cop rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku/ Kad Kesihatan Antarabangsa.

Boleh lihat senarai klinik swasta dan kerajaan yang diikitraf di laman web tabung haji ya.
Dari pengalaman saya sendiri ambil lah vitamin C sekiranya tiada alahan. Mudahan dengan ikhtiar ini anda boleh bertahan dari serangan selsema dan batuk yang teruk.

Bawa ubat-ubatan yang memang yang memang dah sedia diambil dari klinik yang kita biasa pergi.

Khamis, 3 Mei 2018

MINI JUBAH THORBAEKK MEMUDAHKAN URUSAN DITANAH SUCI

Wanita sangat mementingkan penampilan sehingga untuk ibadah pun mereka akan berhabis untuk dapatkan pakaian yang selesa. Anda yang suka Jubah dan ada memilih Mini Jubah. Yang pakai baju kurung dengan seluar panjang pun ada. Tak kesahlah andai itu yang thorbaeek.

Mini Jubah adalah gabungan blouse yang panjang dan longgar dan seluar panjang dari kain yang sama atau tona warna yang sama.

Zaman Kak Hajjah sekolah dulu kami panggil Baju Benggali. Sebab orang Punjabi aka Bengali tu pakai baju besar labuh dan seluar pun besar jugak.

Tapi sekarang semuanya dah di inovasikan supaya lebih cantik dan elegant kan?  Keunikan mini jubah ini sebab ianya mesra solat, sesuai untuk casual dan ibadah jugak semasa di Tanah Suci.

Ramai kastemer yang dah terima dan dah pakai semasa kat Tanah Suci kata memang selesa sangat dalam cuaca panas musim haji dan juga semasa umrah musim sejuk.

Puan Suraya pergi haji dengan kuota International sangat berpuashati dengan mini jubah ini, "memang best" kata beliau. Semasa disana beliau tinggal di kawasan pinggiran Aziziyah setiap hari perlu banyak berjalan dan menaikki bas bersama kumpulannya.

Tengok testimoni kami ya memang sukakannya. Kami menggunakan bahan yang simple comb cotton, prada dan material cotton jepun. Sekiranya ada yang berminat dengan material lain boleh propose kami akan usahakan InsyaAllah.






Yang paling best sekali kami akan buat mengikut saiz anda sendiri sekiranya saiz yang sedia ada tidak sesuai dengan bentuk tubuh anda. Alhamdulillah kami dah berjaya tailormade pakaian haji untuk kakak dan adik yang plus saiz dan extra small saiz ya. InsyaAllah anda akan puas hati.






Kalau anda ada masalah untuk dapatkan saiz jangan segan silu untuk 
wassap Kak Hajjah 






Copywriting by Telekungmusleema

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA