Selasa, 11 April 2017

KURSUS INTENSIF HAJI

Kursus Haji yang 16 siri dah habis, now semua yang dah dapat tawaran haji sudah mula menyertai kursus intensif haji.

Kuala Lumpur - Kursus Intensif haji di

Masjid Muqarrobin - dah selesai
Masjid Khalid al Walid - 15/4/2017 - 16/4/2017,29/4/2017 - 30/4/2017, 13/5/2017 - 14/5/2017
Masjid Al Ghazali - 22/4/2017 - 23/4/2017

Putra jaya - Kursus Intensif haji di
Auditorium Masjid Putra jaya - pada 6/5/2017 - 7/5/2017
Sekolah Alam Shah - 13/5/2017 - 14/5/2017

Labuan - Kursus Intensif Haji di
Masjid Jamek An-Nur - 29/4/2017 - 30/4/2017


Kak Hajjah berniat nak join bukak booth jugak tapi disebabkan masalah kesihatan dan keluarga Kak Hajjah terlupa nak apply. Hmm tak der peluang lagi tu.

Kepada bakal jemaah haji tahniah dari kami ya. Semoga umrah dan haji anda mabrur jangan risau terlebih. Rata-rata semua bakal jemaah haji risau mengenangkan situasi yang mereka akan hadapi dalam jutaan manusia yang berada di tanah suci.

Pesan Kak Hajjah walaupun macam semut lautan manusia, ada ruang untuk anda dalam lautan jemaah haji tu. Berdoa dari sekarang apa sahaja yang jemaah haji hajati, minta Allah swt permudahkan dan diberi kesihatan yang baik. Sekurang-kurangnya jemaah haji ada banyak masa buat persedian fizikal dan mental. Berbanding jemaah haji yang dapat tawaran last minute tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA