Rabu, 24 Februari 2016

MUSIM UMRAH CUTI SEKOLAH

Kita nak citer musim cuti sekolah nie berduyun-duyun family yang nak bawa keluarga pergi umrah.Mana yang berkemampuan bawa anak-anak sekali. Selalunya masa nie memang hotlah customer whatsapp tanya stokin solat, kasut tawaf, tudung dan pakaian untuk umrah. 

Semalam akak baru ntar family mommy, kakak dan abang pergi KLIA for UMRAH. Mereka pun sibuklah menempah barang-barang untuk umrahnya. Sambil-sambil tu kita sponsor ler satu dua ker. 
 Duyufur Rahman
big family

Seperti biasa barang yang must buy adalah singlet putih lelaki dan perempuan, seluar putih, stokin, sarung lengan dan kasut tawaf. Tidak ketinggalan telekung ziarah jugak. 

 Sebenarnya trending akan muncul setiap kali nak cuti sekolah, nak dekat bulan ramadhan dan lepas bulan syawal mana yang dapat last minute call untuk pergi haji. 

Terbayang-bayang pulak seronoknya menjadi tetamu Allah (Duyufur Rahman) moga-moga tercapai jugak hajat akak nak gi umrah pada tahun ini.

Bila nak pergi umrah barang tak perlulah sebanyak pergi haji sebabnya kita cuma pergi untuk 10 malam sahaja.


  • WANITA

  • Telekung - 2 helai
  • Tudung  - 2 helai
  • Jubah  - 3 helai dah memadai
  • Seluar panjang - 3 helai
  • Baju singlet perempuan berpoket - 2 helai
  • Stokin kaki dan tangan - 3 pasang
  • Sejadah kecil untuk ke masjid
  • Baju pakai harian - 3 pasang
  • Baju tidur - 2 helai
  • Kain Batik - 1 helai
  • Tuala kecil - 1 helai
  • Tuala Mandi - 1helai
  • Beg Plastik untuk baju kotor - 3-4 keping
  • Selipar - 1 pasang
  • Beg Selipar -1
  • Kunci beg - 1 set Panti liner/pad - secukupnya
  • set gunting, pemotong kuku dan pin baju - 1
  • Toiletteries - yang tidak wangi Perapi -
  • sikat
  • Pin Baju - secukupnya
  • Botol Spray Wudhuk - 1
  • Ubat-ubatan sendiri jika perlu secukupnya

  • LELAKI

  • Kain Umrah - 1 pasang dah cukup
  • Kain Pelikat - 2 helai
  • Seluar Panjang - 3 helai
  • Baju Kurta atau Baju MelaYu - 3 helai
  • Baju Pagoda lelaki berpoket - 2 helai
  • Sikat
  • Tuala mandi - 1 helai
  • Sejadah Kecil untuk ke masjid
  • Toiletteries - free wangian
  • Sikat
  • Gunting, pengetip kuku - 1 set
  • Botol Spray Wudhuk - 1
  • Ubat-ubatan sendiri jika perlu secukupnya
spray wudhuk - 
tools yang patut ada pada semua jemaah umrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA