Selasa, 7 Mac 2023

HARI INI MALAM NISFU SYAABAN

 Hai rasa baru jer masuk tahun baru hijrah kan,,,alhamdulillah kita dipanjangkan umur ke bulan Syaaban semoga sampailah ke Ramadhan dan diberi kesempatan untuk beribadah kepada Allah swt.

Ramai ulama yang menyebut tentang kebaikan malam Nisfu Syaaban untuk beribadah. Jangan kita berbalah yang nak beribadah jom teruskan.

Minta ampun dengan Allah swt, buang permusuhan sesama manusia semoga ringan laluan kita mencari Redha Allah.

KAIN IHRAM JUMBO DAH RESTOK YA


Assalamualaikum, kami nak info-info kain ihram jumbo sudah restok ya.

saiz 47inci x 115  inci 

harga rm100.00 tidak termasuk pos.

Untuk abang haji yang bertubuh sasa, sado atau pun perut moncit. Digalakkan menggunakan kain ihram jumbo ya supaya seliseh lipatan tu cukup lebar dan tidak mudah terselak.

Untuk saiz jumbo kami tidak ada talipinggang ihram plus size, jadi boleh guna sahaja talipinggang sendiri ya.

BERMINAT BOLEH KLIK KAT  WASAP SAHAJA



Rabu, 15 Februari 2023

HADIAHKAN TOTE BAG UNTUK BONDA

Lagi sebulan lebih kita akan melangkah ke bulan Ramadhan, semoga kita berkesempatan melakukan ibadah puasa pada tahun ini. Jom kita banyak berdoa supaya Allah panjangkan umur kita.

Ramai juga sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah di bulan Ramadhan nanti.

Kami nak share dengan anda tote bag comel ni customade by warga emas, cantik hasil kerjanya. Sesuai dijadikan hadiah untuk ibu-ibu yang nak bawak ke Masjid dan Surau untuk solat tarawih nanti ya.

Sejak ada tote bag ni saya dah lupakan beg pvc dan kulit tu. Saya suka tote bag ni untuk santai-santai.

Saiznya 17 x 11 inci, dari fabrik tahan lasak dan boleh dibasuh, beg sahaja RM40.00 tidak termasuk pos.

Kami juga ada buat combo dengan telekung asheera yang cantik jelita tu, RM100 @ 1 set.


tote bag sunny
Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00


tote bag leafyFabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00



tote bag Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00



tote bag flowery
Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00



tote bag autumm
Fabrik cotton ada zip dan kocek di dalam
saiz 17 x 11 inci
RM50.00


JANGAN BAYAR RM50.00 TAUU
Kami bagi anda rm40.00 sahaja sehingga 28/2/2022



 



Selasa, 14 Februari 2023

LAMA TAK UPDATE TAPI KAMI ON BUSINESS YA

 Kesibukan banyak sangatlah membelenggu kehidupan seharian. Nak bagi masa buat online dan offline shop sangat mencabar ya. Disulami dengan join kuliah-kuliah dan kursus haji selalu sangat blog saya ini ketinggalan zaman untuk update ya.

Jom kita update banyak stok baru dah masuk pasaran ya. tunggu ya.

Selasa, 10 Januari 2023

PAKEJ HARGA UMRAH NAIK MENDADAK

 Masuk tahun 2023 ni macam-macam hal lah pulak. Sejak habis PKP berduyun-duyun umat Islam ke tanah suci menunaikan umrah. Maklum lah 2 tahun tak dapat menjejak kan kaki ke sana. Termasuk lah family adik kak hajjah baru sahaja berlepas ke sana. Semoga di permudahkan perjalanan mereka.

Semua orang tersedak bila MATTA bagi tau harga hotel di Mekah dan Madinah naik mendadak. Kabar angin ini dah melayang-layang sejak akhir tahun lepas. Cuma tidak ada berita sahih sahaja.

Sebelum ini kami pergi umrah pun berlaku juga last minute hotel bertukar. Alasan ada macam-macamlah. Disana pak Arab tu boleh sesuka hati batalkan tempahan travel ejen ni dan melompatlah travel agency mencari hotel-hotel lain untuk ganti.

Disebabkan kenaikan harga hotel ini maka kos menunaikan umrah dan haji akan naik jugak. Sesiapa yang dah buat tempahan tu syukur sangatlah tapi kalau last minute kena top up berlapang dada sahajalah. Besar perbelanjaan besarlah pahalanya InsyaAllah 

anda mencari kelengkapan haji umrah boleh singgah di IG Pakaianhajiumrah atau webstore kami https://designmusleema.avana.asia





Isnin, 2 Januari 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023 DARI DESIGNMUSLEEMA

Bertemu lagi kita di tahun 2023.  Syukur alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk mentaati perintah Allah dan berusaha mencari rezeki yang berkat InsyaAllah.

Untuk entry yang pertama ini saya suka nak share sebab ramai yang salah faham. Kami di Designmusleema adalah home based dan online bisnes ya. Kami terletak di kawasan perumahan low cost aparment. Kami belum lagi berpindah ke shoplot.

Namun begitu kami berpengalaman dalam menyantuni jemaah haji dan umrah. Sebelum PKP kami membuka booth di kursus-kursus haji.

Pelanggan yang berminat boleh call untuk buat temujanji terlebih dahulu ya. Kami akan share lokasi dengan anda.

Waktu perniagaan kami dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5.30 petang sahaja (Isnin hingga Jumaat)

Pukul 2.00 pm - 6.00 pm (Hari sabtu dan ahad) 

Produk yang kami jual

1. Telekung umrah

2. Jubah seluar dan jubah haji muslimah

3. Kain Ihram

4. Talipinggang Ihram

5. Baju pagoda

6. Baju Inner Perempuan

7. Seluar Haji

8. Stongan @handsock

7. Inner tudung

8. Stokin

9. Kasut Tawaf

10. Stokin 'wuduk

11. Spray Wuduk












Isnin, 5 Disember 2022

ANDA NAK PERGI KURSUS HAJI BOLEH CHECK LINK DI BAWAH YA.

UNTUK MAKLUMAN KURSUS HAJI DAH MULA 

Anda yang nak menyertai kursus haji, boleh klik link di bawah ya. Tahun ini lokasi kursus haji terhad kepada masjid-masjid yang terpilih. Dalam 1 kariah hanya 1 @ 2 masjid sahaja yang terlibat.

JADUAL KURSUS HAJI 



RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA