Khamis, 28 Julai 2016

PETUGAS HAJI - UNSUNG HERO YANG TIDAK DI DENDANG

MADINAH - Tabung Haji (TH) menyediakan 600 petugas untuk kawal selia 22,320 jemaah Malaysia menunaikan Ibadat Haji di Arab Saudi pada tahun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, secara puratanya setiap lapan orang petugas akan menjaga 3,200 jemaah bagi tempoh 45 hari pada musim haji yang akan bermula antara Ogos dan September nanti.
Beliau berkata, 600 petugas itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rombongan Kebajikan seramai 350 petugas dan Rombongan Kesihatan yang terdiri daripada 250 petugas.
"Petugas Haji dari Rombongan Kebajikan adalah anggota TH sendiri, petugas dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kor Agama Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pembimbing Ibadat Haji (Pihtas)," katanya kepada pemberita Malaysia mengenai persiapan TH bagi musim haji tahun ini, di sini.
Rombongan Kesihatan pula akan terdiri daripada doktor-doktor pakar dan kakitangan kesihatan, katanya.
Syed Salleh berkata, TH juga mengambil tenaga tambahan daripada kalangan penduduk tempatan sebagai Pembantu Petugas Haji (Patuh), seramai 260 orang. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz4FiYFXq1A 
Hakcipta terpelihara 

Selasa, 19 Julai 2016

TIP-TIPS PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI - KEPERLUAN PERIBADI HAJAH-HAJAH

Saya nak kongsi sikit mengenai barangan peribadi para hajah yang patut di ambil perhatian.
Satu cadangan boleh ambil jika relevan dengan bakal haji semua.

1. Pakaian Dalam - bra dan seluar dalam tu belilah yang baru agak cukup untuk ditukar ganti.  Kalau dah lunyai sangat nanti bakal haji pun segan. Lagi satu terutama yang saiz kecik tu apa-apa hal sukar nak cari replacement nanti.

2. Pantiliner dan Pad - Pengalama saya silalah bawa lebih, di Makkah bukan macam Malaysia bersepah kat farmasi, kedai runcit, petrol station. Bawa duit ajer dah jumpa. Kat sana ada jual tapi harganya mahal. Pantiliner yang 80  pcs sampai riyal 20, kat Malaysia jenama giant baru RM6.90. Tuala wanita pun sama bakal hajah bawalah lebih sakit poket bila nak bayar mahal-mahal kat kedai runcit bawah hotel kita tu ya.  RM36 PCS sampai RIYAL 25.00. Saiz tuala wanita mereka panjang tak sesuai dengan akak.

3. Disposable panties - Kalau saiz badan hajjah S hingga L sangat lah sesuai bawa bekalau untuk anda ketika berada di Arafah dan Mina. Disana khemah, bekalan air terhad pula tak sesuai nak cuci pakaian secara berlebihan.


Isnin, 18 Julai 2016

TIPS-TIPS UNTUK PERSIAPAN AKHIR BAKAL HAJI - MAKANAN KERING

OK mari kita sambung tadi kita dah share pasal vitamin dan ubat-ubatan know kita check out pulak pasal makanan kering.

Last year before saya berangkat ke tanah suci saya memang tak terfikir nak stock makanan kering sebab setahu saya makanan untuk bakal-bakal haji sudah di tender oleh caterer. Tak payah fikir banyak bakal haji cuma tumpu untuk ibadah sahaja.

Kakak I dah sampai disana sebulan lebih awal bila dia tahu adindanya juga akan datang bertalu-talu lah whatsap masuk minta maggi, kicap, cili sos dan asam jawa ADABI. Katanya tak lalu nak makan makanan yang disediakan untuk bakal haji tu tak lalu nak ditelan dik tekak. So saya pun tambahlah pulak serunding daging dan sambal hitam pahang. Saya bawak juga biskut julie tu kak long oii.

Boleh kata suku dari beg I tu barang untuk kakak dan abang ipar. Berat makanan nasib baik tak minta ikan kering sekali.

Memanglah ada caterer tapi cuba bakal haji bayangkan lalu ker tak makan ayam, daging, sotong kembang. Duduk kat sana 30 - 50 hari macam tu. Jangan mimpi nak rasa masak lomak ker, rendang daging ker, tumis sotong cara kita ker.  Tukang masaknya samada orang indonesia dan patani ya. Jadi memang boleh kuruslah tak makan santan sebulan, masakan ala-ala rasa-rasa arab dan india yer.

Sayur pulak tak der sayur hijau atau taugeh. Sayuran jenis yang tahan lama macam carrot, kobis, bunga kobis dan yang seangkatan dengannya.

 Jadi saya kongsi dengan bakal haji sikit tip-tips makanan kering mana yang sesuai boleh ambil:-

Tips 1 - bawak maggi kalau anda memang suka. Sebab satu bungkus kat sini rm1 ++ kat sana RM3.00.  Mee cawan maggi RM5.00 nak try ker?

GAMBAR HIASAN SAHAJA
SAYA MEMANG TAK SUKA MAKAN MEE KERING KECUALI YEE MEE

Tips 2 - bawak serunding i.e. daging, ayam, ikan bilis apa sahaja yang sewaktu dengannnya. Pek-pek kecil-kecik, bila nak makan ambik satu pek sahaja. 

Tips 3 - bawak sambal. Sambal tempe, acar ikan masin, sambal bilis apa sahaja. 

Tips 4 - bawak lada @ cili goreng - yang ini room mate dari kedah bawah camane nak buat cari orang Kedah sebab akak orang perak.

Tips 5 - bawaklah instant coffee, 3 in 1 ker apa-apa jenama kalau anda suka coffee. Sebab 1 cup kertas kecik nescafe tu RIYAL 3.00 YER TERCOKIK nak bayar. Kalau suka sangat bawak 2 pek besar. apa-apa 3 in1 ker, 2 in 1 ker .

Nak order boleh whatsapp 019-2883235
Sampai kat hotel bakal haji  akan diberi pek minimum macam yang kat restoran atau hotel tu. Ada gula, coffee, tea and krimer cukuplah untuk sebulan berlebih-lebih lagi.  Biskut kering ada jual mungkin harga tak sama but why not try biskut orang Arab Makkah dan Madinah tak payahlah bawak biskut julie macam I.

Paling penting minum banyak air ya..Air mahal sikit, dekat pipe tu air yang diproses dari laut. Bakal haji elakkan dari minum air tu kalau boleh. Memang terasa sebab kita kat sini air murah. Kita orang balun jugak, dah terlambat baru tau redha ajerlah.

Air mineral beli dikedai-kedai berhampiran hotel kita tinggal tu.

SERONOK MAKAN BERAMAI-RAMAI DUDUK BERSILA DALAM BILIK BERLAPIK KERTAS SAMBIL MENIKMATI BEKALAN YANG DIBAWA DARI MALAYSIA. KALAU ROOM MATE ANDA DARI 5 NEGERI MACAM-MACAM MAKANAN YANG KITA RASA.

ALLOCATE LEBIH SIKIT DUIT UNTUK MAKAN SEBAB kalau di cafe tabung haji makanan yang dimasak start dari harga RIYAL 6.00. BILA ANDA TAK LALU MAKAN, MAKANAN YANG DISEDIAKAN BOLEH CARI CAFE UNTUK RASA ALA MALAYSIA.

Lepas asar ajer Cik Nab room mate kami akan bukak kedai kopinya. Buat teh O makan dengan biskut kering. Try biskut kering kat sana roti macam kat sini disapu planta dan gula yang kat Makkah tu rotinya macam ada herbs dan dikeringkan. Cicah dengan teh O sedap sekali.

Paling penting Redha dan bersyukur dengan apa sahaja yang dihidangkan kepada bakal haji  jangan banyak komplen nanti sampai balik Malaysia tak lalu makan. Bila orang hidang sebut sahaja sedap. InsyaAllah segalanya akan sedap. Sebab bakal haji perlukan energy. Kita nak buat ibadah sebanyak yang mungkin.

INI ADALAH CATATAN PENGALAMAN SAYA MUNGKIN TIDAK SERUPA DENGAN PENGALAMAN ORANG LAIN.

Ahad, 17 Julai 2016

PERSIAPAN BAKAL HAJI TAHUN 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bila berakhirnya syawal maka bermulalah penerbangan untuk bakal haji dari Malaysia ker tanah suci, bermula seawal 4hb August 2016. 

Pada masa nie bakal haji dah mula menerima surat tawaran masing-masing.  Tarikh penerbangan dan airport berlepas jua diberitahu dalam surat tersebut.  

Pada minggu nie berlangsung sudah kursus haji perdana di Wilayah Persekutuan, bertempat di UAI Gombak. Akak tak masuk untuk sale di haji perdana sebab tak cukup kaki tangan ya.

Memang pun last year sebab akak ni panggil terakhir last minute, kiranya dapat durian runtuh dari Allah swt. Memang akak tak dapat join pun Kursus Haji Perdana nie. So bakal-bakal haji yang menyertai kursus terakhir semoga dapat belajar dengan tekun dan cuba bayangkan situasi di sana nanti.

Dan masa ini kami di TELEKUNGMUSLEEMA  yakin betapa terujanya semua bakal haji untuk menjadi Duyufur Rahman. Perhatian utama yang bakal haji patut ambil kira pada masa ini adalah kesihatan.

1.Kita kongsi sedikit tips untuk bakal haji ada masa 2 -3 minggu untuk buat senaman ringan, berjalan kaki antara 1km - 1.5km setiap pagi.


2.Ubat-ubatan. Jika anda ada prescript ubat-ubat yang tertentu sila dapatkan bekalan dari doktor peribadi anda atau hospital untuk bekalan selama anda di sana ya. Terutama kalau ada ambil ubat saraf. Ini pengalama seorang jemaah kami. Ubat saraf tidak ada dalam senarai di klinik tabung haji ya.  Kalau ada pun mungkin tak sama.

3. Vitamin. bakal haji yang mendaftar dengan tabung haji dapat beg atau pouch yang berisi macam-macam vitamin dan ubat makanlah dari sekarang jangan tunggu hingga sampai di sana. Bawa bekalan vitamin C yang anda biasa makan ya..Dalam pouch tu ada flavettes so tu memang selamat habis akak makan.

vitamin yang dibekalkan oleh tabung haji
4. Lozenges, strepsil, fisherman friends. Ni tambahan yang perlu dibawa oleh bakal haji ya. Dekat Malaysia senang bersepah tu kat petrol station pun ada, kedai runcit, pasaraya ada dan farmasi pun bersepah-sepah kat sana depends on kawasan mana yang bakal haji tinggal ya. Last year saya dapat tempat di abraj janadriyah office tabung haji. So sad menangis nak cari barang-barang ini. Risiko untuk batuk dan selsema adalah 99% jadi bawalah paling command pun hacks.



Masa saya nak berangkat ke Arafah saya dapat batuk dan selsema..Batuk yang kerap sangat jadi cari gula mentol kat sana jual pakai timbang. Kat sini boleh beli 5 biji 30sen or 50 sen. Kat sana main timbang kilo dah tu tak mujarab pulak. Cari HACKS tak jumpa..ada seorang jemaah haji bagi saya 2 - 3 biji hacks ya Allah syukur sesangat legalah batuk ku untuk 1 jam. Bawalah lebih share dengan rakan sebilik anda. Terbaik bawa gula-gula hacks hitam ya.

GULA-GULA HACKS HITAM

5. Syirup - ubat batuk.  Ni satu lagi barang yang sangat berharga ada di Makkah dan Madinah tapi harganya tidaklah murah ya. Bakal haji bawak dari Malaysia simpan dalam luggage sebab liquid tak boleh bawak naik dengan kita.

6. Herba atau home medicine. Rempah ratus kat dapur kita jugak satu alternatif untuk sakit-sakit yang ringan. Asam jawa Adabi jangan lupa ya ambil yang seedless tu untuk kurangkan panas dalam. Halba juga berguna tak payah bawak sampai setengah kilo cariler paket 200 - 300 gm sahaja. Dan apa sahaja yang puan.

Banyak nak cerita to be continued nanti kita share sikit pasal makanan kering dan barang-barang intimate anda. 

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA