Isnin, 24 Julai 2023

KAMI CUTI SAMPAI 30/7/2024

 Assalamualaikum Pengunjung Yang Dihormati,


Kedai kami sedang bercuti sehingga 30/7/2023 atas urusan keluarga. Namun masih boleh wasap untuk order by post ya.


Harap Maaf.

Khamis, 20 Julai 2023

TUTORIAL CARA PAKAI KAIN IHRAM BUDAK



Alhamdulillah ramai yang jumpa kami di google. Kami kongsi cara memakai pakaian Ihram anak-anak comel. Semoga bermanafaat 

Kain Ihram kami ada dua saiz
30 x 70 inci
30 x 60 inci

Rabu, 19 Julai 2023

SALAM MAAL HIJRAH 1445

Admin nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445 kepada kaum muslimin dan muslimat. Ikut kalendar Islam kita dah bertambah umur 1 tahun lagi. 

Syukur Alhamdulillah kat kita semua Allah izin kita sambut tahun baru Islam nie. Semoga ada azam kecil dalam hati kita untuk tambah baik kualiti amalan kita. 

Azam besar tu memang banyak tapi kalau admin setiap kali tahun baru 'carry forward azam.

Tahun baru 1445 Hijrah ni ada bermacam cerita sok sek pasal ekonomi dunia mau atau pun tidak kita terkesan jugak. Nak potong perbelanjaan tak boleh dah, jadi hangpa semua pandai-pandai cari jalan tambah pendapatan dan jangan gatal tambah hutang yang tidak perlu ya.






Rabu, 5 Julai 2023

KAMI ADA JUAL KAIN IHRAM KANAK-KANAK

 Untuk pengetahuan semua kami juga menyediakan kain ihram untuk kanak-kanak lelaki yang berusia 7 - 12 tahun. 

Buat  masa ini kami hanya menyedikan kain ihram standard saiz sahaja ukuran 35 x 70 inci. Ada dua jenis iaitu kain cotton dan fiber. 

Kain cotton jenis benang kapas macam kain tuala mandi, kain fiber agak ringan sedikit.

Harga rm 50.00 satu set - Kain Cotton

Harga rm45.00 satu set untuk jenis Kain Fiber.




ESOK 6/7/2023 PENERBANGAN BALIK PERTAMA JEMAAH HAJI

Esok jemaah haji sudah mulai balik ke Tanah Air. Penerbangan awal malam ini sudah mulai bergerak ke airport sama ada dari Jeddah atau Madinah. Tahniah kepada hajah dan haji pasti banyaknya kenangan manis yang dibawa pulangkan.

Setiap jemaah haji yang balik dibekalkan dengan 5 liter air zam zam dan jemaah dilarang sama sekali untuk menyimpan air zam-zam dalam bagasi pakaian. Untuk kebaikan semua dan mengelakkan kelewatan urusan di lapangan terbang sebaiknya jemaah haji patuh sahaja dengan arahan tersebut.



Gambar File Google

Apabila bertamu ke Tanah Suci Makkah nanti minumlah air zam zam puas-puas ya. 


  

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA