Khamis, 23 Februari 2017

7 KHASIAT KURMA

Assalamualaikum sekarang ada bermacam-macam jenis kurma yang masuk ke Malaysia kan?

Dulu masa kita kecik-kecik kita cuma jumpa kurma bulan Ramadhan jer, bulan lain tak kan jumpa. Tapi sejak 4 -5 tahun nie kita boleh jumpa kurma sepanjang tahun. Dah ramai yang menyedari khasiat kurma.

Apatah lagi bila sekarang promosi untuk makanan sunnah nie sangat meluas.  Dulu kita tak pernah tahu dan mengkaji khasiat-khasiat kurma tetapi setelah dikomersilkan ke dalam industri kesihatan makin meletops lah permintaan makanan berasaskan kurma ini.

Mari kita share sikit khasiat kurma yang anda patut tahu


Apa Yang Kurma Boleh Bantu Anda

Kurma Tangkai Faberet Masa Bulan Ramadhan

Kurma (Phoenix dactylifera) merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik.

Dalam kita suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.  Kurma diketahui mempunyai kebaikan seperti berikut:-

1.  Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
2.  Kaya dengan serat da potassium
3.  Penguat memori
4.  Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5.  Penawar Racun
6.  Merawat Penyakit
7.  Mengubati gangguan usus dan sembelit

Kalau anda ada masalah gastrik letak sebekas kecil kurma dalam beg dan bawalah bersama untuk alas perut yang kosong.

Sunnah Nabi s.a.w bersahur dengan kurma dengan mengambil 3 angka yang ganjil.  Wallahu A'lam.

Ahad, 19 Februari 2017

FREE POS UNTUK TELEKUNG COTTON


 ASSALAMUALAIKUM adik kakak semua, apa kabar anda?

Untuk minggu gaji bulan February ni kami nak offer free pos pada setiap belian telekung cotton smocking ya.

Bermula dari 20hb February hinggalah 29hb February. Jangan lepaskan peluang ini ya anda boleh pilih,


  1. Telekung Cotton Smocking plain
  2. Telekung Cotton Smocking bunga sulam
  3. Telekung Cotton Smocking cotton jepun
  4. Telekung Cotton Lace Kami yang terkini.


So anda boleh pilih telekung cotton mana yang anda suka, confirmed bayaran, beri alamat dan kami akan pos. Tapi dalam Malaysia sahajalah ya.

Our telekung cotton ready dengan lapik dalam dan jahitan muka yang kemas tidak memerlukan anda memakai anak tudung lagi.

TELEKUNG COTTON BUNGA SULAM
ATAS  SAHAJA

RM95.00

TELEKUNG COTTON SMOCKING POLOS
DENGAN KAIN SARUNG

TELEKUNG COTTON SMOCKING TETRON - RM95.00
TELEKUNG COTTON SMOCKING PREMIUM - RM130.00 -
TELEKUNG COTTON JEPUN SMOCKING - RM170.00

Muka selesa tak perlu pakai anak tudung lagi, 
whatsapp kak Hajjah 0192883235

telekung awning lace 


Telekung Ima cotton
Labuh depan 45 inci
Kain Cotton Yang Halus 
Less Iron

RM130.00
Telekung Sahaja

Muka selesa tak perlu pakai anak tudung lagi, 
whatsapp kak Hajjah 0192883235



Khamis, 16 Februari 2017

KAK SAYA NAK TUDUNG CHIFFON UNTUK UMRAH

"Kak, saya nak gi umrah nak tudung yang labuh dan besar", 

"Cuba try tudung baru akak ni sedap tak pakai?''  Ok jer ni nak adjust sikit mukanya"

Dialog biasa bila gi buat promosi, walaupun tak der model cung menghiasi produk tudung kak hajjah,syukur sesangat dah mula diterima oleh sahabat-sahabat.

Nak buat produk tudung baru bukan mudah, try and error banyak kali tu baru jadi kain ni lembik, kain tu nipis, hiasan macamana pulak nak buat.

Kak Hajjah, tudung memang plain hiasan pun setakat kun tepi dan renda sahaja kalau nak tudung berkelipan adik-adik cari yang kilang punya.  Tak dekat dik non kalau nak tambah accessori bagai tu. 

Sekarang Kak Hajjah tengah seronok buat projek tudung chiffon ni selesa sangat pakai tak der kesah berbayang ker ber bentuk ikut badan. Kalau suka labuh boleh sampai 2XL. Tak suka labuh, tudung M kak Hajah pun dah labuh kalau orang kecik.

Ada yang nak tudung xl 3 layer, bereh ya kakak. Seronok dia dah dapat tudungnya.

Hari ini der yang order untuk buat telekung lagi, Kak Hajjah layan ayer asalkan dia orang happy.

Tudung Umrah Kak Hajjah Hitam dan Putih, warna lain upon request ya.




Rabu, 15 Februari 2017

Handsock Comel Melengkapi Busana Anda

Hallo!!! Hallo!! Assalamualaikum uolls.

Kak Hajjah nak beritau adik-adik kami dah keluarkan handsock baru yang comel sekali untuk melengkapkan busana muslimah adik-adik semua ya. Comel sesangat handsock cotton.

Kak Hajjah pilihkan warna-warna yang pastel dan sweet semua untuk anda supaya anda suka ketika memakainya. 

Kebanyakan busana muslimah sekarang alhamdulillah sudah loose dan besar, tetapi adakalanya lengan baju tu besar dan fabrik di tangan tu agak jarang untuk menambahbaikkan sarung handsock comel ini.

Kali ini kami bawakan handsock panjang hingga atas siku dan handsock comel dalam 6 - 7 inci panjangnya. 

  • Handsock yang panjang dijahit ruffle supaya nampak lebih elegant lagi.
  • Handsock yang panjang ini design untuk lengan yang small to medium. 
  • Panjang Handsock hingga atas siku dan dijahit getah yang longgar di pangkal lengan supaya tidak melorot.


Handsock ruffles hitam

Handsock Kelabu
Handsock Light Brown


Handsock Renda Lace

  1. Panjang 6 - 7 inci
  2. Renda Lace
  3. Fabrik Cotton 
  4. Pangkal Lengan bergetah
Handscok royale Blue and dusty pink



Handsock Offwhite dan Brown

Handsock Hijau Mint dan Kelabu

Handsock Biru Turqoise dan Black


Jumaat, 10 Februari 2017

PUAN SAYA TEMPAH MINI JUBAH UNTUK UMRAH HAJI

Assalamualaikum bizi nya sampai tak sempat nak update aktiviti perniagaan akak.  Sejujurnya akak tak berapa gemar nak share cerita family kat media sosial sekarang ni zaman orang bijak pandai macam-macam orang boleh buat. So mbik lah langkah berwaspada.

Kak Hajjah dapat banyak inquiry untuk mini jubah  haji dan umrah saiz-saiz plus size lately.  Tapi sayangnya tempoh untuk tempahan itu sangat singkat jadi kami terpaksa menolak.  Ada yang tanya minggu ini nak berangkat minggu depan. Minta Maaf sangat kaki tangan kami tidak cukup untuk menyiapkan adhoc tempahan ya.  

Kami memang sangat bersedia untuk membantu kakak dan adik hajjah semua. Buatlah tempahan mini jubah awal supaya anda tak kelengkapan kabut ya. Kami InsyaAllah akan bersedia memberi hasil yang terbaik. 

Sediakan kami ukuran baju yang selalu anda pakai dan provide kami masa untuk sediakan tempahan anda. 

Dari testimony kami mereka sangat berpuashati dengan hasil kerja team kami.  ANDA BOLEH KLIK MINI JUBAH UMRAH untuk lihat testimony kami or boleh gi ALBUM MINI JUBAH


Khamis, 2 Februari 2017

BILA HARGA PETROL NAIK LAGI

Bertahun-tahun kita selesa dengan harga petrol yang dikawal subsidi oleh kerajaan. Sejak setahun dua ni harga petrol bukanlah lagi subsidi, harga barang mula tak menentu. Selalunya harga barang akan naik bila harga petrol naik. Sana sini semua orang akan bising-bising bila petrol naik.

Masa harga petrol turun tak der satu barang pun turun harga. Masa petrol turun kita terpaksa pulak telan GST.

Ada orang-orang yang positif bagitau "GENG SOLAT TEPAT WAKTU', GENG SOLAT TAHAJJUD'. Macam-macam acronym. Teringat pesan guru saya sejak kita kecik sampai tua ni ada ker masanya harga barang turun. Melainkan naik dan terus naik. Mengikut perkembangan ekonomi semasa.

Harga barang makanan jangan ceritalah melambung harga ikan kembung pun melantun sampai rm20.00. Nak makan sotong dan udang telan-telan air liurlah kalau dan rm30 - rm40 sekilo. Apa nak bagi anak makan kat rumah. Ayam pulak kena injection, daging susah hadam tak elok makan selalu.

Tapi bagi orang yang terpaksa travel hari-hari jauh, memang terasa mencekik darah bila petrol naik kan. Makin kecik nilai duit kita.  Ada ahli ekonomi mengatakan kenaikan harga disebabkan kejatuhan ringgit kita yang sangat rendah.

Ya ker, betul lah agaknya. Kak Hajjah juga effect bila logistik tinggi bertambah lah kos produksi. Kita ada banyak persaingan mana mungkin kita naikkan harga. Sakit nak telan kenaikan kos dengan untung yang kecil.

Kerja ini kena niat Kerana Allah baru tenang hati, untung dunia banyak untung akhirat kosong pun tak jadi jugak kan.

Mudahan terus tabah dan istiqamah, mudahan Allah swt selamatkan kita semua untuk akhirat dan dunia. Mudahan kita letak tawakal hanya pada Allah swt. Dia yang empunya segala yang dilangit dan dibumi.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA