Ahad, 30 Julai 2017

THROWBACK - SAAT-SAAT KEBERANGKATAN MENUNAIKAN HAJI

Tadi pergi ziarah anak sahabat yang dapat menunaikan haji, bertuahnya mereka parents dah beringat sejak anak-anak masih kecil lagi. Sempat berbual jugak mengenai persiapan seperti orang-orang lain jugak beg masih belum kemas sepenuhnya lagi.

Pengalaman sendiri pun begitu, dapat panggilan last minit. Kemas beg lebih 5 kali, keluar masuk barang dan susun balik. Check list 3-4 kali. 

Mengimbau kenangan 2015, dua minggu sebelum tarikh berangkat sangat stress dan memenatkan. Beg besar nak bawak tak ada, nak kena beli. Adik ada offer beg dia tapi cuma 24 kg, barang-barang peribadi pun dah penuh belum kira barang-barang yang Kak Long kirim lagi.

Jangan lupa jahit label kat beg, sarung sajer tak memadai boleh tercabut nanti, masa balik beg akak dah bogel tak tau kemana sarungnya. So beli sarung yang macam belt lagi baguih.


Beg kuning nie berisi buku zikir, buku panduan, buku fiqh wanita dan cenderahati dari sponsor

Ambil cuti 2 hari awal dari tarikh berangkat nak sediakan semua barang-barang peribadi yang kecil-kecil. Beg kuning yang Tabung Haji bagi tu berisi vitamin, ubat-ubatan dan buku-buku doa dan panduan untuk bakal jemaah. Ada barang yang tiada macam botol spray wudhu. Set manicure pun beli juga tapi kan tak beli pun tak apa beli ajerlah ketip kuku dengan gunting kecil kat sana berlambak kat tepi jalan.Jangan lupa basuh dulu semua pakaian kita tu, jangan terbubuh softlan pulak nnt dalam ihram tiada bau-bauan. Lebih baik jaga dari awal so saya tak bawa apa pun yang wangi-wangi. Disini peluh pun tak derlah bau hangit macam kat sini. Cuacanya panas kering.

Bermacam-macam perasaan ada gembira, gementar dan takut. Pergi sorang-sorang tak ada pengiring. Walaupun ada ramai lagi jemaah dari Malaysia tetapi kita tak pasti samada room mate kita serasi tu sesuai ker serasi ker.

Sedangkan kita tau disana semua perkara kita kena jaga dari soal ibadah dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Nak jaga hati, nak jaga tutur kata dan perbuatan. Sangat membimbangkan.

Dalam masa yang singkat nie jugak, mum kat kampung organised kenduri doa selamat, seperti kebiasaan semua orang nak pergi haji. Alhamdulillah masih ada mum yang boleh fikir hal-hal lain.

Alhamdulillah for this time around my mum sanggup bersusah payah datang ke Kelana Jaya untuk hantar akak pergi. Eventhough kita pergi kerana Allah dan hanya Allah yang memisahkan kita. Tetapi mungkin ini perpisahan abadi bagi kita.

Tambahan dua hari sebelum berangkat berlaku tragedi crane runtuh. Alhamdulillah apa pun berlaku tekad dan bulat tak mungkin lagi untuk berundur.

Jiran-jiran pun tak ketinggalan berkumpul dirumah mengiringi kita, syukur seronok sebab kita rasa macam ramai orang yang sayang kita dan appreciate kita dalam kelompok kita.

Masa tahfiz laungkan azan rasa hilang segala kegundahan dalam hatimu. Hilang segala rasa takut dan gementar. Syukur ya Allah betapa besarnya anugerahMu.

Flight akak selepas tengah malam, adik, abang, kakak mak dan anak sedara pun ada yang tak dapat datang berkirim salam. Dia orang sahaja yang available , syukur Alhamdulillah. My office mate pun datang juga, duduk pun sebelah Office Tabung Haji.

Kami gerak dari rumah dalam pukul 9.00 malam sampai kat sana orang dah melaut, punyalah demam nak cari parking dan tempat duduk. Masa kat sini kami dapat tagging untuk bagasi, boarding pass, name tag, gelang ajaib dan handbag marah yang mahal giler tu.


Mahal nie RM10K

Masa kat sini mummy dah start banjir dah, siap meninggalkan pesanan penaja off course dia dapat pergi 2 kali gi haji kan. Dah banyak pengalaman. Kami pun ambil kesempatan wefie yang lain tak nak so biarkanlah.

Pukul 12.00 malam dah check in, dengar taklimat kat dalam dan naik bas ke airport. So the journey has begun. Thank you Allah aku rindu nak ke sana lagi. Best jugak naik Saudi Air nie tapi yang bawa dan kakitangan semua orang Malaysia.

Perjalanan mengambil masa 7 jam ada dua kali meal so solat Subuh dalam flight, i’m escapre masa pergi ni tengah uzurkan..Sampai di Qarnul Manazil pengumuman untuk niat ihram umrah.

Tahun ni dengan kabor bukan Saudi Airline tetapi anak syarikatnya yang akan membawa sebahagian dari jemaah haji kita.

Susah atau senang pengalaman adalah ujian dari Allah swt. Semoga Haji dan Hajjah bertabah dan dapat menunaikan haji yang sempurna dan dapat haji mabrur.

Rabu, 26 Julai 2017

MINI JUBAH HAJI PELBAGAI GUNA DAN GAYA

Alhamdulillah sampai saat ini permintaan untuk mini jubah cotton tshirt kami masih mendapat sambutan. Walaupun dah ada penerbangan masih ramai lagi yang mencari barang-barang keperluan haji kami.  

Terimakasih atas sokongan anda semua, kami sedaya upaya memperbaikki untuk memastikan anda selesa dengan mini jubah kami. Untuk musim haji ini, Kak Hajjah dah dapat stok mini jubah hitam sepasang dengan seluar warna hitam.

Syukur ramai yang pilih hitam dan putih ini. Feedback dari jemaah umrah dan pengalaman sendiri selesa sangat bermini jubah ini.

Kita boleh bersolat,bertawaf dan saie. Oleh kerana kita masing-masing akan banyak berjalan jadi dengan memakai seluar ni memudahkan pergerakan kita.

Kak Hajjah selalu syor take one size bigger dari baju -baju yang lain untuk menambahkan keyakinan pada diri sendiri yang baju kita tu tak ikut pergerakan tubuh ya.  Pernah seorang jemaah yang beli mini jubah putih baju saiz 2xl sedangkan dia hanya pakai saiz L. Bila Kak Hajjah cuba confirm sekali dia kata memang selesa pakai baju besar dan longgar tu sebab bila dia pakai dah atas buku lali. Saiz besar lagi kembang. Kata beliau musim haji lepas memang dia beli baju besar, dan sekarang dia nak beli lagi satu untuk pakai masa umrah pulak.

Untuk Umrah kami memang menerima tailor made mini jubah sekiranya saiz ada extra besar atau extra kecil sebab jemaah umrah boleh plan tarikh nak pergi. Jadi sekiranya memang masih ada masa kami akan accept order.

Fabrik kami dari jenis comb cotton gred A ya. Pakaian kami dijahit untuk keselesaan pemakainya.  
Setiap mini jubah ada poket atas dada atas tujuan safety untuk menyimpan barang-barang peribadi.
Hujung lengan dijahit bergetah supaya wudhuk friendly
Seluar panjang juga mempunyai poket berzip.

Kelebihan kain jenis cotton comb ni dia lebih strectable, memudahkan peralihan pergerakan dari satu perbuatan ke satu perbuatan yang lain.

Untuk melontar sangat best memakai mini jubah ini sebab anda senang nak melontar. Perjalanan yang agak jauh tu lebih selesa bila memakai seluar panjang dari memakai jubah atau kain.


GAMBAR HIASAN


Satu set persalinan untuk pakaian haji kami adalah:-
1. 1 helai mini jubah - dari RM55.00
2. 1 helai seluar - dari RM35.00
3. Telekung (atas sahaja) - dari RM65.00
4. Sarung Lengan - RM10.00
5. Stokin solat @ stokin wudhuk - RM10.00 - RM15.00
6. Kasut Tawaf - RM15.00

Jumlah = Dari RM190.00 (TIDAK TERMASUK POS)

Sekiranya anda memilih jubah pula :-
1. 1 helai jubah - dari RM70.00
2. 1 helai seluar - dari RM35.00
3. Inner poket - RM18.00
4. Telekung (atas sahaja) - RM65.00
5. Sarung Lengan - RM10.00
6. Stokin solat @ stokin wudhuk - RM10.00 - RM15.00
7.  Kasut Tawaf - RM15.00


Jumlah = Dari RM223.00 (TIDAK TERMASUK POS)



Nak order wassap@sms@call saya

KAK HAJJAH

CONTACT NO - 0192883235


Isnin, 24 Julai 2017

TIMBANG RASA DAN KERJASAMA KUNCI KESELESAAN SEMASA HAJI

Semalam Kak Hajjah menghantar sahabat dan keluarga yang nak berangkat menunaikan haji. Alhamdulilah setiap tahun ada sahaja anak kariah kami yang dapat menunaikan haji.

Masa kenduri doa selamat yang pertama Kak Hajjah tak dapat hadir sebab sama serentak dengan kenduri doa selamat untuk kakak yang nak gi menunaikan haji.

Bila tengok orang berangkat pergi haji rasa sayu dan sebak teringat pengalaman kita pergi dulu. Kalau lah dapat gi lagi alangkah seronoknya. Allahu Akbar.

Orang yang nak pergi haji ni saat-saat akhir tak lalu dah nak makan-minum macam orang nak kahwin jugak ha ha. Cemas, sebak, rasa takut pun ada nak menyertai jutaan manusia. Tapi jangan bimbang  dicelah-celah jutaan manusia itu ada ruang untuk kita. 

Kalau anda seorang yang ringan tulang dan manis mulut lagilah dapat ramai kenalan. Nanti anda akan dapat rakan sebilik ada yang tua dan ada yang muda dan yang pertengahan umur. Supaya anda boleh bantu membantu.  Percayalah ada pahala untuk anda jika suka saling membantu.

Sekecil-kecil bantuan tolong ambil kan makanan untuk kawan-kawan. Mungkin buleh tanya dia orang nak makan ker tak. Selera masing-masingkan, tapi kalau dah ramai elok pulak berkawan-kawan tu rasa sedap jer semuanya.

Ada yang rajin buat air minuman, yang penting jangan selfish. Jangan buat macam rumah sendiri tu rumah orang kita hanya tetamu senja marilah menghormati satu sama lain. Berat dugaan duduk ramai-ramai untuk jangkamasa yang lama. Macam kita masuk rumah sewalah 42 hari tu tak sempat mesra dan kenal hati budi pun. Tapi kalau dapat yang jenis berlapang dada dan sabar, 2 - 3 hari dah jadi kawan baik dah.

Kalau anda bertimbang rasa dan berkerjasama semuanya akan jadi lebih mudah untuk semua orang. Kak Hajjah tabik spring dengan semua kakitangan tabung haji dan petugas haji. Dia orang ni bekerja keras untuk jaga semua orang. 

Anda sahaja arahan sebab tu untuk kebaikan anda semua jemaah haji.  Kakitangan tabung haji dah mula menguruskan jemaah haji sejak di Kelana Jaya. Rasa sangat terharu bila kita disambut sejak di Kelana Jaya, naik bas siap ada escort lagi selama ni tak pernah dapat kena escort dengan polis trafik.

Sampai kat KLIA disambut lagi, tiba di Jeddah ada yang menunggu.  Turun bas sampai kat maktab berbaris pegawai yang menunggu. Allahu hebatnya sambutan manusia.  Apalagi para malaikat yang menyambut dan mendoakan perjalanan semua Jemaah Haji. 

Belum tentu kita dapat haji mabru atau tak sebab hanya Allah taala yang tahu.  Kalau hamba Allah mengalukan betapa pula malaikat dan Allah swt yang menerima setiap detik kehambaan umat manusia.

naik bas ke KLIA

Pegawai Tabung Haji 
Check In 

Petugas tengah check in Jemaah
Taklimat Jemaah Haji
Gambar Ihsan Tabung Haji Official

Jumaat, 14 Julai 2017

PERJALANAN HAJI 2017 - KENDURI DOA SELAMAT DAH MULA

Kakak Hajjah dan Abang Haji dah ramai yang dapat flight detailnya. Di sana sini dah mula kenduri doa selamat untuk mengerjakan haji. Kabarnya  23hb Julai mulanya pernerbangan haji untuk 2017.

Di kejiranan Kak Hajjah pun ada sahabat yang dapat menunaikan haji pada tahun ni, kakak saya sendiri pun dah dapat menunaikan haji penerbangan beliau pada 25hb Julai jam 12.58 pagi.  Jangan terkeliru bila kena lapur diri selepas tengah malam terutamanya bila kat surat tu tercatit 12.58 am selepas tengah malam hari.  Minggu ni balik kampung buat kenduri doa selamat

Check betul-betul ya sebab orang nak pergi haji bila sampai stage akhir dia dah jadi gemuruh atau nerbes kata orang tu. Orang utara kat gelibang gelibu dah..pengalaman sendiri lah tu.  Masa ini peranan keluarga terdekat dan orang serumah tu penting jangan kasi lebih pressure kat dia orang. Nanti meleleh air matalah pulak. 

Balik bab kenduri doa selamat tu, ada yang buat kat rumah dan ada yang buat kat surau. Tak kesahlah kan kat manapun. Kita yang dijemput marilah pergi ramai-ramai untuk mendoakan bakal-bakal duyufur rahman kita nie. 

Kalau kat kampung tu ada 4 - 5 orang yang dapat penuh lah itinerary pak imam dan caterer nak membantu tuan rumah ni.
ihsan google
Kenduri Doa Selamat

ihsan google

Zaman sekarang kenduri buffet jer dah tak ada kakitangan nak tolong
orang muda kecuali anak tuan ruman tak suka gi kenduri

ala carte @ hidang

Zaman dulu-dulu masa akak muda-mudi merasa lagi hidang ni
Orang sekarang panggil ala-carte
Alhamdulillah saya masih ada mak, jadi mak saya yang handle pasal kenduri.  Walaupun umur dah 70 tahun lebih pasal kenduri-kendara memang beliau event manager yang hebat. Macam saya kata memang dah tak nak tahu benda-benda kecil, mindset tu dah fikir kat Kelana Jaya jer.

Kalau kat Malaysia ni tradisi orang Melayu masa kenduri ni banyaklah salam kaut, tapi kami bakal haji tak harap tu semua. Kami harapkan kehadiran sahabat dan sedara untuk mendoakan dan bermaaf-maafan kita nak sebelum pergi tu kita dah lepaskan segala-galanya yang terbuku dalam hati tu. 

Tapi kalau anda boleh membantu dengan seikhlas hati apa salahnya, saya pernah mendengar masa kursus-kursus haji ada jemaah yang beban kewangannya agak ketat. Mungkin sumbangan anda tu boleh membantu keluarganya yang tinggal di Malaysia. Maklumlah tukaran sekarang pun tinggi ringgit dah mengecil.

Lagipun mudah-mudahan pemberian kita yang ikhlas tu dapatlah kita berkongsi pahala. Nanti bila balik penuhlah tu goodie beg buah tangan untuk sahabat handai, Kak Hajjah dan Abang Haji jangan beratkan beg dengan buah tangan untuk orang yang tinggal, kami cuma harapkan kalian semua sihat dapat beribadah dengan baik. Kalau umur panjang kita berjumpa lagi.

Kalau ini pertemuan kita yang terakhir semoga kita bertemu di Jannah. Jika bukan kalian, mungkin kami yang tinggal ni pergi dahulu.


Isnin, 10 Julai 2017

KURSUS HAJI PERDANA SANA-SINI

Kursus haji perdana baru sahaja berakhir semalam.  Kak Hajjah sharekan gambar-gambar sekitar Kursus Haji di Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Seronoknya tengok Kak Hajjah tak merasa kita dapat panggilan akhirkan. Memang packing and go sahaja.

Mudahan semuanya dapat melakukan ibadah haji dengan lebih baik ya. Esok kita share gambor kita yang real punya.








Sabtu, 8 Julai 2017

SYAWAL BULAN RAPATKAN SAF

Rapatkan saf tertarik dengan tagline TV ALHijrah.  Kenapa nak rapat-rapat? Dalam solat jemaah imam selalu suruh supaya kita rapat-rapat jangan putus saf jangan ada ruang. Bahu bertemu bahu, bab kaki pun kena tapi kita ni macam-macam saiz badan ada buleh jaga bahu tu rapat dan bolos sudah terbaik dah tu.

Kesiannya bila ada jemaah yang agak tegar nak berdiri rapat-rapatkan?  Pelik sepatutnya pandang kiri dan kanan tengok ada ruang tak yang kosong bolehlah bergerak ke kiri dan ke kanan nak rapat-rapat. Ini tak pandang belakang tengok orang belakang bergerak kehadapan untuk penuhkan ruang yang lompong tu.

Hinggakan ada kejadian budak kecik buleh berjalan diantara saf-saf buleh merangkak di antara saf-saf bayangkan betapa longgarnya saf. Semua jemaah bukan budak-budak tetapi orang dewasa!!! Sampai begitu sekali Allah swt nak bagi pengajaran betapa buruknya saf jemaah kat tempat berkenaan.

Tepat sangat macam tagline kat tv tu orang tu bukan ada masalah kaki tetapi masalah hati.

Bila bahu bersentuhan selalu tak kan hati tu beku betul tak? Solat jemaah 5 waktu berdiri rapat-rapat tak kan tak kenal siapa dikanan dan dikiri kita. Mesti kita kenal saudara sejemaah kita kan? Ukhwah terjalin dan wujudnya kesatuan hati dan kesepakatan. Barulah berkembang jemaah kat suatu kariah tu.

Bulan Ramadhan kita bersesak dan berhimpit-himpit merapatkan saf dari 1 Ramadhan hinggalah akhir 29 Ramadhan. Pesta ibadah hingga lewat pukul 11.00 malam, bersambung tadarus dan qiam. Masjid surau penuh walaupun tak sesak dihujung Ramadhan tapi masih meriah. Amalan baik berganda-ganda, sedekah mencurah-curah. Tapi dimana kita bila Syawal datang. 

Masjid Surau jadi lengang, jemaah kembali hanya dua saf sahaja. Kuliah maghrib tak sampai pun 15 orang yang mendengar.

Apakah selama 30 hari kita bertungkus lumus memeriahkan rumah Allah swt tu tidak menjadi medan tarbiah untuk kita berubah. Kenapa selepas Ramadhan kita masih orang yang lama. Apakah sebenarnya kita ini orang yang gagal. Syawal bulan kemenangan apa bila kita masih di takuk lama maksudnya kita gagal lagi.

Mari kita fikir-fikirkan apakah kejayaan tu hanya dengan pakai baju baru, solat aidilfitri sahaja, berkonvoi berhari raya selama 30 hari cukup.

Jangan biarkan dalam kemeriahan Syawal kita kembali kepada sikap yang lama. Mari kembali ke rumah Allah untuk merapatkan saf.

Walaupun semua sibuk ber"open house" dalam bulan Syawal, mari kembali meriahkan masjid dan surau kita sampai kita rasa lelah sangat beribadah dan tuntut ilmu. Penat lelah kita tu hanya satu hari setengah sahaja dalam kehidupan akhirat nanti.

Peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Rabu, 5 Julai 2017

KENAPA ORANG SUKA PAKAI TELEKUNG HITAM GI HAJI ATAU UMRAH - PROMOSI SYAWAL


HARGA RM100.00 - TELEKUNG SAHAJA
MUKA FREE SIZE


PROMOSI SYAWAL KAMI HANYA RM85.00 SAHAJA 
TELEKUNG SAHAJA TIADA KAIN

KAIN JENIS COTTON TINGGAL SIKIT JER LAGI

WASSAP KAK HAJJAH - 0192883235


 Masa bulan Ramadhan ramai yang mintak Kak Hajjah telekung hitam maaf tak sempat nak disiapkan ya. Order banyak sangat terpaksa queue dulu. Alhamdulillah slightly sebelum Raya tu dapatlah disiapkan.

Mesti tertanya-tanya kenapa suka sangat pakai telekung hitam ni. Pendapat Kak Hajjah warnanya gelap tak risau telekung kita tu jarang ker apa. Pakai serkup kecik dah boleh terus solat. Yang penting jangan berbayang tengkuk tu. Kain telekung tu jangan jenis yang lekat ker badan.

Nak gi haji ramai lagi orang cari telekung hitam, pernah gak tanya kenapa? Kawan-kawan kata senang nak masuk Raudhah boleh selit-selit celah minah-minah arab dan pakistan tu. Dia orang ni suka sangat pakai hitam. Kalau dapat masuk dia solat dan duduk lama berdoa sampai menangis-nangis kot.  Nangis-nangis tu normal memang mudah tersentuh bila nampak Kaabah dan Raudhah tu.
Warna putih dan hitam jugak adalah sunnah Nabi s.a.w.juga kan.


  • Telekung hitam ni kami ada dua jenis fabrik cotton dan jersey tu.  
  • Kain jenis cotton satin berkilat sikit, kain sejuk dan nyaman dipakai.
  • Kemasan kepala ada renda kain lace dan hujung telekung jugak kemasan kain renda lace.
  • Muka telekung bergetah dengan dagu dari kain lycra untuk lebih memeri.
  • Labuh 31 -32 inch dari dagu 
  • Labuh belakang 47 inci.
WASSAP KAK HAJJAH - 0192883235
UNTUK BELIAN

Selain telekung hitam kami juga ada stok telekung cotton smocking dan telekung putih jersey DAN telekung warna jersey. Harga berbeza mengikut jenis kain ya.

TELEKUNG JERSEY DARK BROWN
RM89.00 DENGAN KAIN
MUKA FREE SIZE



TELEKUNG JERSEY LIGHT BROWN
RM89.00 DENGAN KAIN
MUKA FREE SIZE

TELEKUNG JERSEY LIGHT BROWN
RM89.00 DENGAN KAIN
MUKA FREE SIZE

PROMOSI SYAWAL HANYA RM75.00 SAHAJA

ADA LAGI DENGAN BELIAN RM150.00 ANDA LAYAK MENERIMA FREE GIFT DARI KAMI
SAMADA KASUT TAWAF@STOKIN WHUDUK @ STONGAN BIASA

WASSAP KAK HAJJAH - 0192883235

Selasa, 4 Julai 2017

KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: TIPS-TIPS UNTUK PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI - MAKAN...

KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: TIPS-TIPS UNTUK PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI - MAKAN...: OK mari kita sambung tadi kita dah share pasal vitamin dan ubat-ubatan know kita check out pulak pasal makanan kering.

Bila duduk tempat orang lama-lama tekak jadi sendu nak makanan, bila bawak sambal garing che nor ker serunding ker seleralah korang nak makan.Nak masak tak ada dapur, barang basah memang boleh nak cari kat setengah-setengah maktab tu ada kedai runcit.

Isnin, 3 Julai 2017

ESOK KITA MULA POSTO-POSTO YA.

Assalamualaikum, hari ini kita mula posto-posto ya. Terima kasih sesangat pada adik kakak yang wassap Kak Hajjah masa cuti raya. Mereka semua sangat understanding gitew. Sudi menunggu kita balik ker kota raya ini untuk delivery.

Sebenornya Kak Hajjah bila balik kampung tak der standby sikit pun stock kat dalam kereta. Kereta yang comel tu bila balik kampung kena kosongkan sebab dia nak bawak balik kuih muih dan cik kerepek ku. Raya kali ini balik dengan anak buah dan kakak iparku sayang.

So stock bila balik ke Kuala Lumpur sahaja saya dapat confirmed kan mana stok yang ada. So pada yang buat bayaran nanti kita mula delivery esok ya. Sabarg no.

Ada yang mintak kita delivery kan mini jubah, inner lelaki dan perempuan, stokin wudhuk, kasut tawaf dan telekung.

Terimakasih sangat for your support hingga ke hari ini.  InsyaAllah kami cuba bantu anda sebaik yang mungkin

Delivery seperti biasa masih setia dengan Cik Pos Laju tu. Harap-harap lepas raya maintain laju tu ya.

TELEKUNG POLOS
ZIARAH DAN TELEKUNG SOLAT

KASUT TAWAF

Ahad, 2 Julai 2017

KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: TIP-TIPS PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI - KEPERLUAN PE...

KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH - PAKEJ JIMAT: TIP-TIPS PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI - KEPERLUAN PE...: Saya nak kongsi sikit mengenai barangan peribadi para hajah yang patut di ambil perhatian. Satu cadangan boleh ambil jika relevan dengan ba...



Kak Hajjah move balik post ke tops supaya adik dan kakak semua boleh refer balik..kalau berguna untuk anda.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA