Selasa, 10 Januari 2023

PAKEJ HARGA UMRAH NAIK MENDADAK

 Masuk tahun 2023 ni macam-macam hal lah pulak. Sejak habis PKP berduyun-duyun umat Islam ke tanah suci menunaikan umrah. Maklum lah 2 tahun tak dapat menjejak kan kaki ke sana. Termasuk lah family adik kak hajjah baru sahaja berlepas ke sana. Semoga di permudahkan perjalanan mereka.

Semua orang tersedak bila MATTA bagi tau harga hotel di Mekah dan Madinah naik mendadak. Kabar angin ini dah melayang-layang sejak akhir tahun lepas. Cuma tidak ada berita sahih sahaja.

Sebelum ini kami pergi umrah pun berlaku juga last minute hotel bertukar. Alasan ada macam-macamlah. Disana pak Arab tu boleh sesuka hati batalkan tempahan travel ejen ni dan melompatlah travel agency mencari hotel-hotel lain untuk ganti.

Disebabkan kenaikan harga hotel ini maka kos menunaikan umrah dan haji akan naik jugak. Sesiapa yang dah buat tempahan tu syukur sangatlah tapi kalau last minute kena top up berlapang dada sahajalah. Besar perbelanjaan besarlah pahalanya InsyaAllah 

anda mencari kelengkapan haji umrah boleh singgah di IG Pakaianhajiumrah atau webstore kami https://designmusleema.avana.asia





Isnin, 2 Januari 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2023 DARI DESIGNMUSLEEMA

Bertemu lagi kita di tahun 2023.  Syukur alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk mentaati perintah Allah dan berusaha mencari rezeki yang berkat InsyaAllah.

Untuk entry yang pertama ini saya suka nak share sebab ramai yang salah faham. Kami di Designmusleema adalah home based dan online bisnes ya. Kami terletak di kawasan perumahan low cost aparment. Kami belum lagi berpindah ke shoplot.

Namun begitu kami berpengalaman dalam menyantuni jemaah haji dan umrah. Sebelum PKP kami membuka booth di kursus-kursus haji.

Pelanggan yang berminat boleh call untuk buat temujanji terlebih dahulu ya. Kami akan share lokasi dengan anda.

Waktu perniagaan kami dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 5.30 petang sahaja (Isnin hingga Jumaat)

Pukul 2.00 pm - 6.00 pm (Hari sabtu dan ahad) 

Produk yang kami jual

1. Telekung umrah

2. Jubah seluar dan jubah haji muslimah

3. Kain Ihram

4. Talipinggang Ihram

5. Baju pagoda

6. Baju Inner Perempuan

7. Seluar Haji

8. Stongan @handsock

7. Inner tudung

8. Stokin

9. Kasut Tawaf

10. Stokin 'wuduk

11. Spray Wuduk












Isnin, 5 Disember 2022

ANDA NAK PERGI KURSUS HAJI BOLEH CHECK LINK DI BAWAH YA.

UNTUK MAKLUMAN KURSUS HAJI DAH MULA 

Anda yang nak menyertai kursus haji, boleh klik link di bawah ya. Tahun ini lokasi kursus haji terhad kepada masjid-masjid yang terpilih. Dalam 1 kariah hanya 1 @ 2 masjid sahaja yang terlibat.

JADUAL KURSUS HAJI 



DAH DEKAT SEMINGGU BARU NAK UPDATE - TAHNIAH DATUK SRI ANWAR IBRAHIM PM10

Alhamdulillah dah masuk ke bulan December syukur. PRU 15 dah berakhir hari ini dalam sejarah tak ada yang dapat undi majoriti.

Saya bukan penganalisa politik tak pandai nak ulas panjang-panjang. Tapi sekarang rakyat dah makin jelas dengan pilihan mereka. Jadi ahli politik buatlah kerja dengan amanah ya.

Syukur kemelut ini berakhir dengan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agung yang sangat disayangi oleh rakyat Malaysia. Apa pun terima sahaja keputusan yang dibuat. Kalau nak tunggu ahli politik yang cari jalan tak tahulah berapa lama nak tubuh kerajaan.

Saya berharap kepimpinan baru dapat membawa negara kita keluar dari kemelut ekonomi dan keadaan politik yang agak rapuh ya. 

Kepada ahli kabinet selamat bertugas kami menunggu berita baik dari kerajaan. Walaupun gaji dipotong 20% masih banyak lagi baki yang tinggal tu ya.

Telur ayam mulai esok akan turun harga, jadi kami harap jangan lambakkan telur yang lama dan busuk sebab disimpan lama sangat ya.  Rakyat marhaen macam kami hanya mampu makan ayam, telur dan ikan frozen jer.

Anak cucu kami tak makan ikan, jadi kalau tak ada ayam telur lah jadi pilihan.

Kami golongan miskin bandar bertungkus lumus cari rezeki untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. 

Kami buat dua kerja, bisnes kecilan untuk tampung kehidupan. Kami mengharapkan kestabilan politik dan ekonomi yang boleh melonjakkan balik ekonomi rakyat Malaysia.

Kami mengharapkan sistem pendidikan yang lebih baik untuk melahirkan seorang manusia yang berakhlak baik, agama yang baik. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh ibu bapa, masyakarat dan pemerintah jugak.

Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang saya kagumi sejak beliau masuk dalam pimpinan kerajaan. Saya sangat menghormati Datin Seri Wan Azizah ikon isteri mithali yang berdiri kukuh di belakang suaminya walaupun ranjau itu sangat hebat.  






 

Rabu, 16 November 2022

CARA MASUK RAUDHAH TERKINI


Tuan puan boleh tengok link you tube umigilbi ya.

Menurut youtuber sekarang selepas tahun baru hijrah 1444, sudah tidak perlu menggunakan apps tawakalna atau eatmarna lagi.

Kalau dulu masuk ikut pintu 25, sekarang pintu masuk untuk kaum muslimat adalah pintu 32 dan 33. Kawasan raudhah untuk muslimat juga telah diperluaskan.  Tidak perlu bertolak-tolak lagi, syukur alhamdulillah.

Boleh tengok link youtube tu untuk tengok live.

 https://youtu.be/35bQEQmTkeU


Nak bawa anak dan isteri menunaikan umrah, tak tahu apa nak pakai lagi boleh tengok koleksi kami di page fb telekungmusleema atau anda klik lah Pakaian Haji Umrah.

Rabu, 9 November 2022

APAKAH SYARAT WAJIB UMRAH

 Syarat wajib Umrah ada 5 

1. Islam - Tidak wajib bagi bukan Islam. Malah diharamkan untuk orang bukan Islam masuk ke Tanah Haram

2. Berakal - Orang yang siuman sahaja yang wajib, orang tak siuman tidak wajib untuk menunaikan umrah

3. Akil Baligh - Orang yang sudah baligh, kanak-kanak tidak wajib untuk menunaikan umrah

4.  Merdeka - Orang merdeka sahaja yang wajib, hamba tidak wajib untuk menunaikan umrah

5.  Berkuasa - Orang yang ada kemampuan dari segi kesihatan dan kewangan. Boleh pergi sendiri tanpa pertolongan sesiapa. 


Bagi wanita ada syarat tambahan -

1,  Mendapat izin dari suami dan walinya

2. Ditemani oleh suami atau mahram atau perempuan yang boleh dipercayai.



Anda mencari barang kelengkapan umrah anda bolek klik link dibawah ya.

klik sini

Rabu, 26 Oktober 2022

KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH

 Semua orang teringin nak gi umrah kan? Pergi sekali nak pergi lagi kan. 

Tau tak kelebihan bagi orang yang mengerjakan UMRAH tu.

1. Menjadi tetamu Allah

2. Menziarahi makam Rasulullah dan sahabat

3. Dihapuskan dosa

4. Pahala ibadah yang berganda di Makkah dan Madinah

5. Berada di tempat yang mustajab doa.

Semoga kita sampai ke sana lagi. Tak tau nak bawa apa untuk UMRAH boleh klik link kami ya https://designmusleema.avana.asia.com



ORDER BARANG KAT SINI YA

ORDER BARANG UMRAH

RAKAN NIAGA TELEKUNGMUSLEEMA