TAHNIAH UNTUK SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH MENDAPAT TAWARAN. Bagi yang sudah sampai giliran untuk mengerjakan haji pada tahun ini surat telah diterima sejak bulan Disember 2015 yang lalu. Malah dari semasa ke semasa surat jemputan akan terus beredar untuk anda yang telah ditakdirkan Allah untuk mengerjakan haji pada tahun 2016 ini.
Sekiranya puan/tuan telah mendapat tawaran untuk mengerjakan haji jangan berlengah lagi sila hantar surat jawapan balas. Walau apa pun terimalah dahulu ya, sebabnya mungkin di tahun yang mendatang kita tak tahu apakah kekangan yang akan menghalang kita. Mungkin umur, kesihatan, ajal dan masalah keluarga.
Disana ada ruangan untuk pengiring atau ikutan jadi jika pasangan anda, anak anda atau adik beradik anda yang sedang menunggu giliran untuk mengerjakan haji jadi selit-selitkan sahajalah permohonan mereka. Jangan lupa suruh juga mereka merayu untuk mengerjakan haji Allah maha pengasih dan penyayang mana tau Allah gerakkan hati pengurusan Tabung Haji untuk menjemput mereka juga bersama-sama anda.
It's happen to me, mungkin anda next.
Andainya anda masih belum mendapat panggilan jangan bersedih hati dan putus harap. Terus hadir ke kursus haji dan berdoalah banyak-banyak pada Allah swt. Kerana ketentuan hanya dariNya, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.
BELAJAR AL-QURAN
Mungkin Allah Swt nak tengok kesabaran kita, istiqamahnya kita untuk perbaikki diri. Kesempatan ini mungkin Allah tengah bagi ruang untuk kita memperkemaskan amalan kita, perbaikki bacaan Al-Quran kita. Rugi dan sedih sangat jika tidak dapat memanafaatkan masa selama 30-50 hari di tanah suci untuk membaca al-Quran. Pentingnya belajar tajwid juga untuk baikki bacaan dalam solat kita
Kalau di tanahair hanya dapat baca Quran 20 minit sehari, semasa menunaikan haji kita boleh duduk iktikaf sepanjang hari untuk baca Al-Quran. Atau duduk dibilik sendirian pun boleh dimanafaatkan dengan membaca Al-Quran lebih cantik jika lengkap dengan tafsirnya.
Jika ada bernasib baik dapat room mate yang suka membaca Quran, kesempatan ini boleh digunakan untuk bertalaqi.
PERBAIKKI SOLAT
Adakalanya kita rasa dah biasa dengan solat, sebab dah mula seawal umur 7 tahun. Solat tidaklah berat untuk kita, tetapi adakah standard solat kita tetap sama (Peringatan untuk diri sendiri jugak). Cuba hadiri kursus solat yang diberi percuma di surau dan masjid.
Anggaplah diri kita ini pelajar tua yang tidak tahu apa-apa disana ada Malaikat yang sedang menebarkan sayapnya dan Allah swt melihat usaha Anda. Who knows barakah duduk dalam majlis ilmu Allah swt makbulkan doa anda untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
Kalaulah manusia boleh lihat pahala duduk dalam majlis ilmu sama seperti berada di taman-taman syurga, melimpah ruahlah masjid dan surau setiap kali ada majlis ilmu. Tetapi sebab orang Islam tidak nampak barakah dan pahala berada dalam majlis ilmu maka lebih banyak tiang dari orang yang berada dalam majlis ilmu.
PERBAIKKI WUDHUK
Elok kita teliti balik cari kita
berwudhuk (bukan untuk pergi haji sahaja) untuk solat harian kita disini juga penting. Jika wudhuk tidak sah, solat pun tidak sah.
Wudhuk bukan sekadar membasuh muka, tangan, membasahkan kepala, telinga dan kaki. Pre and post juga perlu diketahui.
Jenis-jenis air untuk berwudhuk. Bagaimana jika tiada air atau nak berwudhuk dengan air yang sedikit. Boleh recall semasa kursus haji, disinilah pentingnya hadiri kursus haji.
Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk kita. Nampak remeh tetapi adakalanya segala was-was akan datang mengganggu jika ilmu kita cetek. Alhamdulillah Tabung Haji sediakan ustaz dan ustazah untuk membantu jemaah haji memecahkan segalan persoalan ini.
Bukan itu sahaja doa selepas wudhuk elok dihafal dan dijadikan amalan. Besarnya rahmat Allah yang memberi ruang pengampunan di setiap gerak ibadah kita
MENGAPA MESTI BELAJAR
Bila kita set minda dan hati untuk menjadi tetamu Allah, yang paling kita harapkan hanyalah haji yang mabrur, dosa yang diampunkan. Untuk dapatkan haji mabrur perkara utama adalah soal-soal yang berkaitan terus dengan hubungan kita dengan Allah. Kalau soal ibadah kita dengan Allah compang camping macamana kita nak dapatkan pengampunan Allah swt.
Ketika menunaikan haji, tumpuan kita tiada lain hanyalah untuk beribadah dan bertaubat pada Allah swt. Kita ada sangat banyak masa untuk dipenuhi, dengan solat, zikir, tawaf sunnat, umrah dan haji. Kalau boleh rasanya nak jaga dan tidur menghadap Baitullah. Marilah isi dada dengan ilmu supaya kita lebih berkeyakinan dan terhindar dari rasa was-was ketika beribadah.
APA YANG SAYA CORETKAN INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI, kekurangan itu datang diri saya sendiri yang cetek ilmu.