Selasa, 10 Januari 2017

BAJU PAGODA MENGGAMIT MEMORI

Hai uolls apa khabar hai hai..kak hajjah bersiaran balik minggu nie. Statement ni belajar kat funnel evo baru nie pagi ker petang ker dia masih cakap PAGI!!!! Nantilah kita share share lagi later later yer.

Last week ada seorang lelaki tegur akak tanya baju pagoda yang kak hajjah display. Dia nak warna hitam so I cakap ada next week i bawak kalau nak. Rasa-rasa macam kenal jer bro sorang nie.

Fine, hari ini kak hajjah bawak untuk dua size sahaja. Sebab baju pagoda warna hitam jarang orang tanya.  Hari ini bro ni datang kat booth kak hajjah tanya baju pagoda hitam so, kak hajjah bagi saiz baju yang dia cari. Lantas sarung jer kot, orang lelaki kan senang. Orang perempuan kena cari fitting room dia selamba sahaja sarung.

Then baru perasan baju yang dia pakai tu sama dengan baju pagoda hitam, kak hajjah pun tegur "dulu pernah datang rumahkan" Nama memang langsung tak ingat dah.

Kalau tak salah Kak Hajjah rasanya ada jugak 3 - 4 tahun yang lepas, bila tengok baju pagoda hitam yang dia pakai pun dah lusuh warna tapi masih lagi baik. Tapi rasanya bro ni memang menghargai sungguh baju dia tu.

Baju pagoda hitam atau baju haji lelaki hitam, kami cuma buat upon request. Hanya baju pagoda putih haji yang ready stok dengan ka

Kami mementingkan kualiti fabrik yang kami gunakan, InsyaAllah kami cari fabrik yang bagus. Macam bro tadi dah 3 - 4 tahun masih lagi boleh pakai baju yang sama.

Fabrik kami tahan lasak tidak mengembang setelah dibasuh 2 -3 kali.

Kami letak poket jugak macam camisole supaya senang nanti haji nak simpan sikit duit atau pass masuk dalam poket tu.

SAIZ S,M,L, XL, 2XL
3XL UPON REQUEST


SAIZ S,M,L, XL, 2XL
3XL UPON REQUEST

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA 

JANGAN SEGAN SILU 

WHATSAPP NO. KAT BAWAH TU YA.


Selasa, 3 Januari 2017

TUDUNG LABUH CHIFFON UNTUK UMRAH DAN HAJI

"Saya nak tudung yang tebal"
"Saya nak tudung yang tak melekat ke badan"
"Saya nak tudung yang berdagu"
"Saya nak tudung yang labuh".

Itulah yang selalu dilontarkan kepada kami, jadi kami buat sedikit research camane nak bagi yang comel dan mengikut syariat ya.

Rasanya buat baju lagi senang dari buat tudung ni fening nak ikut selera berbagai peringkat umur tu. Ramai yang dah ada kesedaran nak kan tudung yang labuh dan mengikut syariat. Dah tak mau tudung pendek-pendek tu. Alhamdulillah lega rasanya kan.

Sekarang dah ramai yang bertudung, jadi kita bagi option supaya muslimah kat luar boleh menambah baikkan lagi cara bertudung ya. Ingat tak dulu kita pakai tudung bawal, tudung turki tu. Ikat depan simpul2 sikit buat reben. Bidang 45jer tak kenal tudung bidang 60. Tak pun tudung tu ikat belakang.

Tak der lagi shawl labuh masa ini, tudung ariani pun belum wujud lagi tuh. Kami panggil bawal memang kain voille tu bukan macam sekarang empat segi jer panggil bawal.

dulu pun kami pakai bawal 
Dah berkembangnya kesedaran oleh semua masyarakat Islam sudah mula ada penambah baikkan. Dulu pakai tudung bulat bidang 60 ker, tudung kushboo bidang 60 ker tu budak sekolah agama atau ustazah jer.  Orang biasa ni tudung version singkat punya tak tutup pun sampai dada.

Terimakasih pada guru-guru atau murabbi yang berusaha membuka minda para muslimah semua.
Sekarang budak kecik masuk tadika pun dah pakai tudung comel pulak tu.

Walaupun yang memerahkan rambutnya sama naik tapi yang bertudung pun ramai jugak ler. Biasalah yang muda  berfesyen-fesyen yang dah remaja purba macam kami ni tudung semakin labuh dah plain sahaja.

Our gegirl sumer sekarang demam dengan shawlnya yang berkelip-kelip ada yang kosong sahaja pun ada tu.

Sesuaikan dengan permintaan pasaran dan kami juga adalah pengedar barangan haji dan umrah kami cuba sesuaikan tudung-tudung kami agar dia labuh dan mengikut syariat.

Kami pilih bubble chiffon dua lapis ini sebagai solusi, kami gabungkan chiffon dengan lycra, moss crepe dan chifon.  Kami pilih pada kesesuaian supaya tidak jarang pada sipemakainya.. Yang cerah seperti putih dan offwhite kami pilih gabungan dengan lycra atau moss crepe.

Ramai yang bersungut tudung mereka menampakkan bentuk dadanya yang bidang tu, so kita usahakanlah supaya tudung kita ni tidak transparent tidak nampak tubuh dan labuh.

Buat masa ni kami kenalkan tudung saiz XL dahulu majoriti customer kita saiz sedang-sedang sahaja jadi. Bila pakai XL dah jadi labuh macam 2xl.  Anyway kita open order untuk yang nak saiz 2xl juga untuk berumrah.

Fabrik yang kami gunakan buble chiffon digabungkan dengan chiffon, lycra dan moss crepe. 

Ready solat dipadankan dengan jubah labuh bersama sarung tangan dan stokin sahaja.
Cantik dipakai sedondon dengan mini jubah kami jugak masa anda nak berangkat pergi or anda nak berpindah dari Madinah ke Makkah ke Madinah.

Chiffon Zamrud
Labuh dari Dagu 23 inci.
Fabrik Chiffon Ceruti Sama Warna Dua Tingkat
Awning Cotton Hijau Corak

Chiffon purple
Labuh Dari Dagu 23 inci
Lapis Luar Bubble
Lapis Dalam Chifon Light Purple

Chiffon Blue Black
Labuh dari Dagu 23 inci
Lapis Luar Bubbule
Lapis Dalam Chiffon Black

Chiffon black - xl - PRE-ORDER
Labuh dari dagu 23 inci.
Lapis Luar Bubble
Lapis Dalam Chiffon
Awning Kain Lace
Chiffon putih XL
Lapis Luar Chiffon Bubble
Lapis Dalam Lycra

TEMPAHAN WHATSAPP
KAK HAJJAH - 0192883235
 POS LAJU RM7 - RM10 (MENGIKUT KAWASAN)

Isnin, 2 Januari 2017

KASUT TAWAF BALDU RESTOCK

 ASSALAM SEMUA KEMBALI BERSIARAN DI TAHUN BARU.

Good news kasut tawaf baldu dah restock sesiapa yang berhajat boleh whatssapp kak hajjah nanti ya.


Kasut tawaf Baldu plus size

Kita refresh sikit yer, kasut tawaf nie sangat-sangat berguna untuk dipakai ketika tawaf dan saie. Testimony dari pembeli yang balik dari umrah sangat-sangat selesa memakai kasut tawaf ini semasa beribadah di sana.

Fabrik kasut tawaf ni spandex di sebelah dalam dan baldu di sebelah luar.

Tapak nya anti slip, InsyaAllah sangat membantu berjalan di permukaan yang licin ya. Di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi memang always dibersih dan dicuci lantainya berkilat macam periuk kat rumah hajjah semua tau.

Kasut tawaf ini juga membantu jika anda ada masalah tumit yang crack ataupun sakit tumit, alas spandex ditambah pula dengan stokin anda yang tebal memberi keselesaan pada tapak kaki anda.

Kasut tawaf baldu ini rekomen sangat untuk anda berkasut saiz besar sebab dia stretchable, kalau kaki anda kecil kita cadangkan ambil kasut tawaf baldu tetapi bercorak.

Unfortunately habis stok untuk kasut tawaf baldu yang bercorak tu.  Jadi kita suggest anda pakai kasut tawaf yang tinggi had tumit sahaja sebab semua orang boleh memakainya.Lihat gambar dibawah


Kasut tawaf had tumit All Sizes

Pos kami masih gunakan khidmat pos laju - RM7 - RM10

LIHAT LINK KAT SINI UNTUK MENDETAILKAN LAGI PERIHAL KASUT TAWAF NI

Ala Kak Hajjah tau korang tak suka nak baca tu kan..nak order whatsapp kat 0192883235

Whatsapp 019-2883235


Rabu, 28 Disember 2016

MINI JUBAH PUTIH PRADA

Dah lebih seminggu tak bersiaran, Assalamualaikum kawan-kawan. He he teringat zaman sekolah rendah cikgu masuk semua murid berdiri greeting.

Wordless Wednesday, dah lama rasa kepala ku tepu sikit nak mengarang sibuk banget nie. Meh kita belanja gambar produk baru kita ni. Available middle January 2017 nanti tau.

Meh layanzz dua keping jer dulu nanti kita upload lagi yer, anak-anak.


Mini Jubah Putih

Tudung Putih Umrah Haji

Mini Jubah Putih ni baru jer kita siapkan set demo dulu ya.  Model pun tak cari lagi nak menggayakannya.

Pendapat saya sendiri set mini jubah dan seluar ni sangat lah selesa dipakai untuk ibadah dan haji. Kombinasi pakaian yang betul akan memudahkan ibadah anda InsyaAllah.

Anda tidak perlu pakaian yang panjang berjela-jelas cukup sepasang mini jubah putih dengan telekung dan memakai stoking dan sarung tangan pendek sudah cukup untuk anda bersolat atau untuk buat umrah terus.

Mini Jubah ini kita buat design A cut, insyaAllah tidak akan membentuk tubuh badan anda. Kami juga memilih fabrik mini jubah yang loose dan jatuh  bila dipakai bukan keras kejung atau lembik ya

  • Fabrik Prada King yang kami gunakan ini sangat selesa dipakai ya 
  • kain jenis yang sejuk tidak panas.
  • Paling best Ironless tak payah nak bawak seterika ya.
  • Warna offwhite
  • Labuh baju 37inci hingga 40 inci.
  • Saiz kami ada dari saiz s,m, l, xl, 2xl  hingga saiz 3xl


Extra Small atau Plus Size boleh tempah ikut ukuran badan anda.

Untuk Kali ini kami juga datangkan dengan Tudung Putih Chiffon yang sangat awesome tak jarang dah. Kami jahit tudung nie dua lapis ya gabungan kain bubble chiffon.

Tudung pula kami sediakan saiz XL sahaja. Saiz L dan 2XL upon request.


Jumaat, 16 Disember 2016

YUSUF MANSOR PERKONGSIAN TERBAIK


Kak Hajjah diperkenalkan dengan Kiyai Yusuf Mansor ini oleh seorang sahabat, sebelum ini dah pernah tengok Ustaz ini tetapi tak tau yang beliau seorang hafiz, pakar motivasi dan penceramah yang hebat.

Kata-katanya sangat inspirasi mengajar maudhuk nya untuk kembali kepada AlQuran, kembali kepada Allah swt dan meletakkan seluruh harapan dan pertolongan hanya kepada Allah swt. Dua tiga video baru boleh faham apa yang cuba disampaikan. 

Hanya Allah swt tempat bergantung rezeki boleh datang berbagai cara mungkin datang dari orang lain bukan dari usaha kita sendiri. Kita kena berusaha dan berikhtiar tetapi jangan letakkan usaha kita segalanya. Hanya Allah swt yang menentukan usaha kita itu berjaya atau tidak. Hanya peratusan yang kecil berjaya selebihnya gagal. Walaupun usahanya sama tetapi hasilnya tidak sama.  Itulah bukti Allah swt Yang Maha Berkuasa untuk memberi sesiapa yang diinginkan. 

Ustaz Yusuf Mansor menekankan dan menyarankan beramal dengan AlQuran, menghafaz AlQuran dan memaksimumkan solat malam dan solat dhuha.  Kalau kebiasaan orang-orang biasa seperti kita cuma ambil rakaat yang paling minimum tetapi Ustaz Yusuf Mansor menekankan Solat Tahajud maksimum 12 rakaat dan Solat Dhuha 8 rakaat.

Ustaz Yusuf Mansor juga mengajarkan sedeqah jangan takut untuk bersedeqah belajar. memberi yang terbaik.  Bersedeqah yang besar-besar bukan sedeqah yang kecil-kecil.

Anda nak tau layan channel beliau di you tube.

Rabu, 14 Disember 2016

TUDUNG CHFFON SAIZ L

Hari ini nak jenjalan cuci mata dan pikiran.. terperap kat rumah kak Hajjah rasa jiwa membeku jugak.  Musim cuti sekolah ni, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah orang tua pun cuti. Deme suruh kita semua bergumbira kot.

Dah lama Kak Hajjah tak buat tudung-tudung yang pendek sikit tapi not so pendek yer. Tudung sederhana labuh ni fokus cuma untuk orang yang saiz kecil ke sederhana. Dia orang kalau pakai tudung XL dah jadi macam Ustazah Siti Norhafizah comelnya.

We fokus on chiffon dan bubble crepe pulak kali ini, intention kita buat tudung layer atau bertingkat (bertingkek-tingkek) ini sebab nak mengelakkan jarang atau bayangan bentuk tubuh. Ada setengah fabrik bila kita buat tudung maka agak menampakkan bentuk dada pemakainya ya.

Tudung bubble layer creme
Tudung kita ni, kita kahwinkan bubble dengan chiffon, lycra ataupun moss crepe. Hasilnya agak bagus jugak kelmarin bukak booth sempena Maulidur Rasul, alhamdulillah ada yang membuat tempahan untuk saiz XL pulal.

Tudung bubble layer hijau turqoise
Tudung baru siap, model masih cuti so kita pakaikan pada cik cantik manis nie dulu ya. Baru siap panas lagi tapi tak sabor nak upload jugak.

Tudung bubble layer flora pink

Tudung buble layer grey

untuk detail boleh klik kat link bawah nie
untuk pembelian boleh klik kat link bawah nie jugak ya
untuk tempahan other sizes pun boleh klik kat linik bawah nie juga ya.

TUDUNG CHIFFON

Selasa, 13 Disember 2016

VISA UMRAH DAN HAJI

Dear readers,

Penafian dari pihak Arab Saudi telah tersiar di media massa bahawa bayaran tambahan visa kekal dan tiada pembatalan. So saya pun macam anda juga agak terkedu dengan penafian ini.

Walaubagaimanapun InsyaAllah tetap akan sampai juga ke Makkah dan Madinah nanti.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA