Sian kat Kak Ton busuk dah namanya.
Lebih kesian pada mangsa yang terlibat beribu duit yang disimpan bertahun lebur begitu sahaja. Pedih jerih nak simpan duit dengan harapan segunung intan nak menjadi tetamu Allah swt.
Bersabarlah sayang Allah akan gantikan kerugian mu dengan nikmat yang berganda-ganda ya. Mungkin belum tiba masanya untuk ada menjadi tetamu atau Allah swt ingin lihat kesabaran kamu tu.
Berhati-hatilah ya sahabat dengan agen umrah ni.
1. check profile individu terbabit. Ambil salinan kad pekerjanya dan kalau dapat salinan pengenalan sekali, alamat yang betul berserta mobile atau ofis no nya..
2. check profile syarikat yang diwakili, tengok lokasi di mana, no telefonnya. Minta penyata kewangan 3 tahun dan lapuran audit report untuk pastikan kedudukan kewangannya kukuh.
3. Periksa pendaftaran syarikat dengan Kementerian Pelancongan juga.
4. Testimoni pelanggan sangat penting untuk check service dan penginapan yang disediakan.
Itu sahaja serba sedikit cadangan dari Kak Hajjah semoga bermanafaat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ROMPIN: Seramai 48 individu termasuk peneroka FELDA Keratong, dekat sini, mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 ditipu seorang wanita dikenali sebagai 'Kak Ton' yang menawarkan pakej umrah.
Mangsa yang kecewa kerana gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal bulan ini, membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah, di sini, hari ini. Seramai 22 mangsa membuat laporan hari ini.
Difahamkan, Kak Ton adalah wakil syarikat berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula akan bekerjasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu berkenaan mengerjakan umrah.
Seorang mangsa, Noorkhamilasari Samah, 36, mendakwa dia membayar RM30,000 bagi pakej berkenaan yang membabitkan enam ahli keluarga termasuk dirinya.
"Kami membuat bayaran penuh pada November 2016 dan semua persiapan sudah disediakan... memang teruja kerana ini kali pertama mahu menjejakkan kaki ke sana (Makkah).
"Namun, wanita bergelar 'Kak Ton' tidak memaklumkan sebarang perkembangan mengenai status pakej seperti kursus umrah atau tarikh untuk berlepas.
"Selepas kami bertanya, barulah dia memberitahu bahawa tidak dapat menguruskan pemergian kami ke sana kerana wang tidak mencukupi," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.
Seorang lagi mangsa, Izzat Fahmi Abdullah Sani, 26, mendakwa Kak Ton meminta jumlah bayaran yang berbeza daripada individu yang berminat menyertai pakej umrah berkenaan.
Dia membayar RM9,000 untuk dirinya serta ibu bapanya manakala ada individu lain yang membayar RM4,000 seorang.
"Kami ada mengajak Kak Ton untuk bertemu dan menjelaskan masalah yang dihadapinya sehingga gagal menguruskan pakej umrah, namun dia seperti mengelak dan memberi banyak alasan.
"Sebelum ini, dia ada membawa beberapa kumpulan jemaah lain ke Tanah Suci dan tiada masalah. Jadi atas dasar percaya kerana dia berasal dari FELDA Keratong, itu antara faktor kami menyertai pakej umrah yang ditawarnya," katanya.
Izzat Fahmi mendakwa mendakwa syarikat itu gagal menguruskan urusan menghantar jemaah umrah kerana dipercayai menggunakan wang berkenaan sebagai modal perniagaan syarikat.
"Kita membuat laporan polis bagi mendapatkan semula wang itu dan mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Kak Ton," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/366204/kak-ton-tipu-peneroka-felda-keratong