Kami membekalkan barangan keperluan haji dan umrah.Hubungi Kami di 0192883235
Halaman
- Laman Utama
- TENTANG KAMI
- CARA BELIAN
- STOKIN SOLAT
- TELEKUNG-MUSLEEMA CANTIK
- MINI-JUBAH HAJI
- KELENGKAPAN PAKAIAN UMRAH DAN HAJI
- HANDSOCK AKA STONGAN AKA SARUNG LENGAN
- SELUAR HAJI DAN UMRAH
- TUDUNG UMRAH DAN HAJI SAIZ XL DAN 2XL - ADA LAPIK...
- TUDUNG LENGAN TAWAF
- TUDUNG UMRAH - CHIFFON L AND XL
- Kasut Tawaf, Stokin Wudhuk SOKA dan Sarung Tangan...
- TELEKUNG EIDUL FITRI 2022 - telekung ASHEERA
- CEREAL CANTIK SIHAT - UBAH GAYA PEMAKANAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA
Ahad, 23 Ogos 2020
7 HARI HARGA MARK DOWN - TUDUNG SARUNG DESIGN MUSLEEMA
Khamis, 20 Ogos 2020
PERLU KE BAWAK TELEKUNG SENDIRI, BILA BERCUTI
Assalamualaikum selesai PKP semua orang teruja nak memulakan hidup baharu seperti biasa. Kenyataannya semua dah berubah. Kita tak dapat lagi nak back kepada kehidupan sebelum PKP. Bebas kemana sahaja tanpa ada rasa curiga denan persekitaran anda.
Setiap hari kita di ingatkan akan berjaga-jaga. Jaga kebersihan pakai mask, guna satizer dan jaga jarak.
Minggu ini minggu cuti ramai berjalan jauh balik kampung, ramai jugak yang melancong membawa keluarga.
Lebih berwaspada bila singgah untuk solat di RnR tu, sentiasa bawak sanitizer kalau standby yang poket saiz tu.
Paling penting bawa telekung sendiri jangan kongsi telekung, terutama yang tersedia kat surau dan bilik solat tu tak perlu digunakan.
Termasuk juga sejadah bawa sendiri sekarang ini sejadah nipis banyak dijual tu pun bagus disimpan sehelai dalam kereta.
Sempena Kempen Bawa Telekung sendiri kami nak share koleksi telekung travel kami yang comel bak hang. Fabrik sedap ni ya, kain cotton. Kami ada telekung bunga ceria ataupun telekung plain colour sahaja jahitan sulam benang yang sama.
Jangan lupa bekalkan sepasang telekung cotton comel bak hang ni jika anak-anak kita tinggal di asrama.
KENAPA TELEKUNG TRAVEL BAK HANG KAMI NI BEST SANGAT
1. Puan-puan telekung ni senang diurus material yang ringan ini cepat kering dijemuran.
2. Kain cotton ni bukan jenis yang kedut, lepas basuh tak perlu nak gosok pon. Basuh nak sidai kibas-kibas jer dan kering angkat terus lipat,
3. Kami ada dua jenis telekung ada yang sulam bunga berwarna dan sulam bunga 1 warna sahaja.
4. Beza antara kedua telekung ini adalah saiznya. Telekung sulam warna ceria lebih labuh dan besar sedikit. Anda yag badan berisi boleh ambil yang bunga ini. Telekung sulam warna AIRA
5. Anak remaja lebih beli yang 1 warna sebab saiz kecil sedikit, tetapi tetap best fabriknya.
6. Muka telekung free saiz ada getah ya dan ada tali ikat. Tapi saya lebih cadangkan yang muka kecil ambik telekung cotton travel plain SOFEA.
7. Labuh telekung AIRA =
Labuh depan - 46 inci dari atas kepala,
Labuh belakang - 52 dari kepala
Lebar Kain - 30 inci dari kiri - kanan
Labuh Kain - 46 inci.
8. Labuh telekung SOFEA
Labuh depan - 42 inci dari atas kepala,
Labuh belakang - 50 dari kepala
Lebar Kain - 28 inci dari kiri - kanan
Labuh Kain - 40 inci.
.