Sabtu, 24 Ogos 2019

TESTIMONI TELEKUNG UMRAH HAJI

Inj hajjah zulaika baru jer balik dari menunaikan haji dan umrah. Pergi haji dengan mak dan ayah. Mak wheel chair jadi anak perempuan kena ikut mesti ada pengiring.

Rezeki Allah swt she's only 16 years old dah dapat gi menunaikan haji. Syukur. Pesan kak hajjah kat dia, jagalah haji tu sebaiknya. Peluang kedua belum tentu ada. Mungkin banyak cabaran kita ni terutama anak-anak muda yang dah bergelar haji dan hajjah.

Zulaikah pilih telekung poket hitam dan telekung ziarah Putih klassic x Ada Poket.

Nak merisik telekung umrah haji kami boleh wassay ya Kak Hajjah 011-27902884

JEMAAH HAJI BERANSUR PULANG, JEMAAH UMRAH DAH NAK TERBANG

ALHAMDULILLAH, musim haji ini semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan baik. Tiada musibah yang berat cuma diberitakan banjir kilat berlaku, tu pun keadaan nya terkawal.

Penerbangan balik pertama dah tiba, pada hari Isnin dan adindaku penerbangan kedua pun dah selamat sampai ke Malaysia.

Selesai musim haji nanti jemaah umrah pula akan terbang ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Sekarang jemaah umrah dibenarkan masuk awal ke sana. Banyak kelebihannya pergi selepas musim haji berbanding cuti sekolah.

1. Jemaah belum ramai suasana tak bersesak selesa sangat nak umrah dan saie.

2. Suasana di Raudhah jugak masih tenang tak perlu nak bersesak-sesak seperti musim cuti sekolah.


Sempena Bulan Merdeka ni kami pun ada promosi untuk barang haji dan umrah untuk anda dan keluarga.

Nak tau?  Tunggu ya kita promote tak ada page khas nanti senang you all terjah jer kat situ ya.

BYE STAY TUNE

Isnin, 12 Ogos 2019

SALAM AIDIL ADHA@ HARI RAYA QURBAN

Sebulan tak bersiaran macam gi haji pulak tu. Selamat Hari Raya Aidil Adha @ hari raya Qurban,

Duduk luar kawasan line sendu, sampai give up nak bersiaran. InsyaAllah tak lama lagi balik kawasan boleh selalu berkongsi info dan cerita di sini.

Pengalama balik Hari Raya Aidil Adha bila cuti jatuh hari minggu bersambung dengan cuti sekolah. Semua orang tersangkut di jalanan. Kami yang balik nak beraya di Perak pun duduk kat atas jalan 5 - 6 jam. Apatah lagi orang yang nak balik beraya di Pantai Timur dan Utara.

Tapi walau macam manapun semua orang tetap nak balik berhari raya Qurban dengan keluarga di kampung tu. Tu lah cantiknya silaturrahim kan.

Hari ini kami dah balik ke Selangor sebab anak-anak tengah periksa tak boleh nak horay-horay tau.

Dengan rasminya kami mula postage dan delivery esok. Kalau nak merisik atau melamar boleh wassap ya 0192883235.

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA