Tak sampai 3 minggu lagi penerbangan pertama akan berlepas. Kepada bakal hajjah dan haji jaga kesihatan pada tahap yang stabil untuk berangkat. Pastikan ubat-ubatan anda dari doktor telah diambil dan di pek sekali dalam luggage ya.
Yang tak biasa makan vitamin boleh start makan vitamin C dan multivitamin. Sila check dengan pharmacist dan doktor dahulu samada anda sesuai atau tidak dengan sebarang supplement sekiranya anda dalam medication ya.
Apa jenama vitamin C dan multivitamin pun ok.
Jangan lupa bawa sekali hacks hitam, lozenge @ strepsil @ fisherman friends. Asam jawa adabi tak der biji + gula batu untuk batuk. Madu kat sana banyak jual boleh lah juga diamalkan.
Tak reti minum yogurt atau laban silalah belajar berguna jugak kalau demam tapi ikut kesesuaian masing-masing (pengalaman sendiri)
Kepada anda yang masih sihat dan cergas dan boleh berjalan tu bawaklah pusing taman, keliling rumah ker untuk dapatkan stamina ya. Nanti kat tanah suci anda perlu banyak berjalan untuk kemana-mana pun.
Jarak Berjalan Kaki :-
Tawaf 7 pusingan 350 m - 1 km bergantung kat level mana kita tawaf. Dataran Tawaf @ Tingkat 1 @ Open Roof kat atas lagi (tak pernah tawaf kat situ)
Jarak Saie - 400m x 7 pusingan
Jarak dari Maktab ke Masjidil Haram - paling dekat 700m - 800mtr. Lagi jauh 1 km lebih pun ada. Lagi jauh pahala lagi banyak.
Jarak dari Khemah Mina ke Jamrah - 3.5 km pergi dan balik. Anda perlu berjalan selama 4 hari.
Tudung Labuh Umrah Haji + Mini Jubah
Jika anda terpaksa berkerusi roda kos untuk tolak sahaja dari rm250 pergi masjid dan tawaf sunat - rm400 (rukun haji). Lebih kurang rm1500 - rm2000 kos untuk tolak ke masjid (pengalaman kawan sebilik Kak Hajjah). Bawa extra cash.
Berdoalah supaya diberi kesihatan dan kecergasan untuk beribadah. Doa senjata paling ampuh untuk jemaah haji.
Buku-buku panduan haji dan buku doa pastikan dibawa bersama kebiasaannya dalam beg bimbit yang disediakan ada diberi buku panduan ringkas. Bagi saya sangat membantu jugak.
Sila refer kepada buku panduan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Saya difahamkan jemaah muasasah masih tidak menerima bag dari Tabung Haji jadi anda boleh pinjam dari sahabat yang sudah pergi pada musim haji tahun lepas.
Akhir kalam apa yang bermanafaat jadikan panduan, sila abaikan jika tidak bersesuaian dengan diri anda.
Untuk kelengkapan haji dan umrah refer kepada page kami diatas.
pertanyaan untuk kelengkapanHAJI
WASSAP Kak Hajjah at 019-2883235