Kami membekalkan barangan keperluan haji dan umrah.Hubungi Kami di 0192883235
Halaman
- Laman Utama
- TENTANG KAMI
- CARA BELIAN
- STOKIN SOLAT
- TELEKUNG-MUSLEEMA CANTIK
- MINI-JUBAH HAJI
- KELENGKAPAN PAKAIAN UMRAH DAN HAJI
- HANDSOCK AKA STONGAN AKA SARUNG LENGAN
- SELUAR HAJI DAN UMRAH
- TUDUNG UMRAH DAN HAJI SAIZ XL DAN 2XL - ADA LAPIK...
- TUDUNG LENGAN TAWAF
- TUDUNG UMRAH - CHIFFON L AND XL
- Kasut Tawaf, Stokin Wudhuk SOKA dan Sarung Tangan...
- TELEKUNG EIDUL FITRI 2022 - telekung ASHEERA
- CEREAL CANTIK SIHAT - UBAH GAYA PEMAKANAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BAHAGIA
Selasa, 20 Jun 2023
MUSIM PANAS NI BEST PAKAI BAJU PAGODA DI RUMAH
Selasa, 16 Mei 2023
TUDUNG LABUH CUM TELEKUNG UNTUK UMRAH DAN HAJI
Alhamdulillah tahniah yang dapat jemputan dari Allah swt sebagai duyufur rahman. Jaga kesihatan anda supayah dapat beribadah dengan sempurna. Doakan supaya haji yang diterima nanti ya sebab peluang kedua untuk orang marhaen macam kita ini berat lah kan nak dapat peluang lagi. Tetapi jika Allah swt mengkehendaki kun fa yakun jadilah kan,
Dah buat keputusan nak beli telekung umrah atau tudung labuh?
Kami ada Khimar Humaira yang cutting seperti telekung ziarah dari material chiffon dua lapis ya InsyaAllah selesa di pakai.
ada 15 warna yang cantik boleh anda pilih ya.
Berminat boleh wasap kak hajjah ya. Klik sahaja Khimar Humairah
Saiz boleh refer pada gambar ya. RM58.00 SEHELAI SAHAJA
Isnin, 15 Mei 2023
SENARAI PENGELOLA JEMAAH HAJI
Rujuk sini senarai pengelola jemaah haji tahun 2023,
PANGGILAN HAJI TELAH TIBA
Dah hujung syawal barulah masuk balik ke blog telekungmusleema. Bukan lupa daratan tetapi kekangan banyak sangat, Menjelang Ramadhan kami diuji dengan kesihatan ibu kami dan juga diri sendiri. Banyak luangkan masa nak merawat 'wali keramat' yang sudah uzur perlukan jagaan dari semua anak-anak.
Kita terpaksa ketepikan dulu urusan bisnes online duduk kampung line internet tak smooth jugak kan.
Alhamdullah kesihatan ibunda kami sudah lebih baik boleh kita hadap balik online kita ini. Walaupun kecil mesti terus konsisten. Semakin kita berusia tidak boleh hanya duduk diam perlu ada aktiviti untuk buat kita jadi lebih segar dan sihat badan dan minda.
Mari kita tengok berapa kos haji tahun 2023 semua orang dah tahu jugak ya memang tinggi tapi apa daya LUTH, terpaksa juga naikkan sebab faktor inflasi, matawang, cukai, pembangunan infrstruktur penambah baikkan kemudahan.
Anda yang berkemampuan juga boleh pergi dengan pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat travel yang berdaftar dengan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji dan syarikat yang sudah banyak pengalaman ya. Sebab mereka lebih arif jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga seperti hotel tiba-tiba bertukar.
Kita kongsi pakej dua Syarikat yang terkenal dibawah:-
Pakej Haji Andalusia bermula dari RM38,490 - RM51,900 (pakej yang terendah)
Pakej Haji MKM bermula dari RM49,760 - RM58,760 (pakej terendah)
Ada banyak lagi Syarikat besar dan berpengalaman anda boleh rujuk di laman sesawang LUTH (penting sangat ya semak dulu syarikat-syarikat travel ini berdaftar atau tidak)
Kos haji jemaah furada juga telah keluar, juga menunjukkan kenaikan dua kali ganda anggaran RM80,000.semoga tiada kes penipuan seperti tahun lepas. Kesian bakal jemaah yang dah keluarkan duit yang banyak tetapi terkandas di KLIA.
Anda boleh lihat perbezaan harga dengan LUTH, kalau giliran tu menunggu terlampau lama, maka ada yang tak kisah keluar duit lebih asalkan dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.
Penerbangan haji pertama akan bermula pada 21hb Mei 2023, Hari Wukuf pada 27hb June 2023.
Selasa, 7 Mac 2023
HARI INI MALAM NISFU SYAABAN
Hai rasa baru jer masuk tahun baru hijrah kan,,,alhamdulillah kita dipanjangkan umur ke bulan Syaaban semoga sampailah ke Ramadhan dan diberi kesempatan untuk beribadah kepada Allah swt.
Ramai ulama yang menyebut tentang kebaikan malam Nisfu Syaaban untuk beribadah. Jangan kita berbalah yang nak beribadah jom teruskan.
Minta ampun dengan Allah swt, buang permusuhan sesama manusia semoga ringan laluan kita mencari Redha Allah.
KAIN IHRAM JUMBO DAH RESTOK YA
Assalamualaikum, kami nak info-info kain ihram jumbo sudah restok ya.
saiz 47inci x 115 inci
harga rm100.00 tidak termasuk pos.
Untuk abang haji yang bertubuh sasa, sado atau pun perut moncit. Digalakkan menggunakan kain ihram jumbo ya supaya seliseh lipatan tu cukup lebar dan tidak mudah terselak.
Untuk saiz jumbo kami tidak ada talipinggang ihram plus size, jadi boleh guna sahaja talipinggang sendiri ya.
BERMINAT BOLEH KLIK KAT WASAP SAHAJA
Rabu, 15 Februari 2023
HADIAHKAN TOTE BAG UNTUK BONDA
Lagi sebulan lebih kita akan melangkah ke bulan Ramadhan, semoga kita berkesempatan melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Jom kita banyak berdoa supaya Allah panjangkan umur kita.
Ramai juga sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah di bulan Ramadhan nanti.
Kami nak share dengan anda tote bag comel ni customade by warga emas, cantik hasil kerjanya. Sesuai dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang nak bawak ke Masjid dan Surau untuk solat tarawih nanti ya.
Sejak ada tote bag ni saya dah lupakan beg pvc dan kulit tu. Saya suka tote bag ni untuk santai-santai.
Saiznya 17 x 11 inci, dari fabrik tahan lasak dan boleh dibasuh, beg sahaja RM40.00 tidak termasuk pos.
Kami juga ada buat combo dengan telekung asheera yang cantik jelita tu, RM100 @ 1 set.

