Rabu, 28 Disember 2016

MINI JUBAH PUTIH PRADA

Dah lebih seminggu tak bersiaran, Assalamualaikum kawan-kawan. He he teringat zaman sekolah rendah cikgu masuk semua murid berdiri greeting.

Wordless Wednesday, dah lama rasa kepala ku tepu sikit nak mengarang sibuk banget nie. Meh kita belanja gambar produk baru kita ni. Available middle January 2017 nanti tau.

Meh layanzz dua keping jer dulu nanti kita upload lagi yer, anak-anak.


Mini Jubah Putih

Tudung Putih Umrah Haji

Mini Jubah Putih ni baru jer kita siapkan set demo dulu ya.  Model pun tak cari lagi nak menggayakannya.

Pendapat saya sendiri set mini jubah dan seluar ni sangat lah selesa dipakai untuk ibadah dan haji. Kombinasi pakaian yang betul akan memudahkan ibadah anda InsyaAllah.

Anda tidak perlu pakaian yang panjang berjela-jelas cukup sepasang mini jubah putih dengan telekung dan memakai stoking dan sarung tangan pendek sudah cukup untuk anda bersolat atau untuk buat umrah terus.

Mini Jubah ini kita buat design A cut, insyaAllah tidak akan membentuk tubuh badan anda. Kami juga memilih fabrik mini jubah yang loose dan jatuh  bila dipakai bukan keras kejung atau lembik ya

  • Fabrik Prada King yang kami gunakan ini sangat selesa dipakai ya 
  • kain jenis yang sejuk tidak panas.
  • Paling best Ironless tak payah nak bawak seterika ya.
  • Warna offwhite
  • Labuh baju 37inci hingga 40 inci.
  • Saiz kami ada dari saiz s,m, l, xl, 2xl  hingga saiz 3xl


Extra Small atau Plus Size boleh tempah ikut ukuran badan anda.

Untuk Kali ini kami juga datangkan dengan Tudung Putih Chiffon yang sangat awesome tak jarang dah. Kami jahit tudung nie dua lapis ya gabungan kain bubble chiffon.

Tudung pula kami sediakan saiz XL sahaja. Saiz L dan 2XL upon request.


Jumaat, 16 Disember 2016

YUSUF MANSOR PERKONGSIAN TERBAIK


Kak Hajjah diperkenalkan dengan Kiyai Yusuf Mansor ini oleh seorang sahabat, sebelum ini dah pernah tengok Ustaz ini tetapi tak tau yang beliau seorang hafiz, pakar motivasi dan penceramah yang hebat.

Kata-katanya sangat inspirasi mengajar maudhuk nya untuk kembali kepada AlQuran, kembali kepada Allah swt dan meletakkan seluruh harapan dan pertolongan hanya kepada Allah swt. Dua tiga video baru boleh faham apa yang cuba disampaikan. 

Hanya Allah swt tempat bergantung rezeki boleh datang berbagai cara mungkin datang dari orang lain bukan dari usaha kita sendiri. Kita kena berusaha dan berikhtiar tetapi jangan letakkan usaha kita segalanya. Hanya Allah swt yang menentukan usaha kita itu berjaya atau tidak. Hanya peratusan yang kecil berjaya selebihnya gagal. Walaupun usahanya sama tetapi hasilnya tidak sama.  Itulah bukti Allah swt Yang Maha Berkuasa untuk memberi sesiapa yang diinginkan. 

Ustaz Yusuf Mansor menekankan dan menyarankan beramal dengan AlQuran, menghafaz AlQuran dan memaksimumkan solat malam dan solat dhuha.  Kalau kebiasaan orang-orang biasa seperti kita cuma ambil rakaat yang paling minimum tetapi Ustaz Yusuf Mansor menekankan Solat Tahajud maksimum 12 rakaat dan Solat Dhuha 8 rakaat.

Ustaz Yusuf Mansor juga mengajarkan sedeqah jangan takut untuk bersedeqah belajar. memberi yang terbaik.  Bersedeqah yang besar-besar bukan sedeqah yang kecil-kecil.

Anda nak tau layan channel beliau di you tube.

Rabu, 14 Disember 2016

TUDUNG CHFFON SAIZ L

Hari ini nak jenjalan cuci mata dan pikiran.. terperap kat rumah kak Hajjah rasa jiwa membeku jugak.  Musim cuti sekolah ni, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah orang tua pun cuti. Deme suruh kita semua bergumbira kot.

Dah lama Kak Hajjah tak buat tudung-tudung yang pendek sikit tapi not so pendek yer. Tudung sederhana labuh ni fokus cuma untuk orang yang saiz kecil ke sederhana. Dia orang kalau pakai tudung XL dah jadi macam Ustazah Siti Norhafizah comelnya.

We fokus on chiffon dan bubble crepe pulak kali ini, intention kita buat tudung layer atau bertingkat (bertingkek-tingkek) ini sebab nak mengelakkan jarang atau bayangan bentuk tubuh. Ada setengah fabrik bila kita buat tudung maka agak menampakkan bentuk dada pemakainya ya.

Tudung bubble layer creme
Tudung kita ni, kita kahwinkan bubble dengan chiffon, lycra ataupun moss crepe. Hasilnya agak bagus jugak kelmarin bukak booth sempena Maulidur Rasul, alhamdulillah ada yang membuat tempahan untuk saiz XL pulal.

Tudung bubble layer hijau turqoise
Tudung baru siap, model masih cuti so kita pakaikan pada cik cantik manis nie dulu ya. Baru siap panas lagi tapi tak sabor nak upload jugak.

Tudung bubble layer flora pink

Tudung buble layer grey

untuk detail boleh klik kat link bawah nie
untuk pembelian boleh klik kat link bawah nie jugak ya
untuk tempahan other sizes pun boleh klik kat linik bawah nie juga ya.

TUDUNG CHIFFON

Selasa, 13 Disember 2016

VISA UMRAH DAN HAJI

Dear readers,

Penafian dari pihak Arab Saudi telah tersiar di media massa bahawa bayaran tambahan visa kekal dan tiada pembatalan. So saya pun macam anda juga agak terkedu dengan penafian ini.

Walaubagaimanapun InsyaAllah tetap akan sampai juga ke Makkah dan Madinah nanti.

Rabu, 7 Disember 2016

YURAN VISA UNTUK UMRAH HAJI BATAL

Yuran Visa batal inilah berita yang sangat diharapkan dan didoakan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.  Ramai negara Islam dan rakyat muslim terjejas bila kerajaan Arab Saudi menaikkan visa sehingga RM2300, kalau di Malaysia. Negara lain ikut local currency.

Berikutan kenaikan ini ada geng yang batalkan passport lama buat passport baru nak selamatkan diri dari kenaikan harga tu.

Syukur sesangat terutamanya orang yang tiap-tiap tahun pergi umrah, kadang tu siap bawak satu keluaga lagi. Cuti sekolah gi umrah, bulan Ramadan pergi umrah. Kita sangat berterimakasih kepada Raja Salman untuk issue ini.

Tapi kan Kak Hajjah selalu gak follow pasal King yang baru ni, dia ada sikit lain dari King yang terdahulu, Kalau dulu ikut jer telunjuk negara KFC tu. Raja Salman ada ketikanya lebih berani menegakkan kebenaran.

Menurut seorang sahabat juga agen travel, yang pasti sesiapa yang nak pergi umrah dalam tahun yang sama tu masih dikenakan extra visa tetapi sesiapa yang pergi umrah untuk tahun sebelumnya tidak dikenakan visa. Syukur ya Allah ada harapan kak Hajjah nak gi umrah next year.

Kerajaan Arab Saudi brought issue ni pada bulan September disebabkan masalah ekonomi yang serius dihadapi disebabkan kejatuhan harga minyak dan masalah peperangan yang dihadapi dengan puak Houti Yaman.



Kalau Allah swt izinkan kali ini Kak Hajjah nak cari pakej untuk ke Taif sekali hmmm seronoknya rasa.


PETIKAN DARI AKHBAR SINAR.
RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi umrah dan haji bermula tahun ini.

Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk haji dan umrah, Nasir Toruk, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj baru yang dikenakan itu, Arab Saudi juga kan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja dalam bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.

Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

“Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan. Lihat link 
Visa Naik

Jumaat, 2 Disember 2016

BINGKISAN DARI TANAH SUCI



MAKCIK COMEL

Kak Hajjah terima bingkisan photo dari grup umrah dari Ranau, makcik comel nie customer Kak Hajjah. Masa Kak Hajjah terima tempahan ni Mini Jubah ni by whatsapp anaknya provide ukuran.  Ukuran yang memang lengkap so sangatlah memudahkan kerja kita.  

Anybody nak tailor made mini jubah sila klik kat page Mini Jubah kat sebelah kanan tu ya. 

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA