Khamis, 23 Jun 2016

SAYA SEPASANG KASUT TAWAF

Anda dapat jemputan untuk mengerjakan haji atau sedang bersiap untuk mengerjakan umrah jangan lupa bawa saya ya.  Saya ringan dan lembut tidak mengambil ruang dalam bagasi anda. Anda boleh selitkan sahaja di celah-celah beg tu.

Saya sangat berguna kepada anda nanti, saya boleh bantu kurangkan tekanan pada kaki anda bila banyak berjalan. Kalau tumit anda pecah saya boleh bantu kurangkan kepedihan kaki anda tu. Saya juga boleh bantu untuk solat jika stokin anda kurang tebal.

Tapak kaki saya ada anti slip InsyaAllah mampu grip lebih kuat untuk elakkan jatuh atau tergelincir. Saya kena ada pasangan untuk rasa lebih selesa saya boleh dipakai dengan stokin yang tebal. Ataupun anda padankan saya dengan stokin solat.

Sekarang corak saya lebih comel dengan warna asas hitam untuk corak-corak kecil, tentu anda sukakan corak baru saya nie kan.  Material dari jenis polyester dan spandek

HARGA RM12.00 SAHAJA SEPASANG TIDAK TERMASUK POSTAGE

Untuk order whatsapp boss saya ya..019-2883235...019-2883235...019-2883235

Saya sesuai untuk orang yang pakai kasut plus size i,e saiz 8, 9 - 10.
Untuk order sila mention no berapa ya.

1. biru 2, hitam 3. hitam
1, 3, 4  - warna asas hitam
2. warna coklat


Tapi sahabat saya kasut tawaf velvet tu lebih sesuai untuk orang yang pakai kasut saiz 5 - 7.

ok selamat beramal semoga anda dipermudahkan Allah dalam segala urusan anda ya.


Selasa, 21 Jun 2016

TUDUNG LABUH UNTUK RAYA 2016 - FREE POST

Untuk penggemar tudung sarung, yang nak ringkas cepat dan mudah, kami bawakan koleksi tudung sarung cotton glitter terbaru kami.

Tudung sarung nie macam biasalah saiz faberet akak SAIZ xl, no worries kami mula sediakan saiz M dan L juga nanti. Tudung kami labuh dari tudung-tudung di pasaran. Some more ada awning dan lapik dagu yang comel bila pakai jadi anti bam bam. Mesti suka kan!!

Tudung saiz M - Labuh 18 inci
Tudung saiz L - Labuh 20 inci
Tudung saiz XL - Labuh 22 inci

Material cotton glitter ini sangat ringan dan flair bila dipakai. Tak perlu nak gosok sangatlah. Yang paling best tak memerangkap bau, Kalau setakat peluh tu dah pakai sekali hanger jer lah. Masih boleh pakai sekali dua lagi (Ni citer orang malas ha ha ha)

Walaupun demam instant shawl masih tebal, tapi akak percaya mak-mak dan kakak-kakak tetap peminat tegar tudung sarungkan.

 MUSTARD GREEN/LIGHT BROWN
cover dagu dan soft awning
TUDUNG COTTON XL - LABUH 23 INCI DARI DAGU
RM59.00 INCLUDING POSTAGE
TUDUNG PURPLE GLITTER
ADA LINING DI KELILING
SAIZ XL - RM59.00 INCLUDING POSTAGE
KAIN JENIS LEMBUT DAN RINGAN
TUDUNG TURQOISE BLUE

ADA LINING DI KELILING
SAIZ XL - RM59.00 INCLUDING POSTAGE
KAIN JENIS LEMBUT DAN RINGAN
 LABUH 23 INCI DARI DAGU
Contoh Tudung Labuh XL - Moist crepe


only 4 colurs - dark brown, dark purple, lavender and cream
saiz refer picture above.
RM45.00 - PROMOSI FREE POS 1 MALAYSIA


contoh TUDUNG LABUH DENIM - XL

COLURS AVAILABLE - BIRU GELAP, GREEN MUSTARD, MERAH DAN MAROON PURPLE
RM45.00 - PROMOSI FREE POS 1 MALAYSIA

TUDUNG 2XL - BENANG HITAM
faberet untuk jemaah haji dan umrah
tidak melekap kat badan
Labuh 27 INCI dari dagu.

no. 1 - warna hijau
no. 2 - ala-ala jingga tua
no. 3 - warna purple
no. 4 - warna turqoise



no. 1 - dark turqoise
no. 2 - maroon gelap
no. 3 - kelabu
no. 4 -purple gelap

RM59.00 SAHAJA TIDAK TERMASUK POS.

Sabtu, 18 Jun 2016

checklist RAMADHAN

Assalamualaikum, hari ini kita dah berada di hari yang ke 13 Ramadhan, syukur Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan RAMADHAN.

Istimewanya RAMADHAN kerana didalamnya kita diberi oleh Allah 3 fasa yang penting dalam hidup kita sebagai orang mukmin. 

1. 10 hari pertama  RAMADHAN fasa rahmat
2. 10 hari kedua RAMADHAN fasa pengampunan
3. 10 hari ketiga RAMADHAN fasa kebebasan dari api Neraka juga didalamnya tersimpan rahsia malam Lailatul Qadar.

Apakah yang lebih penting dari 3 fasa diatas.  Sepanjang kita hidup kita mahu selalu berada dibawah payung rahmat Allah swt. Allah pandang kita dengan pandangan kasih sayang (jangan samakan "pandang" dengan maksud bahasa biasa ya). Kita rasa ada tenang dan aman dalam kehidupan kita jauh dari rasa bimbang dan takut.

Kita celik mata jer memang buat dosa, setiap anggota dan sendi kita nie ada sahaja dosa yang kita buat. Masa inilah kita nak minta ampun dengan Allah swt. Kasi detox semua dosa-dosa dan refill pulak dengan amal. Jangan cuma cari lemon untuk detok lemak yang kita tau. Bersedekah banyak-banyak untuk gandakan pahala. Jadikan satu habit bersedekah setiap hari.

Sebenarnya akak pun susah nak buat yang ini kadang-kadang tak jumpa tabung, setiap hari kita gi kerja dan balik kerja. Bila kita kuliah adalah jumpa tabung.  Bulan Ramadhan setiap malam ada tazkiran. Kalau hari lain tu payah bulan Ramadhan cuba langkah kaki berada dalam saf-saf jemaah.

Honestly, banyak kekusutan hidup nie akak temui jawapannya di rumah Allah swt. Allah swt hantar tuan-tuan guru ini untuk mengajar secara tidak langsung apa yang dikuliahkan itu ada jawapan kepada setiap persoalan hidup kita. Tulah kelebihan kita dekat dengan rumah Allah dan masjid ilmu disana ada peluang untuk tambah saham akhirat. 

Fasa terakhir RAMADHAN akan tiba, masih ada peluang lagi mencari kebebasan dari api neraka. Jangan ingat api neraka macam api kat dapur rumah kita. Siksa api neraka paling kecil pun mendidih otaak tu cuba bayangkan. Kalau tak boleh nak bayang tengok api gunung berapi dan lahar gunung berapi kat YOU TUBE TU. Rasa-rasanya tahan ker. Sebab itu kita cari keampunan Allah swt bebaskan diri kita dari api neraka.

Sebelum Ramadhan berakhir mari kita renung kita nak kat mana ya. Dah 13 hari Ramadhan adakah kita belek al-Quran membaca atau bertadarus dengannya. Bertadarus boleh pilih tak semestinya group besar, grup kecik dengan keluarga pun boleh asalkan dibaca secara bertalaqi (berguru)

Qiam kita macamana rajin tak kita ambil peluang pahala berganda ini, masa inilah kita nak counter balik buku amalan supaya amalan kita lebih berat dari dosa yang kita buat. Neraca Allah swt sangat halus jangan ingat boleh kira cincai sahaja apa yang kita buat.

Sedekah kita macamana dah banyak ker, cuba check mana lebih banyak sedekah atau belanja biskut raya.

AKHIR KATA MARI LAH KITA BANYAKKAN AMALAN KITA LUPAKAN SEKEJAP DUNIA FACEBOOK, WHATSAPP, INSTAGRAM, WECHAT. Ambil yang baik-baik sahaja. 

Rabu, 8 Jun 2016

KUOTA TAMBAHAN JEMAAH HAJI MALAYSIA 2016


Hari ni on the way nak gi kerja akak dengar news kat RADIO IKIM, tabung haji minta kuota tambahan 10,000 orang jemaah. Susulan dari keputusan negara Iran yang tidak akan menghantar jemaah haji pada tahun ini. Ekoran dari krisis politik yang sedang melanda Arab Saudi dan Teheran.

Akak doakan sahabat yang dalam waiting list terpilih menjadi dufuyur rahman pada tahun ini, my advise selagi flight terakhir belum take off anda semua masih berpeluang menjadi jemaah haji pada tahun ini.

Akak last year pun ada perasaan yang sama, sayu rasa hati bila sampai Ramadhan belum dapat apa-apa khabar dari Tabung Haji. Sedangkan kakak sulung dan confirmed flight nya pada bulan Ramadhan. Akak hanya berdoa semoga Allah tidak melupakan kakak pada tahun akan datang. Mendoakan kakak sulung sihat untuk menunaikan haji.

So akak cuma tolong sediakan serba sedikit barangan keperluan haji Kak Long, dalam bulan Ramadhan kakak tadah tangan pada Allah swt minta sakit lutut akak dan sakit belakang akak sembuh sebab akak nak beribadah sebanyak mungkin. Deep in my heart akak bagitau diri sendiri I must berjemaah subuh dan isyak esok aku nak berjemaah di Masjidil Haram.

Alhamdulilah selepas dua minggu solat atas kerusi pada minggu kedua akak boleh turun untuk sujud, walaupun cara duduk antara dua sujud tu dah bertukar sikit sebab kaki tak boleh nak lipat. Rupanya Allah swt ntar tanda-tanda gembira cuma kita belum sedar lagi.

Masa untuk kenduri doa selamat rumah Kak Long pun sampai, kami adik beradik berkumpul kat sana. Seperti biasa panjanglah doa masing-masing yang dikirimkan siap peluk cium lagi. Kak Long cuma cakap "along akan doakan kau kat sana" maybe Allah swt makbulkan doa dia nak tengok adiknya datang kemudian. Alhamdulillah.

Before balik sempat bergurau dengan abang ipar akak, macamana kalau akak tetiba sampai abang cuma jawab "pack your thing and go". Tak sangka gurauan itu adalah doa dan harapan akak sebenarnya.

so pada 31hb Ogos 2015 i received a good news from Tabung Haji. Jarak penerbangan akak dengan kak long memang jauh dekat sebulan. Di sana khemah kami pun agak jauh, so akak dapat jumpa kak long 3 kali kat sana. Kadang dia orang datang khemah kami kadang2 kami jumpa kat Masjidil Haram sahaja.

Walaupun pun tuan dan puan dapat jemputan haji last minute jika tiada apa-apa kesulitan dan halangan keluarga terimalah tawaran tu.  Esok lusa kita tak tau lagi, memang agak terperanjat jugak tetapi itulah rezeki. For me nak tunggu ready sampai bila pun rasanya belum ready. Cuma doakan Allah swt, DIA sebaik baik pengatur.

My advice buat persediaan walaupun dengan set kelengakapan haji at least kalau last minute pun adalah set yang baru nak jadi  TETAMU ALLAH

Look back rasa nak pergi lagi "kalaulah aku boleh pergi lagi tanpa perlu tunggu kuota sudah pasti akak akan apply lagi."

cerita seterusnya KLIK kat page LAMBAIAN KAABAH tu.

IMPIAN SEMUA...menunaikan haji di Mekah melengkapi tuntutan Rukun

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA