Isnin, 12 Jun 2017

Ramadhan 17hb - Al-Quran diturunkan.

Bulan Ramadhan dah berlalu 17 hari, tak lama lagi Ramadhan akan tinggal kan kita.  Setelah 17 hari berlalu sepatutnya sudah boleh muhasabah diri setakat manakah amalan kita? Istiqomah kita dalam merebut ganjaran infinit dalam bulan Ramadhan ini.

Hari ke 17, adakah Quran kita sudah 17 juzuk. Kak Hajjah, sempat mengikuti program muslimah sepanjang Ramadhan. Tahniah untuk kaum muslimat sangat hebat majlis tadarusnnya di mana-mana Masjid di Wilayah Persekutuan ini sebelah pagi dipenuhi dengan kaum muslimah yang bertadarus secara berjemaah.

Siang tadi sempat mengikuti Kuliah Zohor seorang penceramah muda dari Sabah, seronok sangat anak muda ni pandai berpidato dan pandai mengawal pendengarnya. Beliau mengatakan Ramadhan perjuangan melawan nafsu makan, nafsu tidur, nafsu nak sopping dan nafsu mengumpat.

Bulan Ramadhan semua orang berlumba-lumba jaga ibadah, jaga ibadah puasa, jaga solatnya dan jaga Quran. Bulan ni masing-masing berlumba-lumba berqiammulail, bersedekah dan berinfaq. Selama 30 hari ini adalah bulan tarbiah yang sepatutnya akan mendidik kita untuk 11 bulan akan datang.

Tetapi menurut beliau ramai yang kecundang dalam perjuangan ini, kerana apa? Kerana tidak sabar! Tidak kuat iman untuk berjuang. Itu baru berjuang dalam Bulan Ramadhan, berjuang melawan nafsu dan kelaparan. Cer fikir camana ya orang Syiria dan Afrika tu yang tiada apa nak dimakan dan berbuka puasa dalam keadaan bom meletup kiri kanan. Kita kat sini masih boleh duduk makan dengan juadah penuh meja.


Cuba lihat malam pertama Ramadhan, solat tarawih sampai melimpah keluar hingga ke ruang makan. Saper dapat duduk kat dewan solat tu, alhamdulillah dingin.  Saper duduk kat luar alamat main kipas dengan kain telekung lah.

Malam kedua Ramadhan dah boleh masuk sikit semua walau sempit-sempit. Malam ketiga Ramadhan sudah ada ruang longgar kat dalam dan seterusnya makin sikit dan sikit.  Tu pun 8 rakaat jer kebiasaan kat bandar-bandar tetapi dengan bacaan surah-surah panjang. Saper tak tahan carilah kerusi atau solat duduk tiada halangan untuk solat-solat sunat kalau kita tidak mampu berdiri cuma pahalanya kuranglah.

So kita tanya lagi kat diri tu baru bab solat tarawih camane bab tadarus Quran ataupun baca Quran sendirian. Dah mula ker?  Sedangkan kelayakan untuk dapat malam lailatul Qadar yang Allah swt janjikan tu. Solat fardhu dan puasa, solat sunat tarawih, baca Quran, berqiammulail setiap hari. So menurut guru Kak Hajjah tu semua ulama' muktabar sepakat tiada khilaf pun.


Kita puasa lebih kurang 12 jam, orang -orang kat Norway puasa 21 jam, Kat Eropah 14 jam lebih kurang. Kak Hajjah berkenalan dengan Kak Zarina dari Penang yang menetap di Oslo, Norway suaminya orang Islam Norway. Bulan Ramadhan ramai orang-orang muslim balik ke negera asal mereka kerana puasa di Norway panjang sampai 21 jam. Kalau orang yang jiwa kental ni memang hebat untuk buat ibadah, 21 jam doa kita makbul . Allahu Akbar. Orang-orang biasa macam kita lari cabut balik negara sendiri. 

Kita tanya diri kita, umat Nabi Muhammad s.a.w umurnya pendek jer berbanding dengan umat terdahulu, bayangkan kita mendapat Malam Lalilatul Qadar, malam seribu bulan  masyaAllah dan amalan yang diterima semua Subhanallah kitalah hamba Allah yang paling beruntung.

Kat Wilayah Persekutuan ni masuk jer Ramadhan panas melenting-lenting tiap hari, saya sendiri pun tak sanggup nak berada di luar lama-lama. Bila habis tugasan sebelum zohor cepat-cepat balik dan cari ruang tidur siang nak cover malam nanti tak lah sangap masa berada di Surau. 

Alhamdulillah sekarang ini hujan mula turun, mudahan mampu mengurangkan jerebu siang hari. Mudahan hujan yang turun bukan excuse untuk kita turun mengimarahkan rumah-rumah Allah swt.

SELAMAT REMPIT CARI MALAM LAILATUL QADAR

#OFFER TELEKUNG COTTON SEMPENA RAMADHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA