Isnin, 25 September 2017

PROMOSI BULAN MUHARRAM 2017 - PAKAIAN UMRAH JIMAT

Ramai yang dah start risik-risik barang nak gi umrah hujung tahun nie. Sebagai tanda terimakasih kat follower dan supporter kita. Kita nak lauch promosi untuk anda semua. Lepas habis Muharram back tu normal price ya.

Kita ada buat dua set istimewa:-

PAKEJ 1

1. Set Mini Jubah dan Seluar - RM90 -RM100
2. Telekung ziarah poket kain cotton jepun renda cantik - RM120.00
3. Inner poket perempuan - RM18
4. Tudung labuh - Lycra - RM50 - Boleh Pilih Warna selain Hitam dan Putih

Note: Warna Mini Jubah dan Telekung hanya hitam dan putih sahaja

JUMLAH =  RM278.00 - RM288

Kami kasi free gift
1. Kasut Tawaf
2. Stokin Wudhuk
3. Spray Wudhuk


SET 1 - PAKEJ UMRAH WANITA- HITAM DAN PUTIH
RM278.00

PESANAN BOLEH WASSAP/SMS KEPADA SAYA -
 KAK HAJJAH  - 0192883235

PAKEJ 2

1. Set Mini Jubah dan Seluar - RM90 -RM100 (SAIZ 2XL and above)
2. Telekung ziarah poket kain cotton jepun renda cotton biasa- RM80.00
3. Inner poket perempuan - RM18
4. Tudung labuh - Lycra - RM50 - Boleh Pilih Warna selain Hitam dan Putih

Note: Warna Mini Jubah dan Telekung hanya hitam dan putih sahaja

JUMLAH =  RM238.00 - RM248.00

Kami kasi free gift
1. Sarung Lengan - RM10.00
2. Stoki Wudhuk - RM15.00


PAKEJ -2 SET UMRAH WANITA
HITAM DAN PUTIH
RM238.00

PESANAN BOLEH WASSAP/SMS KEPADA SAYA -
 KAK HAJJAH  - 0192883235


UNTUK SET LELAKI PULA

Set Lelaki kita ada tawarkan kain umrah dan talipinggang pada harga sangant istimewa

RM85.00 - KAIN IHRAM DAN TALIPINGGANG





Tambahan pakaian umrah lelaki adalah :-

baju pagoda berpoket RM20.00 (+2.00 Untuk saiz 2XL - 3XL)
seluar poly cotton RM25.00 SAHAJA

orang lelaki tak perlu banyak pakaian dan accessori seperti orang perempuan.

Kami juga ada lip balm dan skin balm untuk kulit kering pada harga rm25.00 SAHAJA

 HARGA TERTERA TIDAK TERMASUK POS DARI RM7.20 DAN BERGANTUNG KEPADA BERAT SETIAP BARANGAN YANG DIPESAN TU

Delivery mengambil masa 3 - 4 hari dengan POS LAJU ya.


PESANAN BOLEH WASSAP/SMS KEPADA SAYA -
 KAK HAJJAH  0192883235





Isnin, 18 September 2017

KASUT TAWAF UNTUK UMRAH SAHAJA KE?

Assalamualaikum anda semua,

Ada orang tanya kasut tawaf tu untuk umrah dan haji sahaja ke? Awak rasa apakah jawapan saya? 

Cubalah teka.  Kasut Tawaf kita ni boleh dikreativitikan penggunaannya ikut keperluan anda semua yang penting gunakan dalam bangunan sahaja. Jangan gi jalan-jalan pakai kasut tawaf jer tak pakai kasut lain sebagai alas. 

Masa tu ko jawab ler sendiri ya, kalau hujan berenanglah kaki kalau panas pulak alamat cepatlah terkoyak tapaknya kena kerikil dijalanan.

Baru-baru saya ada terima pertanyaan dari seorang customer yang beli kasut tawaf ini untuk kakaknya yang baru di operate kaki asbab kencing manis.  Menurut doktor kakinya tak boleh pakai stokin yang ketat sebab masih lagi belum pulih sepenuhnya. Kak Hajjah cadangkan beliau ambil kasut tawaf velvet sebabt lebih strecthy dan bentuknya bulat sikit. 

Kak Hajjah tunjukkan gambar-gambar close up dekat dan tanyakan saiz kaki kakaknya, bolehlah masuk kasut tawaf velvet plus size ni. Sebab tawaf velvet plain ni boleh masuk sampai kaki saiz 9.


Warna Royale Blue

Warna Hitam dan Biru

Warna Dark Chocolate dan Kelabu

  • Kasut tawaf ini ada tapak anti slip anti licin
  • Bahagian dalam ada spandex sangat selesa bila berjalan.
  • Menutup penuh aurat boleh dipakai dengan stokin yang nipis jugak
  • Sangat-sangat digalakkan untuk umrah dan saie.
Hanya RM15.00
 SEPASANG SANGAT BERBALOI UNTUK DIMILIKI

WASSAP/SMS - 019-2883235
KAK HAJJAH

Sabtu, 16 September 2017

MAAHAD TAHFIZ ITTAFIQIYAH TERBAKAR TRAGEDI MENJELANG HARI MALAYSIA

Dua hari menjelang Hari Malaysia negara dikejutkan dengan kebakaran yang meragut 23 nyawa anak-anak tahfiz dan warden pada subuh hari Khamis, 14 Sept 2017.

Takdir Allah swt semua ini berlaku, kita rasa sedih, pedih dan luka. Apalagi orang tua semua mangsa nahas. Kita tidak dapat mengelak ketentuan ini, asbabnya api yang membawa kemusnahan. Api adalah makhluk Allah jua, dicipta untuk menjadi cahaya penerang tetapi juga api adalah pemangsa yang berkuasa untuk membunuh.

Sampai hari ini airmata meluncur laju membaca atau melihat video tragedi ini.

SUMBER BERNAMA - 11 JENAZAH SELAMAT DIKEBUMIKAN DI RAUDHATUL SAKINAH

KUAL LUMPUR – Pengebumian 11 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato’ Keramat meruntun perasaan mereka yang berada di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda dekat sini lewat petang ini.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi ribuan hadirin yang menyaksikan pengebumian mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran asrama mereka awal pagi semalam, ketika jenazah diturunkan satu demi satu ke liang lahad.

Kesemua jenazah selamat dikebumikan secara berperingkat di dalam 11 liang lahad bermula kira-kira 6.30 petang setelah disembahyangkan di surau kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jenazah pertama yang dikebumikan ialah Allahyarham Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, sebelum waktu Maghrib, dan keadaan menjadi sayu sebaik bacaan talkin dibacakan Ustaz Mohamad Shukeri Yaacob. 

Sepuluh jenazah lain iaitu tiga beradik Muhammad Syafiq Haikal Mohd Sulaiman, 13; Muhammad Harris Ikhwan, 10; dan Muhammad Hafiz Iskandar, 11; Muhammad Zatullah Roslan, 11; Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12; Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16; Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13; Muhammad Nizammudin Nasron, 13; Muhammad Daniel Md Amin, 14; dan Amiel Asyraaf Abd Rasid,11, dikebumikan selepas solat Maghrib.

Semua jenazah dikebumikan dalam kedudukan bersebelahan antara satu sama lain dalam satu barisan panjang yang masing-masing ditandakan dengan papan kecil tertera nama mereka.

Ini bagi memudahkan urusan penghormatan terakhir oleh waris dan anggota keluarga serta kenalan mangsa memandangkan terdapat 11 keluarga di kawasan tanah perkuburan ini.

Keadaan tanah yang becak dan hujan renyai tiba-tiba semasa pengebumian berkenaan tidak menghalang waris dan anggota keluarga mangsa, yang tiba sejak selepas solat Jumaat, terus berada di perkuburan itu sehingga urusan pengebumian selesai.

Episod meruntun jiwa itu turut menyaksikan ada waris yang pengsan sewaktu jenazah diturunkan ke liang lahad, meratapi pemergian insan tersayang dan ada juga waris yang terpaksa dipapah serta ditenangkan.

Urusan pengebumian kesemua 11 jenazah selesai kira-kira 9 malam dengan penuh hiba diiringi linangan air mata anggota keluarga terdekat sewaktu menjirus air mawar dan bunga.

Beberapa waris mangsa yang ditemui bersyukur dengan urusan pengebumian yang berjalan lancar dengan bantuan beberapa agensi kerajaan, majlis agama serta anggota pasukan keselamatan seperti bomba dan polis.

Mohd Zamzuri, bapa Allahyarham Muhammad Aidil Aqmal, berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk rakan-rakan sekerjanya yang tidak putus-putus hadir memberi semangat dan ucapan takziah kepadanya.

Ibu kepada tiga beradik, Mas Hawani Mohamed Shahid, 37, reda dengan ujian kehilangan ketiga-tiga anak lelakinya serentak, untuk ‘bersama-sama’ suaminya yang dijemput Ilahi beberapa tahun lepas. 

"Saya reda dengan ketentuan Allah yang lebih sayangkan anak-anak saya. Mereka akan menemui ayah mereka di 'sana', " katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, ayah kepada Allahyarham Muhammad Zatullah, Roslan Omar, 52, bersyukur kerana jenazah anaknya ditemui sempurna dan hanya mengalami kebakaran di bahagian kaki, memudahkannya mengenali mayat anak keduanya itu.

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi tazkirah dan mengetuai bacaan tahlil. 

Dalam kejadian 5.15 pagi semalam, 21 pelajar dan dua warden yang juga guru pusat tahfiz itu maut dalam kebakaran yang memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan tiga tingkat di Jalan Keramat Ujung, di sini.-Bernama


11 jenazah selamat dikebumi di Raudhatul Sakinah


Khamis, 14 September 2017

STOKIN SILVY - NI PILIHAN TERBAIK MUSLIMAH

Kak Hajjah dah lama jual stokin silvy ini tetapi secara offline lah ya. Kadang malasnya nak upload sebab macam-macam jenis stokin Kak Hajah jual.

Tetapi ramai yang berwassap tanya silvy, silvy meh Kak Hajjah share.

Kenapa Stokin Silvy, sebab in adalah salah satu stok stokin Kak Hajjah yang laku keras tau.  Buat masa ni ada warna hitam dan beige jer. Janganlah marah warna stokin silvy yang lain dah kehabisan ya.


  • Stokin Silvy ini panjang sampai ke betis
  • Tebal dan tak jarang
  • Kesat materialnya so tidaklah licin bila berjalan.
  • Boleh pakai solat tapi jangan tarik terlalu tegang
Harga sepasang RM10.00  sahaja tidak termasuk pos.
Pos standard RM7.20 Semenanjung dan 10.00 Sabah dah Sarawak

Untuk minggu ini sampai Hari Ahad ni jer tau - 17/9/2017
Beli 6 pasang percuma pos - Semenanjung
Beli 7 pasang percuma pos - Sabah n Sarawak


STOKIN SILVY HITAM DAN BEIGE
RM10.00 SAHAJA

BELI 6 PCS - FREE POS - SEMENANJUNG
BELI 7 PCS - FREE POS SABAH N SARAWAK



Berminat Untuk Membeli
sila wassap Kak Hajjah ya

Selasa, 12 September 2017

MASALAH HAID WANITA KETIKA HAJI DAN UMRAH


PERMASALAHAN berkaitan haid adalah antara perkara yang paling banyak dikemukakan oleh jemaah haji wanita. Ini kerana ibadat haji atau umrah tidak dapat disempurnakan jika mereka berada dalam keadaan tidak suci.

Persoalan pertama ialah adakah jemaah haji yang mengalami haid dibolehkan untuk menangguhkan niat ihram sehingga telah suci? Dalam hal ini, perkara asas yang perlu difahami ialah niat ihram haji atau umrah sah jika dilakukan sebelum sampai, semasa atau melepasi miqat.

Bagaimanapun, dikira ‘berdosa’ jika sengaja menangguhkannya sehingga melepasi miqat dan dikenakan Dam Tertib dan Taqdir kerana tidak berniat di miqat. Selain daripada dam tidak niat di miqat, jemaah itu juga dikenakan Dam Tertib dan Taqdir sekiranya dia hendak melakukan Haji Tamattu` atau Qiran.

Ini bermakna dua Dam Tertib dan Taqdir dikenakan ke atasnya, bagaimanapun tidak berdosa jika terlupa untuk berniat di miqat tetapi tetap dikenakan dua Dam Tertib dan Taqdir seperti dinyatakan sebelum ini.

Jemaah yang mengalami haid boleh dibahagikan kepada enam situasi:

1 Haid datang sebelum berniat ihram. Jemaah boleh lakukan perkara sunat sebelum ihram seperti memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan lain-lain. Juga boleh mandi sunat ihram, berniat ihram sama ada sebelum atau selepas sampai di miqat serta talbiah, tahmid, tasbih dan zikir.

2 Haid datang selepas berniat ihram. Jemaah hanya tidak boleh lakukan tawaf rukun kerana disyaratkan berada dalam keadaan suci. Saie juga tidak boleh dilakukan selagi belum selesai tawaf kerana ia hanya sah dilakukan selepas selesai tawaf walaupun tidak disyaratkan suci dari hadas dan najis semasa saie. Manakala amalan lain seperti talbiah, wuquf, melontar dan bergunting boleh dilakukan.

3 Haid datang sebelum tawaf umrah. Bagi jemaah yang memilih Haji Tamattu’, jika haid berterusan sehingga saat hendak bertolak ke Arafah, beliau boleh terus berniat haji dan jadilah hajinya ‘Haji Qiran’ dan perlu membayar Dam Haji Qiran. Sekiranya telah membayar Dam Haji Tamattu`, maka ia secara langsung menjadi Dam Qiran.

4 Haid datang semasa mengerjakan tawaf umrah iaitu bagi jemaah yang melakukan Haji Tamattu’. Dalam situasi ini tawaf tersebut tidak sah. Beliau mesti menunggu sehingga suci, barulah dibuat tawaf semula dan seterusnya saie serta bergunting. Dengan itu sempurnalah umrah tersebut. Jika sekiranya tidak suci sehingga saat hendak berangkat ke Arafah, maka umrahnya dikira masih belum selesai.

Mengikut Mazhab Syafie, wanita tersebut tidak boleh mengerjakan haji pada tahun tersebut kerana dia tidak boleh memasukkan sekali niat hajinya ke dalam umrah. Ini kerana dia telah memulakan tawaf.

Bagaimanapun, mengikut Mazhab Maliki, jemaah wanita tersebut masih boleh memasukkan niat hajinya ke dalam umrah walaupun umrah masih belum selesai dengan syarat belum melakukan solat sunat tawaf. Dengan itu jadilah hajinya ‘Haji Qiran’ dan bukan lagi ‘Haji Tamattu’ sebagaimana asalnya.

Dalam situasi ini sahaja, jemaah dinasihatkan bertaqlid dengan Mazhab Maliki.

5 Haid datang sebelum tawaf rukun haji. Bagi jemaah yang alami haid sedangkan tarikh penerbangan pulang ke tanah air atau ke Madinah sudah hampir dan tidak mungkin ia suci sebelumnya, maka ada tiga pilihan iaitu:
Memohon penangguhan tarikh pulang atau tarikh bertolak ke Madinah daripada Tabung Haji.
Jika terpaksa pulang kerana tugas atau tiada penerbangan lain, maka jemaah tersebut hendaklah melakukan Dam Ihsar bagi membebaskannya daripada larangan ihram
Jemaah boleh bertaqlid dengan Mazhab Hanafi yang mengharuskan tawaf semasa dalam haid. Tetapi jemaah tersebut hendaklah membayar dam seekor unta dan memohon keampunan daripada Allah kerana memasuki masjid dalam keadaan berhadas besar.

6 Haid datang selepas wuquf dan tawaf rukun haji sebelum Tawaf Wada’.Dalam situasi ini, jemaah haji tidak perlu melakukan Tawaf Wada’. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Ia adalah ibadat yang berasingan daripada ibadat haji dan hajinya adalah sempurna.

FATRAH AL-NAQA’

Fatrah al-Naqa’ merujuk kepada suatu kadar masa berhentinya darah (tiada darah di dalam dan luar faraj) dalam tempoh haid dan tidak kurang daripada 24 jam. Kiraannya bermula dari mula kering darah haid dan bukannya dari mula mandi wajib.

Katakan jemaah haji kering darah haidnya bermula pukul 8 pagi sehinggalah selepas pukul 8 pagi keesokannya, maka dia telah mencapai tempoh suci 24 jam. Berdasarkan pandangan kedua (marjuh) dalam Mazhab Shafie, apa-apa ibadat termasuk tawaf yang dilakukan dalam tempoh berhenti haid selama 24 jam atau lebih adalah sah kerana ia sudah dikira suci, walaupun masih dalam tempoh haid dan ini diistilahkan sebagai talfiq.

Namun jemaah haji perlu ingat bahawa pandangan kedua ini hanya boleh diterima pakai dalam situasi kesuntukan masa untuk menyelesaikan tawaf rukun sahaja seperti jemaah yang tidak dapat menangguhkan penerbangan pulang ke tanah air atau ke Madinah.

Yang terakhir ialah tentang niat bersyarat. Maksudnya suatu niat yang dikaitkan dengan sesuatu, iaitu jika berlakunya perkara yang dikaitkan itu, maka jemaah haji akan bebas daripada larangan ihram. Hukum niat haji dan umrah adalah harus.

Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah r.a.: Diba’ah binti al-Zubair masuk menemui Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan haji akan tetapi saya sakit. Maka Rasulullah bersabda laksanakanlah haji dan letaklah syarat tempat tahallulku adalah di mana aku terhalang,” - Riwayat Muslim

Sumber Dari:-
http://www.utusan.com.my/rencana/agama/masalah-haid-di-tanah-suci-1.335225



Isnin, 11 September 2017

SELAMAT PULANG JEMAAH HAJI MALAYSIA

Alhamdulillah selesai sudah ibadah haji Dhuyufur Rahman, sejak hari Khamis batch yang pertama dan beransur balik ke Malaysia.

Setelah 40 hari jemaah haji bermukim di Makkah dan Madinah maka tiba masanya untuk kembali ke tanahair yang tercinta. Bagi jemaah haji yang tiba lewat atau penerbangan dari Malaysia terus ke Jeddah pada waktu ni mereka semua bergerak sudah ke Madinah. 

Jemaah haji semua akan ziarah ke sana ziarah makam Rasulullah s.a.w. tempat-tempat yang bersejarah, Bukit Uhud menelusuri pengorbanan Nabi Muhammada saw dan sahabat, menyopping kat ladang kurma da menyoppin kat underground mall di sekeling Masjid Nawabi tu.Kalau dapat geng ada yang sampai ke Bukit Magnet tu..broom jer kereta tak payah tekan minyak tau.

Samada nak balik ke Malaysia atau nak berangkat ke Madinah perasaan setiap orang jemaah haji sama sahaja, sedih pilu nak tinggalkan bumi Makkah, sedih pilu nak tinggalkan Kaabah dan Medan Saie tu.

Bagi jemaah haji yang datang lewat masa ni dia orang semua pergi melawat Padang Arafah selepas musim haji, masjid Quba',  Jabal Nur dan Gua Thur bagi yang kuat tu dia orang mendaki sampai ke atas. Bas-bas juga disediakan untuk yang nak buat umrah lagi sebelum sampai masa berangkat keluar dari Tanah Haram.

Ketika lengang ini seronoknya bertawaf dan solat dalam Masjidil Haram, tak ada lagi jemaah haji yang kena langkah kepala masa sujud sebab dah lengang. Lalu kat Medan Saie pun kaki rasa sejuk giler sebab orang dah kurang dah.

Bagi yang sihat dan tiada keuzuran boleh bersenang-senang beriktikaf kat dalam Masjidil Haram tu. Perkara biasa ada jemaah haji yang batuk, selsema dan demam balik dari Arafah tu. Bak kata doktor kat sana ada berjuta virus masa musim haji tu tetapi tu bahagian masing-masing senang dan susah itu ketentuan Allah swt.

Jangan lupa thousand of thanks to kakitangan jemaah haji yang bertungkus lumus menyantuni jemaah haji semua. Terutama pasukan mediks dan petugas-petugas ronda tabung haji yang berbaju merah tu. Sentiasa jer ada kat dalam Masjidil Haram kot ada pakcik makcik yang sesat.

Perasaan rindu yang membuak-buak kat keluarga kat Malaysia mula datang kat jemaah haji setelah berakhirnya rukun Islam yang kelima.  Kalau tengok kat lobby tu berkotak-kotak orang pos barang balik Malaysia. Tengok jemaah haji sopping terfikir juga Malaysia bukan ke tengan ekonomi gawat nie.

Tapi Dhuyufur Rahman memang selalu dimurahkan rezeki 



Ya Allah jemputlah kami lagi ke Tanah Suci Mu sebagai tetamu Mu Lagi

kak hajjah - pakej pakaian umrah jimat.
Gambar ihsan Tabung Haji Official

Selasa, 5 September 2017

UMRAH MUSIM SEJUK 2017 - HADIAH UNTUK YANG TERSAYANG

Assalamualaikum dah lama tak share pasal offer dan promosi.

Malam ni nak kasi sikit kejutan kat semua bakal jemaah umrah musim sejuk 2017.  Disamping itu nak perkenalkan produk baru kami tudung lengan atau dipanggil juga Tudung Tawaf. 

Kenapa dipanggil Tudung Tawaf, tudung ni labuh sampai bawah punggung her, ada lengan bergetah jadi bila nak tawaf lebih mudah sebab tidak mengerbang. 

Jika telekung biasa agak lebar dan ada risiko tertarik bila berhimpit-himpit dengan jemaah umrah yang ramai.

Tudung yang ready stok dari material lycra yang berkualiti agak berat dan tidak nipis dan tidak panas InsyaAllah. 

Boleh terus solat sebab soft awning dan berdagu disitu, potongan badan macam abaya agak melebar.

Free size boleh muat sampai 2XL, untuk yang bersaiz 3xl dan 4xl kami open untuk tempahan ya. 

Untuk tempahan kami ada material moss crepe dan lycra dengan sarung tangan cincin tu sekali.

Selain putih dan hitam, kami ada warna-warna lain lagi seperti coklat, coklat gelap, creme, biru gelap, pink, dusty pink dan ungu

TUDUNG TAWAF HITAM
RM75.00 
FABRIK LYCRA

TUDUNG TAWAF PUTIH
RM75.00
FABRIK LYCRA
Untuk Bulan September ni kami ada pakej kombo special ya.

Dengan setiap belian Tudung Tawaf Hitam atau Putih @ RM75.00 sehelai.

Kami ada hadiah percuma:-

1. Kasut Tawaf Anti Slip - Bernilai RM12.00

Kasut Tawaf Anti Slip
2. Stokin 'Wuduk - bernilai RM15.00

Stokin Wudhuk Anti Slip

Berminat wassap/sms saya - Kak Hajjah
at 0192883235

atau www.wasap.my/6019-2883235
Apa tunggu lagi hadiahkan pada isteri, ibu dan saudara perempuan yang nak pergi umrah hujung tahun nie.

PROMOSI INI HANYA UNTUK BULAN SEPTEMBER 2017 SAHAJA YA.

Pos Laju Hanya RM10.00 sahaja, kita offer flat rate 1 Malaysia.


Isnin, 4 September 2017

UMRAH MUSIM SEJUK 2017 - GET READY PERSIAPAN UMRAH MUSIM SEJUK

Musim Haji 2017 @ 1438 Hijrah hampir melabuhkan tirai. Tahniah pada dhuyufur rahman semua. Minggu ini ada yang akan berangkat pulang. Selamat pulang kami ucapkan padan anda semua.

Apabila masuk bulan Muharram akan berduyun-duyun pula  jemaah umrah akan tiba ke tanah suci Makkah dan Madinah. Bukan sahaja dari Malaysia malahan penduduk tanah Arab juga akan sampai untuk mengerjakan umrah. 

Ada dikalangan sahabat Kak Hajjah sendiri dah menempah agent umrah nak pergi satu keluarga, bawa adik beradik dan anak-anak pergi. Seronok bila kita pergi satu famili buat umrah. Comel-comel jer tengok anak-anak kecil pakai ihram tu.

Pernah pergi umrah pertama tahun 2007 dengan Allahyarham pakcik bawa anak dan cucunya sekali pergi.  Badan bulat-bulat bila banyak berjalan mula melecet mulalah kena sewa wheel chair masa tu. Masa tu belum lagi ada renovation besar-besaran rumah tumpangn dengan Masjid dekat jer.

Sekarang dah mudah, anda boleh naik motosikal kat level atas ya sewa jer. Alhamdulillah kemudahan untuk orang yang uzur, orang kurang upaya dan orang-orang tua.

Travel-travel agent yang uruskan umrah pun sudah mula mengadakan kursus kat sana sini. Kalau ada yang masih mencari boleh tengok syarikat-syarikat dibawah ini. Memang sangat banyak travel yang uruskan umrah cuma ada perlu berhati-hati saya cuma senaraikan few names sahaja:-

1. KOPETRO - Anak Syarikat Petronas
2. Pandan Tiram - Cawangan Tiram Travel
3. Andalusia 
4. Rayhar
5. Gemilang Travel
6. Juara Travel
7. Tabung Haji Travel

Sila selidik dulu prestasi syarikat umrah yang kita pilih untuk elakkan penipuan. Hujung tahun musim cuti sekolat agak lebih sikitlah kosnya. Setiap apa yang kita infaq untuk Allah swt mesti ada balasannya.

Jangan bimbang setakat ini belum ada dengar lagi gi Umrah musim sejuk tu beku. Dia orang kata nyaman jer.

LIHAT PERSIAPAN KITA PATUT BUAT:-


Pilih fabrik yang sesuai tidak nipis atau tebal sangat untuk umrah. Tak perlu bawa winter coat, mafla, sarung tangan yang tutup semua tu. Jubah atau baju dari kain chiffon tu tak berapa kenalah rasa Kak Hajjah, anda boleh consider fabrik cotton, polyester atau kushboo. Lycra saya tak prefer sangat sebab kena buat longgar dan akan jadi berat bila dipakai.

Untuk koleksi umrah Telekungmusleema kami menggunakan fabrik cotton comb (kain tshirt), koshiboo dan prada king. Linen juga bagus tapi nanti nampak renyuk bila dipakai.


MINI JUBAH

JUBAH PUTIH HAJI

2. Tudung Labuh - 2 helai

Tudung Labuh kami mempuyai banyak warna yang sesuai tapi lebih fokus pada hitam dan putih sahaja untuk umrah.  Tudung Labuh saiz XL dan 2XL adalah lebih baik ya. Fabrik pula denim, cotton, lycra dan crepe juga sesuai. Lycra dipadankan dengan chiffon memang sangat awesome hasilnya sebab lycra agak melekat dan chiffon berfungsi dan cover dari nampak rapat sangat ke badan.

Tapi orang saiz kecil tak jadi masalah sebab fabrik yang dipakai untuk umrah apa pun kena sahaja dekat badan tu tak menampakkan susuk tubuh mereka.

Tudung sebaiknya berfungsi sebagai tudung dan telekung instant senang nak ziarah kemana-mana terus jer solat. So kami pun buat tudung yang soft awning dan ada dagu.

TUDUNG HITAM MOSS CREPE

TUDUNG PUTIH BUBBLE CREPE

3. Telekung - 2 pasang (1 pasang telekung + 1 telekung sahaja)

Telekung dah terlebih banyak pilihan kat pasaran jenama apa nak semua ada. Sekarang ada inovasi telekung yang ada  poket senang nak simpang barang-barang kecil. Nak fabrik cotton ada macam-macam cotton jepun, paris, tetron dan ima. Fabrik jersi pun ada, Fabrik denim pun ada. Lycra ada moss crepe anda lycra cotton dan ada lycra yang berat tu. 

TELEKUNG COTTON SULAM
You akan pening memilih sebab terlalu banyak pilihan. Nak yang labuh boleh pilih telekung biasa nak kurang labuh ziarah pun sesuai.  Kalau ada telekung ziarah boleh kurangkan bilangan tudung labuh tu.

3. Tudung Lengan atau Tudung Tawaf

Kelebihan tudung ni designnya seperti baju ada tangan dan tutup kepala macam hoodie.  Tak perlu pakai sarung lengan sebab dah ada cuff atau getah dihujung lengan tu. Baju ni ada kedut atau plet dekat dada supaya tak menampakkan bentuk dada, potongan macam abaya tapi tak der ketiak dan pendek  macam blouse sahaja.


Tunggu kami nak kasi anda offer best untuk tudung lengan nie tau.

4. Baju inner poket - 2 helai

Saya sangat rekomen pakai baju inner poket nie atau baju pagoda cotton Telekung Musleema untuk umrah. Sebab fungsinya boleh menyejukkan badan pada musim panas dan memanaskan badan pada musim sejuk. Sesuai sangatlah untuk umrah musim sejuk. Kita tak letak fan atau heater tapi kami guna fabrik cotton yang berkualiti dan serap peluh.



BAJU PAGODA 

 6. Kasut Tawaf dan stokin tebal - 2 pasang

Ini bukan wajib atau sunat. Tapi bawaklah sepasang tak mahal pun tapi sangat user friendly masa urusan umrah dan haji anda tu. Stokin tebal supaya anda tahan sejuk sebab aircond dalam Masjid memang kuat. Lagipun kita solat kat sana tak digalakkan guna kain telekung nanti orang pijak.

7. Seluar panjang

Kalau pakai jubah pun kena pakai seluar panjang bawalah apa saja fabric janjinya selesa. Seeloknya berpoket dan berzip ya untuk simpan barang. Jangan bawa seluar tipis nanti tak selesa pulak untuk umrah musim sejuk. Bawaklah yang sederhana tebal dan stretchy untuk mudahkan pergerakan anda,

8. Kain Ehram

Jemaah umrah lelaki paling senang bawa 1 set kain ihram, selipar yang tidak bertutup. Pakaian lain seperti seluar panjang, baju pagoda, baju melayu atau kurta 2 pasang dah mencukupi. Disamping pakaian dalam tu ikut keperluan masing-masing.




Nak Telekungmusleema Produk klik kat Link dibawah

KEPERLUAN HAJI DAN UMRAH

Ada Perincian Produk dan Harga di link tersebut

PERTANYAAN PRODUK WASSAP
KAK HAJJAH - 019-2883235


RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA